Anda di halaman 1dari 11

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN SEMESTER 2 SIDANG

AKADEMIK 2019/2020 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA.


HGM239: GEOGRAFI MANUSIA
(ESEI INDIVIDU)
TAJUK: PERSEPSI BUDAYA YANG BERBEZA BOLEH MEMBAWA
KONFLIK KEPADA MASYARAKAT YANG BERBEZA BUDAYA.
HURAIKAN DENGAN CONTOH-CONTOH.

DISEDIAKAN OLEH : MOHD AKID BIN ABD SAMAD


NO.KAD PENGENALAN : 990816-12-7369
NO.MATRIKS : 147899
NAMA PENSYARAH :
TARIKH SERAHAN : 7 DISEMBER 2020
PENGENALAN

Menurut kamus Pelajar Edisi Kedua, persepsi adalah tentang pandangan, tanggapan.

Ia adalah sesuatu yang kita perlu mempertimbangkan. Misalnya, masyarakat terhadap isu

tersebut adalah mempersepsi membuat gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran tentang

sesuatu. Contohnya, objek yang dipersepsi secara visual diterima tanpa soal.

Budaya pula, ditakrifkan sebagai satu keseluruhan tradisi kehidupan sebagai pra-

syarat menjadi sebahagian anggota masyarakat. Menurut Devito (2009), beliau menyatakan

bahawa budaya mengandungi dua aspek utama iaitu secaranya relatifnya mempunyai elemen-

elemen khusus tentang cara hidup sesuatu kumpulan manusia. Kedua, ia diperturunkan dari

satu generasi ke satu generasi melalui proses komunikasi dan bukannya genetik. Menurutnya

juga, budaya adalah segala yang dibentuk dan dihasilkan oleh sesuatu masyarakat itu seperti

nilai, kepercayaan, artifak, bahasa, cara tingkalaku adan berfikir, lukisan, undang-undang,

agama, cara komunikasi dan teori-teorinya serta sikap. Selain itu, amalan-amalan ini diajar

dan diperturunkan dari satu generasi kesatu generasi melalui proses komunikasi dan tidak ada

kaitan dengan faktor-faktor genetik atau darah keturunan. Ia adalah warisan cara hidup dan

amalan masyarakat tersebut. Manakala mengikut takrifan seterusnya, budaya adalah cara

hidup yang dibina dan dikongsi oleh sekumpulan manusia dan diperturunkan dari satu

generasi ke satu generasi. Ia terbina dari pelbagai elemen yang kompleks termasuklah agama,

sistem politik, adat resam, bahasa, peralatan-peralatan, pakaian, bangunan dan cara bekerja.

Tambahan juga menurut Tubb dan Moss (2010), ia merangkumi cara pergaulan, percakapan,

adat istiadatperkahwinan, makanan, cara bekerja, berfikir, dan sebagainya lagi.


Dapat dilihat dengan jelas, negara Malaysia sendiri mempunyai rakyat atau

masyarakat yang pelbagai sehingga Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang

mempunyai masyarakat majmuk. Kemajmukan bukan hanya melibatkan masyarakat

berbilang kaum, ia turut diwarnai dengan masyarakat yang berbeza kepercayaan dan agama

serta berlainan budaya. Selain itu, ia digelar sebagai pentas miniatur Asia. Hal ini dikatakan

demikian kerana, dalam komposisi yang membentuk masyarakat Malaysia, terdapat pelbagai

kaum yang mempunyai akar peradaban Asia yang kukuh, iaitu kaum Melayu, kaum Cina dan

India. Hal ini menyebabkan, setiap kaum mempunyai identiti budaya yang tersendiri. Identiti

budaya ini termasuklah corak pemakanan atau lebih umumnya kepenggunaan. Setiap

masyarakat mempunyai kepercayaan dan pantang larang tersendiri, yang mana ia berkait

rapat dengan tradisi dan pegangan agama masing-masing. Setiapnya ada perbezaan dan ciri-

ciri yang tersendiri. Negara-bangsa Malaysia telah lahir dan berkembang dalam satu suasana

budaya dan peradaban Melayu yang ditunjangi oleh sifat Melayu Islam selama hampir 1000

tahun. Landskap budaya ini diwarnai pula oleh golongan pendatang terutama pada abad ke-

19M dan ke-20M dan keturunan mereka yang telah bermastautin dan menjadikan negara dan

wilayah ini sebagai tanah air mereka (Musa, 2002).

Secara umumnya, masyarakat Malaysia telah mengalami hubungan budaya (cultural

contact) dengan kebudayaan India (Hindu-Buddha) sejak 1500 tahun yang lalu, Arab-Parsi

(Islam) sejak 800 tahun lalu dan pengaruh Barat sejak 500 tahun yang lampau (Bakar, 1985).

Pada dasarnya, masyarakat Malaysia yang ada telah ditentukan oleh proses sejarah khususnya

kedatangan penjajah British ke Tanah Melayu. Melalui dasar “pintu terbuka”, Tanah Melayu

menjadi tumpuan golongan imigran dari China, India dan Indonesia (Abraham, 1997). Aliran

penduduk ini merupakan asas utama terdapatnya komposisi ras dan etnik di negara-negara

yang pernah dijajah. J.S. Furnivall menyarankan idea bahawa dalam masyarakat majmuk

terdapat beberapa masyarakat yang tinggal sebelah menyebelah di dalam satu unit politik
yang sama tetapi dalam beberapa hal, hidup mereka terpisah. Setiap masyarakat mempunyai

kepercayaan agama, kebudayaan, bahasa, idea dan cara hidup yang tersendiri. Pembahagian

masyarakat atau kaum ini berlanjutan dalam sektor ekonomi di mana terdapat pembahagian

jenis pekerjaan berasaskan bangsa (Furnivall, 1967). Pendek kata, masyarakat majmuk yang

berkembang di dalam masyarakat Malaysia boleh dilihat dalam empat dimensi iaitu politik,

ekonomi, sosial dan budaya. Bangsa Melayu merupakan penduduk asal dan teras kepada

bangsa Malaysia. Menurut Abdul Halim Othman, terdapat empat tahap pembentukan identiti

etnik Melayu di Malaysia. Pertama, di antara 1874M-1920M, etnik Melayu merupakan

bumiputera Melayu pelbagai negeri seperti Terengganu, Kedah dan lain-lain. Kedua, antara

tahun 1920M-1942M mengandungi kelompok tambahan dari Indonesia seperti Jawa, Boyan

dan lain-lain. Tahun 1948M ke atas mengandungi orang Arab, India dan Cina Muslim.

Peringkat terakhir selepas 1961M mengandungi kelompok tambahan dari kalangan orang

Asli dan kaum Bumiputera timur Malaysia (Othman, 1978). Dengan itu, etnik Melayu

diperkuatkan oleh kehadiran imigran dari kepulauan Indonesia dan selatan Thailand dan

diperkayakan oleh pemelayuan keturunan Arab dan India. Menjadi suatu realiti yang

berkembang dapat membantu kelangsungan kaum Melayu dalam perubahan demografik yang

membimbangkan. Kemasukan beramai-ramai orang Cina ke Tanah Melayu berlaku dalam

jangka masa antara 1870M-1939M. Kebanyakannya berasal dari kawasan Kwantung, Fukien

dan Kwangsi. Terdapat sembilan bahasa utama, iaitu Hokkien (penduduk Amoy dan

pedalaman) yang dominan, diikuti Kantonis yang kedua terbesar, Hakka (Kheh) yang berasal

dari barat selatan Fukien, Tiechiu dari Swatow, Hainan (Hailam) dari pulau Hainan,

Kwongsai dari tengah dan barat bahagian Kwangsi, Hokchiu dari pulau bandar Foochow

serta pedalaman Fukien, Hokchia dari kawasan kecil di bawah Foochow dan Henghua dari

bahagian Fukien utara Chuanchow. Kebanjiran imigran dari negara China adalah refleksi

kemelesetan yang teruk serta peperangan dan polisi kerajaan British di Tanah Melayu.
Bentuk keagamaan masyarakat Cina di Tanah Melayu sama seperti di negara China walaupun

terdapat beberapa modifikasi kesan hubungan dengan realiti tempatan. Konfusianisme,

Taoisme dan Buddha merupakan tiga kepercayaan utama (Purcell, 1975). Perkembangan

sektor perladangan momentum kemasukan buruh dari India. Imigrasi India bermula dalam

jangka masa 1857M-1938M melalui tiga cara, iaitu buruh kontrak, sistem Kangany dan buruh

bebas. Proses imigrasi ini adalah fenomena India selatan. Kumpulan yang bertutur bahasa

Tamil merupakan komposisi yang terbesar diikuti Malayalam yang banyak bekerja di bandar

sebagai buruh berbanding di estet. Selain itu, terdapat kumpulan kecil India Muslim dan

Punjabi (Sikh) dari utara India terlibat dalam pasukan keselamatan dan pekerjaan komersial

serta kewangan di bandar. Agama Hindu merupakan agama utama imigran India

(Arasaratnam, 1970). Selain pendatang dari negara China dan India, Tanah Melayu juga

menjadi tumpuan imigran etnik Indonesia. Populasi Indonesia didominasi oleh etnik Jawa

dan Banjar diikuti Sumatera (etnik Minangkabau, Mandailing, Kerinchi dan lain-lain), Boyan

dan Bugis (Othman, 1970). Imigrasi pelbagai etnik dari kepulauan Indonesia kemudiannya

menjadi sebahagian populasi homogen bangsa Melayu kerana persamaan keagamaan selain

untuk mengimbangi komposisi heterogen kaum imigran dari China serta India dan juga

kekuatan politik dan ekonomi bagi orang Melayu. Ini disebabkan pada tahun 1931M sebelum

Perang Dunia II, populasi golongan pendatang melebihi orang Melayu (Jen, 1982). Justeru,

masyarakat Malaysia hari ini telah melalui proses interaksi sosio-budaya yang berlangsung

dengan baik. Dalam proses interaksi ini, ada yang berbentuk penyesuaian, peminjaman malah

ada persaingan. Walaupun orang Cina bersusur galur dari tanah besar China dan orang India

dari benua India, namun mereka cuba untuk menyesuaikan diri dengan budaya tempatan,

walaupun tidak mengalami asimilasi seperti etnik Baba dan Nyonya. Senario ini berlaku

kerana ketika kehadiran imigran dari luar, budaya Melayu mengalami zaman kegelapan

dalam iklim penjajahan Barat, hinggalah kemerdekaan negara. Berbanding dengan etnik Baba
Nyonya, kehadiran mereka ketika mana budaya dan peradaban Melayu berada di kemuncak.

Hasil dominasi budaya Melayu, etnik Cina asalnya mengalami proses asimilasi struktur,

natijahnya lahir etnik Baba Nyonya seperti yang ada di Melaka pada hari ini. Keadaan ini

selaras dengan karakter sesebuah masyarakat itu sendiri, yang mana masyarakat dominan

akan menguasai masyarakat yang subordinat. Namun kini, setiap masyarakat mengekalkan

identiti budaya masing-masing. Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, mereka

dapat hidup dengan harmoni dan dapat mengamalkan cara hidup masing-masing di dalam

sebuah negara, tanpa penekanan dan pemaksaan unsur keagamaan dan perkauman,

sebaliknya berasaskan konsensus nilai yang sama, neutral dan universal (Muzaffar, 2001).

Sejajar dengan itu, lahir cita rasa makanan lintas budaya (cross-culture food) yang mana ada

unsur peminjaman serta perkongsian antara satu sama lain. Menurut Taib Osman, asas cara

hidup ala-Malaysia telah lama wujud (Osman, 1988). Dari segi makanan, masyarakat

Malaysia dapat menerima capati, nasi lemak, roti canai, maruku, tosei, kuew teau, tauhu,

steam boat tanpa sebarang masalah. Setiap kaum dapat menerima budaya pemakanan kaum

lain tanpa halangan. Ini merupakan satu interaksi positif dan ia dapat membentuk perpaduan

menerusi aspek pemakanan. Walaupun begitu, realiti hari ini menzahirkan bahawa wujud

juga isu-isu sensitif berhubungkait dengan kepenggunaan umumnya dan pemakanan

khususnya. Isu ini walaupun tidak menimbukan konflik serta rusuhan kaum dan agama, ia

wajar dielakkan oleh semua pihak yang terlibat bagi menjaga keharmonian kaum dan

kedamaian negara.
PERSEPSI BUDAYA YANG BERBEZA BOLEH MEMBAWA KONFLIK KEPADA

MASYARAKAT YANG BERBEZA BUDAYA

1.0 PERDEBATAN BERASASKAN KEPENGGUNAAN.

Salah satu persepsi budaya yang berbeza boleh membawa kepada konflik masyarakat

yang berbeza budaya adalah perdebatan berasaskan kepenggunaan. Menurut Rahman (2009),

polemik berasaskan kepenggunaan terutamanya dalam membincangkan makanan dan

pemakanan tidak pernah susut walaupun masa dan keadaan sentiasa berubah. Hal ini

dikatakan demikian kerana, hampir saban tahun pelbagai konflik berkaitan dengan

kepenggunaan timbul dalam masyarakat Malaysia terutamanya melibatkan masyarakat yang

beragama Islam dan pengguna bukan Islam. Di Malaysia, isu-isu yang berkaitan

kepenggunaan sangat memberi kesan dan sensitif di kalangan masyarakat Muslim. Beberapa

konflik atau isu tersebut adalah melibatkan khinzir seperti ikan yang dipelihara diberi makan

makanan organ dalaman khinzir, tumbuhan yang dibaja dengan najis, lemak yang digunakan

sebagai bahan tambah dan DNA khinzir dalam produk berasaskan surimi. Selain itu, terdapat

juga konflik kepenggunaan bersumberkan khinzir dalam produk bukan makanan seperti

berus, karbon penapis air, seramik dan seumpamanya. Kebimbangan masyarakat Muslim

berhubung dengan konflik tersebut bukan hanya melibatkan sumber daripada khinzir, malah

dalam aspek sumber lain seperti percampuran plasma darah serta alkohol yang tidak menepati

piawaian yang dibenarkan dalam makanan. Di samping itu, konflik lain yang turut

membelenggu masyarakat Muslim adalah penyembelihan haiwan halal yang tidak mengikut

syariat Islam dan ada penyalahgunaan logo HALAL dalam produk barangan gunaan yang

tidak diberi sijil HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
2.0 SENSITIVITI TENTANG AGAMA DAN BAHASA KEBANGSAAN.

Selain itu, sensitiviti tentang kebudayaan antara satu sama lain juga merupakan

konflik kepada masyarakat. Sebagai negara yang multietnik dan terdiri daripada masyarakat

berbilang kaum, masyarakat Malaysia seringkali berhadapan dengan konflik yang dicetuskan

oleh perbezaan persepsi daripada budaya yang berlainan. Hal ini dikatakan demikian kerana,

sikap kurang waspada dalam perlakuan dan pertuturan dalam kalangan masyarakat kadang-

kala akan melemahkan lagi asas perpaduan masyarakat serta merenggangkan hubungan

antara kaum. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh sikap masyarakat terutamanya generasi

muda yang cepat bertutur sebelum berfikir juga akan memburukkan lagi situasi. Hal ini

menyebabkan isu-isu sensitif yang menyentuh tentang sensitiviti perbezaan budaya dan adat

dari segi agama, bahasa dan tradisi sesuatu kaum. Sebagai contoh, ramai masyarakat bukan

Islam mempersoalkan kedudukan agama Islam yang mutlak dan kedudukan bahasa Melayu

sebagai bahasa kebangsaan. Keadaan ini menyebabkan konflik antara masyarakat akan

memecahbelahkan perpaduan dalam kalangan masyarakat, dan seterusnya menggugat

keamanan serta ketenteraman dalam dan luar negara.

3.0 BUDAYA PENGGUNAAN BAHASA IBUNDA.

Seterusnya, budaya penggunaan bahasa ibunda merupakan konflik yang mengekang

kekuatan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana,

perbezaan budaya terutamanya dari segi bahasa menyebabkan jarak sosial yang ketara.

Sebagai contoh, penggunaa bahasa ibunda kaum Cina, India dan Melayu (dialek) dalam suatu

masyarakat menyebabkan mereka lebih selesa berkomunikasi dengan kaum sendiri


berbanding dengan kaum yang lain. Keadaan ini berlaku akibat daripada masyarakat tidak

dapat saling memahami antara satu sama lain dan lebih bersikap individualistik serta hidup

berkelompok dengan semangat assabiah masing-masing. Ketidakfahaman yang ditimbulkan

sebagai konflik ini juga telah membawa kepada sikap prasangka dalam kalangan masyarakat

masing-masing mempunyai pegangan agama, adat istiadat, budaya hidup yang berlainan.

Sebagai contoh, masyarakat Melayu yang menganuti agama Islam selalunya bermurah hati

untuk bersedekah kepada masyarakat yang miskin, sedangkan amalan ini merupakan satu

pegangan ajaran yang dituntut dalam agama Islam. Namun demikian, masyarakat lain

mungkin akan salah faham dengan sikap murah hati masyarakat Melayu itu dan berprasangka

bahawa masyarakat Melayu merupakan golongan kaya serta hanya ingin menunjuk kekayaan

yang dimiliki kepada masyarakat lain. Oleh itu, perbezaan budaya berasaskan budaya

penggunaan bahasa ibunda menimbulkan konflik dalam kalangan masyarakat yang akan

meleburkan semangat perpaduan antara kaum.

4.0

Disamping itu, terdapat segelintir kaum yang tidak menghormati dan memahami

budaya kaum lain. Hal ini dikatakan demikian kerana, rakyat Malaysia rata-rata hidup dalam

lingkungan budaya kaum sendiri sahaja ataupun hidup seperti berpuak-puak dan kurang

berinteraksi dengan kaum lain. Hal ini menyebabkan, mereka jarang bergaul dengan kaum-

kaum yang lain serta tidak ingin mengenali budaya kaum lain. Justeru, kefahaman mereka

terhadap budaya dan adat resam kaum-kaum lain menjadi dangkal. Kebanyakkan kaum di

negara ini berasa lebih selesa dan selamat hidup dalam kelompok sendiri sahaja. Ini

menyebabkan, Melayu akan berasa selesa dan selamat jika ada Melayu lain yang tinggal

berhampiran dengannya, walaupun Melayu yang hampir dengannya itu bukan saudara-mara
atau sahabat-handainya. Begitu juga perihalnya dengan Cina dan India, mempunyai rasa yang

serupa untuk keselesaan mereka untuk bermuafakat serta berinteraksi. Apabila tiada interaksi

antara kaum, maka akan rendahlah kefahaman sesuatu kaum itu terhadap budaya dan adat

resam kaum-kaum yang lain.

Akhir sekali, pemikiran atau minda seseorang. Individu yang mempunyai tanggapan

negatif terhadap sesuatu budaya itu tidak akan dapat bertindak secara objektif dalam

hubungannya dengan kaum tersebut (Ahmad 2006, 117). Hal ini dikatakan demikian

kerana, tindakan seseorang individu yang terbina hasil daripada stereotaip ini biasanya

bersifat berat sebelah atau bias, dan selalunya tidak objektif (Ahmad 2006, 117). Antara

contoh-contoh stereotaip yang didengari pernah wujud di kalangan rakyat Malaysia

yang berbilang kaum ini ialah orang Melayu dikatakan sebagai satu kaum yang malas

bekerja, berasa selesa dengan konsep ‘ala kadar’ atau ‘cukup makan’ sahaja. Orang Cina

pula dikatakan tidak ada perkara lain yang lebih penting dalam hidup mereka di dunia ini

melainkan fatt choy (buat duit) atau fatt dai choy (buat lebih banyak duit). Maksudnya apa

yang menjadi keutamaan mereka dalam hidup ini ialah mencari wang dan kekayaan

sebanyak yang mungkin. Asalkan mendapat wang mereka akan lakukan apa sahaja. Orang

India pula dikatakan sebagai ‘tidak boleh dipercayai’ yang bermaksud tidak amanah.

Seringkali juga kedengaran apabila ibu-ibu (kaum lain) ingin menyuruh anak-anak kecil

mereka berhenti bermain dan masuk ke dalam rumah, ada di antara ibu-ibu ini akan

mengatakan “Masuk cepat! Nanti ditangkap oleh India kutip botol”. Soalnya, mengapa India?

Mengapa tidak kaum lain? Ini merupakan sebahagian kecil daripada stereotaip yang

wujud di kalangan pelbagai kaum di negara ini. Persoalannya, apakah semua tanggapan

ini benar? Sudah pastinya tidak. Jika benarpun, ia hanya berlaku di peringkat individu

sahaja, dan kita tidak boleh beranggapan setiap individu dalam kaum tersebut

berperangai sedemikian. Kesan stereotaip ini adalah buruk. Ia tidak membantu


mewujudkan keharmonian antara kaum. Ia membawa kepada satu lagi rintangan mentaliti,

iaitu prasangka atau prejudis.

Anda mungkin juga menyukai