Anda di halaman 1dari 14

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

(MPU 2172)

PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

NAMA:WAN MUHAMAD AZWAR BIN WAN ZAWAWI

NO. KAD PENGENALAN : 051009030389

PROGRAM : 1 DVM DCA

NAMA PENSYARAH : PUAN HAMIDAH BINTI MD


YASIN

1
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1. Pengenalan 3
2. Pembentukan Peradaban Peribumi Alam Melayu 4
3. Pembentukan Peradaban Asia 5
4. Pembentukan Peradaban Barat 6
5. Pembentukan Peradaban Globalisasi 7
6.. Kebaikan dan Kesan Globalisasi 7-8
7. Konsep Pembentukan Negara 9
8. Konsep Pembentukan Bangsa 10
9. Konsep Pembentukan Negara dan Bangsa 11
10. Refleksi (Iktibar yang diperoleh) 12
11. Cadangan-cadangan penambahbaikan 13
12. Sumber rujukan 14

PENGENALAN

2
Pembinaan peradaban majmuk di Malaysia adalah usaha membangun
masyarakat yang beragam secara etnik, budaya, dan agama dengan harmoni dan
progresif. Ini penting kerana Malaysia memiliki kepelbagaian etnik dan agama.
Konsep ini memperjuangkan keadilan sosial, kesetaraan, dan pengiktirafan hak
asasi manusia bagi semua individu. Dasar-dasar pendidikan, ekonomi, serta
program sosial dan budaya digunakan untuk memperkuatkan pembinaan peradaban
majmukdi. Walaupun cabaran seperti ketidakseimbangan ekonomi dan ketegangan
politik berdasarkan faktor etnik wujud, komitmen dari pelbagai pihak, termasuk
kerajaan dan masyarakat sivil, penting untuk memperkuatkan model ini sebagai
landasan untuk masyarakat yang inklusif, harmoni, dan progresif di Malaysia.

Latar belakang pembinaan peradaban majmuk di Malaysia tidak wujud tanpa


asal usul sejarah atau titik permulaan. lanya adalah hasil gabungan daripada
beberapa peradaban besar dunia yang terjalin melalui perjalanan sejarah di Alam
Melayu. Selama ribuan tahun peradaban ini didahului peradaban Pribumi Alam
Melayu, kemudiannya muncul peradaban Asia yang terdłri daripada peradaban
India, Cina serta Timur Tengah dan seterusnya peradaban dari Barat. Peradaban ini
akhirnya terus berkembang dengan pengaruh oleh 'peradaban globalisasi' yang
merupakan kacukan pelbagai punca peradaban tanpa sempadan melalui jaringan
digital yang kompleks.

Pembinaan peradaban yang beridentitikan Malaysia bermula dengan


kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 melalui usaha
mewujudkan negara bangsa, didahului oleh pembinaan negara bercirikan satu
wilayah, satu perlembagaan dan satu kewarganegaraan. Negara mewujudkan
beberapa institusi utama seperti sistem birokrasi negara, Pelan Pembangunan Lima
Tahun dan pelbagai inisiatif oleh pihak kerajaan. Pembangunan ekonomi mendahului
pembinaan bangsa. Oleh itu, pembinaan bangsa menyusul, antaranya melalui
institusi sistem politik kepartian dan pilihan raya. Dalam konteks ini telah wujud
beberapa "Bangsa Idaman” yang menguasai wacana politik di Malaysia. Usaha
membina peradaban beridentitikan Malaysia sangat mencabar dan perlu dikupas
dan didebatkan.

3
PEMBENTUKAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

Peradaban pribumi Alam Melayu

Peradaban pribumi Alam Melayu merujuk kepada serangkaian peradaban


yang berkembang di wilayah yang sekarang dikenal sebagai wilayah Melayu, yang
meliputi bagian-bagian dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand
selatan, dan wilayah sekitarnya. Peradaban ini memiliki sejarah yang panjang dan
kaya, mencakup berbagai budaya, bahasa, agama, dan sistem politik.

Peradaban Melayu dikatakan berasal daripada penduduk Asia Tenggara,


khasnya Gugusan Kepulauan Melayu (yang mencakupi Selatan Siam, Semenanjung
Tanah Melayu, Pulau Sumatera, Jawa, Madura, Sunda, Borneo, Sulawesi, Filipina,
pulau-pulau timur Indonesia dan juga bahagian kecil daripada Kampuchea sehingga
ke Vietnam). Mereka bertutur dalam keluarga bahasa Melayu-Indonesia.

Ciri seterusnya daripada tamadun Melayu, mereka beragama Islam. Bahasa


Melayu menjadi bahasa lingua franca antara orang-orang rumpun Melayu Asia
Tenggara berkenaan. Kesimpulannya tamadun Melayu adalah tamadun yang dibina,
dikembangkan dan dimiliki oleh penduduk Asia Tenggara yang bertutur dalam
keluarga bahasa Melayu, berkomunikasi antara sesama mereka dengan
menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua franca.

Kesan daripada pertembungan dan kemasukan pengarh asing, masyarakat dan


budaya Melayu telah mengalami perubahan khususnya terhadap pengembangan
bahasa Melayu. Selain itu, fenomena yang disebut sebagai imperialisme budaya ini
turut berlaku di Alam Melayu yang terkenal sebagai kawasan strategik antara Timur
dan Barat, pusat perdagangan dan pusat aktiviti keagamaan.

Walau bagaimanapun, interaksi yang berlaku adaiah sesuatu yang positif


apabila hasil daripada pertembungan ini, nemperlihatkan keenderungan dalam
memperkayakan bahasa dan kebudayaan. Maka bertakulah penyerapan kosa kata
pinjaman daripada pelbagai bahasa dan budaya. Antaranya bahasa Inggeris, Arab,
India, Cina, Portugis, Belanda dan lain-lain.

Peradaban Asia

4
Peradaban Asia adalah salah satu yang tertua dan paling beragam di dunia,
dengan sejarah yang kaya dan kompleks. Wilayah Asia telah menjadi tempat bagi
berbagai peradaban yang mencakup berbagai agama, budaya, bahasa, dan sistem
politik Perkembangan peradaban Asia turut mempengaruhi pembinaan bangsa dan
negara di Malaysia.Hubungan antara pedagang India, Cina dan Timur Tengah sejak
sekian lama kepelbagaian adat dan budaya serta pegangan agama. Kepelbagaian
ini merupakan satu keistimewaan yang ada pada negara ini namun perlu diuruskan
dengan baik agar keharmonian bangsa dapat diperkukuhkan setiap masa.

Masyarakat India dan Cina datang ke Tanah Melayu secara pesatnya pada
kurun ke-18.Kedatangan mereka adalah hasil usaha pihak penjajah yang membawa
masuk pekerja asing bagi memenuhi keperluan ekonomi. Peradaban mereka
merupakan waris peradaban asal mereka di negara asal. Apabiia tiba di Malaysia,
mereka bertembung dengan peradaban tempatan termasuk peradaban Barat dan
Melayu.

Peradaban Timur Tengah seperti peradaban India dan Cina yang ada di
Malaysia mash tidak banyak berubah secara keseluruhannya menurut acuan
tempatan. Sebagai contoh adat resam, tabiat pemakaian dan bahasa ibunda mash
dikekalkan dari generasi ke genarasi. Dalam aspek keagamaan juga demikian,
walaupun terdapat dalam kalangan bangsa India dan Cina yang memeluk agama
Islam, namun bahasa dan kebudayaan mash diamalkan dalam sebahagian
kehldupan mereka. Peradaban Asia adalah perpaduan unik antara warisan
tradisional yang kaya dan kemajuan moden yang pesat, dan ia terus berperan dalam
bentuk globalisasi dan perkembangan global.

5
Peradaban Barat

Hasil penjajahan kolonial Barat yang dilalui oieh negara ini tidaklah ketara
berlaku memandangkan tempoh kependudukan setiap kolonial dalarn negara
khususnya dalam rangka sejarah kebudayaan di Nusantara ini tidak lama, namun
pengaruh corak masyarakat kolonial itu meninggalkan satu kesan yang luas
walaupun mungkin tidak mendalam. Kedatangan orang Eropah ke alam Melayu ini
telah bermula selepas tumbuhnya peradaban Islam di rantau ini, tetapi masyarakat
kolonial tidak tumbuh serentak di alam Melayu ini.

Semasa pemerintahan koionial Barat khususnya pemerintahan British,


penyebaran agama Kristian di Tanah Melayu pada zaman tersebut tidaklah begitu
ketara. Beberapa kawasan penempatan awal British dapat dilihat melalui
peninggalan bangunan bersejarah seperti di Pulau Pinang, Melaka dan
Singapura.Peradaban Barat mulai memberi pengaruh kepada penduduk tempatan
selepas mencapai kedudukan yang mempunyai prestij di Alam Melayu ini. Di Tanah
Melayu khususnya, pengarh peradaban Barat lebih kepada pengarh bidang material
dan kesannya hanya pada peringkat luaran sahaja. la banyak mempengaruhi
kebudayaan dan institusi-institusi sosial sahaja. Namun begitu, ajaran Islam tetap
menjadi pegangan masyarakat tempatan.

Peradaban Barat, sering kali dirujuk sebagai Barat, merujuk kepada kumpulan
budaya dan nilai-nilai yang berasal dari Eropah Barat. Terdapat beberapa ciri utama
yang membentuk peradaban Barat ialah kesinambungan sejarah, peradaban Barat
mempunyai sejarah yang panjang, dimulai dari zaman klasik Greece dan Rom, dan
kemudian berlanjutan melalui Zaman Pertengahan, Renaisans, Era Pencerahan,
Revolusi Industri, hingga zaman kontemporari.

Warisan Kesusasteraan dan Falsafah, Warisan kesusasteraan klasik seperti


karya-karya Plato, Aristotle, Shakespeare, dan Milton, serta pemikiran-pemikiran
filsafat seperti rasionalisme, empirisme, dan liberalisme, merupakan asas penting
dalam pembentukan peradaban barat.

Peradaban Globalisasi Kebaikan dan Kesan Globalisasi

6
Globalisasi menurut Kamus Dewan ialah fenomena yang menjadikan dunia
kelihatan kecil dari segi perhubungan manusia disebabkan pantasnya
perkembangan teknologi maklumat. la juga merupakan era dunia tanpa sempadan
yang berlaku hasil interaksi dan jaringan peradaban yang merentasi benua dan
sempadan negara. Globalisasi berlaku melalui pemodenan dalam peibagai bidang
kehidupan, perkembangan teknologi maklumat dan informasi seperti komputer dan
telefon pintar yang mempunyai talian internet serta penggunaan media sosial yang
berleluasa seperti Facebook, WhatsApp dan lain-lain.

Peradaban globalisasi merujuk kepada fenomena di mana dunia semakin


terhubung secara ekonomi, politik, sosial, dan budaya melalui perkembangan
teknologi, perdagangan antarabangsa, perjalanan yang mudah, serta pertukaran
maklumat dan idea. Terdapat pelbagai kebaikan dan kesan yang berkaitan dengan
fenomena ini.

Kebaikan Globalisasi

Globalisasi membolehkan peningkatan perdagangan antarabangsa,


Globalisasi membolehkan akses lebih besar ke pasaran luar negara, meningkatkan
peluang perniagaan, pertumbuhan ekonomi, dan peningkatan pendapatan.

Selain itu pertumbuhan ekonomi, Perdagangan bebas dan pelaburan asing


membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang pesat di sesetengah negara dan
pengurangan kadar kemiskinan secara global. Pertukaran Budaya, Interaksi antara
pelbagai masyarakat dan budaya membawa kepada pertukaran budaya,
peningkatan pemahaman antara bangsa, dan kemajuan dalam bidang seni, muzik,
dan sastera.

Kemajuan teknologi, Globalisasi mendorong inovasi dan kemajuan dalam


teknologi, menyebabkan peningkatan produktiviti, efisiensi, dan kemudahan hidup,
seperti teknologi maklumat dan komunikasi yang membolehkan akses kepada
maklumat dan perkhidmatan yang lebih cepat dan mudah.Kerjasama antarabangsa,
Negara-negara bekerjasama dalam menangani isu-isu global seperti perubahan
iklim, kesihatan awam, dan jenayah antarabangsa.

Globalisasi telah membuka pasar internasional bagi negara-negara di seluruh


dunia. Ini memungkinkan perusahaan untuk mengakses pasar baru dan mengekspor
barang dan jasa mereka ke luar negeri. Perdagangan internasional meningkatkan
pertumbuhan ekonomi dan menciptakan peluang kerja

7
Kesan Globalisasi

Ketidaksetaraan ekonomi, Globalisasi dapat meningkatkan kesenjangan


antara kaya dan miskin di sesetengah negara dan di peringkat global. Kehilangan
pekerjaan, Peralihan industri dan perkembangan teknologi boleh menyebabkan
kerugian pekerjaan di beberapa sektor, terutama di negara-negara yang kurang
maju secara ekonomi.Kehilangan kedaulatan,negara-negara mungkin mengalami
kehilangan kedaulatan ekonomi dan politik mereka kepada institusi antarabangsa
dan syarikat multinasional.Kehilangan budaya tempatan, Pengaruh budaya global
dapat merosakkan dan menggugat budaya tempatan serta tradisi.

Selain itu,globalisasi telah memungkinkan pertukaran budaya yang lebih


besar di antara negara-negara, melalui media massa, internet, dan perjalanan
internasional. Hal ini dapat menyebabkan peningkatan pemahaman dan toleransi
antarbudaya, serta adopsi unsur-unsur budaya baru dari berbagai belahan
dunia.Globalisasi juga telah menghubungkan dunia lebih dekat melalui kemajuan
dalam transportasi dan teknologi komunikasi. Ini memungkinkan orang untuk
berinteraksi dengan lebih mudah, berbagi ide, informasi, dan bisnis secara global.

Meskipun globalisasi telah memberikan manfaat ekonomi bagi banyak


negara, ketidaksetaraan ekonomi antara negara-negara dan di dalam negara-negara
tertentu juga telah meningkat. Beberapa negara dan kelompok masyarakat mungkin
tertinggal dalam globalisasi, mengalami kemiskinan, dan ketidaksetaraan yang lebih
besar.Globalisasi telah meningkatkan konsumsi sumber daya alam dan produksi
limbah di seluruh dunia, menyebabkan dampak negatif terhadap lingkungan seperti
pemanasan global, polusi udara dan air, serta kerusakan habitat alami.

Sementara globalisasi memfasilitasi pertukaran budaya, hal ini juga dapat


menyebabkan hilangnya identitas budaya lokal. Pengaruh budaya global sering kali
menggantikan tradisi lokal, bahasa, dan nilai-nilai, mengancam keberagaman
budaya di beberapa daerah.

KONSEP PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA DI


MALAYSIA

8
Konsep Negara

Di Malaysia, konsep pembentukan negara dan bangsa adalah berdasarkan


idea perpaduan dalam kepelbagaian. Konsep negara Malaysia berkait rapat dengan
gagasan "Negara Bangsa", di mana negara ini diperintah oleh satu kerajaan yang
mewakili kesemua rakyatnya, tanpa mengira etnik atau agama.Ciri-ciri Konsep
Negara Malaysia ialah kepelbagaian etika dan budaya, Malaysia terdiri daripada
pelbagai etnik termasuk Melayu, Cina, India, dan etnik-etnik lain, yang membawa
kepelbagaian budaya, bahasa, dan tradisi.

Kedaulatan Undang-undang, Negara ini mengamalkan kedaulatan undang-


undang di mana perundangan adalah asas kepada pemerintahan negara. Undang-
undang digunakan untuk mengukuhkan prinsip-prinsip perpaduan dan keadilan.
Kedudukan Kedaulatan Raja-raja Melayu, Malaysia adalah negara beraja di mana
kedudukan raja-raja Melayu adalah dihormati sebagai simbol kesatuan dan tradisi.
Islam sebagai Agama Persekutuan, Sementara Malaysia mempunyai pelbagai
agama, Islam adalah agama utama negara dan diberi kedudukan istimewa dalam
Perlembagaan. Dasar Perpaduan Nasional: Kerajaan Malaysia mengamalkan dasar
perpaduan nasional yang bertujuan untuk memupuk perasaan kebersamaan dan
kesetiaan terhadap negara di kalangan semua rakyat, tanpa mengira etnik atau
agama.

Kerakyatan dan Demokrasi, Konsep kerakyatan dan demokrasi terdapat dalam


sistem pemerintahan Malaysia, di mana rakyat memiliki hak untuk memilih wakil-
wakil mereka dalam pilihan raya. Pembangunan Ekonomi Saksama, Prinsip-prinsip
pembangunan ekonomi saksama ditekankan untuk memastikan kesaksamaan
ekonomi di kalangan semua lapisan masyarakat. Seterusnya cabaran dalam Konsep
Negara Malaysia ialah ketidakseimbangan ekonomi, Masih wujud
ketidakseimbangan ekonomi di antara etnik-etnik tertentu, yang boleh menjejaskan
perpaduan.

Politik Identiti, Beberapa isu politik identiti, terutamanya berkaitan dengan hak
dan kedudukan etnik Melayu, dapat menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.
Isu Agama, Perbezaan agama dan isu-isu berkaitan agama boleh menjadi punca
konflik dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, Malaysia terus berusaha untuk
menguruskan cabaran ini dengan berkesan melalui dasar-dasar perpaduan,
pendidikan, dan pembangunan ekonomi yang saksama untuk memastikan
kestabilan dan kemajuan negara dalam jangka masa panjang.

Konsep Bangsa

9
Di Malaysia, konsep pembentukan negara dan bangsa sangat penting dalam
konteks kepelbagaian etnik, budaya, dan agama yang unik. Konsep bangsa dalam
konteks Malaysia merujuk kepada identiti bersama yang melampaui perbezaan
etnik, budaya, dan agama individu-individu dalam negara tersebut. Konsep ini
membawa maksud bahawa warganegara Malaysia mengenal pasti diri mereka
sebagai sebahagian daripada satu kesatuan kebangsaan yang lebih besar, tanpa
mengabaikan kepelbagaian yang menjadi asas kemajuan negara.

Kumpulan manusia yang membentuk sebuah bangsa biasanya mempunyai


hubungan darah dan keturunan, bahasa yang sama, perkongsian tradisi dan
sejarah. Waiaupun pelbagai teori berkenaan bangsa ini, selain faktor-faktor tersebut,
elemen perasaan kebersamaan turut menjadi sentimen dalam membentuk sesebuah
bangsa. Maka dapat dirumuskan bahawa bangsa adalah hubungan erat yang wujud
melalui perasaan kekitaan terhadap sekumpulan besar manusia yang ada dalam
sesebuah negara.

Kesedaran terhadap kepelbagaian, Pembentukan bangsa di Malaysia juga


melibatkan kesedaran terhadap kepelbagaian etnik, budaya, dan agama sebagai
kekayaan yang perlu dihargai dan diterima oleh semua warganegara.Keharmonian
sosial, Aspek penting dalam pembentukan bangsa di Malaysia adalah keharmonian
sosial antara pelbagai kumpulan etnik dan agama, di mana warganegara merasa
selamat, dihormati, dan mempunyai hak yang sama.

Pendidikan dan kesedaran, Institusi pendidikan memainkan peranan penting


dalam membentuk identiti kebangsaan, dengan menekankan nilai-nilai perpaduan,
patriotisme, dan kesedaran terhadap kepelbagaian.Secara keseluruhan, konsep
pembentukan negara dan bangsa di Malaysia menekankan pentingnya menghormati
dan memelihara kepelbagaian etnik, budaya, dan agama, sambil merapatkan jurang
antara perbezaan untuk mencapai kesepaduan nasional yang kukuh.

Pembentukan bangsa di Malaysia adalah proses yang berterusan dan


mencakupi beberapa elemen penting ialah kesepaduan nasional, Pembentukan
bangsa di Malaysia melibatkan pembangunan kesepaduan nasional di kalangan
rakyat, dengan menekankan aspek-aspek yang bersifat perpaduan seperti bahasa
kebangsaan (Bahasa Melayu), lambang kebangsaan (Jalur Gemilang), dan
perhimpunan budaya yang merentasi pelbagai etnik. Identiti kebangsaan yang
bersepadu, Konsep ini menggalakkan warganegara Malaysia untuk mengamalkan
nilai-nilai yang sama, seperti semangat gotong royong, kesederhanaan, keadilan,
dan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain.

Konsep Negara dan Bangsa

10
Konsep pembentukan negara dan bangsa melibatkan aspek-aspek yang unik
dan kompleks disebabkan oleh kepelbagaian etnik, budaya, dan agama di negara
ini. Konsep negara dan bangsa dapat dijelaskan seperti, Konsep negara ialah
negara berdaulat, Malaysia adalah sebuah negara berdaulat yang merangkumi
wilayah geografi yang tertentu dengan populasi dan pemerintahan yang ditakrifkan
oleh undang-undang. Kedaulatan dan kewibawaan, Negara Malaysia mempunyai
hak dan kuasa untuk membuat undang-undang, mentadbir pemerintahan, dan
mengambil keputusan dalam bidang ekonomi, politik, dan sosial di dalam sempadan
wilayahnya.

Demokrasi berparlimen, Sistem politik Malaysia adalah berparlimen, di mana


kerajaan dipilih melalui pilihan raya dan berfungsi berdasarkan prinsip-prinsip
demokrasi. Bagi konsep bangsa pula ialah keberbilangan etnik, Konsep bangsa di
Malaysia mengakui keberbilangan etnik yang terdiri daripada Melayu, Cina, India,
dan etnik-etnik lain. Ini bermakna "bangsa Malaysia" merangkumi pelbagai
keturunan etnik.

Kesatuan bangsa, Walaupun terdapat kepelbagaian etnik, konsep bangsa di


Malaysia menekankan kesatuan dan perpaduan di antara pelbagai etnik dalam
masyarakat. Perlembagaan malaysia, Perlembagaan Malaysia menjamin hak-hak
asasi dan kebebasan kepada semua warganegara tanpa mengira latar belakang
etnik, agama, atau kepercayaan.

Politik Identiti, Walaupun kesatuan dan perpaduan ditekankan, politik identiti etnik
masih memainkan peranan penting dalam arena politik Malaysia, dengan parti-parti
politik yang sering mewakili kepentingan etnik tertentu. Kewarganegaraan Malaysia:
Semua warganegara Malaysia dikenali sebagai "rakyat Malaysia" atau "bangsa
Malaysia", tanpa mengira etnik asal. Konsep pembentukan negara dan bangsa di
Malaysia menekankan pentingnya kesatuan dan perpaduan di antara pelbagai etnik,
sambil menghormati dan mengiktiraf hak-hak serta kepelbagaian budaya
masyarakatnya. Ini merupakan titik tumpuan utama dalam usaha mencapai
masyarakat yang harmoni dan inklusif di Malaysia.

REFLEKSI / RUMUSAN

11
Pembinaan peradaban majmuk Malaysia, terdapat pelbagai pengetahuan,
pengalaman, iktibar, dan nilai yang dapat diperolehi. Antaranya ialah memahami
kepelbagaian etnik, budaya, dan agama di Malaysia sebagai sumber kekayaan dan
kekuatan negara. Memperkukuhkan kesedaran terhadap kesepaduan sebagai asas
kepada pembangunan negara serta memupuk identiti Malaysia yang bersatu dan
inklusif.

Selain itu, pengalaman hidup dalam masyarakat yang pelbagai kaum dapat
mengajar tentang pentingnya hidup secara harmoni dan saling menghormati
contohnya,Iktibar dari Cabaran, Menghadapi cabaran seperti ketidakseimbangan
ekonomi atau ketegangan politik mengajar kita tentang keperluan untuk
bekerjasama dan mencari penyelesaian yang adil dan inklusif.Nilai kesetaraan dan
keadilan, Nilai-nilai kesetaraan dan keadilan sosial menjadi penting dalam
memastikan semua individu mempunyai akses yang sama terhadap peluang dan
kebebasan.

Komitmen terhadap demokrasi, Memahami pentingnya demokrasi dan


penyertaan awam dalam proses pembangunan negara. Kesedaran ekonomi,
Memahami bagaimana pertumbuhan ekonomi yang inklusif dapat memberi manfaat
kepada semua lapisan masyarakat.Ketangguhan dalam cabaran Menghadapi
cabaran seperti krisis kesejagatan dengan kekuatan dan ketangguhan untuk bangkit
semula dan memperbaiki keadaan.Kesedaran global, Memahami peranan Malaysia
dalam arena global dan pentingnya berkerjasama dengan negara-negara lain untuk
mencapai keamanan dan kemakmuran bersama.

Akhir sekali,Melibatkan komuniti tempatan dalam proses pembinaan


peradaban majmuk melalui penyediaan ruang untuk penglibatan awam, dialog, dan
konsultasi.Menggalakkan penyelidikan dan pendidikan media yang berasaskan
kepelbagaian untuk mempromosikan pemahaman yang lebih baik dan
mengurangkan stereotaip etnik dalam media.

CADANGAN – CADANGAN PENAMBAHBAIKAN BERKAITAN


PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
12
Meningkatkan pendidikan multikultural di seluruh peringkat, termasuk
kurikulum sekolah, latihan guru, dan program penguasaan bahasa. Pendekatan
pendidikan ini harus mendorong penghargaan dan pemahaman terhadap
kepelbagaian budaya, agama, dan etnis di Malaysia.Menyediakan lebih banyak
sokongan dan sumber kepada usahawan dari pelbagai latar belakang etnik untuk
memastikan peluang keusahawanan yang saksama dan merata. Ini termasuk
bantuan teknikal, latihan, akses kepada modal, dan rangkaian perniagaan yang
mantap.

Memberikan lebih banyak sokongan kepada komuniti tempatan dalam


pembangunan ekonomi dan sosial mereka. Ini termasuk pemberian latihan
kemahiran, pembangunan infrastruktur, dan bantuan kepada usahawan dan petani
tempatan untuk meningkatkan taraf hidup mereka.Memastikan semua warga
Malaysia, tanpa mengira latar belakang etnik, memiliki akses yang sama kepada
peluang pendidikan dan latihan yang berkualiti. Ini termasuk menyediakan bantuan
kewangan, biasiswa, dan program latihan bagi mereka yang
memerlukan.Mendorong kerjasama dan konsensus antara parti-parti politik dari
pelbagai latar belakang etnik untuk mencapai matlamat pembangunan negara
secara bersama-sama. Ini termasuk pelaksanaan dasar-dasar yang adil dan inklusif
yang mewakili kepentingan semua rakyat Malaysia.

Meningkatkan sistem kesejahteraan sosial untuk menyediakan perlindungan


kepada golongan yang memerlukan, termasuk golongan miskin, warga emas, dan
penyandang disabiliti. Ini termasuk penambahbaikan kepada sistem bantuan
kewangan, perumahan, dan kesihatan.Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan
dan keusahawanan untuk semua lapisan masyarakat, termasuk melalui pelaburan
dalam sektor-sektor yang berkembang dan inovatif. Ini termasuk program pelatihan,
pembiayaan, dan sokongan kepada usahawan dan pekerja.

Memperkuat peranan institusi-institusi seperti Jabatan Perpaduan Negara dan


Integrasi Nasional (JPNIN) dalam mempromosikan kesepaduan, keharmonian, dan
pembangunan bangsa. Ini termasuk penyediaan perkhidmatan perundingan,
pengembangan program kesedaran, dan penganjuran aktiviti-aktiviti
perpaduan.Meningkatkan dialog dan pertukaran antara komuniti etnik melalui
program-program kesedaran, pertukaran budaya, dan kerjasama antara pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) dan institusi masyarakat sivil lain. Ini dapat memperkukuhkan
kesedaran dan pemahaman terhadap kepelbagaian sosial di Malaysia.

Meningkatkan perlindungan undang-undang dan pelaksanaan dasar-dasar


anti-diskriminasi untuk mencegah diskriminasi berdasarkan etnik, agama, atau
budaya. Ini termasuk penambahbaikan kepada undang-undang yang sedia ada dan
pelaksanaan program-program pemahaman dan pencegahan.

SUMBER RUJUKAN
13
1. Sumber Rujukan:
Layari sesawang dibawah untuk rujukan selanjutnya.
https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2022/12/1033782/konsep-negara-
bangsa-malaysia-promosi-semangat-kasih-sayang

2. Sumber Rujukan:
Layari sesawang dibawah untuk rujukan selanjutnya.
https://peradaban.um.edu.my/index.php/PERADABAN/article/download/
5150/2960

3. Sumber Rujukan:
Layari sesawang dibawah untuk rujukan selanjutnya.
https://id.scribd.com/document/505706781/Peradaban-barat-dan-asia-dalam-
lipatan-sejarah-Tanah-Melayu

4. Sumber Rujukan:
Layari sesawang dibawah untuk rujukan selanjutnya.
https://id.wikipedia.org/wiki/Peradaban_Barat

14

Anda mungkin juga menyukai