Anda di halaman 1dari 11

KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK KUALA LUMPUR

MPU 2172 PENHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN


KERTAS TUGASAN: FOLIO (INDIVIDU)

TAJUK: PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI


MALAYSIA

NAMA AFIQNURHAKIM BIN AMIRHAKIM (050321-14-0801)

PROGRAM 1 DVM WTP

NAMA PUAN NORASLIZAINI BINTI RAMLI


PENSYARAH
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN............................................................................................................3

2.0 PEMBENTUKAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA..............................4

a. Peradaban Peribumi Alam Melayu................................................................................4

b. Peradaban Asia...............................................................................................................4

c. Peradaban Barat.............................................................................................................5

d. Peradaban Globalisasi....................................................................................................6

3.0 KONSEP PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA DI MALAYSIA.............7

a. Konsep Negara...............................................................................................................7

b. Konsep Bangsa...............................................................................................................7

c. Konsep Negara dan Bangsa...........................................................................................8

4.0 REFLEKSI....................................................................................................................9

5.0 SUMBER RUJUKAN................................................................................................10


1.0 PENGENALAN

Dalam pembinaan peradaban majmuk di Malaysia bersumber dari warisan sejarah Alam
Melayu yang melibatkan perpaduan pelbagai peradaban dunia. Dimulai dengan peradaban
Pribumi Semenanjung Melayu, Malaysia kemudiannya dipengaruhi oleh peradaban Asia
(India, Cina, dan Alaur Tengah) serta peradaban Barat. Perkembangan ini terus berlanjut
dengan pengaruh globalisasi, terutama melalui jaringan digital kompleks. Dalam folio ini,
kita akan mengetahui lebih lanjut tentang pembentukan peradaban majmuk di Malaysia,
konsep pembentukan Negara dan Bangsa di Malaysia dan refleksi mengenai tajuk tersebut.

Pembinaan peradaban majmuk di Malaysia didahului oleh pembinaan Negara bercirikan


satu wilayah, satu perlembagaan dan satu kewarganegaraan. Pembangunan ekonomi
mendahului pembinaan Negara.

Oleh itu, pembinaan bangsa menyusul antaranya melalui institusi sistem politik kerpartian
dan pilihan raya. Usaha membina peradaban beridentitikan Malaysia sangat mencabar dan
perlu dikupas dan didebatkan.

Demi menjamim proses pembinaan peradaban di Negara ini di atas landasan kerohanian
dan moral yang dituntut oleh islam dan agama agama lain berterusan tanpa terjejas, penilaian
baik dan buruk pembinaan peradaban majmuk di Malaysia perlu dilakukan dengan lebih
teliti. Rakyat Negara ini perlu memakmurkan dan memanfaatkan kebaikan ini dan
menghindari keburukannya.

Akhirnya, kita perlu menggunakan segala kekuatan dan kekayaan yang terdapat dalam
agama dan tradisi kita baik yang berupa kerohanian mahupun yang berupa intelektual dan
keilmuan.
2.0 PEMBENTUKAN PERADABAN MAJMUK DI
MALAYSIA

a. Peradaban Peribumi Alam Melayu

Tamadun Melayu ialah tamadun yang dibina dan dimiliki oleh masyarakat yang
berbudaya Melayu. Sosiobudaya mereka terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik manakala
dari segi politik pada masa lampau mereka terdiri daripada pelbagai kerajaan kuno. Tamadun
tersebut terus berkembang dan kini menjadi beberapa negara moden dan maju. Peradaban
Melayu dikatakan berasal daripada penduduk Asia Tenggara, khasnya Gugusan Kepulauan
Melayu.
Mereka bertutur dalam keluarga bahasa Melayu-Indonesia. Ciri seterusnya daripada
tamadun Melayu, mereka beragama Islam. Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca
antara orang-orang rumpun Melayu Asia Tenggara berkenaan. Kesimpulannya tamadun
Melayu adalah tamadun yang dibina, dikembangkan dan dimiliki oleh penduduk Asia
Tenggara yang bertutur dalam keluarga bahasa Melayu, berkomunikasi antara sesama mereka
dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua franca.
Kesan daripada pertembungan dan kemasukan pengaruh asing, masyarakat dan
budaya Melayu telah mengalami perubahan khususnya terhadap pengembangan bahasa
Melayu. Selain itu, fenomena yang disebut sebagai imperialisme budaya ini turut berlaku di
Alam Melayu yang terkenal sebagai kawasan strategik antara Timur dan Barat, pusat
perdagangan dan pusat aktiviti keagamaan. Walau bagaimanapun, interaksi yang bertak
adaiah sesuatu yang positif apabila hasil daripada pertembungan ini, nemperlihatkan
keenderungan dalam memperkayakan bahasa dan kebudayaan. Maka bertakulah penyerapan
kosa kata pinjaman daripada pelbagai bahasa dan budaya. Antaranya bahasa Inggeris, Arab,
India, Cina, Portugis, Belanda dan lain-lain.

b. Peradaban Asia

Perkembangan peradaban Asia turut mempengaruhi pembinaan bangsa dan negara di


Malaysia. Hubungan antara pedagang India, Cina dan Timur Tengah sejak sekian lama telah
membawa kepelbagaian adat dan budaya serta pegangan agama. Kepelbagaian ini merupakan
satu keistimewaan yang ada pada negara ini namun perlu diuruskan dengan baik agar
keharmonian bangsa dapat diperkukuhkan setiap masa.
Masyarakat India dan Cina datang ke Tanah Melayu secara pesatnya pada kurun ke-
18. Kedatangan mereka adalah hasil usaha pihak penjajah yang membawa masuk pekerja
asing bagi memenuhi keperluan ekonomi. Peradaban mereka merupakan waris peradaban
asal mereka di negara asal. Apabiia tiba di Malaysia, mereka bertembung dengan peradaban
tempatan termasuk peradaban Barat dan Melayu.
Peradaban Timur Tengah seperti peradaban India dan Cina yang ada di Malaysia
masih tidak banyak berubah secara keseluruhannya menurut acuan tempatan. Sebagai contoh
adat resam, tabiat pemakaian dan bahasa ibunda masih dikekalkan dari generasi ke genarasi.
Dalam aspek keagamaan juga demikian, walaupun terdapat dalam kalangan bangsa India dan
Cina yang memeluk agama Islam, namun bahasa dan kebudayaan masih diamalkan dalam
sebahagian kehldupan mereka

c. Peradaban Barat

Era penjajahan dan peradaban Barat di Tanah Melayu bermula apabila Melaka jath ke
tangan Portugis pada tahun 1511. Peradaban Barat hasil penjajahan kolonial Barat yang
dilalui oieh negara ini tidaklah ketara berlaku memandangkan tempoh kependudukan setiap
kolonial datarn negara khususnya dalam rangka sejarah kebudayaan di Nusantara ini tidak
lama, namun pengarh corak masyarakat kolonial itu meninggalkan satu kesan yang luas
walaupun mungkin tidak mendalam. Kedatangan orang Eropah ke alam Melayu ini telah
bermula selepas tumbuhnya peradaban Islam di rantau ini, tetapi masyarakat kolonial tidak
tumbuh serentak di alam Melayu ini.
Di Tanah Melayu khususnya, pengaruh peradaban Barat lebih kepada pengaruh
bidang material dan kesannya hanya pada peringkat luaran sahaja. la banyak mempengaruhi
kebudayaan dan institusi-institusi sosial sahaja. Namun begitu, ajaran Islam tetap menjadi
pegangan masyarakat tempatan. Antara pengaruh peradaban Barat di Tanah Melayu dapat
dilihat melalui sistem pendidikan, kewujudan masyarakat majmuk, perubahan dari segi
budaya, kemunculan bandar-bandar moden dan keperluan-keperluan asas infrastruktur bandar
seperti jalanraya, keretapi, telefon, telegraf, bekalan eletrik dan bekalan air bersih. Ini semua
dinikmati oleh masyarakat bukan Melayu yang tinggal di bandar-bandar terutamanya para
pegawai British dan peniaga Cina.
d. Peradaban Globalisasi

Peradaban globalisasi membawa pengaruh yang besar dalam pelbagai aspek


kehidupan merentasi bidang politik, ekonomi, sosio-budaya termasukiah perkembangan
bidang ilmu dan pemikiran.
Perkembangan peradaban giobal ini turut menjadi penyumbang kepada pembentukan
peradaban majnuk di Malaysia. Chandra Muzaffar (1998) telah menyenaraikan lapan
kebaikan globalisasi iaitu:
i. Peranan pelaburan asing dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan
kemiskinan di sebilangan negara.
ii. Peningkatan mobiliti sosiai dan pengukuhan kelas menengah.
iii. Peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan itrnu
pengetahuan impak daripada teknologi baru komunikasi dan teknologi maklumat.
iv. Komunikasi yang lebih mudah dan juga murah.
v. Peluang yang lebih luas untuk manusia dari berbagai-bagai kumpulan etnik, budaya
dan agama untuk berinteraksi
vi. Peluang lebih luas untuk menzahirkan simpati dan keperimanusiaan mereka terhadap
mangsa-mangsa pelbagai jenis bencana alam dan tragedi buatan manusia di seluruh
dunia.
vii. Penonjolan idea-idea dan amalan pemerintahan yang baik seperti pertanggungjawaban
awam, peraturan undang-undang dan hak asasi manusia.
viii. Penonjolan hak-hak asasi kaum wanita.

Namun disebalik kebaikan ini, ada juga keburukan kesan daripada globalisasi. Antara
keburukan globalisasi ialah:
i. Kualiti alam sekitar yang semakin merosot akibat terlalu mementingkan faktor
keuntungan.
ii. Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin
melebar antara kawasan-kawasan di sesebuah negara dan antara sektor-sektor
ekonomi.
iii. Pengabaian keperluan asas hidup di kalangan rakyat termiskin di banyak negara.
iv. Kebanjiran maklumat yang tidak berguna.
v. Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan sesuatu jenayah dibendung.
3.0 KONSEP PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA
DI MALAYSIA

a. Konsep Negara

Negara merujuk pada sebuah masyarakat yang mendiami kawasan tertentu dan
adanya kerajaan yang memerintah. Konsep negara adalah sebuah kerajaan yang merdeka dan
mempunyai kedaulatan politik serta pentadbiran yang diiktiraf oleh negara-negara lain.
Manakala rakyat pula memiiiki taraf kewarganegaraan yang sah menurut undang-undang.
Rakyat merupakan elemen terpenting bagi negara kerana rakyatlah yang mengatur urus tadbtr
negara. Kewujudan rakyat juga yang akan membentuk satu bangsa kepada sesebuah negara.

Antara ciri-ciri utama pembentukan sesebuah negara adalah adanya penduduk,


sempadan, kerajaan dan kedaulatan. Sesebuah negara juga memiliki sistem politik yang
ditegakkan oleh sekumpulan manusia serta membentuk satu kerajaan yang sah dan diiktiraf
oleh pihak luar. Secara ringkasnya, untuk membentuk sebuah negara perlu rempunyat elemen
penduduk, wilayah, kerajaan dan kedaulatan.

b. Konsep Bangsa

Istilah bangsa merujuk kepada tempat asal lahirnya seseorang individu seterusnya
membentuk satu kumpulan besar manusia. Penggunaan istilah bangsa biasanya digunakan
untuk menjelaskan tentang sesebuah etnik, bahasa dan kebudayaan komuniti sesebuah
masyarakat.

Kumpulan manusia yang membentuk sebuah bangsa biasanya mempunyai hubungan


darah dan keturnan, bahasa yang sama, perkongsian tradisi dan sejarah. Waiaupun pelbagai
teori berkenaan bangsa ini, selain faktor-faktor tersebut, elemen perasaan ebersamaan turut
menjadi sentimen dalam membentuk sesebuah bangsa. Maka dapat dirumuskan bahawa
bangsa adalah hubungan erat yang wujud melalui perasaan kekitaan terhadap sekumpulan
besar manusia yang ada dalam sesebuah negara.
c. Konsep Negara dan Bangsa

Negara bangsa adalah satu konsep kenegaraan yang memperoleh pengesahan politik;
satu entiti bagi satu-satu bangsa dalam sebuah wilayah berdaulat; istilah negara bangsa
menyepadukan negara dan bangsa; dipertautkan melalui perkongsian wilayah bersama,
ekonomi bersama, serta mempunyai unsur-unsur subjektif bersama; ia menandakan bahawa
warganya telah bersedia berkongsi satu bahasa - satu budaya - satu nilai – satu wawasan.

Bagi mencapai konsep sebenar negara dan bangsa, ia perlu memenuhl ciri-ciri negara
dan bangsa tersebut. Antara ciri-ciri negara bangsa adalah :

a. Kehidupan masyarakat dalam negara tersebut adalah bersatu-padu tanpa


berlaku pemisahan ataupun
b. diskriminasi antara satu kaum dengan kaum yang iain.
c. Berpegang kepada satu semangat kenegaraan yang utuh melalui simboi-simbol
keutuhan seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara dan
sebagainya
d. Semua bangsa dan kaum berkongsi pegangan kepada suatu ideologi politik.
e. Setiap warganegara mempunyai kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap
sistem pernerintahan dan undang-undang negara.

Kerajaan Malaysia telah memilih pendekatan integrasi dalam usaha pembinaan negara
bangsa, dan bukannya pendekatan asimilasi seperti yang dilaksanakan di Indonesia. Cara
integrasi yang dikenali sebagai dasar Kesatuan dalam Kepelbagaian (Unity in Diversity)
menjadi pilihan kerana menjamin keamanan dalam masyarakat majmuk, sebaliknya cara
asimilasi lebih terdorong untuk 'memaksa' penduduk minoriti untuk menyertai kumpulan
majoriti dengan menghilangkan identiti etnik itu, dan cara ini biasanya berakhir dengan
kegagalan.
4.0 REFLEKSI

Pembinaan peradaban majmuk di Malaysia melibatkan pengetahuan, iktibar, dan nilai


yang dapat diperolehi dari sejarah dan perkembangan negara. Antara iktibar yang kita boleh
diperolehi ialah memahami kepentingan pembentukan negara bangsa dengan satu wilayah,
satu perlembagaan, dan satu kewarganegaraan bagi menyatukan pelbagai kumpulan etnik dan
budaya. Selain itu, memahami perkembangan sejarah negara sebagai asas kepada pembinaan
identiti dan peradaban majmuk Malaysia. Di samping itu, Menilai pengaruh globalisasi dalam
pembinaan peradaban, terutama melalui perkembangan teknologi dan jaringan digital.

Antara cadangan-cadangan penambahbaikan berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang


utuh dan lebih bersatu padu ialah meningkatkan pelaksanaan pendidikan multibahasa untuk
memperkukuh pemahaman dan kebolehan berkomunikasi antara pelbagai etnik. Selain itu,
menganjurkan lebih banyak program perpaduan komuniti yang melibatkan pelbagai etnik dan
agama. Di samping itu, menyokong inisiatif sukarelawan untuk bekerja sama dalam projek-
projek pembangunan komuniti yang dapat menyatukan masyarakat. Juga, membangunkan
program latihan dan pembangunan kerja sama untuk membina kefahaman dan kepercayaan
antara pelbagai pihak.
5.0 SUMBER RUJUKAN

1. Chandra Muzaffar (1998) Globalisation: The Perspectives and Experiences of the


Religious Traditions of Asia Pacific, International Movement for a Just World.

2. Unknown, Pembinaan Peradaban Majmuk Di Malaysia 14 October 2020,


https://pembinaanperadabanmajmukdimalaysia.blogspot.com/

3. Mohd Rodzi, 2009 Pembinaan negara bangsa Malaysia : peranan pendidikan


sejarah dan dasar pendidikan kebangsaan. Jebat: Malaysian Journal of History,
Politics and Strategic Studies

4. Nur Izzati Mohamad, Kepelbagaian Kaum Perlu Dirai 24 June 2023,


https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2023/06/1118360/kepelbagaian-kaum-
perlu-dirai

5. Breden Lee Herily, Pravina A/P Moorthy, Encik Mohammad Zamri Bin Jusoh,
Nurnajwa Humairah Binti Mohammad Safawi, Ainin Sofiya Binti Edrus,
PEMBINAAN PERADABAN MAJMK DI MALAYSIA OKTOBER 2022,
https://fliphtml5.com/galiy/pmnm/E-
FOLIO_PEMBINAAN_PERADABAN_MAJMUK_DI_MALAYSIA/

Anda mungkin juga menyukai