Anda di halaman 1dari 22

BUDAYA DAN KOMUNIKASI1

UNIT PELAJARAN 6
BUDAYA DAN KOMUNIKASI
HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir unit ini, anda diharapkan dapat;

1. Menerangkan maksud budaya dan konsep-konsep yang berkaitan dengannya.


2. Membincangkan hubungan budaya dan komunikasi.
3. Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan, perubahan dan
pengadoptasian budaya.
4. Membincangkan masalah-masalah yang wujud dalam komunikasi antara budaya.
5. Membincangkan kesan-kesan baik dan buruk komunikasi antara budaya.

PENDAHULUAN
Sebelum ini, kita telahpun menyentuh pelbagai aspek tentang komunikasi. Sekarang kita cuba
memperluaskannya lagi dengan membincangkan tentang budaya dan komunikasi. Dalam bab
ini, kita terlebih dahulu akan memdefinisikan budaya dan elemen-elemen yang terangkum di
dalam budaya itu. Kita juga akan menyentuh tentang perbezaan budaya dan bagaimana ia
mempengaruhi corak dan pola-pola interaksi dalam kalangan masyarakat. Seterusnya, kita
akan memperkatakan tentang masalah-masalah yang timbul dari perbezaan atau
pertembungan budaya dan bagaimana mewujudkan kesefahaman budaya. Akhirnya, kita akan
membincangkan tentang perkembangan, perubahan, dan pengadoptasian budaya dalam era
globalisasi serta implikasi-implikasi terhadap sistem komunikasi.

APAKAH BUDAYA?
Budaya merupakan satu konsep yang sering kita sebut tetapi tidak ramai orang yang dapat
menjelaskan dengan baik dan terperinci. Devito (2009) menyatakan budaya mengandungi dua
aspek utama iaitu; pertama, secaranya relatifnya mempunyai elemen-elemen khusus tentang
cara hidup suatu kumpulan manusia. Kedua, diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi
melalui proses komunikasi dan bukannya genetik. Menurutnya, budaya adalah segala-gala
yang dibentuk dan dihasilkan oleh sesuatu masyarakat itu seperti nilai, kepercayaan, artifak,
bahasa, cara bertingkahlaku dan berfikir, lukisan, undang-undang, agama, stail komunikasi dan
teori-teorinya serta sikap. Amalan-amalan ini diajar dan diperturunkan dari satu generasi ke
satu generasi melalui proses komunikasi dan tidak ada kaitan dengan faktor-faktor genetik atau
darah keturunan. Ia dalah warisan cara hidup dan amalan masyarakat tersebut.

Trenholm dan Jensen (2009) menyebut budaya sebagai nilai dan kepercayaan, norma dan
adat, peraturan-peraturan dan kod-kod, yang didefinisikan secara sosial oleh sekumpulan
masyarakat, mengikat mereka antara satu sama lain dan mewujudkan suatu kelaziman atau
persamaan kepada mereka. Inilah yang membentuk kelainan atau perbezaan antara satu
masyarakat dengan masuarakat yang lain. Ia menentukan cara masyarakat itu berfikir,
BUDAYA DAN KOMUNIKASI2

menanggap dunia ini, membina hubungan dengan orang lain, bagaimana ia membentuk dan
mencapai matlamat dan bertukar-tukar mesej.

Budaya adalah cara hidup yang dibina dan dikongsi oleh sekumpulan manusia dan
diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Ia terbina dari pelbagai elemen yang
kompleks termasuklah agama, sistem politik, adat resam, bahasa, peralatan-peralatan, pakaian,
bangunan dan cara bekerja. Ia juga merangkumi cara pergaulan, percakapan, adat istiadat
perkahwinan, makanan, cara bekerja, berfikir, dan sebagainya lagi (Tubbs & Moss, 2010).

Berdasarkan kepada definisi-definisi di atas, dapatlah dikatakan bahawa budaya adalah amalan
dan cara hidup sesuatu masyarakat yang diajarkan dan diperturunkan dari satu generasi ke
satu generasi melalui proses enkulturasi supaya ia terus berkesinambuangan dan menjamin
kelangsungannya serta menjadi faktor pengikat atau penyatuan kepada anggota masyarakat
itu. Jadi, cara hidup masyarakat kini merupakan menifestasi daripada amalan, cara hidup dan
tingkahlaku masyarakat sebelumnya. Ia tidak mempunyai kaitan dengan genetik atau faktor
keturunan sebaliknya merupakan sistem kehidupan yang diamalkan dan mencakupi segenap
institusi yang terdapat di dalam masyarakat itu seperti institusi kekeluargaan, kewangan, politik,
kemasyarakatan, perundangan, pendidikan, ekonomi, sosial, kepercayaan dan keagamaan.
Budaya berubah dari semasa ke semasa mengikut citarasa, kehendak, keperluan masyarakat
atau melalui proses akulturasi iaitu proses dimana budaya itu dimodifikasi melalui perhubungan
atau pendedahan dengan budaya lain (Devito, 2009). Sebagai contoh, kita lihat bagaimana
pendatang-pendatang Indonesia yang berada di Malaysia mengubah cara mereka berpakaian,
bercakap dan bertingkahlaku. Budaya berbeza dari satu masyarakat ke satu masyarakat yang
lain.

Budaya tidak hanya tertakluk kepada Negara seperti Malaysia, Indonesia, Jepun dan
sebagainya malahan juga bangsa seperti budaya Melayu, Cina, India, Hispanic dan Arab.
Budaya juga wujud dalam pelbagai konteks lain seperti organisasi dan institusi. Kita sering
mendengar orang menyebut budaya organisasi (Matsushita, Sanyo, IBM, Nyundai), institusi
seperti university awam dan swasta, sekumpulan manusia seperti budaya mat rempit, budaya
kerja (budaya kerja cemerlang) dan sebagainya lagi. Budaya dan bahasa saling berkaitan
kerana transmisi budaya dilakukan melalui bahasa atau komunikasi (Pearson dan rakan-rakan,
2011).

Islam tidak meletakkan institusi agama di bawah budaya sebagaimana yang dilakukan oleh
sarjana-sarjana barat. Bagi Islam, segala institusi yang dinyatakan seharusnya diletakkan di
bawah Islam itu sendiri kerana Islam mengatasi segala-galanya dan ia merupakan cara hidup.
Sebarang perubahan yang berlaku pada mana-mana institusi atau budaya itu mestilah dalam
ruangan lingkup yang dibenarkan oleh Islam. Perubahan yang dibenarkan oleh Islam mestilah
tidak bertentangan dengan hukum hakam Islam. Umpamanya, dari segi cara berpakaian, Islam
membenarkan fesyen tetapi mestilah menutup aurat. Islam membenarkan umatnya
meminjamkan wang tetapi mengharamkan riba. Dari segi komunikasi, Islam menggalakkan
perbincangan dan musyawarah tetapi mestilah berpaksikan kebenaran bukan mengikut suara
majoriti. Islam membenarkan penggunaan media baru tetapi bukan untuk menyampaikan
gambar-gambar lucah dan menaburkan fitnah.
BUDAYA DAN KOMUNIKASI3

Sebaliknya, kalaulah agama itu diletakkan di bawah budaya, sebarang perubahan yang berlaku
pada budaya, akan turut mengubah amalan agama itu. Contohnya, apabila manusia mengubah
cara pergaulannya, dari pergaulan yang terhad mengikut agama kepada pergaulan bebas lelaki
dan perempuan, maka agama terpaksa merelakannya. Begitu juga dalam sektor perbankkan,
bilamana manusia mengatakan institusi kewangan hendaklah mengamalkan riba bagi
memperolehi keuntungan, agama juga terpaksa membenarkannya. Itulah yang telah berlaku di
Barat. Oleh yang demikian, pentafsiran budaya mengikut Islam dan Barat amatlah berbeza.
Walau bagaimanapun, dalam membincangkan budaya dan komunikasi ini, kita hanya
menyentuh tentang amalan-amalan yang biasa dilakukan oleh sesuatu budaya dan tidaklah
memperkatakannya secara mendalam.

KENAPAKAH BUDAYA PENTING DALAM KOMUNIKASI?


Devito (2009) menyatakan terdapat lima sebab kenapa budaya penting dalam komunikasi iaitu
(1) perubahan demografi (2) peningkatan sensitivity terhadap perbezaan budaya (3) saling
kebergantungan dalam ekonomi (4) kemajuan dalam teknologi maklumat, dan (5) kompeten
komunikasi khusus pada sesuatu budaya iaitu apa yang boleh pada satu budaya tidak
semestinya boleh pada budaya yang lain.

Perubahan Demografi
Dalam era globalisasi ini manusia lebih bebas bergerak kerana terciptanya pelbagai jenis
kenderaan dan kemudahan-kemudahan pengangkutan. Migrasi manusia berlaku dari satu
Negara ke satu Negara yang lain. Ini menyebabkan berlakunya pertembungan dan
percampuran budaya dan malah mungkin mewujudkan budaya baru. Jika sebelumnya hanya
satu budaya sahaja yang terdapat di kawasan itu tetapi setelah berlakunya proses migrasi,
menyebabkan wujudnya pelbagai budaya. Fenomena ini telah mengubah keadaan demografi
setempat.

Untuk melihat fenomena ini, kita tidak perlu pergi ke Negara lain. Lihat sahaja Negara kita,
Malaysia. Dari segi sejarahnya, penduduk asal Negara ini ialah orang Melayu. Akan tetapi,
setelah British memerintah Negara ini, mereka telah membawa ramai orang-orang Cina dan
India untuk bekerja di sini dan dengan itu berlakulah pertembungan budaya Melayu, Cina dan
India. Kini, dengan berkembangnya sistem pendidikan dan sektor pekerjaan di Negara ini,
Malaysia telah menerima kemasukan rakyat asing yang melimpah-limpah dan proses
pertembungan budaya itu menjadi semakin ketara. Dengan itu, kegiatan-kegiatan komunikasi
antara budaya menjadi semakin penting dan signifikan.

Saling Kebergantungan Ekonomi


Dewasa ini kebergantungan ekonomi antara satu Negara dengan Negara yang lain merupakan
satu fenomena biasa. Ini kerana sebuah Negara itu tidak dapat menghasilkan semua barangan
yang diperlukannya akibat halangan pelbagai faktor seperti cuaca, kepakaran, kemudahan,
teknologi, kos pengeluaran dan sebagainya lagi. Maka, berlakulah kegiatan import-export yang
luas antara Negara. Contohnya, Malaysia mengeksport barangan elektronik dan minyak ke
BUDAYA DAN KOMUNIKASI4

Jepun tetapi dalam masa yang sama mengimport produk-produk Jepun seperti kereta dan
berbagai jenis jentera.

Saling kebergantungan ekonomi ini juga boleh dilihat dari segi operasi syarikat-syarikat yang
berstatus multi-national. Kegiatan mereka yang merentasi Negara dan budaya menjadikan
operasinya begitu mencabar dan memerlukan kemahiran yang tinggi dalam komunikasi antara
budaya. Umpamanya, syarikat-syarikat Jepun yang beroperasi di Malaysia bukan hanya
mengambil rakyat Malaysia sebagai pekerjanya bahkan juga menggunakan kemudahan-
kemudahan yang kita sediakan seperti kemudahan pengangkutan, insuran, perbankkan dan
sebagainya lagi.

Teknologi Komunikasi
Revolusi teknologi maklumat yang sedang melanda kita ketika ini amat memungkinkan
berlakunya pertembungan budaya. Kita bukan hanya mudah untuk mendapatkan maklumat
tetapi dapat menyaksikan secara langsung bagaimana peristiwa itu berlaku. Pengebomam di
Afghanistan, peperangan di Iraq atau perlawanan akhir bola sepak Juara-juara Kelab Eropah
dapat kita saksikan secara langsung walaupun kita berada jauh dari lokasinya. Penyebaran
maklumat melalui internet, facebook, e-mail dan sebagainya merancakkan lagi kegiatan
komunikasi manusia. Dalam pada itu, krisis nilai, konflik agama, ketegangan kaum, salah tafsir,
prejudis bangsa dan pelbagai masalah lagi boleh berlaku pada bila-bila masa sekiranya
teknologi maklumat digunakan tanpa berhati-hati.

Sensitiviti Budaya
Masyarakat sering menyanjung dan memandang tinggi budaya yang diamalkannya dan akan
mempertahankannya dengan apa cara sekalipun. Mereka menjadi amat sensitif apabila amalan
budayanya dikritik dan dicemuh. Di satu pihak, manusia suka memandang rendah dan
mencemuh budaya orang lain dan sering menganggap budayanya lebih superior. Dengan
mempelajari dan memahami budaya masyarakat lain, membantu seseorang itu meningkatkan
kesedaran terhadap sensitivity budaya masyarakat berkenaan. Dengan itu, wujudlah toleransi
budaya dan ini merupakan kaedah penting dalam menggalakkan komunikasi antara budaya
dan membantu mewujudkan keharmonian hidup manusia sejagat. Lebih-lebih lagi apabila
manusia hari ini mempunyai daya mobiliti yang tinggi dan bekerja bukan hanya di dalam
budayanya, malahan di dalam budaya masyarakat lain.

Kompeten Komunikasi
Tidak semua apa yang dilakukan di sesuatu budaya boleh dilakukan dan diterima oleh budaya
yang lain. Bagi orang Asia, khususnya masyarakat Malaysia, kesopanan dalam berkomunikasi
amat dititik beratkan. Mereka lebih suka mendengar dan tidak akan bercakap secara
semberono. Ini jauh berbeza dengan masyarakat Amerika yang bebas untuk meluahkan idea
dan pandangannya. Oleh itu, sekiranya orang Amerika mempengerusikan mesyuarat dan ia
mengharapkan partisipasi ahli sama seperti mesyauarat dalam kalangan masyarakat Amerika,
ia akan mengalami kekecewaan. Sebaliknya, kalaulah orang Malaysia mempengerusikan
mesyuarat yang ahli-ahlinya terdiri daripada orang Amerika, ia juga mungkin mengalami
BUDAYA DAN KOMUNIKASI5

kekecewaan kerana sukar untuk mengawal mereka. Justeru itu, sesuatu perkara yang efektif di
dalam sesuatu budaya tidak semestinya efektif juga dalam budaya lain.

Satu contoh lagi yang boleh kita lihat ialah perlaksanaan Kumpulan Kawalan Mutu (KKM) atau
Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMMK) yang kini dikenali juga sebagai Kumpulan Kreatif
dan Inovatif (KIK). Walaupun pencetus idea ini ialah Dr Damming dari USA, namun ianya gagal
dilaksanakan di Negara itu kerana sikap dan sifat bekerja masyarakat USA yang begitu
individualistik. Sebaliknya, apabila idea ini di bawa ke Jepun, ianya dapat dilaksanakan dengan
baik dan berkesan sehingga menjadi satu amalan penting di dalam sistem pengurusan Jepun.
Ini kerana budaya masyarakat Jepun yang suka bekerja secara berkumpulan dan saling tolong
menolong antara satu sama lain.

Bagaimanakah budaya berperanan dalam komunikasi?

PERBEZAAN BUDAYA
Kajian-kajian membuktikan terdapat beberapa sebab kenapa budaya berbeza. Devito (2009)
dan Tubb & Moss (2010) memberikan lima sebab utama kenapa perkara ini terjadi, iaitu (1)
Orientasi Individu dan Kolektif (2) Budaya Kontek-rendah dan tinggi (3) Power Distance (4)
Budaya Maskulin dan Feminin dan, (5) Penghindaran Ketidakpastian/Uncertainty Avoidance.

Orientasi Individual dan Kolektif


Dalam budaya individual, apa yang lebih ditekankan ialah nilai-nilai individu seperti kuasa,
pencapaian, keseronokan, dan stimulasi (Devito, 2009). Contoh Negara-negara yang
mengamalkan budaya ini ialah USA, Britain, Australia, New Zealand, Canada dan Belanda.
Dalam budaya ini, identiti, hak, pencapaian dan kebebasan individu lebih diutamakan
berbanding dengan identiti, hak, pencapaian dan kebebasan kumpulan. Keutamaan diberikan
kepada pencapaian matlamat individu dan berkomunikasi secara berterus terang (Tubbs &
Moss, 2010). Mereka percaya bahawa individu boleh mengawal matlamat dan destininya, tiada
limitasi sejauh mana mereka boleh lakukan sesuatu sekiranya mereka mahu, mempunyai
determinasi sendiri dan bekerja kuat. Pusat kawalan tingkahlaku adalah dalam diri sendiri
(Trenholm & Jensen, 2009). Trenholm dan Jensen (2009) menyebut budaya ini sebagai control
culture.

Sebaliknya, budaya kolektif, menekankan tentang peri pentingnya nilai-nilai kelompok atau
kolektif seperti amalan tradisi, murah hati dan kepatuhan (Devito, 2009). Contoh-contoh Negara
ini ialah Jepun, Cina, Korea, Malaysia, Indonesia, Pakistan dan sebagainya lagi. Dalam budaya
ini, tumpuan diberikan kepada bagaimana hendak menyesuaikan diri dengan kehendak
kelompok. Hubungan anggota kelompok adalah kuat dan merasakan saling bergantung antara
BUDAYA DAN KOMUNIKASI6

satu sama lain. Matlamat dan kebajikan kumpulan adalah lebih penting berbanding dengan
pencapaian dan kehendak individu. Mereka cuba sedaya upaya untuk mengelak konflik individu
(Tubbs & Moss, 2010). Pusat kawalan tingkahlaku berpaksi pada masyarakat dan percaya
bahawa individu tidak banyak yang boleh dilakukannya untuk mengubah nasibnya. Peristiwa
yang berlaku merupakan satu ketentuan, nasib atau kehendak supernatural. Kejayaan diukur
dari sumbangan individu terhadap pencapaian kumpulan secara keseluruhan (Trenholm &
Jensen, 2009). Trenholm & Jensen (2009) mengistilahkan budaya ini sebagai constraint
culture. Lebih kurang dua per tiga penduduk dunia merupakan pengamal budaya ini (Tubbs &
Moss, 2010)

Kedua-dua budaya ini mempunyai hubungan yang berbeza dengan alam persekitaran. Budaya
individu cuba memisahkan nature dengan kemajuan. Bagi mereka manusia adalah jisim yang
istimewa dan berbeza dengan benda-benda hidup yang lain. Nature mestilah dikuasai dan
dieksploitasi untuk kemanusiaan. Contohnya, sekiranya berlaku banjir, manusia mesti membina
empangan untuk mengawal banjir itu. Mereka lebih materialistik. Sebaliknya, budaya kolektif
sering menentang pembaharuan dan perubahan serta lebih bersedia menerima sesuatu
seadanya. Bagi mereka manusia tidak boleh mengubah nature (Trenholm & Jensen, 2009).
Sekiranya dibuat perbandingan jawapan oleh kedua-dua pihak terhadap soalan ini, kenapa
hasil kelapa sawit anda tidak begitu menggalakkan sedangkan orang lain memperolehi hasil
yang banyak?. Orang yang berbudaya individu akan mengatakan saya kurang usahasa,
kebun tidak dibersihkan dan pokok sawit tidak dibaja. Sebaliknya, orang yang berbudaya
kolektif berkata itulah rezki saya dan saya menerimanya dengan hati yang terbuka.

Tidak semua budaya individu atau kolektif sama. Walaupun di dalam budaya individu,
kebebasan dan autonomi diberikan keutamaan, dan di dalam sesetengah budaya individu juga,
secara umumnya, dari segi status, setiap orang adalah sama akan tetapi perbezaan dalam
status-status lain seperti jawatan dan pekerjaan, diakui dan diterima pakai. Bagi situasi
pertama, pakar-pakar menyebutnya sebagai individualisme mendatar manakala situasi kedua
disebut sebagai individualisme menegak. Sama juga keadaannya dengan budaya kolektif
dimana kolektivisme mendatar merujuk kepada persamaan status individu di dalam kumpulan
itu dan kolektivisme menegak merujuk kepada status hirarki di dalam kumpulan itu seperti
kedudukannya sebagai pemimpin, ketua dan sebagainya (Trenholm & Jensen, 2009).

Ada kemungkinan timbul masalah sekiranya kedua-dua pengamal budaya individu dan kolektif
ini bekerja secara bersama. Kepada kumpulan budaya kolektif, golongan individualist ini
mungkin dianggap sebagai bersifat ketuanan dan kompetitif sedangkan kepada individualist,
golongan budaya kolektif ini dianggap sebagai berpura-pura, hipokrat dan pak turut. Mereka
akan bermasalah jika berinteraksi (Trenholm & Jensen, 2009).

Budaya Kontek Tinggi dan Kontek Rendah


Dalam budaya kontek tinggi, hubungan ahlinya adalah akrab. Mereka sering mengambil tahu
antara satu sama lain seperti bertanya khabar, bergaul dengan jiran-jiran dan saling berhubung.
Mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dalam membaca tingkahlaku bukan lisan, suka
berselindung atau berkias dalam menyampaikan sesuatu kerana ingin menjaga perasaan dan
hati orang lain, agak kurang menggunakan komunikasi lisan dan lebih suka berdiam diri
BUDAYA DAN KOMUNIKASI7

(Tubbs & Moss, 2010) . Banyak maklumat dalam komunikasi berada dalam kontek atau pada
orang berkenaan. Contohnya, maklumat yang dikongsi melalui komunikasi sebelumnya, melalui
andaian-andaian sesama mereka, dan melalui pengalaman-pengalaman yang dikongsi (Devito,
2009). Trenholm dan Jensen (2009) menyatakan bahawa di dalam budaya kontek tinggi,
banyak maksud yang tersembunyi dan tidak dinyatakan. Oleh itu, penerima mestilah melihat
pada kontek, iaitu dengan siapakah mereka bercakap, dalam situasi yang macam mana dan
apakah persamaan-persamaan dalam kepercayaan mereka untuk memahami maksud yang
disampaikan oleh sumber.

Sebaliknya, di dalam budaya kontek rendah, mereka lebih suka berterus terang, eksplisit,
menekankan kepada maksud mesej yang disampaikan secara lisan dan berkongsi maklumat
yang mereka enkod (Tubbs & Moss, 2010). Kontek tidak memainkan peranan yang ketara
kerana maksud dinyatakan dengan jelas melalui percakapan. Mereka di dalam budaya kontek
rendah ini menekankan kepada ketepatan dan kejelasan serta tidak sepatutnya ada agakan-
agakan makna. Itulah yang merupakan intipati komunikasi yang baik (Trenholm & Jensen,
2009). Transeksi yang formal dibuat secara bertulis dan dianggap sebagai kontrak (Devito,
2009). Budaya kontek tinggi sering dikaitkan dengan budaya kolektif manakala budaya kontek
rendah dikatakan lebih mirip kepada budaya individu ( Tubbs & Moss, 2010, Devito, 2009).

Pastinyalah akan timbul masalah sekiranya orang yang berbudaya kontek tinggi berkomunikasi
dengan mereka yang berbudaya kontek rendah. Penerima dari budaya kontek tinggi akan
merasakan bahawa komunikasi kontek rendah terlalu kasar dan mungkin dalam sesetengah
kes, mencari makna tersembunyi, mengandaikan bahawa mesej yang dinyatakan bukanlah
merupakan mesej yang sebenar. Penerima kontek rendah mungkin akan keliru tentang
komunikasi budaya kontek tinggi dan hairan apakah yang mengngekang sumber untuk
menyatakan apa sebenarnya yang ada difikiran mereka (Trenholm & Jensen, 2009).

Jarak Kuasa/Power Distance


Jarak kuasa merujuk kepada darjah penerimaan masyarakat terhadap authority dan organisasi
berhirarki sebagai sesuatu yang natural di dalam budaya mereka (Tubbs & Moss, 2010). Di
dalam sesetengah masyarakat, didapati hanya segelintir daripada mereka yang mempunyai
kuasa dan kuasa yang dimiliki itu amatlah kuat, sedangkan majoritinya anggota masyarakat itu
tidak mempunyai apa-apa kuasa atau hanya mempunyai kuasa yang sedikit. Justeru itu,
wujudlah jurang perbezaan kuasa yang luas. Inilah yang dikatakan sebagai budaya jarak kuasa
tinggi. Contoh Negara sedemikian ialah Malaysia, Brunei, Cina, India, Franchis, Indonesia,
Negara-negara Arab, Mexico, Venezuela dan banyak lagi. Sebaliknya, dalam sebuah
masyarakat yang mengamalkan jarak kuasa rendah, taburan kuasa agak seimbang dalam
kalangan masyarakat. Perbezaan kuasa tidak begitu ketara (Devito, 2009) dan mereka
menekankan kepada persamaan. Kuasa yang ada pada seseorang itu sesuai dalam lingkungan
peranan yang diberikan kepadanya seperti seorang guru, doktor, penyelia, tentera, pegawai
kerajaan dan sebagainya. Begitupun kuasa itu masih boleh dipersoalkan dan dibantah,
sekiranya dirasakan perlu dan sesuai (Tubbs & Moss, 2010). Contoh Negara-negara yang
menamalkan budaya ini ialah Australia, New Zealand, Denmark, USA dan Israel.
BUDAYA DAN KOMUNIKASI8

Terdapat perbezaan yang ketara dalam amalan berkomunikasi antara kedua-dua budaya ini.
Bagi masyarakat pengamal budaya jarak kuasa tinggi, stail komunikasi yang digunakan lebih
bercorak authoritarian manakala budaya jarak kuasa rendah mengamalkan sistem komunikasi
yang lebih terbuka. Jurang komunikasi yang luas sering wujud dalam budaya jarak kuasa tinggi
seperti komunikasi guru dan murid, jarang sekali murid mempertikaikan gurunya. Murid
hendaklah bersopan santun dan menghormati sepenuhnya akan guru mereka. Akan tetapi, di
dalam budaya jarak kuasa rendah, pelajar dikehendaki mendemonstrasikan kehebatan dan
kemampuan mereka tentang subjek itu dan malah boleh mencabar guru mereka. Mereka juga
boleh berbincang secara bebas dan terbuka dengan guru-guru mereka (Devito, 2009).

Didapati bahawa pengamal budaya jarak kuasa tinggi lebih cenderung menjadikan persamaan
tahap status sosio-ekonomi sebagai faktor penentu kepada pemilihan pasangan mereka.
Bermakna orang kaya akan memilih orang yang kaya juga manakala orang yang miskin akan
memilih orang yang miskin sebagai pasangan hidup mereka. Contohnya, dalam masyarakat
Melayu, fenomena ini digambarkan di dalam filem Ibu Mertuaku dan Antara Dua Darjat. Di India,
golongan Brahmin hanya boleh berkahwin dengan Brahmin sahaja dan begitu jugalah dengan
kasta-kasta yang lain seperti Kshatria, Visyas dan Sudras.

Dari segi komunikasi kepengurusan, gelagat yang biasa ditonjolkan oleh budaya jarak kuasa
tinggi ialah mereka hendaklah mematuhi sepenuhnya arahan dan perintah yang diberikan oleh
superior mereka dengan tidak mempersoalkannya manakala di dalam budaya jarak kuasa
rendah, subordinat boleh mempersoalkan dan membincangkan tentang arahan yang diberikan
oleh supervisor kepadanya secara terbuka dan bersemuka. Oleh itu, sekiranya seorang
pentadbir yang berpegang kepada amalan budaya jarak kuasa tinggi mengarahkan pekerja
yang berpegang kepada amalan budaya jarak kuasa rendah, pastinya akan menghadapi
masalah komunikasi. Pentadbir tadi mengharapkan yang pekerjanya akan mematuhi
sepenuhnya arahan yang diberikan, tiada soal jawab dan laksanakan arahan itu dengan sebaik
mungkin sedangkan pekerja mahukan penjelasan yang lebih mendalam, peluang untuk
berbincang dan mempersoalkan arahan yang diterima. Pekerja menganggap pentadbir itu
autokratik, angkuh dan sombong. Sebaliknya, jika seorang pentadbir yang berbudaya jarak
kuasa rendah mentadbir pekerja yang berbudaya jarak kuasa tinggi, mereka akan mematuhi
segala arahan yang diberikan tanpa mempersoalkannya, tidak akan meminta penjelasan dan
huraian yang lebih lanjut tentang arahan itu dan malah jika diminta untuk memberi pendapat,
mereka tidak akan bersedia untuk berbuat demikian. Ini boleh menimbulkan kekecewaan
kepada pentadbir berkenaan.

Budaya Maskulin dan Feminin


Persepsi terhadap peranan jantina di dalam masyarakat berbeza dari satu budaya ke satu
budaya Iaitu bagaimanakah seharusnya lelaki atau perempuan memainkan peranan mereka di
dalam masyarakatnya. Ada budaya yang memberikan tempat dan peranan yang lebih tinggi
kepada golongan lelaki sahaja dengan alasan lelaki lebih tahan lasak, lebih aktif, asertif, agresif,
kuat dan lebih berjaya. Inilah yang disebut sebagai budaya maskulin. Dalam budaya ini,
peranan jantina didefinisikan dengan tegas dan jelas (Tubbs & Moss, 2010). Mereka
menekankan kepada kejayaan, dan mensosialisasikan masyarakatnya supaya lebih asertif,
BUDAYA DAN KOMUNIKASI9

bercita-cita tinggi dan bersaing. Kaum lelaki dianggap lebih berkemampuan untuk menghadapi
konflik bersemuka, dan menentang sebarang perbezaan secara kompetitif. Lelaki diharapkan
mengaplikasikan strategi menang-kalah (Devito, 2009). Negara-negara seperti Jepun, Australia,
Venezuela, Switzerland, Mexico, Ireland, Great Britain, German dan Negara-negara Arab
adalah contoh Negara-negara budaya maskulin tinggi.

Dalam budaya feminine, kaum wanita dinilai sebagai lebih sederhana, sopan santun,
berfokuskan kualiti hidup, dan lemah lembut. Sebuah budaya feminin yang tinggi, akan
mensosialisasikan masyarakatnya ke arah kesederhanaan dan menekankan kepada hubungan
interpersonal yang akrab, bertolak ansur, dan menggunakan perundingan di dalam
menyelesaikan konflik. Mereka lebih menekankan kepada situasi menang-menang (Devito,
2009). Contoh Negara-negara yang berbudaya demikian ialah Sweeden, Norway, Belanda,
Denmark, Costa Rica, Yuslavia, Finland, Chile, Portugal dan Thailand.

Menurut Devito (2009), organisasi juga boleh dinilai sebagai maskulin atau feminin. Organisasi
maskulin menggalakkan persaingan dan agresif, menumpukan pekerja bawahan dan
memberikan imbuhan kepada pekerja mereka berdasarkan kepada sumbangannya terhadap
organisasi. Organisasi feminin pula, kurang kompetitif dan kurang agresif. Mereka menekankan
kepada kepuasan pekerja dan memberi imbuhan kepada pekerja berdasarkan keperluan
mereka. Contohnya, kenaikan gaji yang lebih tinggi diberikan kepada pekerja yang mempunyai
ramai anak berbanding dengan pekerja yang mempunyai seorang anak sahaja walaupun
produktiviti pekerja yang ramai anak itu lebih rendah berbanding dengan pekerja yang
mempunyai seorang anak tadi.

Penghindaran Ketidakpastian/Uncertainty Avoidance


Terdapat budaya yang begitu sensitif terhadap ketidakpastian atau ketidakjelasan manakala
sesetengahnya pula tidak begitu mengambil kisah untuk menghindarinya. Penghindaran ketidak
pastian atau Uncertainty Avoidance merujuk kepada sejauh manakah ahli sesuatu budaya itu
cuba untuk mengelakkan ketidak pastian atau ketidak jelasan terhadap sesuatu (Tubbs & Moss,
2010). Dengan erti kata lain, sejauh manakah sesuatu budaya itu mengambil langkah-langkah
dan mempersiapkan diri mereka untuk mengelakkan atau berhadapan dengan ketidak pastian
dan ketidak jelasan. Tubbs dan Moss (2010) membahagikan budaya uncertainty avoidance
kepada dua, iaitu, Low-Uncertainty Avoidance (LUA) dan High-Uncertainty Avoidance (HUA).
Sebaliknya, Devito (2009), melihat gelagat ini dari sudut yang lebih positif dengan
mengistilahkannya sebagai ambiguity tolerance atau toleran ketidak pastian iaitu sejauh mana
sesuatu budaya itu boleh bertolak ansur dengan ketidak pastian atau ketidak jelasan. Menurut
beliau, budaya ambiguity tolerance ini terbahagi kepada dua iaitu High-Ambiguity-Tolerant
(HAT) atau Low-Uncertaity Avoidance (LUA) dan Low-Ambiguity-Telerant (LAT) atau High-
Uncertainty Avoidance (HUA).

Ahli-ahli budaya HAT/LUA menganggap ketidak pastian sebagai sesuatu yang biasa di dalam
kehidupan mereka. Mereka tidak takut menghadapinya dan menerimanya sekiranya berlaku.
Mereka juga selesa dan toleran dengannya. Dari segi komunikasi, mereka tidak begitu terikat
dengan peraturan komunikasi dan hubungan. Mereka bersedia bertolak ansur dengan individu
yang tidak mematuhi peraturan yang sama sebagai budaya majority dan mungkin pula
BUDAYA DAN KOMUNIKASI10

menggalakkan pendekatan dan perspektif yang berlainan (Devito, 2009). Mereka juga suka
kepada kepelbagaian dan lebih flexibal serta terbuka kepada perubahan (Tubbs & Moss, 2010).
Singapura, Hong Kong, Jamaica, USA, Malaysia dan India adalah antara contoh-contohnya.

Dalam budaya LAT/HUA, mereka cuba sedaya upaya untuk mengelak ketidak pastian dan
mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengetahui apakah yang akan berlaku seterusnya
selepas sesuatu terjadi. Bagi mereka ketidak pastian adalah sesuatu yang menakutkan dan
perlu didahapi. Budaya ini mewujudkan peraturan-peraturan yang amat jelas untuk
berkomunikasi dan ianya mestilah dipatuhi Devito, 2009). Mereka suka lebih banyak peraturan
dan maklumat bagi mengelakkan ketidak pastian dan tingkahlaku yang boleh diramalkan serta
tidak suka kepada kepelbagaian. Contoh-contoh Negara yang mengamalkan budaya ini ialah
Greece, Portugal, Jepun, Franchis dan El Salvador.

Dari segi komunikasi, kedua-dua budaya ini menunjukkan perbezaan yang ketara. Bagi pekerja
di Negara yang mengamalkan budaya HAT/LUA, mereka lebih suka kepada ketidak pastian,
tidak perlukan arahan-arahan atau peraturan kerja yang detail dan menyanjung kebebasan,
kreativiti dan flexibiliti. Sebaliknya, bagi pekerja budaya LAT/HUA, mereka mahukan kepastian,
kejelasan objektif, arahan-arahan yang tepat regimentasi dan penjadualan kerja jelas.

Trenholm & Jensen (2009) disamping bersetuju dengan kelima-lima faktor yang menyebabkan
perbezaan budaya, telah menyatakan dua faktor lain yang turut menyumbang kepada
kepelbagaian budaya itu, iaitu, orientasi tindakan dan sikap terhadap masa.

Orientasi Tindakan
Dalam orientasi tindakan, ada budaya yang dipacu oleh tugas dan tanggung jawab yang
diberikan kepadanya. Inilah yang disebut sebagai sebagai doing cultures (Trenholm & Jensen,
2009). Budaya ini menekankan kepada penyempurnaan tugas dan pencapaian matlamat.
Mereka menolak tingkahlaku yang tidak produktif, gusar terhadap perbuatan membuang masa
dan menilai diri mereka berdasarkan penyempurnaan kerja dan pencapaian material. Bagi
mereka manusia mesti dinilai berdasarkan kemampuannya melakukan dan menyempurnakan
sesuatu pekerjaan bukan atas dasar kenalan dan persahabatan.

Sebaliknya pula terdapat budaya yang mementingkan kenalan dan hubungan peribadi
berbanding dengan penyempurnaan tugas. Ini disebut mereka sebagai being cultures.
Penyesuaian diri adalah lebih penting berbanding dengan kemampuan kerja. Mereka tidak
teruja untuk bekerja keras seperti doing culture. Apa yang penting ialah menjaga hubungan
baik, pergaulan dan berbual-bual dengan rakan sekerja bukanlah merupakan satu pembaziran
masa. Sekiranya ada antara anggota keluarga yang sakit atau menghadapi masalah, mereka
boleh meninggalkan tempat kerja atau bercuti sahaja dan kerja-kerja yang terbengkalai hanya
akan dibuat selepas masalah keluarga itu dapat diselesaikan. Ini berbeza dengan doing
cultures dimana pekerja itu harapkan terus datang bertugas dan menyelesaikan masalahnya
pada masa yang terluang dan tidak menjejaskan kerja (Trenholm & Jensen, 2009).

Sikap Terhadap Masa


BUDAYA DAN KOMUNIKASI11

Corak dan cara penggunaan masa juga berbeza mengikut budaya. Ada budaya yang begitu
terikat dengan masa manakala ada budaya yang begitu longgar dalam menggunakan masa.
Terdapat dua bentuk budaya yang dikaitkan dengan penggunaan masa iaitu budaya yang
memecahkan dan membahagikannya secara linear dimana masa digunakan mengikut urutan,
satu perkara untuk satu masa, temujanji diambilkira dengan serius, ketepatan masa, melakukan
aktiviti menepati jadual dan bukan sebaliknya. Masyarakat ini begitu rigid dengan masa dan
masa dibahagi-bahagikan dengan penuh perkiraan. Budaya ini disebut sebagai budaya
monokronik atau monochronic cultures atau dikenali juga sebagai M-time cultures (Trenholm &
Jensen, 2009). Bagi mereka, masa amatlah bernilai dan tidak boleh terbuang begitu sahaja.

Namun, ada juga budaya begitu longgar dalam menggunakan masa. Penggunaan masa tidak
dijadualkan secara teratur, boleh berubah-ubah dan begitu flexibal. Budaya ini dikenali sebagai
budaya polykronik atau polychronic cultures yang juga disebut sebagai P-time cultures.
Biasanya apa yang telah dijadualkan untuk dilakukan pada waktu itu, tidak dilakukan atau
mungkin juga melakukan beberapa pekerjaan dalam satu masa. Mesyuarat dan temujanji
jarang dimulakan mengikut jadual (Trenholm & Jensen, 2009) dan kerja-kerja boleh
ditangguhkan atau dibatalkan mengikut kehendak seseorang itu.

Dalam keadaan demikian, seorang yang datang dari budaya M-time, akan berasa terkejut,
marah dan amat kecewa apabila berurusan di Negara budaya P-time kerana timbul masalah
ketepatan masa dalam melakukan temujanji atau pengendalian kerja yang lambat akibat
gangguan-gangguan lain. Sebaliknya, seorang yang datang dari budaya P-time, berurusan di
Negara M-time, akan turut berasa kecewa kerana masyarakat M-time rigid dengan penggunaan
masa dan mungkin menyebabkan temujanjinya terpaksa dibatalkan atau ditunda (Trenholm &
Jensen, 2009).

Bincangkan persamaan dan perbezaan antara budaya Melayu, Jepun dan Arab berdasarkan
kepada orientasi individu dan kolektif, kontek tinggi dan rendah, jarak kuasa, faminin dan
maskulin, orientasi tindakan dan sikap terhadap masa.

KOMUNIKASI ANTARA BUDAYA


Komunikasi antara budaya merujuk kepada komunikasi antara mereka yang mempunyai
pegangan budaya, nilai atau cara bertingkahlaku yang berbeza (Devito, 2009). Untuk
mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai komunikasi antara budaya, sila rujuk
gambar rajah 6.1 yang menyentuh tentang model komunikasi antara budaya.

Mesej

Sumber- Sumber-
Penerima Penerima
BUDAYA DAN KOMUNIKASI12

Rajah 6.1 Model Komunikasi Antara Budaya

Dalam model ini, bulatan yang besar itu ialah budaya individu yang berkomunikasi, manakala
bulatan di bahagian dalam yang lebih kecil melambangkan komunikator berkenaan. Kedua-dua
komunikator datang dari budaya yang berbeza. Tidak kira sama ada perbezaan budaya itu kecil
(seperti Melayu Malaysia dengan Melayu Indonesia) ataupun besar (nelayan Malaysia dengan
usahawan Jepun), semua mesej yang disampaikan tercetus dari konteks budaya yang unik
dan konteks itu mempengaruhi kandungan dan bentuk mesej (Devito, 2009). Dengan itu, kita
akan menyatakan, mempersepsikan, menginterpretasikan dan bertindak mengikut budaya kita
dan begitu jugalah di pihak yang satu lagi. Jadi budaya mempengaruhi setiap aspek dalam
komunikasi kita. Menurut Devito (2009), terdapat beberapa bentuk komunikasi antara budaya,
iaitu:

a. Komunikasi antara dua budaya kebangsaan yang berbeza, contohnya orang Malaysia
dengan Thailand atau orang Korea dengan Indonesia.
b. Komunikasi antara dua orang yang berbeza bangsanya seperti orang Melayu Malaysia
dengan Cina Malaysia atau Cina Malaysia dengan India Malaysia. Komunikasi ini juga
dikenali sebagai komunikasi antara rasa tau interracial communication.
c. Komunikasi antara mereka yang datang dari kumpulan ethnik yang berbeza seperti
orang Bajau berkomunikasi dengan orang Dusun atau Melayu dengan Kadazan.
Komunikasi jenis ini dikenali juga sebagai komunikasi antara ethnic atau interethnic
communication.
d. Komunikasi antara mereka yang berlainan agama seperti orang Islam dengan Budha
dan Yahudi dengan Kristian.
e. Komunikasi antara warganegara yang berlainan seperti rakyat Malaysia dengan Rakyat
Korea atau rakyat Singapura dengan rakyat Thailand. Komunikasi ini juga dikenali
sebagai komunikasi antara bangsa atau international communication.
f. Komunikasi antara budaya kecil yang wujud dalam budaya besar seperti pensyarah
dengan pelajar-pelajar dan penyelidik dengan masyarakat.
g. Komunikasi antara budaya kecil dengan budaya dominan (peripherial and dominant
culture) seperti komunikasi antara orang tua dengan kelompok majority remaja.
h. Komunikasi antara gender iaitu antara lelaki dan perempuan. Ini kerana peranan gender
banyak dipelajari dari budaya. Lelaki mempunyai peranannya sendiri manakala wanita
juga mempunyai peranannya sendiri. Namun begitu, ada juga tokoh-tokoh komunikasi
yang mengklasifikasikan komunikasi gender ini sebagai komunikasi silang budaya atau
cross cultural communication. Ini disebabkan terdapatnya banyak perbezaan cara
berkomunikasi dan mendengar antara lelaki dan perempuan.

Melakukan komunikasi antara budaya bukanlah merupakan satu perkara mudah. Walaupun
begitu, ia perlu dilakukan kerana kini, dunia ini menjadi semakin kecil. Ini kerana terciptanya
alat-alat pengangkutan moden, meluasnya ruang lingkup perniagaan hinggakan merentasi
sempadan Negara dan benua, terciptanya teknologi komunikasi yang canggih dan secara
maya. Begitu juga dengan kadar mobility manusia yang tinggi kerana berkembangnya industri
BUDAYA DAN KOMUNIKASI13

pelancongan, wujudnya saling bergantung antara satu Negara dengan Negara yang lain,
bidang pendidikan dan rawatan kesihatan menjadi satu perniagaan dan wujudnya dasar-dasar
seperti globalisasi dan liberalisasi, meningkatkan lagi keperluan kemahiran komunikasi antara
budaya. Realitinya, dunia benar-benar menjadi satu perkampungan besar atau apa yang
disebut sebagai global village.

Dalam komunikasi antara budaya satu perkara yang perlu diingat, ialah sensitiviti budaya, iaitu
sikap dan cara bertingkahlaku dimana kita mengetahui dan menyedari wujudnya perbezaan
budaya. Sensitiviti budaya ini penting bagi mengukir keamanan dunia dan pertumbuhan
ekonomi, keberkesanan komunikasi interpersonal (Franklin & Mizell dalam Devito, 2009),
pembangunan sosial dan manusia sejagat serta penerokaan ilmu.

Apa yang menjadi masalah besar kepada kita ialah, kita begitu selesa dengan sesuatu yang
sama dengan kita dan tidak mahu meneroka sesuatu yang baru. Kita tidak bersedia untuk
berkomunikasi dengan orang yang datang dari budaya lain kerana takut menimbulkan masalah,
lebih melihat kepada perbezaan dan tidak cuba untuk mencari persamaan. Kita juga mungkin
tidak tertarik dengan perbezaan itu dan tidak mahu melakukan usaha-usaha tambahan bagi
membentuk hubungan dan persefahaman (Trenholm & Jensen, 2009). Maka, wujudlah
pelbagai halangan komunikasi antara budaya yang kadangkala amat sukar untuk ditangani.

Halangan-halangan Komunikasi Antara Budaya


Di bahagian awal buku ini kita telah memperkatakan tentang pelbagai halangan komunikasi.
Dalam komunikasi antara budaya semua halangan-halangan yang telah dibincangkan itu tetap
wujud malahan ditambah beberapa factor yang lain. Marilah kita bincangkan satu per satu.

Ethnocentrisme
Ethnocentisme adalah satu kepercayaan atau keyakinan bahawa kumpulan atau budaya yang
dipegangnya itu lebih superior dari kumpulan atau budaya lain (Pearson dan rakan-rakan,
2011). Ia merupakan satu kecenderongan untuk melihat orang lain dan tingkahlakunya dengan
menggunakan tapisan budaya sendiri, sering kali berbeza dengan tingkahlaku kita sendiri. Ia
merupakan satu kecenderongan untuk menilai nilai, kepercayaan, dan tingkahlaku budaya kita
lebih positif, superior, logikal, dan natural berbanding dengan budaya orang lain (Devito, 2009).
Apabila kita menyebut bahawa budaya kita lebih baik dari budaya orang lain, atau cara bangsa
kita makan lebih baik dari cara bangsa lain makan, maka kita telah melakukan enthnocentrisme
dan kta telahpun merendah-rendahkan budaya orang lain..

Dalam konteks komunikasi antara budaya, perbuatan seperti ini boleh menimbulkan kemarahan
orang lain atau menyebabkan berlakunya konflik. Mungkin juga menyebabkan keengganan
untuk berkongsi atau menerima sesuatu dari budaya lain walaupun ia menguntungkan. Ia juga
boleh memecahbelahkan manusia dan menggagalkan perundingan antara budaya (Tubbs &
Moss, 2010). Keahlian di dalam sesuatu kumpulan boleh mempengaruhi semangat
ethnocentrisme seseorang. Contohnya, dalam konteks Malaysia, Perkasa menunjukkan
enthnocentrisme yang begitu tinggi sehingga menimbulkan kebimbangan kepada kaum-kaum
lain di Negara ini. Kajian-kajian membuktikan bahawa terdapat hubungan yang signifikan dan
BUDAYA DAN KOMUNIKASI14

positif antara ethnocentrisme dengan favoritisme (Hammond & Axelrod dlm Tubbs & Moss,
2010).

Darjah kekuatan perasaan ethnocentrisme kita berbeza dari satu bangsa atau kumpulan ke
satu bangsa atau kumpulan yang lain. Contohnya, seorang Melayu, beragama Islam
mempunyai darjah ethnocentrisme yang lebih rendah kepada orang Arab berbanding dengan
orang Afrika yang beragama Kristian. Begitu juga dengan masyarakat Cina Malaysia, akan
menunjukkan darjah ethnocentrisme yang lebih rendah terhadap orang Taiwan berbanding
dengan orang Arab.

Walaupun begitu ethnocentrisme tidak sentiasa membawa perkara yang negatif. Ada masanya
ethnocentrisme yang tinggi amat diperlukan, contohnya, di dalam peperangan. Ini kerana
ethnocentrisme yang tinggi itu dapat membantu meningkatkan semangat petriotisme dan
kesediaan untuk berkorban demi kepentingan Negara atau kumpulannya (Neuliep & McCroskey
dlm Tubbs & Moss, 2010).

Stereotype
Pada asalnya perkataan stereotype merupakan istilah yang digunakan dalam percetakan iaitu
kepingan logam atau besi (plate) yang digunakan untuk mencetak imej yang sama secara
berulang-ulang kali. Namun begitu, istilah ini telah digunakan tokoh-tokoh sosiologi dan
psychologi untuk merujuk kepada tanggapan kekal terhadap sesuatu kumpulan dan
menggunakan tanggapan itu sebagai ukuran untuk menilai ahli individu kumpulan atau
masyarakat itu dengan mengenepikan ciri-ciri unik individu tersebut (Devito, 2009). Ia
merupakan generalisasi terhadap kelompok-kelompok tertentu dan dibuat berdasarkan
pengalaman kita yang begitu terhad dan tidak tepat. Perbuatan seperti ini boleh menimbulkan
masalah dalam komunikasi antara budaya. Floyd (2011) menyebut stereotype sebagai satu
generalisasi mengenai sekumpulan atau kategori manusia yang mungkin mempunyai pengaruh
yang kuat tentang bagaimana kita mempersepsikan mereka dan gelagat komunikasi mereka.
Menurutnya lagi, terdapat tiga tahap dalam proses stereotype, iaitu:

a. Pertama, kita mengenalpasti kumpulan seseorang itu. Contohnya, lelaki.


b. Kita generalisasikan apa yang selalu dilakukan oleh mereka yang ada di dalam
kumpulan itu (lelaki tidak tahu bagaimana hendak menyatakan emosi mereka).
c. Akhirnya, kita aplikasikan generalisasi itu kepada orang itu (dengan sebab itu anda tidak
tahu bagaimana hendak menyatakan emosi anda).

Kita sering mempunyai stereotype terhadap orang lain sama ada terhadap kelompok
masyarakat, sesuatu bangsa, profesyen, kampung dan sebagainya. Lihat sahaja di negara kita
ini, terdapat begitu banyak stereotype. Antara stereotype yang masyhur ialah orang Melayu
pemalas, orang Cina pengotor, orang India kaki mabuk, orang politik adalah penipu dan
sebagainya lagi. Bagaimana pula agaknya stereotype kita terhadap orang asing seperti orang
Amerika, Jepun, British, Korea, Afrika dan lain-lain?
BUDAYA DAN KOMUNIKASI15

Kenapakah stereotype berlaku? Allport (dalam Pearson dan rakan-rakan, 2011) menyatakan,
kita suka menstereotype orang kerana kita mempunyai hubungan yang sedikit/renggang
dengan mereka. Contohnya, kita mungkin mengetahui serba sedikit tentang masyarakat barat
terutama dari segi cara mereka berpakaian, bersosial dan minum arak. Namun, dengan
mengatakan semua masyarakat barat adalah kaki minum arak dan mengamalkan seks bebas
adalah satu stereotype kerana tidak semua mereka begitu. Ramai yang masih berpegang teguh
kepada ajaran agama mereka (Kristian) yang melarang perbuatan zina dan minum arak.

Kadangkala kita melakukan stereotype kerana kita pernah mengalami sesatu peristiwa yang
kurang menyenangkan dengan salah seorang anggota masyarakat itu dan lantas sahaja kita
mengeneralisasikannya. Umpamanya, kita pernah dirompak oleh orang Thailand tatkala kita
berkunjung ke Negara itu, terus sahaja kita mengatakan melancong ke Thailand tidak selamat
kerana mereka suka merompak. Realitinya, tidak semua orang Thai suka perompak dan malah
ramai yang baik dan suka menolong orang lain.

Kita juga melakukan stereotype kerana bermusuhan dengan seseorang atau sekumpulan
masyarakat. Tuduh menuduh dan label melabel berlaku dan akhirnya wujud ketegangan
hubungan. Komunikasi menjadi semakin rumit. Contohnya, Amerika pernah menuduh Iran
sebagai paksi keganasan dan Iran menuduh Amerika sebagai syaitan besar. Lantaran itu,
Amerika dan Iran saling tidak percaya mempercayai dan berprasangka tinggi antara satu sama
lain.

Sebenarnaya melakukan stereotype terhadap sesuatu kaum, sering menjadi agenda utama
penjajah bagi memecah belahkan rakyat di Negara yang dijajahnya. Tujuannya ialah untuk
memudahkannya mentadbir dan menguasai Negara tersebut. Lihatlah bagaimana Inggeris
telah mewujudkan stereotype terhadap orang Melayu, Cina dan India di Negara ini di zaman
penjajahan dahulu dan bagaimana USA memecah belah rakyat Iraq (Kurdis, Syiah dan Sunni),
juga dengan menggunakan strategi yang sama.

Prejudis
Pearson dan rakan-rakan (2011) menyatakan bahawa prejudis merupakan sikap negatif
terhadap sekumpulan manusia hanya semata-mata kerana mereka adalah mereka manakala
Trenholm dan Jensen (2009) menyebutnya sebagai satu sikap sosial yang negatif yang dimiliki
oleh ahli sesuatu kumpulan terhadap ahli kepada kumpulan yang lain, suatu sikap yang
membiaskan persepsi dan biasanya membawa kepada diskriminasi. Prejudis berlaku pada
kumpulan masyarakat, bukan individu dan terbina melalui proses komunikasi antara ahli-ahli
kumpulan itu. Mereka berkongsi pandangan negatif terhadap kelompok lain dan biasanya
kelompok yang diketepikan seperti orang miskin, mereka yang tidak boleh bercakap dalam
bahasa kebangsaan Negara itu, kumpulan homoseksual, mat rempit dan sebagainya lagi.
Prejudis tidak semestinya berlaku pada kumpulan majoriti terhadap kumpulan minority sahaja,
kadang-kadang sebaliknya pula yang berlaku. Contohnya, prejudis terhadap wanita, mungkin
datangnya dari sekelompok kecil lelaki (wanita tidak boleh jadi pengurus, pentadbir, pemimpin,
lemah dsbnya).
BUDAYA DAN KOMUNIKASI16

Prejudis terbina bermula dengan kejahilan. Sebagai kumpulan majoriti dan menjadi budaya
dominan, mereka tidak berkeinginan untuk mengetahui lebih mendalam tentang kumpulan
minoriti yang ada di sekeliling mereka. Contohnya, sikap kita terhadap masyarakat orang asli di
Negara ini. Tanpa ingin mengetahui pola-pola kehidupan mereka, kita terus sahaja menuduh
mereka manusia pemalas, pengotor, bodoh dan tidak perlu diberikan layanan. Akhirnya,
terjadilah diskriminasi, peminggiran dan penghinaan terhadap mereka. Peluang untuk
mewujudkan komunikasi dengan mereka diketepikan begitu sahaja serta tidak mahu
mendengar kelohan mereka.

Apakah agaknya halangan-halangan komunikasi antara budaya yang mungkin wujud sekiranya
seorang rakyat Malaysia berbangsa Melayu dan beragama Islam pergi melawat ke Indonesia?
Berikan sebab-sebabnya kenapa anda berkata demikian.

Bagaimana Memperbaiki Komunikasi Antara Budaya?


Melakukan komunikasi antara budaya dan membentuk persefahaman bukanlah merupakan
suatu perkara mudah. Ia memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh, berterusan dan
komitmen yang tinggi dari setiap orang. Pearson dan rakan-rakan (2011) menyenaraikan 10
strategi bagaimana hendak memperbaiki komunikasi antara budaya, iaitu:

a. Buat penilaian diri bagaimana sikap kita terhadap budaya yang berbeza
mempengaruhi komunikasi kita dengan mereka? Antara langkah pertama untuk
memperbaiki komunikasi antarabudaya kita ialah penilaian diri yang jujur tentang stail,
kepercayaan dan prejudis kita.
b. Amalkan tingkahlaku komunikasi mendukung gelagat-gelagat mendukung seperti
empati, menggalakkan kejayaan dalam komunikasi antara budaya. Gaya komunikasi
mendukung sangat besar pengaruhnya kepada keseronokan dan kepuasan hubungan
(Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, 2006). Tingkahlaku-tingkahlaku defensif akan
menggugat keberkesanannya.
c. Wujudkan sensitiviti terhadap kepelbagaian apabila perspektif komunikasi yang sihat
telah wujud, kita boleh mempelajari sesuatu dari orang lain. Populasi yang pelbagai,
menyediakan peluang yang luas untuk belajar. Oleh itu, gunakanlah kesempatan itu
untuk mempelajari budaya orang lain dan fahami dengan sebaiknya.
d. Elakkan stereotype elakkan daripada membuat andaian terhadap budaya yang lain.
e. Elakkan ethnocenrisme jangan merendah-rendahkan budaya orang lain sebaliknya
pelajarilah budaya mereka supaya kita dapat melihat kekuatan dan kelemahan budaya
kita.
f. Wujudkan kod sensitiviti kod sensitivity merujuk kepada kebolehan menggunakan
bahasa lisan ban bukan lisan sesuai dengan budaya atau norma-norma orang yang kita
berkomunikasi dengannya. Semakin banyak kita tahu tentang budaya orang lain
semakin mudah bagi kita untuk menyesuaikan diri.
BUDAYA DAN KOMUNIKASI17

g. Dapatkan kod-kod yang boleh dikongsi berfikiran terbukalah supaya dapat membentuk
kod-kod yang boleh dikongsi bersama.
h. Gunakan dan galakkan maklumbalas deskriptif. Kedua-dua pihak hendaklah bersedia
untuk menerima maklum balas dan supportif. Maklum balas hendaklah segera, jujur,
khusus dan jelas.
i. Bukalah saluran-saluran komunikasi hendaklah bersabar semasa berinteraksi dalam
mencari persefahaman bersama. Wujudkan peluang-peluang untuk mendapatkan
maklum balas dan penjelasan yang lebih mendalam dan menyeluruh.
j. Tangani konflik kepercayaan dan praktis fikirkan bagaimana kita boleh menangani
masalah dan perbezaan kecil dan besar dalam komunikasi itu. Binalah empati terhadap
orang lain supaya kita dapat merongkai masalah terutamanya yang berkait dengan
aspek-aspek keagamaan, cara hidup dan nilai.

Selain daripada perkara-perkara yang dicadangkan oleh Pearson dan rakan-rakan terdapat
beberapa perkara lain yang tidak juga kurang pentingnya bagi memperbaiki komunikasi
antara budaya iaitu dengan meningkatkan pengetahuan tentang budaya orang lain. Dengan
mengetahui budaya orang lain menjadikan kita lebih berfikiran terbuka dan tidaklah seperti
katak di bawah tempurung. Sebelum kita pergi ke Negara orang, dapatkanlah maklumat-
maklumat tentang masyarakat itu seperti amalan budaya, kepercayaan, kegiatan sosial,
ekonomi, fahaman politik mereka dan sebagainya lagi. Bacalah buku-buku, majalah, brosur
yang berkaitan atau bertanya kepada orang yang mengetahuinya atau layarilah laman-
laman web tentangnya. Pengetahuan seperti ini akan membantu memberikan keyakinan diri
kepada kita dan kepada masyarakat yang akan kita kunjungi atau lawati itu (Trenholm &
Jensen, 2009).

Berusahalah untuk membina toleransi dan harmoni yang lebih luas. Wujudkanlah usaha-
usaha untuk membentuk persefahaman bersama dengan tidak menyentuh perkara-perkara
yang sensitif atau taboo atau yang menjadi pantang larang kepada mereka. Umpanya,
kalau kita pergi ke USA, satu perkara yang menjagi taboo kepada mereka ialah pertanyaan
tentang agama yang mereka anuti. Bagi mereka, agama adalah hak individu dan tak siapa
boleh bertanya tentangnya. Kenalpastilah angkubah-angkubah yang boleh membawa
persefahaman dan amalkan ianya.

APAKAH KESAN KOMUNIKASI ANTARA BUDAYA?


Banyak kajian-kajian membuktikan bahawa komunikasi antara budaya telah membawa
kesan positif dan negatif terhadap kehidupan dan tamadun manusia. Untuk melihatnya
dengan lebih dalam, marilah kita bincangkan satu per satu.

Kesan Positif
Kesan-kesan positif komunikasi antara budaya boleh dilihat dari segi individu, politik, sosial,
ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi seperti berikut;

a. Individu
BUDAYA DAN KOMUNIKASI18

i. Pengetahuan tentang komunikasi antara budaya memudahkan seseorang bergerak


dari satu tempat ke satu tempat atau dari satu Negara ke satu Negara.
ii. Dapat mewujudkan persefahaman dan kerjasama antara individu dan mengelakkan
perasaan prejudis, ethnocentrisme yang tinggi, kejumutan pemikiran dan salah
sangka.
iii. Membolehkan dan memudahkan berlakunya proses pertukaran idea, kemahiran dan
teknologi, perundingan antara individu dan penyelesaian masalah.
iv. Mewujudkan perasaan saling bersimpati, empati dan berkasih saying sesame
manusia.
b. Politik
i. Membantu mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara Negara terutamanya
kerjasama serantau.
ii. Mengelakkan dari berlakunya salah faham, konflik dan mungkin peperangan.
iii. Dapat mempromosikan kegiatan-kegiatan politik serantau.
iv. Mudah mendapatkan sokongan dan pengiktirafan politik terutamanya dalam
keadaan konflik, peperangan dan membuat keputusan dan tindakan yang kritikal.
Dalam keadaan-keadaan tertentu mungkin mudah untuk mendapatkan dantuan
ketenteraan, pealatan perang dan nasihat ketenteraan. Contoh yang paling jelas
ialah hubungan baik USA dengan Israel, telah menyebabkan USA memberikan apa
sahaja bantuan kelengkapan perang dan kepakaran kepada Israel dalam
menghadapi dunia arab.
v. Mudah untuk menjalin hubungan diplomatik.
vi. Mewujudkan toleransi politik yang lebih baik dan berkesan.
c. Sosial
i. Memudahkan mempromosikan kegiatan sosial seperti mendapatkan bantuan
kemanusiaan dan bencana alam (banjir, rebut taufan,kemarau, dll), wabak
penyakit dan pembangunan masyarakat.
ii. Memudahkan pergerakan rakyat ke Negara lain seperti mengadakan lawatan
sosial, melancong dan sebagainya.
iii. Membantu mempromosikan kegiatan-kegiatan pertukaran budaya (cultural
exchange).
d. Ekonomi
i. Mudah untuk mempromosikan kegiatan-kegiatan ekonomi seperti import dan
eksport, pameran perdagangan dan sebagainya.
ii. Lebih mudah untuk mendapatkan sokongan, kerja sama dan bantuan ekonomi
dari Negara lain terutamanya dalam keadaan ekonomi yang sukar dan tidak
stabil. Sesetengah organisasi antara bangsa membantu untuk meningkatkan
produktiviti dan taraf kehidupan masyarakat dengan menyediakan latihan-latihan
celik huruf, pendidikan tentang kaedah-kaedah pertanian moden dan membantu
meningkatkan pengahsilan pertanian kepada yang lebih menguntungkan (Tubbs
& Moss, 2010).
iii. Dapat mengelak dari berlakunya sabotaj ekonomi.
iv. Dapat membantu mengembangkan kegiatan-kegiatan ekonomi di Negara asing
seperti perbankan, perhotelan, pembuatan, pelancongan kesihatan (hospital),
pengangkutan, perfileman dan industri-industri lain. Ini termasuklah juga bantuan
kewangan untuk kegiatan-kegiatan pembangunan ekonomi.
BUDAYA DAN KOMUNIKASI19

e. Pendidikan, Sains dan Teknologi


i. Memudahkan untuk menghantar pelajar-pelajar untuk belajar di Negara lain dan
mengembangkan institusi pendidikan sama ada di dalam mahupun di luar
negara.
ii. Memudahkan berlakunya proses perpindahan teknologi dan kepakaran dalam
pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, sains dan teknologi.
iii. Menjadikan perkongsian ilmu, hasil penyelidikan dan dapatan-dapatan baru lebih
mudah untuk dikongsi.

Kesan Negatif
Seperti mana yang dinyatakan bahawa komunikasi antara budaya bukan hanya membawa
kesan-kesan positif malahan juga turut menimbulkan kesan-kesan negatif. Antara kesan-kesan
negatifnya adalah;

a. Penaklukan budaya
Revolusi maklumat yang berlaku, hanya dikuasai oleh Negara-negara besar dan
berteknologi tinggi seperti USA, Britain, Rusia, German, Franchis dan Jepun.
Penyaluran maklumat dari Negara-negara ini ke Negara-negara kecil dan sedang
membangun berlaku dalam kuantiti yang begitu banyak sedangkan penyaluran
maklumat dari Negara-negara kecil dan sedang membangun ke Negara-negara besar
dan berteknologi tinggi ini amatlah sedikit dan kadangkala langsung tidak kedapatan.
Lihatlah dalam susunan rancangan-rancangan tv kita, seperti rancangan-rancangan
hiburan dan filem serta berita-berita yang dipaparkan, sama ada oleh tv swasta
mahupun awam, terlalu banyak rancangan yang diimport dari Negara-negara besar dan
berteknologi tinggi ini. Justeru itu, wujudlah ketidak seimbangan penyaluran maklumat
antara kedua-dua blok Negara-negara ini.

Fenomena ini berlaku kerana Negara-negara kecil dan membangun tidak mampu
menghasilkan filem-filem dan berita-berita mereka sendiri disebabkan kekurangan
teknologi, kepakaran dan kos pengeluarannya yang terlalu tinggi. Adalah lebih ekonomik
bagi mereka untuk membeli filem-filem atau maklumat-maklumat yang dihasilkan oleh
syarikat-syarikat besar di Barat. Lantaran ledakan filem-filem dan maklumat-maklumat
dari Negara-negara besar ini ke Negara-negara kecil, sedikit demi sedikit telah
mempengaruhi budaya dan cara hidup rakyat di Negara-negara kecil.

Keadaan ini menjadi bertambah buruk apabila Negara-negara kecil begitu banyak
bergantung kepada Negara-negara besar dari segi ekonomi dan affiliasi politik. Maka,
terjadilah cultural homogenization iaitu kecenderungan budaya-budaya yang mempunyai
hubungan antara satu sama lain menjadi semakin sama (Tubbs & Moss, 2010).
Contohnya, bagaimana rakyat Malaysia menjadi peminat makanan Thai dan hampir di
setiap pelusuk Negara ini kita boleh melihat restoren dan gerai-gerai makanan Thai dan
terpinggirnya restoren dan gerai-gerai makanan tempatan. Dalam masa yang sama,
lihat juga bagaimana makanan segera dari Barat telah menjadi kegemaran rakyat
Malaysia. Kini, begitu ramai rakyat Malaysia yang sudah dicoca-colakan, didunkin
BUDAYA DAN KOMUNIKASI20

donatkan, diKentucky Fried Chickenkan dan dipizza hutkan. Penyerapan budaya


luar ini akan berlaku secara berterusan dan pastinya mampu mengancam budaya
tempatan.

b. Wujudnya blok-blok fahaman politik


Komunikasi antara budaya membolehkan manusia berinteraksi antara satu sama lain.
Walaupun begitu, ia boleh mewujudkan kelompok-kelompok masyarakat dan Negara
yang mempunyai persamaan fahaman dan idealogi politik seperti Negara-negara
komunis, kapitalis dan sosialis. Ini menjadikan dunia terpecah kepada beberapa blok
mengikut fahaman dan idealogi politik sehingga berlakunya perang dingin antara blok
Amerika (USA) dan blok Kesatuan Soveit yang bermula pada tahun 1947 (selepas
perang dunia kedua) hingga ke tahun 1991. Walaupun pada waktu itu peperangan
terbuka antara Amerika dan Kesatuan Soveit tidak berlaku, akan tetapi peperangan
melalui tekanan ekonomi, bantuan terpilih, pergerakan diplomatik, propaganda,
pembunuhan, operasi ketenteraan tahap rendah dan perang proksi antara blok USA
dengan Blok Kesatuan Soveit berlaku secara berterusan untuk tempoh tersebut
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Dingin, 16/6/2011).

Tamatnya perang dingin pada tahun 1991 telah membuka era baru dalam corak
komunikasi antara budaya. Kini, paling menonjol adalah sikap negatif masyarakat barat
terhadap umat Islam di seluruh dunia. Sikap Islamofobia (rasa kurang senang/sangsi)
yang ditonjolkan masyarakat Barat terhadap orang-orang Islam semata-mata kerana
silap tafsiran dan ketidak fahaman mereka tentang Islam itu sendiri. Mereka menuduh
Islam mengajar keganasan sedangkan apa yang dilakukan oleh orang-orang Islam di
Negara mereka adalah untuk membebaskan diri daripada cengkaman Barat, Yahudi dan
penindasan kerajaan seperti di Palestin, Selatan Filipina, Afghanistan, India dan
sebagainya lagi. Label yang digunakan ialah Islam menganjurkan keganasan telah
menyemarakkan stereotype Islam itu ganas dan setiap orang Islam itu pengganas.
Lantaran itu, tercetuslah juga prejudis yang tinggi terhadap orang Islam dan
terbentuknya diskriminasi atau penindasan terhadap mereka. Oleh itu, masyarakat Barat
perlu mengikis tanggapan itu sekiranya komunikasi Islam-Barat ingin dipulihkan dan
terbinanya hubungan sesama manusia yang baik dan harmoni.

c. Kesan sosial
Komunikasi antara budaya tidak juga kurangnya meninggalkan kesan negatif kepada
sistem sosial sesebuah masyarakat dan Negara. Dalam konteks Malaysia, secara
perlahan-lahan kita telah mula berubah dari amalan budaya kontek tinggi kepada
budaya kontek rendah. Kegiatan bergotong royong dan keperihatinan terhadap saudara
mara dan jiran tetangga telah mula disisihkan. Mereka menjadi lebih individualistik dan
berfokuskan pencapaian diri, berbanding dengan kelompok.

Kesimpulan
Dalam era globalisasi ini, kemahiran komunikasi antara budaya amatlah dituntut kerana ia
bukan hanya memudahkan manusia untuk berinteraksi, malahan mampu membantu
BUDAYA DAN KOMUNIKASI21

menyelesaikan masalah dan mengharmonikan penduduk dunia. Manusia tidak lagi boleh hidup
dalam kelompoknya sahaja kerana teknologi dan kemajuan manusia telah menjadikan dunia ini
sebagai satu perkampungan besar. Manusia hidup saling bergantung antara satu sama lain dan
saling perlu memerlukan serta lengkap melengkapi. Kiranya masalah-masalah komunikasi
antara budaya dapat ditangani dengan baik, kepelbagaian budaya masyarakat merupakan
warna warni yang mengindahkan lagi panorama kehidupan di dunia ini.

1. Bincangkan lima faktor kenapa komunikasi antara budaya menjadi semakin penting
sejak kebelakangan ini?
2. Bincangkan lima kelebihan bagi seseorang yang mempunyai kemahiran yang tinggi
dalam komunikasi antara budaya.
3. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? semakin banyak berlakunya
komunikasi antara budaya semakin homogen sifatnya budaya masyarakat di dunia ini.
4. Apakah yang anda faham tentang:
a. Masyarakat monokronik
b. Ethnocentrisme
c. Enkulturasi
5. Apakah pentingnya mempelajari komunikasi antara budaya?
6. Huraikan tiga perbezaan antara komunikasi dalam budaya kontek tinggi dan budaya
kontek rendah.

Rujukan

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2006), Kemahiran interpersonal untuk guru. Kuala Lumpur.

PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Devito, J. A (2009), Human communication. New York. Pearson Education Inc.

Floyd, K. (2011), Communication matters. New York. McGraw Hill Companies Inc.

Pearson, J. C., Nelson, P. E., Titsworth, S., & Harter, L. (2011). Huma communication. New

York. McGraw Hill Companies Inc.

Trenholm, S. & Jensen, A. (2009). Interpersonal communication. New York. Oxford University

Press.

Tubbs, S. & Moss, S. (2010). Human communication. New York. McGraw Hill Companies Inc.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Dingin. 16/6/2011.

http://www.answering-islam.org/Bahasa/RencanaBF/Mitos-islamofobia.html. 16/6/2011.
BUDAYA DAN KOMUNIKASI22

Anda mungkin juga menyukai