Anda di halaman 1dari 11

FOLIO

SEMESTER 2
JABATAN PENDIDIKAN UMUM /
JABATAN/ UNIT
UNIT KEMANUSIAAN
PENTAKSIRAN FOLIO
NAMA KURSUS PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
KOD KURSUS MPU 2172
TARIKH
MASA
CLO 2:
Menerangkan sistem, tahap perkembangan,
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (CLO)
kemajuan sosial dan kebudayaan merentas bangsa
dalam kehidupan seharian. (A3, LD4a)

DOMAIN HASIL PEMBELAJARAN LD4a : KEMAHIRAN PERSONAL

MARKAH MARKAH
MARKAH MARKAH
MARKAH PELAJAR PELAJAR
PENUH WAJARAN
(WAJARAN) ( / 100)

30 30

NAMA PELAJAR NUR AIN NISHA BINTI AG GADUR


PROGRAM PENGURUSAN PERNIAGAAN
NO. KAD PENGENALAN 040428-12-1126
NO. ANGKA GILIRAN HKV0122BF004
PENSYARAH

DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

………………………………... ………………………………
( ) ( )
PENYELARAS KURSUS KETUA JABATAN PENDIDIKAN UMUM

ISI KANDUNGAN
Bil PERKARA MUKA
SURAT
1. PENGENALAN 3

2. PEMBENTUKAN PERADABAN NEGARA DAN BANGSA DI


MALAYSIA 4
a. Menerangkan Peradaban Pribumi Alam Melayu 5
6
b. Menerangkan Peradaban Asia 7
c. Menerangkan Peradaban Barat 8
d. Menerangkan Peradaban Globalisasi (Kebaikan dan Kesan
Globalisasi)

3. KONSEP PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA DI MALAYSIA


i. Menerangkan Konsep Negara 9
ii. Menerangkan Konsep Bangsa 10
iii. Menerangkan Konsep Negara dan Bangsa

4. REFLEKSI 11

5. SUMBER RUJUKAN 12

2
1. PENGENALAN

        Majmuk di Malaysia adalah gabungan daripada beberapa peradaban besar dunia yang bergaul
dan tergarap melalui perjalanan sejarah di Alam Melayu. Pembinaan peradaban ini didahului oleh
peradaban Pribumi Alam Melayu, kemudiannya diikuti peradaban Asia, (India, Cina, Timur
Tengah), dan seterusnya peradaban Barat. Akhirnya, peradaban ini disambut oleh ‘peradaban
globalisasi’ yang merupakan kacukan pelbagai punca peradaban tanpa sempadan melalui jaringan
digital yang kompleks. Pembinaan peradaban yang beridentitikan Malaysia bermula dengan
Kemerdekaan 1957 melalui usaha mewujudkan Negara-Bangsa, didahului oleh pembinaan Negara
(State) bercirikan satu wilayah, satu perlembagaan dan satu kewarganegaraan. Negara mewujudkan
beberapa institusi utama seperti sistem birokrasi negara, Pelan Pembangunan Lima Tahun dan
sebagainya. Pembangunan ekonomi mendahului pembinaan Bangsa (Nation). Oleh itu, pembinaan
bangsa menyusul, antaranya melalui, institusi sistem politik kepartian dan pilihan raya. Dalam
konteks ini telah wujud beberapa “Bangsa Idaman”
yang menguasai wacana politik di Malaysia. Usaha membina peradaban beridentitikan Malaysia
sangat mencabar dan perlu dikupas dan didebatkan.

3
PEMBENTUKAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

Sebelum kita mengecapi kemerdekaan dan era moden kini, adalah perlu untuk kita
memahami sejarah peradaban Alam Melayu terlebih dahulu. Ia telah wujud hasil keterlibatan
masyarakat di pelbagai rantau, antaranya ialah Nusantara yang melibatkan zaman prasejarah
bermula empat dekad sebelum masihi. Di zaman prasejarah ini belum wujud sebuah entiti politik
atau sempadan negara bangsa yang dikenali sebagai Tanah Melayu mahupun Malaysia. Namun ia
telah pun mempunyai sebuah unit geografi yang dikenali sebagai alam nusantara (Syed Hussein Ali
2017). Sehubungan itu, dalam konteks binaan bangsa Malaysia, adalah perlu untuk dalami
perkembangan sejarah peradaban yang bagi memahami etos budaya rantau Melayu sebagai teras
kepentingan dalam pembinaan bangsa Malaysia. Rantau alam Nusantara dalam catatan India
disebutdalam bahasa Sanskrit sebagai Suvarnahbumi atau Tanah Emas (Sailendra & Nath Sen,
1988). Perkembangan sejarah peradaban di Nusantara dan Malaysia moden ini dapatlah
dibahagikan kepada beberapa zaman seperti yang dinyatakan di bawah.

a) Peradaban Pribumi Alam Melayu


 “Amri Marzali (2017) berkata, Tamadun Melayu ialah tamadun yang dibina dan dimiliki
oleh masyarakat ysng berbudaya melayu" Sosiobudaya mereka terdiri daripada pelbagai
kumpulan etnik manakala dari segi politik pada masa lampau mereka terdiri daripada
kerajaan Kuno. Tamadun tersebut kini menjadi negara moden dan maju. "Peradaban berasal
daripada Asia Tenggara, khasnya Gugusan kepulauan Tanah Melayu (Selatan Siam,
Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Sumatera, Jawa, Madura, Sunda, Borneo dan Filipina)
Mereka bertutur dalam bahasa Melayu Indonesia, mereka beragama Islam. Bahasa melayu
menjadi bahasa lingua France antara orang-orang melayu rumpun Melayu Asia Tenggara.

 Kesan daripada kemasukan pengaruh asing. Budaya masyarakat Melayu mengalami


perubahan terhadap pengembangan bahasa melayu. Imperialisme budaya ini turut berlaku di
Alam Melayu yang terkenal sebagai kawasan strategik (antara Timur dan Barat. Pusat
dagangan entrepot dan aktiviti kebudayaan). Oleh itu, interaksi yang berlaku ini ada sesuatu
yang positif apabila hasil daripada kemasukan negara asing ini, memperlihatkan
kecenderungan dalam memperkayakan bahasa dan kebudayaan. Maka berlakulah kosa kata
pinjaman daripada pelbagai bahasa dan budaya. Antaranya, bahasa inggeris, Arab, India,
Cina, Portugis, Belanda dan lain-lain.

b) Peradaban Asia

4
 Peradaban Asia mempengaruhi pembinaan bangsa dan negara di malaysia. Kedatangan
masyarakat india, Cina dan pedagang Arab dari Timur tengah telah membawa pelbagai adat
dan budaya dan pegangan agama. Kedatangan orang india dan Cina ke Malaysia adalah
hasil usaha pihak penjajah yang membawa masuk pekerja asing. Peradaban mereka
merupakan waris peradaban asal mereka di negara asal. Apabila di Malaysia, mereka
bertembung dengan peradaban tempatan termasuk peradaban barat dan melayu.

 Peradaban Asia (India dan Cina) yang ada di Malaysia masih tidak banyak berubah menurut
acuan tempatan. Dalam aspek keagamaan, walaupun terdapat dikalangan bangsa India dan
Cina yang memeluk agama islam, namau bahasa dan kebudayaan masih diamalkan dalam
sebahagian kehidupan mereka. Contoh : adat resam dan tabiat pemakaian bahasa ibunda
masih dikekalkan dari generasi ke generasi.

c) Peradaban Barat
 Semasa pemerintahan kolonial barat khususnya pemerintahan British‌, penyebaran agama
kristian di tanah Melayu tidaklah begitu ketara. Beberapa kawasan penempatan awal British
dapat dilihat melalui peninggalan bangunan bersejarah seperti Pulau Pinang, Melaka dan
Singapura. Di tanah Melayu khususnya, pengaruh peradaban Barat lebih kepada pengaruh
bidang material dan kesannya luaran sahaja.

d) Peradaban Globalisasi (kebaikan dan kesan Globalisasi)


 Globalisasi mengikut kamus dewan ialah fenomena yang menjadikan dunia kelihatan kecil
dari segi perhubungan manusia disebabkan pantasnya perkembangan teknologi maklumat. Ia
juga merupakan era dunia tanpa sempadan yang berlaku hasil interaksi dan jaringan
peradaban yang merentasi benua dan sempadan negara.

 Globalisasi berlaku melalui pemodenan dalam pelbagai bidang kehidupan, perkembangan


teknologi maklumat dan informasi seperti computer dan telefon pintar yang mempunyai
talian internet serta penggunaan media sosial yang berleluasa seperti Facebook, Whatsapp
dan lain-lain. Peradaban globalisasi membawa pengaruh yang besar dalam pelbagai aspek
kehidupan merentasi bidang politik, ekonomi, sosio-budaya termasuklah perkembangan
bidang ilmu dan pemikiran. Perkembangan peradaban global ini turut menjadi penyumbang
kepada pembentukan peradaban majmuk di Malaysia.
5
Kebaikan Globalisasi

Chandra Muzaffar (1998) telah menyertaikan lapan kebaikan globalisasi iaitu :

KEBAIKAN
I. Peranan pelaburan asing dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan
di sebilangan negara.

II. Penonjolan idea-idea dan amalan pemerintahan yang baik seperti pertanggungjawaban
awam, peraturan undang-undang dan hak-hak asasi manusia dan hak-hak asasi wanita.

III. Peningkatan mobiliti sosial dan pengukuhan kelas menengah.

IV. Komunikasi yang lebih mudah dan murah.

V. Penonjolan hak-hak asasi kaum wanita.

VI. Peluang lebih luas untuk manusia dari berbagai-bagai kumpulan etnik, budaya dan
agamaa untuk berinteraksi.

VII. Peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan itrnu
pengetahuan impak daripada teknologi baru komunikasi dan teknologi maklumat.

VIII. Peluang lebih luas untuk menzahirkan simpati dan keperimanusiaan mereka terhadap
mengsa-mangsa pelbagai jenis bencana alam dan tragedi buatan manusia di seluruh
dunia.

6
Kesan Globalisasi

Anatara keburukan globalisasi ialah :

KESAN GLOBALISASI

I. Kualiti alam sekitat yang semakin merosot akibat terlalu mementingkan faktor
keuntungan.

II. Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin melebar
antara kawasan di sesebuah negara dan antara sektor-sektor ekonomi.

III. Pengabaian keperluan asas di kalangan rakyat termiskin di banyak negara.

IV. Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan jenayah dibendung.

V. Kebanjiran maklumat yang tidak berguna.

1.

7
2. KONSEP PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA DI MALAYSIA
i. Menerangkan Konsep Negara
 Negara merujuk pada sebuah masyarakat yang mendiami kawasan tertentu dan adanya
kerajaan yang memerintah. Konsep negara adalah sebuah kerajaan yang merdeka dan
mempunyai kedaulatan politik serta pentadbiran yang diiktiraf oleh negara-negara lain.
Manakala rakyat pula memiliki taraf kewarganegaraan yang sah menurut undang-undang.
Rakyat merupakan elemen terpenting bagi negara kerana rakyatlah yang mengatur urus
tadbir negara. Kewujudan rakyat juga yang akan membentuk satu bangsa kepada sesebuah
negara.

 Antara ciri-ciri utama pembentukan sesebuah negara adalah adanya penduduk, sempadan,
kerajaan dan kedaulatan. Sesebuah negara juga memiliki sistem politik yang ditegakkan oleh
sekumpulan manusia serta membentuk satu kerjaan yang sah dan diiktiraf oleh pihak luar.
Secara ringkasnya, untuk membentuk sebuah negara perlu mempunyai elemen penduduk,
wilayah, kerajaan dan kedaulatan.

ii. Menerangkan Konsep Bangsa


 Istilah bangsa merujuk kepada tempat asal lahirnya seseorang individu seterusnya
membentuk satu kumpulan besar manusia. Penggunaan istilah bangsa biasanya digunakan
untuk menjelaskan tentang sesebuah etnik, bahasa dan kebudayaan komuniti sesebuah
masyarakat.

 Kumpulan manusia yang membentuk sebuah bangsa biasanya mempunyai hubungan darah
dan keturunan, bahasa yang sama, perkongsian tradisi dan sejarah. Walaupun pelbagai teori
bekenaan bangsa ini, selain faktor-faktor tersebut, elemen perasaan kebersamaan turut
menjadi sentimen dalam membentuk sesebuah bangsa. Maka dapat dirumuskan bahawa
bangsa adalah hubungan erat yang wujud melalui perasaan kekitaan terhadap sekumpulan
besar manusia yang ada dalam sesebuah negara.

iii. Menerangkan Konsep Negara Dan Bangsa


 Satu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperoleh pengesahan politiknya dengan
menjadi sebuah entiti berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah (unit) wilayah yang
berdaulat. "Negara" (atau negeri) ialah entiti politik dan geopolitik, manakala "bangsa" ialah
entiti budaya dan/atau etnik. Istilah "negara bangsa" menandakan bahawa kedua-duanya
(negara dan bangsa) sebagai sama, dan ini membezakannya dengan bentuk kenegaraan yang

8
lain, yang telah wujud sebelumnya. Jika berjaya dilaksanakan, ia menandakan bahawa
rakyatnya berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai - yang bukan merupakan ciri-ciri negara
yang telah wujud sebelumnya. Sebuah dunia dengan negara-negara bangsa juga akan
melaksanakan tuntutan terhadap penentuan nasib sendiri dan autonomi bagi setiap bangsa,
yang menjadi fokus utama fahaman nasionalisme.

 Antara ciri-ciri negara bangsa adalah :


a) Kehidupan masyarakat dalam negara tersebut adalah bersatu-padu tanpa berlaku
pemisahan aataupn diskriminasi antara satu kaum dengan kaum yang lain.
b) Berpegang kepada satu semangat  kenegaraan yang utuh melalui simbol-simbol
keutuhan seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara yang
sebagainya.
c) Semua bangsa dan kaum berkongsi pegangan kepada suatu ideologi politik.
d) Setiap warganegara mempunyai kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap sistem
pemerintaha dan undang-undang negara.

9
3. REFLEKSI
 Secara keseluruhannya, konsep pembinaan negara bangsa adalah sesuatu yang melibatkan
proses yang panjang. Namun begitu, walaupun ia merupakan proses yang sukar, pembinaan
negara bangsa amat penting dalam sesebuah negara masyarakat majmuk seperti di Malaysia.
Pembinaan negara bangsa yang mantap memerlukan penyertaan menyeluruh dari setiap
anggota masyarakat dan jentera kerajaan.

 Ancaman luar akan datang tanpa mengira masa dalam pelbagai bentuk sama ada secara
langsung atau tidak langsung. Justeru itu, Malaysia harus bersedia dengan asas pegangan
nasionalisme yang betul iaitu nasionalisme yang dimiliki oleh sebuah kumpulan. Tetapi jika
nasionalisme yang dipegang itu masih lagi berasaskan semangat assabiyah, maka negara
tidak akan maju kerana banyak masa dan kos terbuang begitu sahaja.

 Kerajaan telah berusaha menyusun semula masyarakat melalui dasar-dasar yang dijalankan
sejak berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Kerana itu generasi hari ini harus memahami
kedudukan masyarakat pada masa dahulu dan menjadikannya iktibar dan panduan di masa
hadapan dalam membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu

4. SUMBER RUJUKAN
i.

Sumber Buku Teks


 MPU2172 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN EDISI 2023

ii. Sumber Internet


 https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/public-
administration/topik-5-pembinaan-peradaban-majmuk-di-malaysia/28808540
 https://online.fliphtml5.com/xusei/ylmc/#p=3
10
 https://sejarahnusantaraef.blogspot.com/2018/02/1.html?m=1
 https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Negara_bangsa

11

Anda mungkin juga menyukai