Anda di halaman 1dari 10

MPU 2172

PENGHAYATAN ETIKA
DAN PERADABAN

TAJUK FOLIO :
PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

NAMA MUHAMMAD ALIFF HAKIMI BIN ZAHAR AFFENDI


NO.KAD PENGENALAN 050830081125
KELAS 1 DVM DMC
PROGRAM TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMAN UDARA

NAMA PENSYARAH NUR SYAMIM AISAR BINTI ISMAIL


TARIKH HANTAR 29 FEBRUARI 2024
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PENGENALAN 1

PEMBENTUKAN PERADABAN MAJMUK 2-4


DI MALAYSIA
 PERADABAN PRIBUMI ALAM
MELAYU
 PERADABAN ASIA
 PERADABAN BARAT
 PERADABAN GLOBALISASI
KONSEP PEMBENTUKAN NEGARA 5-6
DAN BANGSA DI MALAYSIA
 KONSEP NEGARA
 KONSEP BANGSA
 KONSEP NEGARA DAN BANGSA
REFLEKSI 7

SUMBER RUJUKAN 8
1.0 PENGENALAN
Peradaban Majmuk di Malaysia adalah gabungan daripada beberapa peradaban besar
dunia yang bergaul dan tergarap melalui perjalanan sejarah di Alam Melayu.
Pembinaan peradaban ini didahului oleh peradaban Peribumi Alam Melayu,
kemudiannya diikuti peradaban Asia, (India, Cina, Timur Tengah), dan seterusnya
peradaban Barat. Akhirnya, peradaban ini disambut oleh ‘peradaban globalisasi’ yang
merupakan kacukan pelbagai punca peradaban tanpa sempadan melalui jaringan
digital yang kompleks. Pembinaan peradaban yang beridentitikan Malaysia bermula
dengan Kemerdekaan 1957 melalui usaha mewujudkan Negara-Bangsa, didahului oleh
pembinaan Negara (State) bercirikan satu wilayah, satu perlembagaan dan satu
kewarganegaraan. Negara mewujudkan beberapa institusi utama seperti sistem
birokrasi negara, Pelan Pembangunan Lima Tahun dan sebagainya. Pembangunan
ekonomi mendahului pembinaan Bangsa (Nation).Oleh itu, pembinaan bangsa
menyusul, antaranya melalui, institusi sistem politik kepartian dan pilihan raya. Dalam
konteks ini telah wujud beberapa “Bangsa Idaman “yang menguasai wacana politik di
Malaysia. Usaha membina peradaban beridentitikan Malaysia sangat mencabar dan
perlu dikupas dan didebatkan

Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini di atas landasan


kerohanian dan moral yang dituntut oleh Islam dan agama - agama lain berterusan
tanpa banyak terjejas, penilaian baik dan buruk pembinaan peradaban majmuk di
Malaysia perlu dilakukan dengan lebih teliti. kebaikannya perlu dimakmurkan dan
dimanfaatkan oleh rakyat negara ini. keburukannya perlu dihindari dan diatasi sebaik
mungkin. Akhirnya, kita perlu menggunakan segala kekuatan dan kekayaan dalaman
yang terdapat dalam agama dan tradisi kita baik yang berupa kerohanian mahu pun
yang berupa intelektual atau keilmuan.
2.0 PEMBENTUKAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA
i. Peradaban Peribumi di Alam Melayu
Bangsa Melayu telah menjadi bangsa besar yang dicatatkan pencapaian tamadun
mereka dalam catatan China. India. Arab dan Creek, selain turut dikunjungi oleh
pengembara terkenal seperti Marco Polo (m. 1324M) dan Ibnu Batutah (m. 1377M).
Alam Melayu telah bertukar menjadi kawasan Islam sejak berdirinya Islam yang
pertama di sebelah Nusantara di Perlak pada 840M (225H).

Peradaban Melayu berasal daripada penduduk Asia Tenggara, khasnya, Gugusan


Kepulauan Melayu yang di dalamnya terdiri daripada Selatan Siam. Semenanjung
Tanah Melayu. Pulau Sumatera, Jawa. Madura, Sunda, Borneo, Sulawesi, Filipina,
pulau-pulau timur Indonesia dan bahagian-bahagian kecil daripada Kampuchea ke
Vietnam.

Mereka bertutur dalam keluarga Bahasa Melayu Indonesia dan juga merupakan agama
Islam. Bahasa Melayu menjadi Bahasa lingua franca antara orang-orang rumpun
Melayu Asia Tenggara berkenaan.

Kesimpulannya, tamadun Melayu adalah tamadun yang dibina. dikembangkan dan


dimiliki oleh penduduk Asia Tenggara yang bertutur dalam keluarga Bahasa Melayu,
berkomunikasi antara sesama mereka dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai
lingua franca.

Kesannya, masyarakat dan budaya Melayu telah mengalami perubahan khususnya


terhadap pengembangan Bahasa Melayu. Selain itu, fenomena yang disebut sebagai
imperialisme budaya ini turut berlaku di Alam Melayu yang terkenal sebagai Kawasan
strategik antara Timur & Barat, pusat perdagangan entrepot dan aktiviti keagamaan.

Walau bagaimanapun, interaksi yang berlaku ini adalah sesuatu yang positif apabila
hasil daripada pertembungan ini, memperlihatkan kecenderungan dalam
memperkayakan bahasa dan kebudayaan. Maka berlakulah penyerapan kosa kata
pinjaman daripada pelbagai Bahasa dan budaya.
ii. Peradaban Asia
Perkembangan peradaban Asia turut mempengaruhi pembinaan bangsa dan negara di
Malaysia. Kedatangan masyarakat India, Cina dan pedagang Arab dari Timur Tengah
telah membawa kepelbagaian adat dan budaya da pegangan agama. Kepelbagaian ini
merupakan satu keistimewaan yang ada pada negara ini namun perlu diuruskan
dengan baik agar keharmonian bangsa dapat dikukuhkan setiap masa.

Kedatangan orang India dan Cina ke Malaysia adalah hasil usaha pihak
penjajah yang membawa masuk pekerja asing bagi memenuhi keperluan ekonomi.
Peradaban mereka merupakan waris peradaban asal mereka di negara asal. Apabila
tiba di Malaysia, mereka bertembung dengan peradaban tempatan termasuk peradaban
barat dan Melayu.

Peradaban Asia seperti peradaban India dan Cina yang ada di Malaysia masih
tidak banyak berubah secara keseluruhannya menurut acuan tempatan. Sebagai
contoh adat resam dan tabiat pemakaian bahasa ibunda masih dikekalkan dari generasi
ke generasi. Dalam aspek keagamaan juga demikian walaupun terdapat dikalangan
bangsa India dan Cina yang memeluk agama Islam, namun bahasa dan kebudayaan
masih diamalkan dalam sebahagian kehidupan mereka.

iii. Peradaban Barat


Peradaban Barat hasil penjajahan kolonial Barat yang dilalui oleh negara ini tidaklah
ketara berlaku memandangkan tempoh kependudukan British dalam negara khususnya
dalam rangka sejarah kebudayaan di Nusantara ini tidak lama, namun pengaruh corak
masyarakat kolonial itu meninggalkan satu kesan yang luas walaupun mungkin tidak
mendalam. Kedatangan orang Eropah ke alam Melayu ini telah bermula selepas
tumbuhnya peradaban Islam di Rantau ini, tetapi masyarakat kolonial tidak tumbuh
serentak di alam Melayu ini.

Semasa pemerintahan kolonial Barat khususnya pemerintahan British, agama


Kristian di Tanah Melayu pada zaman tersebut tidaklah begitu ketara. Beberapa
kawasan penempatan awal British dapat dilihat melalui peninggalan bangunan
bersejarah seperti di Pulau-Pinang, Melaka dan tempatan selepas mencapai
kedudukan yang mempunyai prestij di Alam Melayu ini.

Di Tanah Melayu khususnya, pengaruh peradaban Barat lebih kepada pengaruh bidang
material, dan kesannya luaran sahaja. la banyak mempengaruhi kebudayaan dan
institusi-institusi sosial sahaja. Namun begitu ajaran Islam tetap menjadi pegangan
masyarakat tempatan. Antara pengaruh peradaban Barat di Tanah Melayu dapat dilihat
melalui sistem pendidikan, kewujudan masyarakat majmuk, perubahan dari segi
budaya, kemunculan bandar-bandar moden dan keperluan-keperluan asas infrastruktur
di bandar seperti jalan raya, kereta api, telefon, telegraf, elektrik dan bekalan air bersih.
Ini semuanya dinikmati oleh masyarakat bukan melayu yang tinggal di bandar
terutamanya para pegawai British dan peniaga Cina.

KEBAIKAN GLOBALISASI

1 peranan pelaburan asing dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan


kemiskinan dalam sebilangan negara.

2 Peningkatan mobiliti sosial.

3 Peluang yang luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu


pengetahuan komunikasi yang lebih mudah.
4 Peluang untuk menzahirkan simpati dan keperimanusianterhadap mangsa
pelbagai jenis bencana.
5 Penonjolan idea dan amalan pemerintahan yang baik seperti
tanggungjawab ,peraturan undang undang dan hak asasi manusia.

KEBURUKAN GLOBALISASI
1 Kualiti alam sekitar yang semakin merosot akibat tertalu mementing faktor
keuntungan
2 Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin
melebar antara kawasan dan sektor ekonomi

3 Pengabaian keperluan asas hidup dikalangan rakyat termiskin.


Kebanjiran maklumat yang tidak berguna.

4 Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan sesuatu jenayah dibendung

3.0 KONSEP PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA DI MALAYSIA


i. Konsep Negara

Negara merujuk pada sebuah masyarakat yang mendiami kawasan tersebut dan
adanya kerajaan yang memerintah. Konsep negara adalah sebuah kerajaan yang
merdeka dan mempunyai kedaulatan politik serta pentadbiran yang diiktiraf oleh negara
lain. Rakyat merupakan elemen terpenting bagi negara kerana rakyat yang mengatur
urus tadbir negara. Kewujudan rakyat juga yang akan membentuk satu bangsa kepada
sesebuah negara.

Antara ciri utama pembentukan sesebuah negara adalah adanya penduduk, sempadan,
kerajaan dan kedaulatan. Sesebuah negara juga memiliki sistem politik yang
ditegakkan oleh sekumpulan manusia serta dibentuk satu kerajaan yang sah dan
diiktiraf oleh pihak.

ii. Konsep Bangsa

Istilah bangsa merujuk kepada tempat asal lahirnya seseorang individu seterusnya
membentuk satu kumpulan besar manusia. Penggunaan istilah bangsa biasanya
digunakan untuk menjelaskan tentang sebuah etnik, bahasa dan kebudayaan komuniti
sesebuah masyarakat. Kumpulan manusia yang membentuk sebuah bangsa biasanya
mempunyai hubungan darah dan keturunan bahasa yang sama perkongsian tradisi dan
sejarah. Selain faktor, elemen perasaan kebersamaan turut menjadi sentimen dalam
membentuk sebuah negara.
iii. Konsep Negara dan Bangsa

Negara bangsa adalah satu konsep negara yang memperoleh pengesahan politik, satu
entiti bagi satu bangsa dalam sebuah wilayah berdaulat. Istilah negara bangsa
menyepadukan negara dan bangsa dipertautkan melalui perkongsian wilayah bersama,
ekonomi bersama, serta mempunyai unsur subjektif bersama.

Ciri ciri negara bangsa :

1. Kehidupan masyarakat dalam negara adalah bersatu padu tanpa berlaku pemisahan
ataupun diskriminasi antara satu kaum dengan kaum yang lain.

2. Berpegang pada satu semangat negara yang utuh melalui simbol keutuhan seperti
Bendera malaysia, lagu kebangsaan,rukun negara dan sebagainya.

3. Sama bangsa dan kaum berkongsi pegangan kepada suatu ideologi politik.

4. Setiap warganegara mempunyai kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap sistem


pemerintahan dan undang -undang negara.
Refleksi
Kesimpulannya, pertemuan dan pergaulan peradaban majmuk di Alam Melayu
telahmembina etika dan peradaban di Malaysia berteraskan nilai disulami dengan
rasional-legaldan materialisme sedunia.
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu tahu bahawa ilmukenegaraan memberi
ruang kepada masyarakat suapaya sedar diri dari kebutaan kepadahal ehwal negara
sendiri kerana ianya akan membawa kemusnahan dan
menbantutkanperkembangan negara dari segi ekonomi mahupun dari segi sosial.
Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan
migrandaripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah
Melayu. Oleh itu,wujud masyarakat berbilang kaum, etnik, agama dan bangsa
di Malaysia. Kehadirankelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah
negara yang kaya dengan budaya.Adab resam, bahasa dan latar belakang
kebudayaan yang berlainan dan menjadikannegara ini menjadi tarikan masyarakat
luar.
Diharapkan kita sebagai rakyat di bawah bumbung Malaysia agar bersatu padu
danmengambil iktibar di atas apa yang rakyat negara kita telah tempuhi di masa yang
lepas dansama-sama kita menjaga apa sahaja yang kita kecapi masakini
RUJUKAN
1 https://anyflip.com/xxjsb/sxwt/basic
2 https://www.slideshare.net/StacksApp/06-topik-5-pembinaan-peradaban-majmuk-
di-malaysia-pptx
3 https://www.studocu.com/my/document/universiti-malaysia-sabah/penghayatan-
etika/topik-5-pembinaan-peradaban-majmuk-di-malaysia/25377801
4 https://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/pembentukan-masyarakat-
majmuk-di-malaysia/
5 MODUL (BAB 5 : PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

Anda mungkin juga menyukai