Anda di halaman 1dari 3

MUHAMMAD SYAHIR BIN AMINUDDIN (1221527) (KLC 1)

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN


Topik 1 Bahagian 1: Konsep Etika dan Peradaban
Sejak sebelum pembentukan Malaysia, Kawasan alam melayu telah melalui sejarah
peradaban yang Panjang. Kedudukan strategik semenanjung Tanah Melayu dalam laluan
perdagangan Timur dan Barat melahirkan kerajaan serta Pelabuhan yang penting di mana
peradaban majumuk bertemu dan bergaul.
Sepertimana yang kita ketahui, peradaban melayu menerima kemasukan pengaruh
peradaban dari luar alam melayu. Kedatangan pedagang asing dan pendakwah asing seperti dari
Timur Tengah, Cina dan India telah membuka ruang interaksi dan pertembungan peradaban
merentas benua. Adaptasi dan penyesuaian dengan pengaruh luar terutamanya dari Timur
Tengah telah memperkukuh dan memperkayakan lagi peradaban melayu sehingga membentuk
peradaban melayu Islam.
Pengaruh peradaban dari Barat bermula dengan kedatangan kuasa kolonial ke alam
melayu. Peradaban Barat membawa pengaruh ke dalam system kehidupan sosial, ekonomi, dan
juga politik serta struktur pentadbiran dan pemerintahan negara. Interaksi peradaban yang
berlaku telah memberikan kesan kepada masyarakat di Alam Melayu daripada pelbagai aspek
termasuklah institusi pentadbiran, undang-undang, Bahasa, kesusasteraan, kesenia, kepercayaan
dan adat istiadat.
Setelah kemerdekaan, peradaban di Malaysia banyak mewarisi pengaruh Inggeris yang
berteraskan ideologi, materialism, positivism dan individualism. Gelombang globalisasi telah
memungkinkan berlaku interaksi dan jaringan peradaban merentasi benua dan sempada negara.
Akhirnya, konsep peradaban pasca kolonial berlapis dengan peradaban melayu-islam,
pribumi, etinik Cina dan India Malaysia, kacukan peradaban sedunia kotemporari hingga lahir
kerencaman sosial dan masyarakat super-diversity pada masa kini.
Topik 1 Bahagian 2:
Adab dikaitkan dengan akhlak yang memiliki budi pekerti, perangai, tingkah laku atau
tabiat sesuai dengan nilai-nilai agama islam. Serapnya adab dalam diri akan melahirkan manusia
yang beradab lalu bakal melahirkan individu dan wargenagara yang baik. Bagi masyarakat
melayu, adat dihubungkaitkan dengan adat dan istiadat. Istilah adat berasal daripada Bahasa
Arab yang bererti kebiasaan. Adat merupakan peraturan yang diamalkan secara turun temurun
dalam sesebuah masyarakat hingga menjadi hukum dan peraturan yang perlu dipatuhi
Adat muncul sebagai struktur dasar dari seluruh kehidupan dan menegaskan ciri
keperibadian sesuatu masyarakat. Adat melayu bersumberkan ajaran Islam. Ini menjadikan adat
sebagai identity masyarakat melayu. Dalam masyarakat melayu tradisi, adat dipamerkan oleh
kelakuan yang benar serta halus. Sebuah ciri kehidupan yang menyerap system kepercayaan,
hukuman dan denda.
Istiadat pula merupakan peraturan atau cara melakukan sesuatu yang diterima sebagai
adat. Adat dan Istiadat memiliki hubungan yang rapat dan dipandang sebagai alat yang berupaya
mengatu kehidupan masyarakat yang tujuaannya adalah untuk mencapai kesejahteraan dan
kerukunan hidup. Adat istiadat membentuk budaya yang kemudian mengangkat martabat
masyarakat yang mengamalkannya. Adab, adat dan istiadat masyarakat banyak dipengaruhi oleh
elemen agama yang dianuti dan juga budaya masyarakat. Bukan sahaja bagi masyarakat melayu,
bahkan bagi masyarakat bukan melayu juga.
Topik 2 Bahagian 1: Objektif Etika dan Peradaban Dalam Masyarakat Kepelbagaian di
Malaysia:
Migrasi membentuk masyarakat sebelum datangnya Pra-Kolonial, kita tahu bahawa telah
wujud putaran migrasi di Alam Melayu yang telah menemukan peradaban India, Cina, Timur
Tengah dan Alam Melayu masing-masing dengan sistem etikanya.
Kita dapat tahu bahawa alunan dan gelombang yang dating adalah bersifat Asia. Migrasi
ini seperti gelombang yang dating secara berperingkat, gelombang pertama datangnya daripada
peradaban India, seterusnya gelombang kedua datangnya daripada peradaban Cina, kemudian
gelombang ketiga datangnya daripada peradaban Islam. Jadi setiap kali kedatangan gelombang
peradaban yang berbeza, ia akan disimpulkan dalam satu wadah yang majmuk. Ini yang kita
alami semasa zama Pra-Kolonial, kemudian bila datangnya barat memperkenalkan yang barat
pula.
Apa yang berlaku di zaman Kolonial itulah yang banyak mempengaruhi bentuk
penghayatan etika dan peradaban pada hari ini kerana Ketika itu banyak diperkenalkan
khususnya ilmu kolonial iaitu cara berfikir, cara memerintah berdasarkan prinsip undang-undang
moden. Jadi konsep moden itu datang bersama penjajah dan itulah mengubah kembali gabungan
peradaban-peradaban itu dan disesuaikan dalam kerangka undang-undang dan peraturan dan
perlembagaan yang diketahui pada hari ini.
Akhir sekali, era Pasca-Kolonial yang berlanjutan ke era globalisasi menjadi semakin
pekat dan ligat apatah lagi setelah platform digital terasas membentuk kepelbagaian yang
sungguh kompleks.
Soalan Topik 2 Bahagian 2:
1. Nyatakan empat factor peradaban:
- Persekitaran Geo-Fizikal (alam sekitar)
- Masyarakat demografi
- Ekonomi dan Pasaran
- Falsafah Pemikiran
2. Nyatakan dua jenis Peradaban:
- Peradaban Asia
- Peradaban Barat
3. - Adab menghormati orang yang lebih tua
- Adat Perkahwinan
- Pertabalan Sultan
- Semangat Bermasyarakat, Saling menghormati, Kebersihan Fizikal dan mental.

Anda mungkin juga menyukai