Anda di halaman 1dari 3

PENGARUH ISLAM DALAM ETIKA DAN PERADABAN MASYARAKAT MELAYU

SEBELUM ZAMAN PENJAJAHAN BARAT

Objektif ke3:

Mengenalpasti tahap pengaruh islam dalam etika dan peradaban masyarakat melayu

sebelum zaman penjajahan barat.

……………………………………………………………………………………………………………

Setiap tamadun manusia mempunyai etika dan peradabannya yang tersendiri

yang mana ia digambarkan sebagai salah satu imej terbesar bagi mengenalpasti sesuatu

tamadun. Begitu juga dengan masyarakat melayu di Tanah Melayu yang mengamalkan

etika dan peradabannya yang tersendiri sejak kurun lamanya yang dibawa dari generasi ke

generasi baharu yang berlandaskan etika dan peradaban nenek moyang mereka. Setiap

etika dan peradaban sesuatu tamadun mempunyai keaslian dan kelebihan atau

keistimewaan masing-masing yang menjadi mahkota utama bagi identiti mereka. Salah satu

asbab berlakunya perubahan ke atas etika dan peradaban sesuatu tamadun adalah

disebabkan oleh pengaruh agama yang menular dalam penduduk sejagat.

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu sebelum zaman penjajahan barat pada

pada abad ke-15 yang dibawa oleh pedagang-pedagang Arab ke India dan kemudiannya

Tanah Melayu melalui aktiviti perdagangan menyebabkan berlakunya perubahan dalam

etika dan peradaban masyarakat melayu pada ketika itu. Etika ini merujuk kepada prinsip

moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun) yang menjadi pegangan seseorang individu

atau sesuatu kumpulan manusia. Peradaban pula merujuk kepada sistem dan tahap

perkembangan sosial sesuatu bangsa; kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa.

Tahap pengaruh islam dalam etika dan peradaban masyarakat melayu sebelum

zaman penjajahan barat sememangnya memberikan kesan sehingga kini. Pada fasa
pertama antara perubahan yang berlaku dari konteks etika adalah tentang pegangan tauhid

(konsep asas) iaitu dimulakan dengan memperkenalkan kewujudan Allah yang Esa (satu).

Sebelum hadirnya ajaran Islam ke Tanah Melayu, masyarakat Melayu pada ketika itu

berpegang kepada kepercayaan yang kuat berkait dengan elemen animisme seperti

kewujudan penunggu. Kepercayaan animisme adalah kepercayaan bahawa alam semula

jadi yang hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan, objek yang tidak bernyawa

seperti batu logam, kepelbagaian bentuk geografi bumi seperti bukit, gurun, lembah, hutan

belantara, gua, laut atau fenomena alam seperti petir, kemarau dan hujan memiliki

semangat atau unsur kerohanian. Dalam kata lain ia merujuk kepada kepercayaan tentang

roh, mahkluk halus dan unsur ghaib. Kepercayaan kepada tuhan (Allah) dapat diterima baik

oleh sejumlah penduduk Melayu pada ketika itu kerana dikatakan konsep kepercayaannya

adalah lebih kurang sama iaitu berpegang kepada sesuatu untuk disembah namun ia lebih

meyakinkan kerana kepercayaan agama Islam ini berpegang kepada sesuatu yang bersifat

Esa (satu).

Manakala pengaruh islam dalam peradaban masyarakat melayu sebelum zaman

penjajahan barat pula adalah memperkenalkan sistem atau konsep persamaan taraf dan

persaudaraan islam. Hal ini diperkenalkan disebabkan oleh sistem sedia ada yang

digunapakai oleh pemerintahan ketika itu tidak adil bagi semua lapisan masyarakat.

Sebelum Islam berpengaruh, masyarakat Melayu menggunakan sistem kasta dan

perhambaan yang wujud disebabkan oleh terdapat perbezaan taraf hidup dalam kalangan

masyarakat. Umumnya, sebelum kedatangan Islam, kehidupan masyarakat pada ketika itu

lebih menjunjung orang atasan seperti golongan bangsawan yang terdiri daripada raja serta

pembesar menyebabkan orang bawahan iaitu rakyat jelata ditindas dan dijadikan hamba

suruhan dan abdi mereka. Sistem ini sememangnya tidak relevan dan berlawanan dengan

ajaran Islam yang dibawa ketika itu kerana Islam berpendapat kedudukan taraf manusia

dinilai berdasarkan iman dan taqwanya terhadap pencipta bukannya melalui harta atau
pangkat semata-mata. Dengan wujudnya sistem ini, rakyat yang selama ini ditindas dek

kerana pangkat dunia itu dapat dibela dari sistem yang tidak adil tersebut. Hal ini mengajar,

masyarakat melayu bahawa setiap manusia yang dilahirkan di muka bumi ini mempunyai

taraf dan pangkat yang sama sahaja selagi hidup di dunia ini.

RUJUKAN

https://www.academia.edu/40904469/Chapter_9_ETIKA_DAN_PERADABAN

https://iluminasi.com/bm/sejarah-ringkas-masyarakat-melayu-terdahulu-memeluk-islam.html

http://journalarticle.ukm.my/6102/1/JD005862_129-142.pdf

(PDF) DINAMIKA PENDIDIKAN ISLAM Pengaruh Peradaban Islam dan Ketamadunan Barat dalam

Budaya dan Pendidikan di Malaysia (researchgate.net)

http://jurnal.radenfatah.ac.id/index.php/tamaddun/article/download/132/117/

https://www.academia.edu/27945803/PENGARUH_ISLAM_DALAM_KEBUDAYAAN_MASY

ARAKAT_MELAYU

Anda mungkin juga menyukai