Anda di halaman 1dari 9

ISLAM DAN IDEOLOGI SEMASA

(MPU 1313)

TAJUK:

SEKULARISME

DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD AZRI BIN ZAINAL – S119006

DISEDIAKAN UNTUK:

USTAZ KHAIRUL HAFIZHAN BIN BAKHTIAR AFANDI

TARIKH:

3/5/2021
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

1.1 PENGERTIAN

2.0 SEJARAH KELAHIRAN SEKULARISME

2.1KEMUNCULAN TEORI CHARLES DARWIN

3.0 PRINSIP SEKULARISME

4.0 NILAI SEKULARISME YANG MENENTANG AGAMA ISLAM

5.0 KESAN SEKULARISME

6.0 BAGAIMANA SEKULARISME MENGANCAM AKIDAH

7.0 KESAN SEKULARISME DALAM GAYA HIDUP MASYARAKAT

7.1PEMIKIRAN

7.2 EKONOMI

7.3 PENDIDIKAN

7.4 EKONOMI

8.0 KESIMPULAN
1.0 PENGENALAN

Sekularisme berasal daripada perkatan Latin yang bermaksud “masa” iaitu kini dan zaman ini
dan tempat yakni dunia ini ia juga membawa erti satu generasi atau zaman. Sekularisme ialah
konsep kerajaan ataupun entiti lain yang harus wujud secara terasing dari agama atau kepercayaan
masing masing. Sekularisme juga membawa maksud pemisahan antara agama dan urusan dunia.
Menurut Waber, sekularisme merupakan suatu proses yang berlanjutan dan terbuka di mana nilai-
nilai pandangan diperbaharui sesuau dengan peredaran zaman. Sekularisme menganggap bahawa
agama tidak ada kena mengena dengan kehidupan. Lebih buruk lagi, fahaman itu menganggap
agama menyebabkan kemunduran dan yang memberi kesan kepada hidup seseorang. Ideologi ini
muncul di Barat sejak dari zaman Renaissance hinggalah ke zaman Enlightenmen dengan meletusnya
beberapa revolusi yang telah menyebabkan manusia lebih mementingkan penggunaan akal dan logik
rasional. Seterusnya. idea ini telah menjadi amalan serta diadaptasi oleh kehidupan negara Islam.

1.1 PENGERTIAN

Sekularisme merupakan fahaman falsafah atau system yang memisahkan urusan dunia
sama ada urusan pemerintahan, pendidikan dan lain-lain urusan pentadbiran daripada urusan-
urusan agama. la menolak peranan agama dan tuhan daripada segala urusan manusia. Sekularisme
juga memisahkan secara mutlak antara ilmu pengetahuan dari pengaruh dan tuntutan institusi
Gereja Katolik Rom.

Dr. H.M. Rasjidi mengatakan bahawa ianya adalah satu ideologi atau fahaman yang menghapuskan
kepercayaan kepada tuhan. Bagi pendapat Prof. Madya Dr. Sulaiman Noordin mengatakan bahawa
sekularisme ini dibahagikan kepada dua bahagian :

1. Fahaman falsafah yang memisahkan urusan-urusan keduniaan dari urusan agama. Ia


meninggalkan peranan agama (Kristian) dan tuhan dari segala urusan kehidupan manusia

2. Pemisahan secara mutlak antara ilmu pengetahuan dari pengaruh dan tuntutan agama
(gereja)

Bagi David Martin sekularisme ialah:

1. Keagaman dan kebudayaan merujuk kepada pengurangan institusi gereja dalam segala hal
dan pengurangan perhatian dalam soal-soal agama.

2. Pemikiran dan sikap masyarakat merujuk yang terarah kepada hal keduniaan semata-mata.
2.0 SEJARAH KELAHIRAN SEKULARISME

Ideologi sekularisme lahir daripada agama Kristian yang dipisahkan daripada urusan
hidup dan menolak hukum Taurat. Penindasan pihak gereja dan dalam masa yang sama kelahiran
teori Darwin merupakan antara faktor terbaik yang merancakkan lagi kelahiran ideologi dan
pengembangan ideologi sekularisme. Hal ini telah menyebabkan pemberontakan rakyat demi untuk
mencipta kemajuan Oleh yang demikian, ideologi ini telah bertapak di negara Barat pada zaman
pembaharuan Eropas Selain itu, ideologi ini turut muncul akibat daripada perblahan antara banisan
pemimpin yang merupakan pro-kerajaan dengan para paderi gereja.

2.1 KEMUNCULAN TEORI CHARLES DARWIN

Kemunculan teori ini telah menjadi pemangkin yang kuat kearah memartabatkan
ideologi sekularisme Menerusi hasil penenelitian beliau, lahirlah Teori Evolusi Spesis yang harus
diterima oleh masyarakat dunia Teori ini memaparkan sebuah perbahahasan yang sangat terperinci
mengenai asal usul kejadian manusia dal sebuah buku yang berjudul Tabar-e Insan.
3.0 PRINSIP SEKULARISME

Sekularisme menekankan prinsip dalam meningkatkan penguasaan kebendaan


dalam kalangan umat manusia. Ideologi ini hanya memperjuangkan kebendaan sahaja yang
memberi jaminan baik untuk mencapai kehidupan yang bebas dan selamat. Kebebasan yang
dimaksudkan ialah kebebasan daripada sebarang kepercayaan dan penghayatan kebenaran
sekular bagi menegakkan lagi prinsip keharmonian dalam masyarakat. Prinsip ini membuka
ruang dan peluang yang luas kepada pengikut agama yang berpegang teguh kepada prinsip
moralnya. Hal ini membolehkan umat manusia mencapai matlamat tesendiri.

4.0 NILAI SEKULARISME YANG MENENTANG AGAMA ISLAM

Sekularisme boleh menentang agama sebagai anutan umat semata-mata dan tidak lebih
daripada itu. Namun sekularisme tetap menolak Islam kerana syariah dan akidah Islam dijadikan
sebagai asas kehidupan ini. Batasan ini dianggap sebagai kongkongan terhadap mereka. Sekularisme
hanya mengambil perkara tertentu daripada Islam sekiranya menepati dan bersesuaian dengan
kehendak mereka. Oleh yang demikian, dalam kebanyakan perkara, sekularisme telah
mengisytiharkan perang terhadap Islam.

Golongan umat Islam yang mengikut fahaman ideologi sekularisme ini, hanya sekadar
mendirikan syiar Islam seperti solat, puasa, haji dan umrah Tetapi mereka musykil dan tidak
memahami Islam secara tepat. Dalam hal ini, mereka tidak menjadikan ulama dan pemikir Islam
yang dieprcayai sebagai rujukan Syariah adalah musuh utama bagi golongan ini. Hal ini kerana
syariah Islam banyak bertentangan dengan undang-undang dan falsafah perundangan mereka
Contohnya, pengharaman riba, judi, arak, zina dan sebagainya. Bagi golongan ini juga, Allah diakui
sebagai pencipta alam sahaja bukan sebagai pemerintah seluruh alam Mereka beranggapan
perundangan dan undang-undang adalah hak mereka. Oleh itu, mereka boleh melakukan apa sahaja
tanpa terikat dengan ikatan agama.
5.0 KESAN SEKULARISME

1. Membawa kemerosotan agama.

2. Pemindahan perhatian manusia dari dunia lain ke dunia ini.

3. Kerenggangan masyarakat terhadap agama, agama hilang fungsinya terhadap masyarakat. an

4. Perolehan kepercayaan daripada suci kepada sekular.

5. Dunia secara beransur-ansur hilang fungsinya.

6. Sekular adalah satu pembaharuan dan perubahan dengan an meninggalkan hal-hal yang
tradisional.

Secara umumnya fahaman ini mendukung beberapa prinsip yang mencerminkan dasar dan
pandangan ideologi ini, antaranya:

1. Bersifat terasing daripada aspek keagamaan. Ini bererti sekularisme mendukung teori yang pernah
diungkapkan oleh Martin Luther apabila meminta agar tugas pentadbiran diserahkan kepada Kaisar
dan membiarkan tugas-tugas agama dikendalikan oleh paderi-paderi di gereja

2. Sekularisme melatih para pendukungnya agar mengetepikan hal-hal akhirat dan secara tidak
langsung supaya mencari kehidupan di dunia semata-mata. Urusan dan akhirat bagi mereka adalah
perkara kedua yang akan difikirkan di dunia akhirat nanti.

6.0 BAGAIMANA SEKULARISME MENGANCAM AKIDAH

Idea pemisahan agama dari kehidupan adalah kufur kerana Islam sama sekali tidak
memisahkan agama daripada kehidupan. Idea ini dibawa dan dikembangkan oleh Barat ke dunia
Islam setelah mereka mula menjajah agama Islam.

Sistem dan undang-undang Islam yang sedia ada dibuang lalu digantikan dengan sistem dan
undang-undang mereka yang dikenali sebagai sistem demokrasi Barat, lalu melantik ejen mereka
dari kalangan penguasa Muslim dan mengajar penguasa ini memerintah dengan cara membuat
undang-undang sendiri, sesuai dengan kaedah berfikir mereka yang memisahkan agama dengan
kehidupan. Maka para penguasa yang telah terbius dengan pemikiran kufur ini pun mula
memerintah dengan cara yang diajar oleh Barat dan terus meninggalkan Islam dari pemerintahan.
Allah berfirman,
“Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, maka mereka adalah
orang-orang yang kafir” (al-Maidah: 44)

Pembahasan dan pemahaman yang benar tentang ayat ini amat penting untuk diketahui
memandangkan seseorang itu boleh keluar dari akidah Islam (menjadi kafir) atas sebab tidak
berhukum dengan hukum Allah.

7.0 KESAN SEKULARISME DALAM GAYA HIDUP MASYARAKAT

Dengan mengamalkan gaya hidup sekularisme akan menyebakan perubahan kepada


perwatakan individu dari segi berfikir, bertindak dan gaya hidup. Pengasingan diri kepentingan
beragama menyebabkan kekosongan di dalam diri dan jiwa Oleh itu maka lahirlah pembangunan
yang tidak seimbang. Akibatkanya berlakunya keruntuhan akhlak dan nilai moral. Contohnya, adanya
gelaja-gejala seperti dadah. arak, AIDS, lesbian, homoseks dan sebagainya.

7.1 PEMIKIRAN

Dari segi pemikiran, iainya akan melemahkan keimanan dan menggoyangkan akidah serta
keyakinan terhadap kekuasaan Allah S.W.T. Selain itu, timbul juga keraguan terhadap rasul, para
malaikat, hari kiamat dan Al-Quran. Hal ini akan menyebabkan keimanan umat Islam semakin rapuh.
Apabila ilmu kebendaan menguasai manusia. maka mereka akan tenggelam dalam suasana hidup
yang tidak ada pedoman. Dalam masa yang sama akan menjadikan umat Islam terlalu individualistik,
hidup mementingkan diri sendiri, mengejar kemewahan dan sebagainya.

7.2 EKONOMI

Lahirnya dua bentuk sistem ekonomi iaitu sistem ekonomi kapitalis dan sosiolis yang
bermatlamatkan kekayaan dan material semata-mata tanpa memikirkan halal dan haram.
Kapitalisme diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19 oleh Karl Marx iaitu pengasas kepada
komunisme. Sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi' sosial dan ekonomi di mana salah
satu ciri utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara
sama rata.
7.3 PENDIDIKAN

Corak sistem pendidikan yang lebih mementingkan hal-hal dunia tanpa mengambil kira
kepentingan jiwa dan iman yang diperlukan bagi membentuk akhlak dan moral. Sistem pendidikan
dualisme telah diperkenalkan ke seluruh dunia termasuk negara-negara Islam. Apabila pendidikan
hanya berlandaskan amalan sekularisme, pelajar akan belajar berdasarkan logik akan dan kehendak
peribadi Oleh itu, lahirlah insan yang kufur, zalim dan fasiq. Akhirnya, mereka akan mengagungkan
kehidupan yang duniawi yakni kasihkan dunia dan cintakan kebendaan yang palsu dan bersifat
kebendaaan.

7.4 POLITIK

Agama Islam dan politik adalah satu. Ini bermakna Islam dan politik tidak dapat dipisah.
Aspek politik adalah yang paling utama menerima kesan dari sekularisme. Politik sekularisme ialah
acuan daripada Barat, politik yang mengutamakan nafsu dan kebendaan, golongan secular
berusahan dengan bersungguh sungguh untuk menjauhkan Islam dari kekuasaan Islam.

8.0 KESIMPULAN

Sekularisme adalah musuh utama Islam. Umat Islam dan para pemimpin mestilah
menjadikan keseluruhan ajaran dan perintah Allah S.W.T dan Rasul-Nya sebagai perlembagaan
dalam kehidupan. Pengamalan fahaman sekularisme adalah bahaya terbesar yang merosak aqidah
dan kita perlu menjauhi serta memerangi sehingga ke akar umbi. Ia bukan sahaja merosakkan
kehidupan masyarakat Islam malah membawa dan menjerumus ke neraka jahanam. Justeru,
sekularisme benar-benar membawa satu ancaman besar kepada kesejahteraan hidup umat manusia.

Anda mungkin juga menyukai