Anda di halaman 1dari 8

SEKULARISME

BY: FARAH DAYANA

AISYAH TAUFIK

KHAIRUN NISAK

SYAMILAH
Asal usul sekularisme

Berasal daripada perkataan Latin


iaitu ‘Saeculum’
Maksud : Satu generasi atau zaman.
Sekular ialah fahaman yang dibawa
untuk menolak agama di dalam
kehidupan.
Sejarah sekularisme

 Istilah sekularisme pertama kali digunakan oleh pengarang


British George Holyoake pada 1851.Walaupun istilah
baru,tanggapan umum pemikiran bebas pada mana ia berasas
telah wujud di sepanjang sejarah kehidupan.
 Holyoake mencipta istilah sekularisme untuk menjelaskan
pandangannya pada menggalakkan suatu urutan sosial terasing
dari agama tanpa secara aktif mengkritik dan menyingkirkan
kepercayaan agama
CIRI CIRI SEKULARISME

 Penafian terhadap hal hal kerohanian.Segala kegiatan hidup


hanyalah dapat ditumpukan sepenuhnya terhadap kebendaan.
 Penafian terhadap kewibawaan orang orang yang mempunyai
kedudukan tertinggi dalam hal ehwal
agama.Kesannya,masyarakat akan memandang rendah terhadap
ulama, wali dan para nabi.
 Menafikan adanya nilai hidup yang tetap. Anggapan mereka
agama hanyalah ciptaan manusia.
HUBUNGAN ISLAM DAN
SEKULARISME

 Seorang Muslim sekular selalunya lebih cenderung kepada demokrasi sekular


moden dan memisahkan agama dan negara, dan ini bertentangan dengan
fahaman Islam sebagai gerakan politik. Seorang Muslim sekular biasanya
masih mengamalkan Islam secara peribadi tetapi tidak bersetuju
penguatkuasaan undang-udang Syariah dalam masyarakat. Terdapat banyak
bangsa dan negara yang sekular walaupun tinggal di sebuah negara Islam,
atau sebaliknya (negara sekular dengan penduduk Muslim yang alim).
 Sekularisme berasaskan pemisahan agama dari semua hal-hal duniawi.
Sekularisme menolak peraturan syariah dan lebih suka peraturan selain dari
syariah. Penyokong sekularisme mendakwa bahawa undang-undang Tuhan
sesuai sewaktu ia diwahyukan dan tidak sesuai lagi pada masa kini.
Kesan sekularisme

 Boleh merosakkan akidah. Sesiapa yang mengagungkan sekularisme


untuk memperoleh kemajuan dengan menolak akidah atau syariat atau
menganggap tidak perlu beramal dengan islam, maka boleh membawa
kepada kekufuran dan rosak akidah.
 Pemikiran menjadi sempit apabila mengaitkan hal ehwal agama dalam
kehidupan. Sebagai contoh, beramal dengan islam secara separuh atau
mengamalkan syariat Secara terpilih.
 Munculnya aliran pemikiran baru yang bercanggah dengan syariat Islam.
Sebagai contohnya, aliran pemikiran bebas beragama seperti Marxisme
dan Darwinisme yang memisahkan diri dari idea metafizik dan spiritual.

Anda mungkin juga menyukai