Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan

o Fahaman menyesatkan (ghazwah al-fikr) ini melanda pemikiran umat Islam di


kebanyakan negara Islam setelah berakhirnya fasa penjajahan Barat di dunia Islam.
o Ia merujuk kepada sesuatu yang dimiliki atau yang bersangkutan dengan dunia lahir
sahaja dan tidak ada kena mengena dengan keabadian dan ketuhanan.
o Satu fahaman yang memisahkan agama dari kehidupan ini, khususnya kehidupan
bernegara.
o Prinsip sekularisme agama adalah masalah peribadi yang tidak mempunyai kaitan
dengan negara, manusia bebas dari asuhan agama dan ketetapan dari Yang Maha Esa.
o Sekularisme menentang sebarang pengaruh agama dan manusia bebas menentukan
kepercayaan dan arah haluan hidupnya sendiri.

Definisi Sekularisme
Definisi Sekularisme dari degi pandangan tokoh.
o Meriam Webster’s Colegiate Dictionary mendefinasikan sekularisme sebagai
‘indiference to or rejection or exclusion or religious considerations’ (ketidakpudulian
terhadap atau penolakan atau penyingkiran pertimbangan-pertimbangan keagamaan).
o Abdul Latif Samian (1993:163) berpendapat secular secara amnya boleh ditakrifkan
sebagai hal-hal yang berhubung dengan dunia semata-mata, yang tidak bersifat abadi
(spatio-temporal), berpunca daripada manusia tanpa merujuk kepada Tuhan. Alam
dan Tuhan adalah terpisah. Ia membataskan peranan Tuhan, wahyu dan perkara-
perkara lain dalam agama.
o Syed Naquib Al-Attas (2011:18) menyatakan ‘secular’ berasal dari Bahasa Latin
‘saeculum’ mengandungi suatu makna yang ditandai dengan dua pengertian, iaitu
waktu dan tempat atau ruang. Sekular dalam pengertian waktu merujuk kepada
‘sekarang’ atau ‘kini’, sedangkan dalam pengertian ruang merujuk kepada ‘dunia’
atau’duniawi’. Jadi ‘saeculum’ bermakna zaman kini atau masa kini, dan zaman ini
atau masa kini merujuk kepada peristiwa di dunia ini dan juga peristiwa-peristiwa
masa kini.
o Menurut A.S Hornby, sekular bermaksud sesuatu yang tidak bersangkutan dengan
rohani atau keagamaan.
Definisi Sekularisme dari segi Bahasa dan kamus
o Sekular berasal dari perkataan ‘saeculum’ yang bermaksud ‘age’ (zaman) atau
‘generations’ (generasi). Ia kemudiannya disosiasikan dengan hal ehwal keduniaan
atau perkara-perkara dunia, iaitu lawan kepada akhirat.
o Sekularisme dalam Bahasa Arab menggunakan istilah ‘ilmani’ (secular), ‘ilmaniyah’
(sekularisme), manakala dalam Bahasa perancis digunakan istilah ‘laicite’.
o Kamus al-muhit menyatakan ‘sekular’ adalah sesuatu yang berkaitan dengan hal
ehwal keduniaan bukan kerohanian, yakni bukan keagamaan. (al-muhit:60)
o Menurut kamus dewan, secular ialah berkaitan dengan keduniaan, bersifat duniawi
dan tidak berkaitan keaagamaan. Oleh itu, sekularisme ialah fahaman yang menolak
nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sosial manusia.
o Sekular dalam bahasa Arabnya ialah “al-’Ilmaniyyah” diambil dari perkataan ilmu
dalam bahasa Arab iaitu ‘ain, lam dan mim bermaksud mengangkat martabat ilmu.
o Sekularisme pula adalah daripada perkataan bahasa Inggeris, yang ertinya
kepercayaan bahawa akhlak, pendidikan dan sebagainya yang tidak didasarkan
kepada agama.
o Manakala “secularist” dalam bahasa Inggeris bermaksud penyokong atau pengikut
sekularisme.
o Di dalam Kamus Dewan, sekularisme bermaksud fahaman, doktrin, dan pendirian
yang menolak atau memisahkan agama atau ciri-ciri keagamaan daripada
urusanurusan yang tidak bersangkutan dengan agama seperti pentadbiran awam dan
lain-lain.

Prinsip Sekularisme
o Meningkatkan penguasaan kebendaan dalam kalangan umat manusia.
o Hanya perjuangan kebendaan sahaja yang memberi jaminan baik untuk mencapai
kehidupan yang bebas dan selamat.
o Utilitarian adalah prinsip sekularisme yang membawa idea apa yang perlu dan patut
diusahakan oleh manusia adalah perkara yang berguna dari aspek kebendaan.
o Mengutamakan prinsip moral yang liberal bagi membolehkan manusia mencapai
matlamat tersendiri.

Ciri-ciri Sekularisme
Syed Muhammad Naquib al Attas “Islam and Secularism”
o Menghilangkan (melupuskan) makna spiritual (kepercayaan) daripada
alamkehidupan.
o Menghilangkan unsur-unsur keagamaan di dalam politik daripada hal ehwal
manusia.
o Menghilangkan unsur-unsur penyucian nilai (agama) daripada minda dan tingkah
laku manusia.

Sejarah Kelahiran Sekularisme


o Proses sekularisasi adalah diambil dari pengalaman sejarah Eropah. Ia adalah proses
pemisahan semua aspek kehidupan dan pemikiran daripada asosiasi agama dan arahan
kerohanan.
o Sekularisasi adalah satu proses yang berkembang di England dalam abad ke-16
dengan memindahkan kuasa politik daripada bidang kuasa agama kepada Negara dan
kes undang-undang daripada keagamaan kepada sekular.
o Ahli sejarah menyatakan bahawa sekularisasi di zaman pra-industri (pre-industrial)
telah mendapat sokongan Kristian aliran protestan. Gerakan reformasi di Eropah yang
dipelopori Martin Luther (1483-1546M) telah memperkuatkan gerakan sekular dan
proses sekularisasi di Eropah.
o Luther telah memimpin gerakan pembebasan dan reformasi dengan nama ‘Protestan’,
iaitu golongan yang memprotes, yakni Protes terhadap kumpulan Katholik dan agama.
o Istilah sekularisme sebenarnya mula muncul pada tahun 1851 sebagai satu sistem
etika falsafah yang bertujuan memberi interpretasi atau pengaturan kepada kehidupan
manusia tanpa merujuk kepada Tuhan, kitab suci dan hari kemudiaan.
o Pengasasnya ialah G.S.Holyoake (1817-1916M). beliau kemudiannya menubuhkan
persatuan-persatuan sekularisme (Secular Societies) di beberapa tempat di Eropah.
Sejarah Sekularisme di Barat
o Sekularisme telah muncul di Eropah bermula di Itali pada abad
pertengahan Masihi.
o Francis Auguste Comte, salah seorang ahli falsafah sosiologi abad
pertengahan telah meramalkan bahawa akan terjadinya suatu percambahan
ilmu dan keruntuhan agama.
o Seorang penyair German, Fredrich Nietzsche telah meramalkan
o bahawa di dunia Barat “Tuhan telah mati “.
o Sebagai langkah awal untuk mengelakkan dari berlakunya masalah yang
mencabar masyarakat mereka ini, maka terdapat di kalangan mereka telah
cuba untuk mencari jalan bagi menyesuaikan agama Kristian dengan
fahaman sekular yang akan melanda mereka.
o Mereka mendakwa bahawa sekularisme sememangnya telah ada dalam
kepercayaan kitab Injil dan merupakan salah satu daripada ajaran kitab
Injil itu sendiri.
o Detik inilah yang merupakan titik pertama lahirnya sekularisme.

Sejarah Sekularisme di Malaysia


o Ideologi sekularisme secara rasminya mula menyerap masuk ke Malaysia apabila
British memperkenalkan Sistem Residen selepas Perjanjian Pangkor 1874 dengan
melaksanakan dasar pemisahan pemerintahan dan pentadbiran negara daripada
penguasaan sultan atau raja.
o Sultan atau raja diberi kuasa khas untuk mengetuai hal-hal keagamaan di istana
manakala residen pula bertanggungjawab mentadbir negeri.
o Sehingga ke hari ini, dasar Inggeris ini masih terus dikekalkan dengan pengasingan
antara dua kuasa legislatif dan eksekutif, pentadbiran dan urusan raja-raja, yang hanya
diperuntukkan kuasa dalam hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu.

Anda mungkin juga menyukai