Anda di halaman 1dari 33

Aliran Pemikiran

Barat
SEKULARISME
Sekularisme: suatu faham falsafah yang
memisahkan pemikiran dan kegiatan hidup
beragama dalam seluruh kegiatan hidup
bermasyarakat dan bernegara.
-Merupakan fahaman induk kepada seluruh
fahaman moden.

Terdapat pelbagai fahaman yang hakikatnya


berpaksikan fahaman sekular seperti berikut:
1.Modenisme: mengajak masyarakat
meninggalkan segala amalan
tradisional ke arah hidup secara
moden.
-Agama juga mesti diubah supaya
selari dengan pemikiran moden.
2. Rasionalisme: mengajak masyarakat
berfikir secara logik dan menolak segala
yang bertentangan dengan logik akal.
-Lantaran itu, kepercayaan kepada
kuasa ghaib, alam akhirat, syurga,
neraka dan sebagainya perlu ditolak.
3. Liberalisme; mengajak masyarakat
berfikir secara bebas.
-bersikap terbuka menerima apa
sahaja pemikiran dan budaya tanpa
kawalan peraturan agama dan adat
tradisi.
4. Kapitalisme; memberi kebebasan
sepenuhnya untuk mengaut
keuntungan dan faedah untuk peribadi
tanpa mengambilkira kepentingan
masyarakat.
5. Pragmatisme; mementingkan
kehendak majoriti dalam
masyarakat walaupun salah dan
member kesan kepada akidah
dan akhlak umat.
6. Kolonialisme; penjajahan yang
bukan sahaja menjajah aspek fizikal
dan materialnya tetapi termasuk
pemikiran dan adat tradisi
masyarakat sehingga yang terjajah
sukar untuk bangkit sebagai bangsa
merdeka dan berdaulat kerana
perasaan dan pemikiran mereka
sentiasa terkongkong dan terjajah.
8. Materialisme:mementingkan
kekayaan dan segala yang bersifat
fizikal dan menolak aspek spiritual
yang dianggap sebagai penghalang
tamadun.
-Kuasa ghaib dan dosa pahala
diketepikan oleh fahaman ini.
9. Selain itu, terdapat banyak lagi
fahaman yang lahir dari fahaman
sekular seperti hedonisme
(hidup hanya untuk berseronok)
dan sebagainya.
Sekularisme
Kemunculan Fahaman Sekularisme
 Ia muncul di Eropah setelah zaman revolusi
Eropah(abad ke- 15) dari cengkaman pihak gereja
dalam masyarakat di Eropah.

 Gereja memberi tekanan pada sudut politik.


Lahirnya golongan sekularisme dan
fahaman ini mendapat sambutan yang amat
baik di Eropah.

 Ia dikembangkan dengan meningkatnya


penjajahan bangsa Eropah(abad ke16 dan
17).

 Akhirnya fahaman ini merebak bukan


sahaja pada sudut politik tetapi pendidikan,
ekonomi, dan lain-lain.
Berasaldaripada perkataan Latin-
Saeculum
Bahasa Inggeris- secular
Bahasa Arab- `Ilmaniyyah
• Excyclopedia Oxford -keduniaan atau
meterialistik bukan keagamaan atau
spiritual.
• Satu kepercayaan bahawa agama dan
pengurusan gereja tidak boleh melakukan
campur tangan di dalam Negara.
• Mohammad al-Bahi- satu fahaman yang
menganggap urusan keagamaan atau
ketuhanan dan gereja tidak harus
dicampurkan dengan urusan negara, politik
dan pentadbiran.
• Sekularisme memisahkan agama
dengan soal kehidupan duniawi serta
menolak prinsip-prinsip agama dan
moral.
• Sekularisme memisahkan secara
mutlak antara ilmu pengetahuan dan
pengaruh dan tuntutan agama
(gereja)
Menurut Syed Naqiub al-Attas,
sekularisme mempunyai 4 prinsip utama:
• Aliran ini hendak membaiki hidup insan
dengan cara material sahaja.
• Menyatakan kebenaran sekularisme
adalah bebas dari ajaran wahyu dan
kenabian.
• Ilmu sekular bebas daripada prinsip-
prinsip dan disiplin ilmu itu sendiri. Ia
boleh diuji melalui pemikiran dan
pengalaman seperti ilmu matematik, fizik,
kimia dan lain-lain.
• Kesejahteraan hidup di dunia tidak
merujuk kepada dasar-dasar agama dan
wahyu dalam pencapaian ilmu
pengetahuan dan pengalaman. Sumber
utama adalah akal.
satufahaman yang menafikan hal-hal
kerohanian dan menolak kewibawaan unsur-
unsur kerohanian.

menafikan adanya hidup yang tetap (akhirat).

memisahan di antara agama dan nilai


kerohanian dengan pemerintahan dan
kehidupan dunia.
Sambungan…
• kekuasaan sebagai kebebasan mutlak
untuk menyusun dasar hidup manusia =>
melaksanakan sendiri tanpa apa-apa
pergantungan dan hubungkait dengan
Tuhan.
• Gereja dan institusi agama hanya terbatas
kepada perkara-perkara yang berhubung
dengan masalah ketuhanan.
Thomas Hobbes (1588-1679) dan Rene Descartes
(1596-1650) merupakan antara pelopor pensekularan
ilmu.

Hobbes menyatakan bahawa ajaran gereja adalah


karut dan segala-galanya boleh difahami oleh
pancaindera dan akal.

NiccoloMachiavelli (1467-1527) menulis sebuah


buku The Prince yang menyatakan bahawa tujuan
menghalalkan segala cara.
• Dalam bidang biologi, Charles
Darwin (1808-1882)
mengutarakan teori evolusi yang
menyatakan bahawa semua
kehidupan bermula daripada satu
keturunan yang sama (manusia
daripada beruk).
• Karl Marx (1818-1883) menolak
adanya pencipta dan mendesak
pengikutnya supaya
menghapuskan semua agama
atas alasan agama tidak
membawa kemajuan.
Pemikiran Tokoh Sekular
 Habib Burquibah, Presiden Tunisia (1957-87) mengatakan:
-Al-Qur'an mengandung banyak kekeliruan yang tidak dapat
diterima akal rasional.
-Nabi Muhammad SAW dianggapnya sebagai manusia yang
sering mengembara dan mendengar hikayat, dongeng, dan
legenda murahan.
-Menurutnya umat terlalu mendewa-dewakan Nabi
Muhammad dengan berulang-ulang mengiringi sebutan
Rasulullah dengan shollallohu ‘alaihi wasallam.
-Dia menutup Universiti al-Zaytunah, universitas tertua di
Afrika, sedangkan ia menjadi pusat pendidikan Islam di Afrika
dan Eropa meskipun pada masa Perancis menjajah Tunisia.
-Bahasa Arab diganti dgn bahasa Perancis sebagai
bahasa pergaulan masyarakat dan bangsawan.
-Mahkamah Syari`ah diganti dengan Mahkamah
Sivil yang mana undang-undangnya
menggunapakai sepenuhnya undang-undang
Barat.
-Sekolah dan madrasah yang mengajarkan Al-
Qur'an ditutup.
-Pada Mac 1974 beliau menyeru rakyatnya agar
meninggalkan kewajiban berpuasa kerana
menurutnya syariat berpuasa dianggap sebagai
batu penghalang pertumbuhan ekonomi.
Tamadun Islam berasaskan
akidah,syariah dan akhlak
sedangkan asas tamadun barat
adalah materialisme.
Sumber asasi dan mutlak
pemikiran Islam ialah wahyu
sedangkan tamadun barat
adalah pemikiran manusia
semata-mata.
Sekularisme menolak unsur ghaib seperti
tuhan, roh, akhirat, syurga dan neraka. Ia
hanya mengiktiraf unsur fizikal dan
keduniaan.

memisah dan meminggirkan agama dalam


semua bidang kehidupan seperti politik,
sosial dan ekonomi, serta menolak nilai-
nilai tetap dan murni.
Pemikiran dalam Tamadun barat
menolak segala yang bersifat
tradisional termasuk kehidupan
beragama yang dianggap sebagai
penghalang kemajuan.

Tamadun Islam berpegang kepada


agama sebagai ad-din/cara hidup
yang syumul.
Tamadun Islam dibangun atas dasar
takwa dan keredhaan Allah sedangkan
Tamadun Barat tegak atas dasar keinginan
nafsu. Matlamat hidup mereka hanya
keduniaan dan keseronokan.
Rumusan
Sekularisme ialah masalah kebudayaan
barat yang menular ke dalam budaya dan
pemikiran umat Islam.
Sekularisme ialah konsep yang asing dan
bertentangan dengan Islam.
Perbincangan
Adakah sekularisme bertentangan dengan
Islam?
Apakah kesan sekularisme terhadap
pemikiran dan kebudayaan umat Islam?
 Surah al-Rum : 33
“Dan apabila manusia disentuh oleh suatu bahaya, mereka menyeru Tuhannya
dengan kembali bertaubat kepada-Nya..”

 Surah al-Zariyat : 56
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
mengabdi(menyembah dan beribadat) kepada-Ku”

 Surah al-Nisa’ ; 1
“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang Telah
menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan
isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki
dan perempuan yang banyak. dan bertakwalah kepada Allah yang dengan
(mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan
(peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga
dan Mengawasi kamu”

Anda mungkin juga menyukai