Anda di halaman 1dari 34

ALIRAN DAN KAEDAH

PEMIKIRAN DUNIA
MELAYU

SBLM2043 PERKEMBANGAN PEMIKIRAN DUANI


MELAYU
PERKEMBANGAN
PEMIKIRAN MANUSIA
•Bahasa boleh menjadi alat bagi memerhati
jalur perkembangan pemikiran manusia.
•Contohnya: peralihan daripada pemikiran
konkrit kepada pemikiran abstrak
melambangkan perubahan makna perkataan
yang bermula dengan makna konkrit kepada
makna yang abstrak.
•Edmund Husserl (die krisis der europäischen
wissenschaften und die transzendentale
phänomenologie: eine einleitung in die
phänomenologische philosophie): pemikiran
manusia berkembangan daripada hal-hal yang
partikular kepada yang universal (teori); Asia,
Amerika (partikular) > Eropah (universal).
PERKEMBANGAN PEMIKIRAN
MANUSIA
•Auguste Comte, dalam Cours de
Philosophie Positive: pemikiran manusia
berkembang untuk mencapai tahap
positivisme.
•Tiga tahap:
i) Teologi
ii) Metafizik
iii) Positif
•Positivisme berkembang menjadi logikal
positivisme (Lingkaran Vienna khususnya
yang terilham drpd. Ahli falsafah seperti
Ludwig Wittgenstein dll).
ALIRAN PEMIKIRAN MELAYU
• Pemikiran dalam:
• Ilmu dan pendidikan
• Agama
• Kesusasteraan, bahasa dan budaya
• Politik, ekonomi, sosial
• Aliran-aliran:
• Konservatisme
• Reformisme
• Sekularisme
• Hedonisme
ALIRAN KONSERVATISME
KONSERVATISME DAN AMALAN
KEHIDUPAN
• Aliran konservatif yang dipelopori oleh kaum tua
dipengaruhi khasnya oleh ideologi imam al-Ghazali
dan kaum sufi tertentu khasnya.
• Konservatisme agama lebih menjurus kepada
penekanan konsep jabariyyah yang mengatakan
manusia tidak berkuasa ke atas perbuatannya.
• Fatalisme, yakni nasib atau rezeki seseorang sudah
ditentukan sejak azali lagi dan manusia tidak memiliki
daya ikhtiar untuk mengubah kehendak Allah.
• Aliran ini dilihat menjadikan manusia itu pasif
dan bergantung kepada takdir semata-mata.

• Konservatisme ini menjadi pegangan golongan


elit Melayu tradisional dan golongan ulama.

• Dari segi sejarah, aliran Jabariyyah muncul


semasa pemerintahan Bani Umayyah.
Jabariyyah juga dikenali dengan sebutan
fatalism atau predestination.
• Kata jabara dalam bahasa arab bererti memaksa.
Secara terminologi, jabariyah bermaksud aliran yang
berkeyakinan bahawa tidak adanya perbuatan
manusia secara hakikat, dan menyandarkan
perbuatan tersebut kepada Allah SWT. Segala
perbuatan hanya terjadi dengan qudrat dan iradat-
nya. Manusia tidak mempunyai qudrat dan iradat,
manusia hanya merupakan wadah bagi apa yang
allah kehendaki.
• Manusia tidak mampu melakukan sesuatu. Dalam segala
perlakuannya, manusia terpaksa kerana tidak mempunyai kemampuan,
kehendak dan kebebasan. Pahala dan dosa serta kewajiban merupakan
keterpaksaan seperti semua perbuatan.
• Manusia hanyalah pelakon yang memainkan watak atas arahan sang
pengarah.

“Aku manusia
Pelakon cerita
Di permentasan,
Alam ciptaan-nya.
Bukan sengaja,
….
• Kritikan Kassim Ahmad terhadap novel Shahnon
Ahmad, ranjau sepanjang jalan: fatalisme totok.
• Menyerah kepada takdir (predestination) semata-mata.
• Takdir, ketetapan Tuhan, menerimanya tanpa soal
adalah kewajipan (taklif/obligation). Menolak atau
mempersoalkannya, adalah mempersoal Tuhan itu
sendiri.
• Adakah Tuhan tidak bijaksana dalam menentukan
takdir?
“Modern conservatism began as a defence of tradition
against the call of popular sovereignty; it became an
appeal on behalf of religion and high culture against
materialist doctrine of progress, before joining forces
with classical liberals in the fight against socialism –
Roger Scruton (conservatism: an invitation to the great
tradition).”
•Konservatisme di Malaysia: UMNO vs PAS vs
Keadilan

KONSERVATIS •UMNO > segala-gala tentang Melayu.


•PAS > undang-undang syariah sebagai pentakrif
ME POLITIK negara Islam.
•Keadilan > lebih terbuka tetapi dengan meletakkan
teras Melayu-Islam sebagai teras.
ALIRAN REFORMISME
• REFORMISME < REFORM: Old French (reformer = rebuilt,
reconstruct, recreate) < Latin (reformare = to form again,
change, transform, alter), atau “to re- again”.
• Reform berkait dengan reformism di eropah (martin luther dan
john calvin).
• Jadi, adakah reform dalam kebudayaan Melayu-Islam?
• Islah dan tajdid (Arab) = bangun, bangkit (Wan Mohd Nor Wan
Daud)
• Tariq Ramadan = Radical Reform
• Menjelang tahun 1906, telah menyaksikan kelahiran
aliran pembaharuan yang didukung oleh gerakan
reformis Islam, iaitu golongan yang mendapat
pendidikan di dunia Arab. Di Indonesia lebih awal:
perang paderi pada abad ke-18.

• Mereka terpengaruh dengan gerakan islam di timur


tengah yang diketuai oleh Syed Jamaluddin al-
Afghani dan Syed Muhammad Abduh.
• Gerakan ini menggesa umat Islam untuk bangkit
dan menentang perluasan kuasa Barat dan juga
membersihkan agama Islam daripada segala
unsur yang khurafat dan memudaratkan agama.

• Gerakan reformis di Alam Melayu didukung oleh


tokoh-tokoh terbilang seperti Sheikh Tahir
Jalaluddin, Syed Sheikh Ahmad al-Hadi, Haji Abbas
bin Mohd Taha, Sheikh Mohd Salim al-Kalali,
Sheikh Abdul Khatib al-Minangkabauwi, Sheikh
Abdul Karim Amrullah (ayah Hamka), Sheikh Mohd
Dahlan, Agus Salim dll.
• Golongan ini menekankan perlunya proses
penyesuaian ilmu-ilmu barat dengan islam agar ia
tidak bertentangan dengan akidah.

• Para reformis ini memberi penekanan kepada


penggunaan akal dalam kehidupan harian dan juga
mengatur kehidupan kita pada masa hadapan.
• Selain itu, mereka juga memberi penekanan kepada
aspek penggunaan akal manusia dan menggalakkan
perkembangan ilmu duniawi.

• Mereka melihat tuhan telah memberi ruang yang cukup


luas kepada manusia untuk berikhtiar dan
memperbaiki kehidupannya dengan menggunakan
akal dengan sebaik mungkin.
• Dalam usaha mempertahankan pendapat
ini, al-qur’an dijadikan pedoman kerana
al-Qur’an itu sendiri dikatakan
menghormati akal dan menyeru manusia
menggunakannya untuk mempelajari
segala ilmu di alam ini.
ALIRAN SEKULARISME
• Aliran yang ingin memperbaiki kehidupan dengan
secara materialistik.
• Kehidupan mesti bebas daripada ajaran wahyu dan
hasil pemikiran serta pengalaman tanpa hubung
kait dengan Tuhan.
• Kebahagiaan hidup yang ditentukan oleh dunia: ke-di-
sini-kini-an (al-Attas).
• Secara umumnya, aliran ini menafikan hal-hal
kerohanian dan kewujudan akhirat.
• Kemerosotan pengaruh reformis menyaksikan
kelahiran aliran pemikiran yang lebih radikal, iaitu
aliran sekular yang lebih bersifat kebaratan.
• Ia menegaskan perlunya untuk menyingkirkan
budaya hidup tradisional yang luput dan mengekang
kemajuan orang Melayu.
• Ia menggalakkan penerimaan ilmu yang menjadikan
empirisisme dan rasionalisme sebagai pengukur
kebenaran.
• Lantaran itu, orang Melayu perlu menguasai ilmu
sains agar mampu bersaing dengan kaum lain kerana
beranggapan bahawa ilmu-ilmu yang bersifat naqliah
sahaja tidak mampu menyelesaikan masalah kerana ia
kurang praktikal.
• Pengaruh aliran ini semakin kuat sejak tahun
1940-1960 dengan kemunculan asas 50 yang
menonjolkan pemikiran sekular mereka menerusi
penghasilan novel, cerpen, majalah dan akhbar.
• Asas 50: angkatan sasterawan tahun 50-an: seni
untuk masyarakat dan relisme sebagai paksi
seni.
• Lekra (Lembaga Kebudayaan Rakyat) di
Indonesia: realisme sastera.
HEDONISME

• Secara umumnya dua istilah hedone,


berdasarkan perkataan Yunani yang bermakna
kesenangan atau kenikmatan.
• Dalam konteks ini, pemikiran hedonisme
berkaitan dengan pandangan atau pegangan
hidup yang mengutamakan kesenangan,
keseronokan hidup.
• Contohnya, di sebalik pembangunan dan
pemodenan yang berlaku sejak zaman
penjajahan hingga kini, wujud kecenderungan
untuk mengaitkan kesenangan dan keseronokan
hidup sebagai matlamat utama kehidupan.
• Seterusnya, pertembungan dengan dunia barat
(nilai-nilai kehidupan, pemikiran, pendidikan,
dll.), Dan globalisasi merancakkan lagi
penyerapan pandangan hidup seperti ini.
• Hedonisme berkait dengan utilitarisnisme.
• Apakah yang dimaksudkan dengan utilitarianisme?
• Falsafah ini melihat kepada hasil, yakni hasil yang
memberikan kebaikan, kebahagiaan, kesenangan
kepada kita.
• Sama ada hedonisme mahupun utilitarianisme,
semuanya bersifat subjektif, iaitu yang
baik/bahagian/senang hanya kepada diri kita.
• Soalnya, apakah baik? Apakah bahagia? Apakah
kesenangan?
TRADISI PEMIKIRAN MELAYU

Tradisi pemikiran Melayu bercirikan empat


kaedah (Hassan Ahmad, 2004, 2016), iaitu:
1.Kaedah teologis-rasional
2.Kaedah alegorikal
3.Kaedah analogis
4.Kaedah pragmatik
TEOLOGIS-RASIONAL

• Sebelum kedatangan Islam, kepercayaan Melayu bersifat animistik


(kepercayaan kapada ‘semangat’ dan ‘roh’).
• Manusia percaya kapada ‘kuasa-kuasa’ ghaib yang tidak dapat
difahami/lahirnya mantera untuk menyeru/meminta bantuan kerana rasa
takut dan untuk menenangkan kuasa ghaib berkenaan.
• Kepercayaan ini kekal selepas kemasukan Hinduisme.
• Kemasukan Islam mengubah keadaan ini melalui aspek ketauhidan.
ALEGORIS

• Aspek ketuhanan (persoalan untuk mengenal diri & tuhan)


menjadi kompleks. Realiti alam tidak difahami secara empiris
semata-mata. Manusia memerlukan akal/renungan hati/intuisi/
pengalaman untuk memahami perkara yang ‘ghaib’.
• Sebagai contoh, penyair sufi Melayu-Islam telah menggunakan
kaedah alegoris atau bahasa simbolik dan metafora untuk
menyampaikan sesuatu konsep.
SAMB…

• Sebagai contoh hamzah fansuri menggunakan


bahasa melayu sebagai bahasa pemikiran tinggi,
menggunakan leksikal yang biasa dengan makna
figuratif – dengan demikian daerah semantik kata-
kata itu – luas, tidak semata-mata merujuk suatu
yang nyata/ konkrit).
• Misalnya, syair-syair yang dihasilkan, seperti:
• Syair perahu, syair dagang, dll
ANALOGIS

• Secara umumnya pemikiran melayu analogis sifatnya kerana


disampaikan melalui kaedah perumpamaan, kias ibarat, tamsil,
dll.
• Dalam peribahasa/pepatah melayu ada ungkapan seperti:
- Masa itu emas
- Terlajak perahu boleh diundur; terlajak kata buruk padahnya
• Begitu juga dengan prosa tradisional, yang mencipta watak-
watak seperti pak pandir, pak kaduk, pak belalang, dll.
PRAGMATIS

• Mengkaji bagaimana manusia mencipta ‘makna’ (ini


merujuk mencipta tanda, lambang, cerita dan lain), bukan
sahaja melalui teks, malahan dalam bentuk komunikasi
interaktif yang berlaku dalam masyarakat.
• Perkataan yang sama boleh berubah-ubah maknanya, atau
hanya difahami berdasarkan konteks.
• Tahu [pengetahuan], kenal [pengenalan], sains, ilmu,
maklumat.

Anda mungkin juga menyukai