Anda di halaman 1dari 12

Aliran Pemikiran Islam Semasa: Satu

Pengenalan

Disediakan oleh;
Abdul Harith Hilmie Bin Abdul Hadi
Akidah dan Pemikiran Islam
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Pendahuluan.
Antara istilah-istilah yang digunakan oleh pengkaji dalam menentukan kelompok-kelompok
aliran tertentu. Seperti : tradisionalis, ortodoks, konservatif, fundamentalis, idealis, reformis,
modenis, progresif, secular, liberal dan sebagainya.

Masalah : 1) Definisi yang pelbagai dari pelbagai pihak


2) Bertambah rumit apabila suatu pihak memberi konotasi yang positif terhadap
aliran tertentu dan suatu pihak yang lain memberi konotasi negative pada aliran
yang sama.

3 aliran pemikiran yang dominan dalam kalangan umat Islam masa kini. ( Subjektif)
1) Tradisional
2) Modernisme
3) Reformis
Tradisionalisme

Bermaksud suatu aliran yang cuma melihat sejarah atau masa yang lalu sebagai
sumber inspirasi atau sesuatu yang mesti dipertahankan. Pendokong aliran ini
melihat pembaharuan dan perubahan adalah sesuatu perkara yang negatif.
Menurut Roger Garaudy, golongan ini menganggap kemunduran umat Islam
adalah kerana menjauhkan diri dari ajaran generasi-generasi terdahulu.
Menurut Uthman el- Muhammady, kefahaman agama aliran ini berada dalam
rangkaian Orthodox Theology. Dimana mereka berpendapat bahawa apa yang asal
itu adalah benar, tepat, tiada penyelewengan dan pemalsuan.
Modernisme
Menurut Roger Garaudy, modernism adalah westernisme. Aliran yang berasaskan
kebudayaan dan pemikiran Barat moden sekitar 4 abad yang terakhir.
Profesor Aziz Ahmad dan Profesor Hisham Sharabi menegaskan bahawa aliran
modemisme itu memangnya dipengaruhi oleh Barat,yakni Baratlah yang menjadi sumber
modemisme
Nilai penting yang dibawa oleh pendokong aliran ini adalah Sekularisme atau penolakan
terhadap peranan agama.
Dr. Muhammad al- Bahi berpendapat Sekularisme terbahagi kepada dua iaitu moderate
dan radikal.
Reformisme
Ciri utamanya adalah semangat puritanisme iaitu penekanan kepada ajaran Islam yang tulen.
Atas semangat ini, aliran ini sangat menekankan usaha-usaha islah yang dimaksudkan dengan
pembersihan Islam daripada pemalsuan dan penyelewengan dan tajdid bermaksud
menyegarkan semula fahaman Islam.
Hujah tidak menyamai dengan aliran Tradisional adalah apabila aliran reformisme menolak
taqlid dan menggalakkan ijtihad.
Hujah tidak menyamai modernism yang mendokong konsep rasionalisme adalah aliran ini
hanya berijtihad atas perkara-perkara Zanniyah dalam kedudukan hukum. Berbeza dengan
aliran modernism yang menggunakan akal tanpa batasan dalam berijtihad termasuk perkara
Qatiyyah.
Scholastic Traditionalism

Penganut pemikiran ini bersumberkan nas-nas naqli sama ada kitab-kitab, al-Quran dan
As-Sunnah secara tegas dan bersifat khusus dengan memiliki mazhab-mazhab tersendiri
seperti Hanbali, Maliki, Syafie, Hanafi dan sebagainya.

Masyarakat di ahli sunnah di Deobandis dan Taliban di Afganistan merupakan contoh


tradionalism yang hanya mementingkan keperluan beribadat, cara berpakaian dan terlalu
bergantung dan taqlid kepada pendapat ulama yang telah berabad lamanya antara abad ke
lapan sehingga kesebelas.

Mengambil pendapat secara dasar dan tiada ruang untuk melakukan ijtihad baru untuk
membentuk kebebasan dan mencapai kemodenan.
Salafi Literalism
Mempunyai perbezaan yang ketara dengan Scholastic Tradisionalisme. Mereka
menolak huraian tafsiran ayat daripada ulama.

Mereka merujuk ayat al-Quran dan as-Sunnah bulat-bulat tanpa sebarang


penafsiran. Pendekatan yang digunakan sama seperti.

Mereka tegas dalam semua keadaan dan keperluan mereka merujuk kepada
keaslian kitab untuk menentukan sebuah tindakan sama ada di dalam bidang
agama mahupun sosial.
Political Salafism
Tiada penafsiran dan tokok tambah dalam pemahaman ayat kerana ia juga akan
mendatang bidah

Melibatkan diri dengan politik dan pemerintahan dengan penuh ketegasan


sehingga menjadi ancaman kepada global.
Samb.

Membawa fahaman ekstremis yang merbahaya dengan alasan jalan Jihad


untuk menegakkan Islam.

Aliran pemikiran yang lebih ekstrem dalam kalangan gerakan jihad Syria
terutama kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) serta An Nasr, sel-sel
pemikiran ini tidak akan lupus begitu sahaja dalam fikiran mereka.

Kumpulan ini sebenarnya menyebabkan masyarakat bukan Islam menerima


salah faham terhadap agama Islam. Menonjolkan Islam bukan agama yang
membawa keamanan namun keganasan.

Tokoh : ISIS, DAESH


Sufism

Bersumberkan nas-nas naqli

Gerakan zuhud (menjauhi hal duniawi) dalam Islam.

Menubuhkan satu aliran ketuhanan dengan mengutamakan kepentingan akhirat

Penekanan pada kemurnian hati dan jiwa

Mempunyai kumpulan-kumpulan tarekat untuk mendekatkan diri dengan Allah


dengan berzikir sebagai jalan untuk tazkiyah al-nafs

Dipimpin oleh Syeikh


Salafi Reformism

Bersumberkan nas-nas naqli dan aqli.

Setiap hujahan adalah bergantung kepada rasional, logik dan niat individu dan sekelompok
masyarakat. Penghujahan oleh akal mestilah dibatasi dengan nas naqli.

Perlu diingat bahawa kemajuan keduniaan tidaklah bergantung kepada akidah yang sahih
semata-mata. Walaupun tanpa kepercayaan yang benar kepada Tuhan, manusia tetap boleh
membangunkan taraf kebendaan ke tahap yang amat hebat.

Tetapi Muslim tidak boleh bersikap acuh tak acuh dengan Islam. Umat Islam yang tidak
patuh sepenuhnya kepada tuntutan agama akan mengalami komplikasi spiritual dan psikologi
untuk membangunkan diri dan masyarakat seluruhnya.

Tokoh : Muhammad Abduh


Liberal Reformism

Aliran pemikiran bersumberkan hujahan dalil aqli semata-mata tanpa melihat kepada
dasar pelaksanaan praktik Islam.

Pemahaman yang memfokuskan kebebasan mutlak individu dan beriqtikad bahawa


tugas asasi sesebuah negara untuk menjaga kebebasan rakyatnya daripada sudut berfikir,
mentadbir, pemilikan dan hak individu

Fahaman ini menyeru kepada kebebasan tanpa ada terikat dengan mana-mana kuasa dan
menginginkan penerangan rasionalism kepada suatu pegangan atau arahan.

Anda mungkin juga menyukai