Anda di halaman 1dari 21

BAB 4

ALIRAN FAHAMAN PEMIKIRAN

OBJEKTIF BAB

Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya dapat:


1. Memahami maksud aliran fahaman dalam pemikiran.
2. Menghuraikan hubungan antara aliran fahaman dalam
pemikiran.
3. Menjelaskan kesan dari aliran fahaman dalam pemikiran.

4.1 PENGENALAN

Dalam sejarah aliran pemikiran barat, agama dianggap sebagai satu


budaya. Ia dicipta oleh manusia purba. Pencipta alam tidak wujud dan
tidak mewahyukan sebarang hukum hakam kepada manusia. Sebagai
contoh, pemikiran sekularisme kini menjadi masalah global kerana
hampir semua negara di seluruh dunia melaksanakan sistem sekularisme
iaitu memisahkan hal-ehwal agama daripada nilai-nilai yang ditetapkan
oleh Allah. Sekularisme kini menjadi penghalang besar kepada manusia
untuk mendapat manfaat yang banyak daripada keadilan dan
kesempurnaan hukum-hakam dan perundangan Allah. Islam mampu
untuk menyelesaikan masalah sosial yang sedang menjadi-jadi. Islam
mempunyai formula yang berkesan untuk menyatupadukan pelbagai
bangsa, budaya, dan bahasa.

Pengkaji-pengkaji di Barat mendapati bahawa ada kuasa pemodal elit


antarabangsa "Illuminati" yang mendapat manfaat daripada keruntuhan
moral, keluarga dan perpecahan di antara satu bangsa dengan bangsa
yang lain, malah antara satu 'kelas' dengan 'kelas' yang lain. Sekularisme
sebagai suatu fahaman induk melahirkan fahaman materialisme,
emferisme, dan humanisme. Sistem ekonomi seperti Kapitalisme dan
Komunisme yang ada kini berasaskan kepada manusia sebagai sejenis
haiwan yang berekonomik.

4.2 SEJARAH PEMIKIRAN DUNIA

Rencana ini akan cuba menerangkan perbezaan dan perhubungan yang


didapati di antara unsur-unsur berikut, iaitu
45
(i) Intelek sebagai alat pemikiran.
(ii) Pemikiran sebagai suatu proses mengguna akal dan
logik.
(iii) Eksperimen sebagai suatu proses ujikaji untuk mendapat
pengesahan.
(iv) Wahyu yang diturunkan melalui rasul-rasul Allah S.W.T.

Pemikiran menggunakan logik semata-mata bukannya seratus peratus


betul. Anggapan tanpa disahkan dengan statistik, data, dan eksperimen,
kadang-kadang betul dan kadangkala salah. Uji kaji dan eksperimen
memain peranan yang penting untuk mengesahkan kebenaran sesuatu
anggapan atau sangkaan. Wahyu sebagai sumber ilmu yang utama yang
diturunkan oleh Pencipta Alam Semesta (iaitu al-Quran dan Sunnah yang
sahih) mempunyai kebenaran mutlak. Ia mengandungi jenis maklumat
yang tidak sah, bebas daripada pengaruh hawa nafsu manusia. Wahyu
merupakan sebagai suatu rahmat supaya manusia tidak susah mencari-
cari hukum-hakam yang adil secara 'trial and error' atau bereksperimen.
Wahyu menjauhkan manusia daripada pemikiran yang merosakkan.
Sementara itu, ia adalah penunjuk kepada cara hidup yang selamat.

Dalam sejarah Eropah selepas Renaisans, para intelek Eropah telah lari
dari ajaran 'Bible' yang ditaja oleh Institusi Gereja Eropah oleh kerana
sebab-sebab berikut; Pertama terdapat beberapa percanggahan ajaran di
dalamnya. Kedua terdapat pemikiran-pemikiran Yunani masuk ke
dalamnya yang menyebabkan ajarannya tidak mengikut ajaran Tauhid
yang sebenar.

Menurut sejarah Eropah, kajian 'sains' telah menjadi tersekat di Eropah


selama seribu tahun kerana kesan pemikiran Yunani yang mirip kepada
logik dan anggapan semata-mata. Ahli pemikiran Yunani, Ptolemy
menganggap bahawa bumi adalah pusat alam melalui pemikiran logik.
Galilio dihukum bunuh kerana menentang teori itu. Oleh itu, para saintis
pada zaman kebangkitannya seperti Roger Bacon, Francis Bacon, Galili
Galileo dan lain-lain sangat bimbang untuk bersandar kepada akal dan
logik semata, kerana ia boleh dipengaruhi oleh hawa nafsu, emosi, dan
pengalaman individu yang terhad. Mereka memerlukan pengesahan
melalui eksperimen (uji kaji). Apabila ahli kaji Eropah tidak lagi percaya
kepada logik semata-mata, barulah Eropah maju dalam bidang sains dan
teknologi dan bangkit daripada keadaan mundurnya selama seribu tahun
itu.

4.3 SEKULARISME

Sebenarnya masalah sekularisme adalah masalah kebudayaan Barat yang


menular ke dalam pemikiran dan budaya umat Islam dewasa ini. Ia
46
merujuk kepada sifat keduniaan dan tidak berhubung dengan alam
rohani atau akhirat. Istalah ini timbul di Eropah pada zaman Renaisans
(pembaharuan) di abad 14M-17M yang bererti sekular merujuk kepada
yang tidak di bawah pengaruh dan naungan institusi Gereja Katolik
Rom.
4.3.1 Takrif
Terdapat dua takrifan yang perlu diteliti, iaitu

(i) Sekularisme ialah fahaman falsafah yang memisahkan


urusan-urusan keduniaan dari urusan-urusan agama. Ia
meninggalkan peranan agama (Kristian) dan Tuhan dari segi
urusan kehidupan manusia.
(ii) Sekularisme juga memisahkan secara mutlak antara ilmu
pengetahuan dari pengaruh dan tuntutan institusi Gereja
Katolik Rom.
Mengapakah timbulnya pemisahan di antara unsur-unsur kehidupan dan
agama yang dibawa oleh gereja di Eropah? Dari sudut sejarah,
sekularisme adalah merupakan suatu gerakan pembebasan di Barat untuk
menentang ketidak-adilan yang dilakukan oleh institusi Gereja Katolik
Rom di Eropah pada zaman Renaisans pada abad ke- 14M hingga abad
ke-17M. Perlu dibezakan di sini, antara ajaran Kristian (seperti mana
terdapat dalam Bible) dan ajaran institusi Gereja Katolik Rom dan
amalannya yang telah membuat tambahan-tambahan dalam acara (ritual)
tertentu yang tidak mengikut ajaran terkandung dalam Bible sendiri.
4.3.2 Sekularisme dan Umat Islam Masa Kini
Pertentangan yang berlaku antara sains dengan agama dalam sejarah,
adalah khas bagi agama Kristian dan tidak melibatkan agama Islam.
Ajaran agama Kristian berlainan dengan ajaran agama Islam, tetapi
pendokong fahaman sekular di Eropah telah gagal untuk memerhatikan
perbezaan yang besar itu. Sebenarnya, sebab utama Eropah telah tidur
selama satu ribu tahun adalah kerana ajaran batil dan kongkongan
institusi Gereja Katolik Rom dalam bidang agama. Ilmu dan kerohanian.
Sebaliknya, sebab utama yang membangkitkan Eropah daripada tidurnya
ialah hasil daripada kajian-kajian yang saintifik yang dibuat oleh penganut
agama Islam. Maka, tidak betullah gambaran yang telah diberi bahawa
Eropah maju kerana mereka beragama Kristian.

Pada awal abad dua puluhan (semasa keruntuhan kerajaan Khalifah


Osmaniah di Istanbul, Turki pada tahun 1923M) penjajah Barat telah
menular masuk ke negeri-negeri umat Islam dan membawa fahaman-
fahaman sekular itu untuk ditanam di tanah jajahan mereka bagi tujuan
mengekalkan pemerintahan mereka dan menghapuskan ajaran Islam.
47
Seramai lebih kurang satu billion umat Islam telah dijajah pada masa itu
di serata dunia. Cuma tiga negara sahaja tidak dijajah oleh penjajah Barat,
iaitu Afghanistan, sebuah negara yang sangat sukar dijajah (tentera
British telah musnah di sana) dan Saudi Arabia kerana negara itu
merupakan negara yang sangat miskin pada masa itu dan Turki.
Fahaman sekularisme yang paling ketara di Negara Islam adalah seperti
yang dibayangkan oleh Menteri Dalam Negeri Turki pada tahun 1937M
yang berkata:

'Dengan sekularisme kita telah membuat kepastian


bahawa agama Islam tidak mempengaruhi urusan
negara biarlah agama tinggal di masjid-masjid dan di
tempat ibadah sahaja. Biarlah ia tidak keluar dari
dunianya.’

Sekularisme adalah suatu konsep yang amat asing dan bertentangan


dengan Islam. Islam mencakupi segala aspek kegiatan manusia. Segala
gerak laku Muslim sentiasa terikat dalam lingkungan bidang kuasa
syariah. Semua bidang aktiviti seorang Muslim boleh dianggap ibadah
jika ia dilaksanakan menurut perintah-perintah Allah S.W.T. Dunia ini
adalah kebun untuk akhirat. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:

"Dunia ini adalah kebun untuk akhirat.”

Beriman dan berbuat baik di muka bumi adalah bertujuan mencari


keredhaan Allah di dunia mahupun akhirat. Oleh itu, tidak ada sebab
mengapa umat Islam perlu meniru gerakan pembebasan (liberal)
daripada kongkongan agama seperti yang terjadi di Eropah dan dunia
Barat.

4.3.3 Fahaman Berasaskan Sekularisme

Daripada fahaman sekularisme, terbit pelbagai pemikiran yang membawa


kesesatan. Dalam bahagian ini akan dibincangkan fahaman emferisme,
humanisme, modenisme, dan relatifisme.

1. Emferisme (Empiricism)

Dalam Islam tidak ada pemisah antara jasad dan roh kerana kedua-
duanya wujud bersama-sama sebagai satu entiti (integrated) sama juga ia
tidak memisahkan antara dunia dan akhirat atau sains dan agama. Kedua-
duanya saling kuat-menguatkan antara satu dengan lain, berperanan dan
sama penting. Sebagaimana tujuan hidup adalah untuk akhirat dan dunia
penting sebagai arena tempat ujian. Sains penting kerana ia adalah kajian
yang sistematik dan menggunakan akal yang logik, tetapi logik dan akal
yang sempurna dan sihat tidak akan menolak adanya Pencipta dan alam
48
roh. Akal yang sihat akan mengakui bahawa akal mempunyai batasan-
batasan yang tertentu, ia tidak dikurniakan dengan kebolehan untuk
melihat perkara-perkara yang ghaib.

2. Humanisme

Dari segi takrifnya fahaman humanisme menganggap bahawa manusia


adalah pusat segala-galanya dan manusia itulah Tuhan Yang Maha
Agong. Dialah yang menentukan hukum-hakam. Tuhan tidak
berperanan di muka bumi ini. Soalnya ialah, bagaimanakah ideologi
'Humanisme' ini digunakan untuk memporak perandakan masyarakat?

Fahaman humanisme mempunyai sifat-sifat tertentu seperti:

(a) Percampuran bebas

(i) Percampuran bebas antara lelaki dan perempuan tanpa


sekatan dan digalakkan atas tidak ada bezanya antara
lelaki dan perempuan dari segi hak asasi dan
tanggungjawab. Islam mengiktitaf hak yang sama bagi
lelaki dan perempuan, tetapi tanggungjawab mereka
adalah berlainan atau berbeza mengikut kemampuan dan
fisiologi. Lelaki dan perempuan merupakan satu
pasangan yang saling melengkapi, saling memerlukan
antara satu dengan yang lain bukan untuk menjadi
persaingan dalam bidang tugas.

(ii) Humanisme berusaha menghapuskan halangan-halangan


tabii antara lelaki dan perempuan seperti merasa malu
(haya'). Mereka membuat tanggapan bahawa sifat malu itu
adalah satu sifat yang negatif atau tidak baik dan warisan
daripada manusia purba. Asas tanggapan mereka ialah
manusia itu satu jenis haiwan. Maka: "Ikutlah tabii
(haiwan), hapuskanlah rasa malu itu" kata mereka.
Sebenarnya sifat rasa malu sememangnya baik dianjurkan
oleh Islam, kerana menurut hadis Rasulullah s.a.w.
"Merasa malu itu adalah setengah daripada Iman". Perasaan
malu yang tidak kena pada tempatnya ialah seperti takut
untuk bertanya dan takut untuk mengatakan yang benar.
Sebaliknya, fahaman humanisme bertujuan
memusnahkan sifat malu secara total supaya manusia
melanggar syariat Allah. Islam memberi penghormatan
yang tinggi kepada wanita sebagai ibu. Peraturan hijab
yang dianjurkan oleh syariat antara mahram dan bukan
mahram bertujuan supaya percampuran bebas
dibataskan.
49
(b) Penggunaan istilah-istilah yang mengelirukan

Istilah-istilah yang digunakan yang mengelirukan adalah seperti


berikut:

(i) Istilah 'unisek' dipopularkan bagi kedai gunting rambut.


Kedai gunting rambut yang dinamakan Unisek Saloon
adalah tempat untuk gunting rambut bagi wanita dan
juga lelaki di tempat yang sama. Fesyen atau 'style' gunting
rambut pun ditukar sehingga lelaki digalakkan berambut
panjang dengan tocang atau memakai subang dan wanita
berfesyen rambut pendek. Bintang-bintang filem dalam
media massa dan penyanyi-penyanyi dijadikan teladan
(role model) bagi remaja-remaja.

(ii) Istilah yang digunakan bagi pelakon-pelakon filem adalah


'bintang-bintang' filem. Istilah 'bintang' bermaksud untuk
memberi gambaran yang baik kepada pelakon yang
direstui atau tidak direstui oleh Islam. Banyak sifat
pelakon diperingkat antarabangsa mempunyai sifat-sifat
yang dilarang oleh syariat. Umpamanya mereka tidak
menutup aurat, bebas berzina dan bergaul, minum arak,
merokok dan tidak berakhlak mulia.

(iii) ‘Gay’. Istilah ini digunakan untuk kumpulan yang


melakukan hubungan sejenis (homoseks) yang dilarang
oleh hukum Islam. Tetapi daripada kamus istilah 'gay'
bermaksud orang peramah, liberal, senang bercampur
iaitu orang yang bersifat baik. Media massa ‘Illuminati’
mengkaitkan istilah ini dengan homoseks bertujuan
untuk memporak perandakan nilai murni dan agama.

(iv) Istilah 'Chairman': Lazimnya digunakan untuk individu


yang mempengerusikan sesuatu majlis, tetapi istilah ini
dibantah oleh gerakan pembebasan (emansipasi) wanita
Barat Sekular Moden. Sebabnya ialah kononnya ia
memperkecilkan peranan wanita dan menunjukkan sifat
chauvisnisme (berat sebelah atau condong kepada hak
lelaki). Oleh sebab itu, gerakan pembebasan wanita
menukarkan istilah Chairperson sebagai satu jalan tengah.

(v) 'He'. Mereka membantah penggunaan perkataan 'He' bagi


gantinama Tuhan. Mereka menimbulkan persoalan
"Mengapakah Tuhan dianggap lelaki?" Yang sebenarnya
Tuhan tidak menyerupai manusia Dia bukan lelaki atau
perempuan. Allah tidak menyerupai sebarang
50
makhlukNya. Juga semua Rasul Allah adalah sangat berat
tanggungan sehingga mereka diseksa dan dihina oleh
manusia jahil dan perlu berperang dengan musuh-musuh
Allah. Gerakan emansipasi wanita sosialis di Barat
sebenarnya tidak beriman kepada adanya Allah S.W.T.
dan Rasul-Nya.

(c) Penukaran peranan antara lelaki dan perempuan

'Penukaran peranan' (change role) antara lelaki dan perempuan


adalah untuk menggalakkan percampuran bebas. Pertubuhan
'Illuminati' musuh Allah S.W.T. mengutar akan idea bahawa
wanita yang berharga adalah wanita yang memberi khidmat
kepada masyarakat di luar rumahnya, di mana kerjaya diberi nilai,
dalam bentuk gaji atau kenamaan atau pengiktirafan. Mereka
suka menegaskan bahawa 'wanita di dapur rumah' tidak memberi
apa-apa nilai kepada masyarakat. Malah wanita sebagai ibu tidak
berharga kerana kerja-kerja mereka tidak diberi gaji oleh
masyarakat. Mereka membuat tanggapan bahawa perkahwinan
adalah satu adat resam orang purba. Tanggapan ini adalah sesuai
dengan teori evolusi Darwin bahawa manusia adalah hasil
keturunan haiwan. Justeru, mereka mengutarakan idea bahawa
perkahwinan adalah satu jenis perhambaan bagi wanita. Yang
sebenarnya pertubuhan 'Illuminati' mempunyai agenda sulit untuk
mengurangkan penduduk dunia. Kononnya atas alasan bahawa
mereka takut tidak cukup ruang dan makanan bagi semua
penduduk di dunia. Justeru, mereka cuba memperkecilkan
peranan ibu bapa sebagai pendidik generasi yang sihat dan
berakhlak. Lenin seorang ketua Komunis Yahudi di Rusia pernah
berkata: "Remaja yang tidak berakhlak adalah remaja yang terbaik bagi
gerakan revolusi".

Pada hakikatnya, dunia tidak mengalami kesempitan ruang


kerana banyak tempat yang masih lagi belum mencukupi
penduduknya seperti Siberia, Canada, Amerika Utara, Monggolia,
Kalimantan, Borneo, Amerika Selatan, dan di benua Australia.
Di tempat-tempat tersebut kebanyakan penduduknya di dapati di
kawasan persisiran pantai sahaja. Kurniaan Allah melimpah-
limpah disebabkan oleh revolusi industri. Yang menyebabkan
krisis ekonomi ialah sistem pengagihan, politik dan kewangan
antarabangsa yang diselewengkan dan dikongkong oleh kuasa
kewangan "Illuminati". Sifat tamak mereka itulah yang
menyebabkan krisis ekonomi. Siapakah melantik mereka untuk
menghadkan bilangan penduduk dunia?

51
(d) Gerakan pembebasan wanita

Istilah 'pembebasan' di sini bermaksud (pada awal sejarahnya)


membebaskan diri daripada kezaliman khasnya dari kongkongan
peraturan-peraturan agama Institusi Gereja Katolik Rom.
Gerakan Pembebasan Wanita lahir di Amerika dan Eropah.
Kebanyakannya diketuai oleh bangsa Yahudi atau mereka
berfahaman sosialisme (Marxisme) seperti Betty Freiden
(1921M) dan Germaine Greer (1971M), Gloria Steinans, dan
Simone de Beavoir (1908-1985M).

Sememangnya terdapat unsur-unsur perjuangan mereka yang


betul; tetapi mereka menuju kepada kesalahan yang sangat
berbahaya. Yang jelas ialah gerakan ini digerakkan dan
dipergunakan oleh gerakan 'Illuminati' bagi tujuan batil. Gerakan
pembebasan wanita kebanyakannya bertujuan untuk
membebaskan diri daripada peraturan nilai agama. Kini mereka
gigih menyokong gerakan homoseks dan lesbian atas dasar 'hak
asasi manusia'. Mereka menganggap bahawa perkahwinan adalah
satu adat resam manusia purba. Apabila wanita digunakan
sebagai 'commoditi' untuk menarik perhatian dalam kebanyakan
iklan di seluruh dunia, gerakan wanita sedunia membisu dan
tidak menentang. Kini terdapat seramai satu juta ibu tunggal
telah terhasil akibat perceraian dan keruntuhan akhlak di
Amerika Syarikat. Wanita tersebut dizalimi kerana ramai di antara
mereka yang terpaksa mencari nafkah bagi diri sendiri dan juga
bagi anak-anak mereka. Dalam satu seminar yang dianjurkan ole
'Gerakan Perkahwinan Poligami' seorang ibu tunggal bangkit
menyokong sistem perkahwinan poligami dengan berkata:

"Saya rela menjadi isteri yang ke-11 kerana


sekurang-kurangnya saya ada seorang lelaki
yang bertanggungjawab untuk keselamatan
saya. Pada hari malam dan siang."

Di Amerika Syarikat, kes rogol telah meningkat ke 821 kes setiap


hari (1974M) pada setiap 26 minit seorang telah dibunuh tanpa
hak (1974M), ibu-ibu tunggal telah dilaporkan ada yang merasa
ketakutan. Oleh itu, mereka menggunakan pelbagai cara untuk
mengelak bencana rogol atau rompakan. Umpamanya
meletakkan kasut lelaki di pintu rumah dan meletak 'dummy'
(patung) lelaki di sebelah pemandu apabila ibu tunggal memandu
pada malam hari. Pihak 'Illuminati' menggunakan isu kezaliman
atas wanita bukannya atas tujuan kasihankan mereka tetapi untuk
mengambil kesempatan bagi tujuan yang merugikan kesemua
golongan.
52
(e) Kaunseling berkelompok

Kononnya untuk menghapuskan perasaan malu, mereka


mengadakan kaunseling berkelompok (group counseling). Peserta
lelaki dan perempuan berjumlah antara 7 atau 8 orang
didudukkan bercampur secara bulatan. Setiap seorang
menceritakan masalah masing-masing dan mendedahkan apa jua
kesulitan. Seorang pengawas menjadi pemandu perbincangan
kononnya untuk berbincang bersama bagi mengatasi masalah.
Rancangan mereka yang tersirat ialah untuk menghilangkan
perasaan malu, jika boleh mahu mengubah pemikiran supaya
nilai mereka disamaratakan atau diregularkan mengikut kehendak
'majoriti'. Cara tersebut tentu sekali tidak mengikut garis-garis
panduan syariat. Pertama, caranya sudah melanggar syariat
kerana bercampur bebas antara lelaki dan perempuan. Masalah
peribadi juga pelbagai jenis, ada yang hanya boleh didedahkan
kepada mahram atau sahabat sejenis yang terdekat sahaja dan
boleh dipercayai supaya tidak menjadi buah mulut orang lain.
Mereka juga mengadakan satu jenis permainan yang menarik, di
mana peserta dicampurkan, diikat dan ditutup mata serta diarah
memegang orang yang terdekat kononnya untuk mengenalnya
melalui rabaan!

(f) Pendidikan seks

Pendidikan seks telah dimulakan di Sweden pada tahun 1940


bermula dengan 'panduan-panduan bagi pendidikan moral'.
Tetapi didapati dari tahun1956 banyak cara pendidikan
mencerobohi panduan-panduan tersebut. Dalam suasana di
mana negara mengamalkan sistem pendidikan sekular, amalan-
amalan seks yang ganjil dan curangpun disyorkan diajar sebagai
kaedah yang direstu oleh undang-undang negara untuk
memenuhi kemahuan seks. Menurut nilai-nilai 'pluralistik' mereka
menganggap bahawa seks di luar nikah tidak mengapa kerana
'kita perlu menghormati semua pendapat'. Akibat dari program
tersebut ialah kes-kes penyakit kelamin di kalangan remaja telah
meningkat kepada yang tertinggi jika dibandingkan dengan
negara-negara 'maju' yang lain di barat, iaitu 24,000 kes pada
1964 bagi remaja (wanita) berumur 15-19 tahun. Pembunuhan
diri pun telah meningkat di Sweden (America's Sex Education
Furor' oleh Brodin).

Perbandingan seperti ini tidak kena pada tempatnya kerana yang


penting di sini ialah sikap tenaga pengajar, kanak-kanak yang
menerima maklumat dan buku-buku rujukan mereka. Jika tenaga
pengajar bersifat sekular, curang, ateis, atau agnostik dia akan
53
memberi maklumat dalam acuan sekular! Tambahan pula
golongan remaja belum lagi mempunyai akhlak yang mantap,
mereka mudah dipengaruhi dengan anasir-anasir yang tidak sihat.
Pendidikan seks boleh disalah gunakan khasnya jika organisasi
yang menganjurkannya tidak mengiktirafkan adanya Tuhan Yang
Maha Esa, adanya Rasul dan adanya hari Kiamat. Jika sistem
yang menganjurkan pendidikan seks itu berdasarkan ideologi
sekularisme, lama-kelamaan pendidikan seks itu akan menuju
kepada konsep 'menghormati semua pendirian berkenaan seks'.

Akibat daripada 'program pendidikan seks' ini boleh dikaji di


kalangan remaja di Amerika Syarikat dan Sweden masa kini.
Penyakit masyarakat seperti dadah, aids, penyakit kelamin, seks
bebas dan keruntuhan keluarga sedang menjadi-jadi di tempat
berkenaan. Kita perlu mengambil pelajaran dan iktibar daripada
kesalahan-kesalahan mereka sebelum kita terjerumus ke dalam
perangkap yang sama. Dalam pengajian perundangan Islam di
dalam kitab Fiqah di bab pertama membahaskan tajuk Taharah
berkaitan kesucian air dan perkahwinan. Ia merangkumi
pendidikan seks yang berpaksikan Tauhid. Dalam bab
perkahwinan ia membahaskan berkenaan batas-batas
percampuran antara lelaki dan perempuan. Inilah modal
pendidikan seks yang terselamat dari sebarang penyelewengan.
Masalahnya ialah ramai remaja Islam tidak terdedah dengan
cukup ajaran-ajaran Islam berkenaan. Sebaliknya, serangan dalam
bentuk ideologi dan intelek tiba bertubi-tubi untuk memberi
kesan yang buruk kepada kelakuan remaja.

3. Modenisme

Ideologi 'Modenisme' di sisi pemikiran sekularisme dinisbahkan kepada


pemikiran yang berpendapat bahawa segala yang baru (moden) adalah
dianggap lebih baik secara umumnya daripada yang lama atau yang tua.
Golongan yang tua dianggap ketinggalan zaman dan tidak maju,
golongan remaja dipuja. Dari sini digambarkan secara halus bahawa
golongan tua tidak moden dari segi rupa, zahir dan sebagainya. Oleh itu,
orang mudalah lebih cekap dan pandai. Melalui 'hero-hero' atau 'bintang-
bintang' filem sebagai pelakon utama khasnya filem-filem yang
dikeluarkan oleh Hollywood, Amerika Syarikat. Golongan remaja
dijadikan tumpuan perhatian. Akibatnya kebanyakan golongan muda
tidak lagi menghormati golongan yang tua. Anak kurang menghormati
orang ibu bapa.

Sebenarnya, apa yang dikatakan moden atau yang baru merujuk kepada
alat (kebendaaan) atau sains dan teknologi. Wajah atau bentuk yang
cantik dan golongan remaja tidak sepatutnya diperbesar-besarkan. Nilai
54
baik atau buruk tetap sama. Menghormati ibu bapa dan orang tua atau
orang lain tidak ada kaitannya dengan rupa zahir atau kemodenan. Yang
betul adalah orang yang lebih tualah lebih banyak pengalaman hidup,
lebih berhikmah dan perlu dihormati sekurang-kurangnya kerana
umurnya.

Pihak Illuminati merealisasikan konsep 'modenisme' melalui senario


politik. Mereka cuba menaikkan daripada golongan muda ataupun yang
lebih baik daripada kaum wanita ke jawatan-jawatan penting, malah bagi
jawatan Presiden dan Perdana Menteri di negara yang maju. Mengikut
kebiasaannya orang muda mungkin rupanya 'smart' tetapi kebijaksanaan
dan pengalaman mereka belum lagi mantap khasnya dalam suasana
pendidikan sekular masa kini. Menurut syariat, tugas untuk membimbing
negara yang selalu terpaksa bersiap sedia menghadapi pelbagai ancaman
daripada musuh dari luar dan adalah lebih sesuai untuk lelaki. Tetapi
melalui proses 'demokrasi' wanita telah dinaikkan sebagai Perdana Menteri
di Britain. Perdana Menteri Britain yang terbaru (1997) umurnya tidak
lebih dari 43 tahun. Di Negara-negara Muslim pun terjadi fenomena
seperti ini. Di Turkey golongan the "Young Turks" telah menyokong
Kamal Attartuk memberontak dan menjatuhkan Sultan Abdul Hamid
Khalifah yang terakhir di Negara Turkey. Hingga hari ini mereka
mempertahankan dasar sekular yang diasaskan oleh Kamal Attartuk.
Mereka menentang sebarang usaha oleh Kerajaan yang ingin
menerapkan nilai-nilai murni Islam dalam pentadbiran negara. Di
belakang mereka adalah pihak berkuasa gerakan sulit antarabangsa. Di
Pakistan, Puan Benazir Bhuttu seorang wanita telah diangkat untuk
menjadi Perdana Menteri melalui 'sistem demokrasi'. Beliau mendapat
sokongan yang kuat daripada luar kerana pemikiran sosialisnya. Di
Negara Islam Bangladesh seorang wanita juga dinaikkan untuk
memimpin negara, kononnya atas dasar tanggungjawab atau peranan
lelaki dan wanita adalah serupa.

Modenisme di sisi Kristian Protestan merujuk kepada gerakan yang


mengutamakan kaedah kritik moden bagi memahami teks-teks Bible.
Gerakan ini mengutamakan aspek pengalaman dan etika agama Kristian
lebih daripada aspek dogma dan ritualnya. Gereja Katolik Rom telah
mengarah paderi-paderi gerejanya untuk menentang gerakan modenisme
ini hingga ke hari ini.

Pemikiran modenisme dalam Islam, mempunyai sejarah bermula dari


kumpulan al-Muktazilah atau golongan Rationalis. Mereka mirip kepada
mengguna akal untuk menentukan sesuatu kebenaran. Mereka
menyesuaikan wahyu kepada akal bukan sebaliknya. Pada zaman moden
ini, gerakan modenisme Islam dikatakan diketuai oleh Sheikh
Mohammad Abduh (1845-1905), murid kepada Sheikh Jamaluddin al-

55
Afghani (1839-1897). Sheikh Muhammad Abduh telah mengeluarkan
satu fatwa yang penting mengenai riba semasa beliau memegang jawatan
Sheikh al-Azhar di Universiti al-Azhar di Mesir. Beliau telah dilantik oleh
Lord Cromer, (seorang Yahudi yang menjadi Gabenor British di Mesir)
pada masa itu. Muhammad Abduh telah menyatakan bahawa mengambil
'faedah’ dibolehkan, bukan haram iaitu

“Faedah daripada wang simpanan dibolehkan.”

(Al-Manar, vol. VI, part 18:717).

Berdasarkan kepada fatwa inilah ramai ulama-ulama mula menghalalkan


'faedah' daripada zaman Muhammad Abduh hingga ke zaman ini.

4.4 LIBERALISME

Aliran liberalisme timbul lanjutan daripada zaman Renaisans


(kebangkitan) yang berlaku di Eropah. Ia hasil daripada tindak balas
kaum intelek Eropah terhadap penindasan gereja terhadap ilmu dan
teori-teori palsu ciptaan cendekiawan yang 'liberal' dan Yahudi Zionis
untuk memusnahkan agama Kristian.

Liberalisme ialah 'aliran pemikiran yang bertujuan untuk meningkatkan


kebebasan yang diberi kepada individu'. Dari segi tafsirnya tidak
bertentangan dengan pandangan Islam jika terbatas dalam lingkungan
syariat Islam, tetapi istilah ini seperti mana digunakan oleh barat dan
difahamkan tidak terbatas dengan syariat Islam. Sifat-sifat fahaman
liberalisme ialah

(a) Kebebasan kepada individu tanpa sekatan atau dengan


sekatan yang paling sedikit dalam ekonomi, politik,
perundangan, dan sosial (kebebasan moral).
(b) Ia mempunyai gagasan-gagasan fikiran berikut:
(i) Individu lebih penting dari masyarakat.
(ii) Masyarakat wujud untuk individu.
(iii) Individu bebas dari nilai-nilai agama.
(c) Oleh kerana ketenteraman masyarakat perlu dipelihara,
moral agama digantikan dengan nilai etika tetapi itu tidak
dapat menyekat krisis demi krisis yang timbul dalam
masyarakat Barat di bidang keluarga, ekonomi, siasah,
dan masysrakat.

4.4.1 Liberalisme dalam Hal Negara

Eropah telah memilih sistem 'demokrasi' sebagai satu jalan keluar


melarikan diri dari kuasa gereja dan menghapuskan hak-hak Tuhan
56
gereja atas diri mereka. 'Demokrasi' melaungkan cogan kata "kebebasan,
persaudaraan, dan persamaan". Aliran liberalisme mempunyai hubungan
yang rapat kepada kelahiran negara 'demokrasi' Eropah. Rakyat telah
diberi kebebasan berfikir dan memilih wakil-wakil dalam pemerintahan
negara. Semua ini di Negara Eropah membawa perubahan besar yang
mengangkat rakyat dari ketiadaan insaniah dalam sistem 'milik tanah oleh
bangsawan' kepada perhubungan insaniah dalam bidang 'demokrasi'
Eropah.

4.4.2 Liberalisme dalam Bidang Ekonomi

Setiap individu diberi hak untuk memiliki harta dan berniaga tetapi tidak
mengikut batasan-batasan agama atau Bible. Akhirnya kebebasan kepada
individu yang terlalu ekstrim itu telah menimbulkan pelbagai krisis.
Umpamanya, memberi kebebasan untuk menjual arak telah
menggalakkan timbulnya krisis dalam masyarakat, seperti mabuk yang
menambahkan kemalangan lalu lintas, krisis dalam keluarga dan
sebagainya. Membenarkan pengambilan riba mengakibatkan
ketidakadilan dalam kegiatan ekonomi dan menimbulkan krisis ekonomi
dan penindasan.

4.4.3 Liberalisme dalam Nilai Etika

Mereka mendakwa bahawa nilai moral atau etika perlu berubah


mengikut zaman, tempat dan keadaan masyarakat. Nilai etika tidak tetap
sepertimana ditetapkan oleh agama. Sebenarnya, semua agama langit ada
menetapkan garisan-garisan tertentu berkaitan dengan nilai benar atau
tidak benar. Dalam Islam, nilai-nilai akhlak telah ditentukan oleh Allah
S.W.T. Pihak liberalisme mendakwa bahawa manusia itu sendiri masih
dalam proses ubah ansur daripada masyarakat primitif ke masyarakat
yang berteknologi. Setelah manusia sampai ke tahap kesempurnaan dari
segi jasmaninya, ia akan mengalami proses evolusi dari segi rohaninya.
Roh yang rendah (kotor) berevolusi kepada roh yang lebih suci melalui
cara-cara (tarikat-tarikat) tertentu. Begitu jugalah nilai moral berubah dari
masa ke masa. Yang menjadi bukti ilmiah manusia telah jatuh ke
peringkat haiwan dari segi akhlak dan perikemanusiaan. Seperti mana
disarankan oleh pendokong teori evolusi, fahaman 'peraturan rimba'
terlaksana di kalangan insan. Yang menjadi hakikat ialah memberi
kebebasan melampaui batas syariat kepada individu boleh membawa
kepada keadaan huru-hara. Sifat rakus, tindas-menindas, dan sifat
mementingkan diri (selfishness) akan menjadi berleluasa.

Liberalisme dalam etika (moral) telah menimbulkan beberapa masalah,


umpamanya penyakit jantina telah dilaporkan membunuh lebih ramai
orang di Amerika pada tahun 1964M daripada wabak penyakit polio,

57
typhoid (demam kepialu), dan penyakit cacar. Masalah pelacuran
menjadi-jadi dan penyakit jiwa juga sedang melarat di negara-negara
Barat. Dilaporkan di New York dan California sahaja didapati tidak
kurang dari 20 buah hospital sakit jiwa dalam tiap-tiap negeri itu. Pada
tahun 1975 dianggarkan di Amerika Syarikat menurut anggaran rasmi
satu orang telah dibunuh setiap 26 minit. Statistik-statistik daripada
Amerika Syarikat telah dibuat rujukan kerana ia senang didapati dan
bukan bermakna kita hendak mengutuk negara tersebut. Negara itu
sangat maju dalam beberapa aspek yang lain, sekurang-kurangnya ia
adalah jauh lebuh dari negara sosialis-Marxis dari segi hak asasi manusia.
Tetapi yang menjadi masalah ialah fahaman 'liberaslisme' tersebut telah
menjadi senjata pula bagi musuh untuk merosakkan manusia dan
mewujudkan keadaan huru-hara dalam masyarakat.

4.5 KAPITALISME

Takrif kapitalisme pada umumnya ialah satu sistem yang mempunyai


unsur-unsur, kebebasan kepada individu untuk mempunyai harta serta
alat perusahaan dan perkembangan penuh untuk institusi kewangan.
Umumnya, sistem ini digambarkan sebagai merangkumi konsep-konsep
kebebasan bagi inisiatif, persaingan, mewarisi, dan pendorong
keuntungan. Sebaliknya, Kapitalisme (Barat Moden) khususnya adalah
suatu fahaman dalam sistem ekonomi yang telah tumbuh di Eropah
semenjak kurun pertengahan. Ia telah berkembang dengan lebih pesat
lagi selepas zaman Renaisans Eropah pada abad ke-14 hingga ke-17M
dan sezaman dengan:

(i) Kelahiran ideologi-idelogi palsu ciptaan Yahudi.


(ii) Kemusnahan kuasa gereja Kristian dan sistem milik tanah
oleh bangsawan.
(iii) Kelahiran fahaman sekularisme dan liberalisme di mana
agama dipisahkan dari aktiviti-aktiviti duniawi.
(iv) Pertumbuhan dan perkembangan kilang-kilang perusahaan
di Perancis selepas Revolusi Perancis 1789M.

4.5.1 Kekeliruan Unsur-Unsur Kapitalisme

Fahaman kapitalisme yang ada sekarang telah berkembang dengan


pesatnya semenjak lebih kurang 300 tahun dahulu. Keadaan ini janganlah
dikelirukan dengan sistem yang hanya berasas kepada kebebasan
individu untuk memiliki tanah, alat perusahaan, penukaran dan
pengagihan. Unsur-unsur tersebut telah sedia ada pada awal-awal sejarah
manusia, iaitu sebelum sistem kapitalisme moden. Oleh itu, unsur seperti
kebebasan untuk memiliki dan berniaga tidaklah menjadi sifat yang
istimewa dalam sistem kapitalisme (moden) yang ada sekarang.
58
4.5.2 Sifat-sifat Istimewa Kapitalisme (Barat Moden)

Sifat-sifat istimewa Kapitalisme (Barat Moden) ialah

(i) Asasnya ialah sistem yang melaksanakan pengambilan


riba, iaitu peminjaman wang melalui institusi kewangan
(bank dan industri kredit) yang dikenakan riba (faedah)
ditetapkan dari awal lagi.
(ii) Kepunyaan faktor-faktor ekonomi oleh individu-individu
terus menerus atau kepunyaan sekumpulan manusia yang
tidak dikenali melaui sistem saham.
(iii) Pemodal-pemodal bank yang besar mempunyai kuasa
yang berlebihan atas aktiviti-aktiviti ekonomi dan
seterusnya politik negara. Kuasa penentu dalam sistem
kapitalisme dan demokrasi Barat kebanyakannya mirip
kepada pemilik modal.
(iv) Sebahagian besar dari barangan dan perkhidmatan yang
dihasilkan di bawah sistem kapitalisme telah dibebankan
bukan sahaja dengan faedah-faedah riba, bahkan juga
dengan bayaran-bayaran pengiklanan yang berlebihan.
(v) Kapitalisme mempunyai unsur-unsur mengasas
monopoli, kerana adalah menjadi hasrat setiap pemodal
untuk menguasai segalanya dan menghapuskan semua
pesaingnya.

4.6 SOSIALISME DAN KOMUNISME

4.6.1 Persamaan antara Sosialisme dan Komunisme

Di antara fahaman sosialisme dan komunisme tidak ada perbezaan


pokok. Guru bagi kedua fahaman tersebut adalah Karl Marx (1818-
1883). Tujuan utama penganjur sosialisme ialah untuk menegakkan
kerajaan diktator oleh 'sosialis'. Karl Marx dalam bukunya "Communist
Manifesto” telah mengarahkan supaya semua komunis mestilah bekerja
untuk mengasaskan fahaman sosilaisme. Oleh itulah penganjur komunis
Rusia telah menamakan negara mereka "Union of Soviet Sosialist Republic”,
bukannya "Union of Soviet Communist Republic”. Dalam "Communist
Manifesto" Marx menyatakan bahawa revolusi proletariat akan
mengasaskan pemerintahan diktator pekerja-pekerja sosialis. Untuk
kejayaan ini tiga perkara diperlukan:

(i) Menghapuskan semua hak milik persendirian.


(ii) Menghapuskan unit keluarga.
(iii) Menghapuskan segala agama.
59
4.6.2 Sosialisme (Marxisme)

Menurut fahaman Sosialisme (Marxisme manusia adalah sebagai satu


jenis haiwan), tiada keistimewaan baginya. Manusia tidak ada roh, hanya
jasad. Tidak ada Pencipta alam. Pencipta alam adalah kuasa tabii. Alam
haiwan dicipta melalui proses evolusi yang mengambil masa jutaan tahun
lamanya. Pencipta Yang Maha Esa tidak ada. Dalam ertikata yang lain,
Tuhan berada di alam benda dan dalam dunia ini sendiri yang dinamakan
'kuasa tabii'. Tuhan menjelma dalam semua benda. Fahaman seperti ini
berbau ciri fahaman wahdatul wujud yang percaya bahawa Tuhan dan
alam tabii adalah satu konsep 'kesatuan dalam kejadian'. Teori Evolusi
menyarankan bahawa menurut kaedah semulajadi, 'peraturan rimba'
terlaksana di setiap peringkat haiwan di alam tabii termasuk manusia.
Pertarungan hidup terlaksana juga antara satu dengan lain untuk
menentukan yang terlayak (terkuat) berhak hidup dalam konsep
peraturan rimba.

4.6.3 Idea-Idea Palsu

Pelbagai ide palsu telah disarankan oleh penganjur sosialisme (Marxisme)


untuk menyesatkan pengikut-pengikutnya. Umpamanya idea-idea
berikut:

1. Sosialisme menentang fahaman kapitalisme. Telah dikatakan


bahawa sosialisme adalah satu gerakan untuk menghapuskan
ketidakadilan yang berlaku dalam sistem kapitalisme. Sebenarnya,
sosialisme tidak begitu serius menentang kapitalisme. Mereka
tidak menentang konsep peminjaman wang yang dikenakan riba
atau faedah. Mereka tidak membincangkan penguasaan bank-
bank antarabangsa oleh pemodal yang terkaya seperti keluarga-
keluarga Rothschild, Rockefellers, J.P.Morgan, Warburg,
Miraband, Erlanger, Schroder, Selingman, The Speyer, Mallet,
dan Fould. Sebaliknya didapati orang-orang terkaya ini telah
membantu pergerakan sosialisme dengan sekalian cara pada masa
lepas hingga sekarang.

2. Semua agama adalah dari kepercayaan karut. Sebenarnya,


kebanyakan agama adalah dari kepercayaan karut kerana
tambahan dan penyelewengan yang telah berlaku dalamnya di
sepanjang zaman. Islam sahaja adalah satu agama yang tidak
berlandaskan kepada kepercayaan karut kerana ia telah dipelihara
oleh Allah S.W.T. dari penambahan dan pengurangan dalam al-
Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Ini adalah oleh sebab tidak
ada lagi Rasul akan diutus kepada manusia hingga hari kiamat
selepas Nabi Muhammad s.a.w.

60
3. Kebolehan setiap individu adalah berbeza dan diberikan kepada
setiap individu menurut keperluannya. Pendapat ini adalah dari
segi teori sahaja kerana ia menentang fitrah manusia itu sendiri.
Manusia dicipta dengan pelbagai sifat yang berbeza seperti
kepandaian, kekuatan, dan usaha-usaha untuk mendapat rezeki.
Oleh itu, ganjaran dan upahnya berlainan. Firman Allah S.W.T.
bermaksud:

"Dan bahawasanya seseorang manusia tiada


memperoleh selain apa yang telah
diusahakannya."
(Surah al Najm 53:39)

Falsafah Marxisme ini akan hanya berjaya mematikan usaha-


usaha orang yang rajin.

4. Sejarah manusia adalah sejarah pertarungan antara satu kelas


dengan kelas ekonomi yang lain. Sebenarnya, kebanyakan
pertarungan penting dalam sejarah adalah atas dasar nilai
kerohanian umpamanya kita tidak pernah mendapati kaum
pekerja di Jerman bergabung dengan kaum pekerja di Perancis
memerangi kaum bangsawan di Perancis dan di Jerman dalam
peperangan dunia pertama dan kedua pada abad dua puluhan ini.
Sebaliknya, kaum atasan dan pekerja di setiap negara berkenaan
berperang dalam satu barisan di negara masing-masing. Konsep
ini terlaksana hingga hari ini. Didapati Islam telah lahir di
Makkah bukan untuk menentang orang kaya atau kaum atasan
tetapi untuk menegakkan kalimah Allah S.W.T. dan kebenaran.
Bilal, seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang terkenal adalah dari
kaum hamba abdi, berdiri dalam satu barisan bersama-sama
dengan Abu Bakar as-Siddiq dari kaum bangsawan menentang
kaum musyrikin.

5. Dalam negeri sosialis, pekerja-pekerja menjadi pemilik jentera


penghasilan. Tidak ada pembahagian kepada kelas-kelas dalam
masyarakat yakni masyarakat wujud tanpa kelas. Fahaman ini
menentang hakikat semulajadi manusia. Oleh itu, ia merupakan
suatu andaian sahaja. Hakikatnya, pekerja menjadi hamba kepada
kumpulan pemerintah. Sudah lebih dari 50 tahun komunis telah
memerintah di Rusia. Kelas pemerintah tetap dari golongan
atasan, iaitu lebih 90% dari mereka yang memerintah adalah dari
kaum Yahudi Zionis. Sungguhpun bilangan penduduk kaum
Yahudi di Rusia tidak lebih dari 5% dari jumlah penduduknya.

6. Golongan pemerintah dalam negara komunis lama-kelamaan


dengan sendirinya akan luput dan tidak diperlukan lagi. Fahaman
61
ini adalah suatu impian kerana apa yang telah terjadi di Rusia,
pemerintah untuk proletariat. Kuasa pemerintah di tangan
segolongan individu tidak berubah tetapi sebaliknya kuasa yang
berada di tangan golongan elit itu diperkukuhkan dan bertambah
kuat. "Ada golongan kecil bureaukratik (dalam Negara komunis)
yang hidup mewah mengikut sebarang ukuran. Ketidakadilan,
dukacita dan penindasan tidak boleh disorokan lagi".
Demikianlah kata Alexei Pludek, seorang penulis di Kongres
Penulis-Penulis Chechoslovak di Prague (22-24 April, 1956).

7. ‘Keadaan sosial manusia menentukan cita-cita (ideal) mereka.’


Sebenarnya, cita-cita atau kepercayaan manusia itu yang
menentukan keadaan sosial. Umpamanya, Marx sendiri
memperjuangkan satu cita-cita untuk mengubah keadaan sosial
manusia. Rakan seperjuangan yang membantunya adalah seorang
jutawan Yahudi bernama Friedrich Engels. Islam sebagai satu
kepercayaan dari semua peringkat sosial telah berjaya melahirkan
satu cara hidup (kebudayaan) yang sempurna berasaskan kepada
Tauhid Allah. Yang menjadi masalah hari ini ialah 'ideal' itu
datangnya dari mana? Sama ada dari manusia sebagai Tuhan atau
dari Tuhan manusia.

Jika sekiranya cita-cita itu adalah natijah ekonomi, mengapa pula


fahaman sosialisme (Marxisme) mengambil perhatian berat untuk
menghapuskan agama? Mengikut teori mereka agama tidak akan
memberi kesan kepada keadaan ekonomi yang menentukan cita-cita
rakyat. Berasaskan dari teori ini fahaman sosialisme (Marxisme) sendiri
tidak ada justifikasi memperjuangkan ideologi-ideologi mereka, kerana
arus fikiran manusia akan mengikut keadaan sosial dan ekonomi
sekitarnya.

4.6.4 Kesan-Kesan Idea Sosialisme (Marxisme)

Teori-teori yang dibawa oleh Marx dan rakan-rakannya telah mempunyai


kesan-kesan berikut:

(i) Menanam semangat benci (par excellence) di kalangan


rakyat dan pekerja-pekerja (yang serba kekurangan)
terhadap mereka yang berjaya dan kaya. Ia mempunyai
ciri-ciri untuk memecah belahkan masyarakat di semua
lapisan. Ia mengajar bahawa orang yang miskin menjadi
miskin kerana orang yang kaya menjadi kaya.
Implikasinya ialah semua orang kaya telah mendapat
harta dengan cara haram dan tidak adil. Islam
mengutarakan konsep tolong-menolong antara satu
dengan lain. Yang kaya menolong orang yang miskin
62
dalam konsep ekonomi tanpa riba. Oleh yang demikian,
keupayaan kebolehan dan kekuatan menjadi alat untuk
mendapat keredhaan Allah S.W.T. Hasad, dengki dan
khianat dilarang dan dikutuk oleh Islam.

(ii) Menghapuskan kepercayaan adanya Allah dan kitab-kitab


suci dari Allah S.W.T. serta peraturan hidup yang
sempurna. Apabila manusia telah melepaskan
kepercayaan agamanya, maka ia lebih senang ditipu dan
dipengaruhi oleh unsur-unsur yang merosakkan
akhlaknya. Lenin telah berkata:

"Pemuda yang tidak berakhlak itu boleh


menjadi pemberontak yang terbaik sekali.”

(iii) Meruntuhkan kesepaduan keluarga kerana keluarga


adalah satu jenis kumpulan yang boleh menjadi benteng
kepada pengaruh fahaman sosialisme (Marxisme). Oleh
itu, gerakan pembebasan wanita di Barat yang disokong
dengan kuat oleh penganjur sosialisme, telah giat bekerja
untuk mendesak hak yang sama dengan lelaki dan wanita
dalam semua hal. Pergerakan ini mempunyai ciri-ciri yang
boleh memecahkan keluarga. Oleh itu, didapati
perceraian suami isteri telah dan sedang menjadi-jadi di
Barat masa kini. Yang menjadi mangsa ialah generasi
yang akan datang. Islam sangat mementingkan keluarga
kerana jika keluarga sihat masyarakat juga akan menjadi
sihat.

(iv) Teori evolusi telah menggambarkan dunia ini sebagai


medan peperangan bagi manusia dalam pertarungan
hidup mengikut peraturan rimba. Konsep ini
mengenepikan sifat-sifat mulia manusia seperti keadilan,
kasih sayang, amanah, ikhlas, dan kasihan, kerana
mengikut Marxisme manusia itu sentiasa dalam
pertarungan antara satu dengan yang lain untuk
kehidupan. Fahaman Marxisme menggambarkan bahawa
manusia dari sifat semulajadinya suka berlawan antara
satu dengan yang lain untuk keperluan ekonominya,
bersifat bakhil dan tamak. Sebaliknya, Islam menganggap
manusia itu sebagai khalifah memegang amanah di muka
bumi ini. Di bumi, manusia diperlukan untuk membuat
kebaikan, tolong-menolong antara satu sama lain dan
untuk mendapat pahala dari Allah s.w.t. dan
memperkukuhkan perpaduan.

63
4.6.5 Teori Sosialisme Tidak Berasaskan Kaedah Ilmiah

Sebenarnya, teori-teori sosialisme (Marxisme) tidak berasaskan kaedah


ilmiah dan ia banyak sekali bertentangan dengan fitrah semulajadi
manusia. Ia merupakan satu seni 'dusta besar' (a big lie) dengan tujuan
untuk memporak perandakan fikiran umat manusia dan melemahkan
mereka supaya mereka senang ditawan secara rohaniah atau jasadiyah.
Churchill, bekas Perdana Menteri Britain pernah berkata bahawa
kapitalisme adalah pembahagian yang tidak adil atas nikmat-nikmat
sosialisme adalah sistem pembahagian sama atas kesengsaraan dan
kesusahan.

Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa tiga orang cendekiawan


iaitu Marx, Engles, dan Lenin telah membina sebuah rumah yang
bukannya istana, tetapi satu penjara yang tidak bertingkap. Menurut Dr.
Mohamed Saleem (wakil pertubuhan penmbantuan Islam kepada
Mujahidin) berpusat di Pakistan berkata:

"Rakyat-rakyat di bawah pemerintah diktator sosialis di


Soviet Rusia, Jerman Timur, dan China adalah seperti
haiwan di dalam zoo".

Jika sekiranya pintu-pintu besi sangkarnya dibuka, sudah pasti zoo itu
akan menjadi kosong. Sudah 10 tahun rakyat Afghanistan menderita
kerana pencerobohan penjajah Rusia ke atas negara itu. 1.6 juta jiwa dari
jumlah rakyat 18 juta telah terkorban. Hampir 5 juta pula yang terpaksa
meninggalkan kampung mereka. 0.5 juta perempuan menjadi janda dan 1
juta kanak-kanak menjadi yatim. Anehnya, pihak Rusia melaungkan hak
asasi manusia dan diberi kuasa veto pula dalam Majlis Keselamatan
Negara di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Persatu (PBB).

Fahaman Sosialisme (Marxisme) mendakwa kebebasan dan persamaan


untuk manusia. Faktanya ialah pemerintah sosialisme (Marxisme) telah
menjadi penindas yang rakus sekali. Cuba angkat tirai besi yang
memerangkap rakyat-rakyat negara sosialis (Marxisme) sekarang, berapa
banyak penduduknya akan melarikan diri dari sangkar zoo itu. Inilah dalil
yang paling ketara untuk membuka mata, yang perlu ditimbangkan
apabila membincangkan teori-teori ekonomi dan politik sosialisme
(Marxisme). Pada bulan September 1989, akhbar-akhbar dunia telah
melaporkan bahawa beribu penduduk Jerman Timur sedang melarikan
diri ke Jerman Barat melalui negara-negara jiran setelah mengambil
pemerintahan Sosialis Rusia setengah abad.

64
4.7 KESIMPULAN

Sistem sosialisme (Marxist) adalah satu sistem perhambaan manusia


dalam zaman moden ini. Sistem ini adalah sistem yang dicita-citakan dan
dibayangkan oleh failasuf Yunani bernama Aristotle dan Plato. Sistem
yang hampir serupa telah dilaksanakan oleh Firaun (Raja) di Mesir pada
zaman silam. Rakyat jelata menjadi alat. Roh, jasad, tenaga, dan harta
rakyat menjadi hak-milik pemerintah. Si pemerintah mempunyai kuasa
mutlak, segala pembantahan terhadap 'negara' adalah dianggap sebagai
suatu jenayah besar yang boleh melibatkan kehilangan kebebasan atau
nyawa.

Kemiskinan, kelaparan dan kelas pertengahan dihapuskan dengan tujuan


supaya tenaga manusia yang ada boleh dimanfaatkan untuk si
pemerintah dan kononnya negara. Negara menjadi Tuhan yang baru.
Sebaliknya, sistem Kapitalisme merupakan suatu sistem yang tidak adil
dalam pembahagian nikmah. Tidakkah ada suatu sistem yang selain dari
sistem Sosialisme Marxisme untuk menjamin kebahagiaan dan keadilan
untuk semua peringkat dan bangsa manusia? Adakah kebahagiaan rakyat
berasaskan kepada pembangunan kebendaan semata-mata?

Suatu sistem pertengahan diperlukan, iaitu yang tidak ekstrem dalam


menyekat hak asasi manusia dan yang tidak ekstrem pula dalam memberi
kebebasan kepada individu sehingga boleh menjejaskan keamanan
masyarakat dan menimbulkan pelbagai krisis sosial. Islam sebagai suatu
sistem Ilahi yang paling sempurna dari semua aspek, mempunyai
kelebihan dan sesuai untuk mengatasi masalah dari segi mengimbangkan
antara keperluan kebendaan dan nilai kerohanian yang sahih, iaitu nilai
kerohanian dari Pencipta Alam. Ia adalah satu cara hidup yang lengkap
dengan undang-undang bagi semua aktiviti biasa manusia yang tidak
didapati dalam ideologi dan ajaran yang lain.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah pengertian Sekularisme?


2. Apakah gagasan fikiran dalam aliran Liberalisme?

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

65

Anda mungkin juga menyukai