Anda di halaman 1dari 19

BAB 5

TEORI KEJADIAN MANUSIA

OBJEKTIF BAB

Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya dapat:


1. Memahami pandangan falsafah tentang asal kejadian manusia.
2. Memahami pandangan barat tentang asal kejadian manusia.
3. Memahami pandangan Islam tentang kejadian manusia.
4. Mengetahui peranan dan status manusia.
5. Memahami prinsip kehidupan.
6. Mengenal pasti contoh soalan peperiksaan.

5.1 PENGENALAN

Sejak dari zaman ahli falsafah Yunani manusia telah menggunakan


pancaindera yang dikurniakan Allah untuk menerangkan proses kejadian
alam dan kejadian manusia. Ahli falsafah menggunakan pemikiran dan
pengamatan untuk menerangkan sesuatu fenomena yang belum jelas
tentang asal kejadian dan pandangan-pandangan diterima masyarakat
pada masa itu kerana ia mempunyai unsur logik dan kewajaran. Dengan
datangnya agama Wahyu yang bermula dengan turunnya Kitab Zabur,
Kitab Taurat, Kitab Injil dan al-Quran pandangan-pandangan dan
persepsi terhadap kejadian manusia dan alam semesta telah berubah.
Seterusnya dengan kemunculan zaman Renaissance pada abad ke-18
persepsi pemikiran manusia turut berubah terutamanya apabila muncul
golongan yang berfahaman sekular dan golongan atheis.

5.2 PANDANGAN FALSAFAH TENTANG ASAL


KEJADIAN MANUSIA

5.2.1 Plato (427 – 347 SM)

Menurut Plato, yang wujud sebenarnya ialah alam idea (intellectual world)
lawannya alam indera (sensuous world). Di alam idea terdapat semua
duplikat benda-benda di alam nyata termasuk sifat-sifatnya, hubungannya
antara satu sama lain, nilai-nilai dan lain-lain lagi. Yang ada di dunia idea
itu ialah contoh idea, sifatnya satu dalam macamnya (jenisnya) tetap,

67
kekal, tidak berubah-ubah, universal dan merupakan yang sungguh-
sungguh ada. Di dalam dunia, idea itu ada tingkatan-tingkatan antara
idea. Idea yang tinggi ialah idea ‘kebaikan’ tetapi sebaliknya dunia
pengalaman atau alam indera berubah-ubah, tidak tetap dan merupakan
bayang-bayang dari dunia idea itu. Oleh itu, Plato masih mengakui
wujudnya pemecaman-pemecaman dunia – tetapi tidak menganggapnya
realiti sebenar.

Demikianlah pula halnya tentang asal manusia. Manusia menurut Plato


mempunyai dua kewujudan-wujudnya di alam idea dan wujudnya di alam
nyata. Manusia sebenarnya berasal dari dunia idea. Sebab itu tujuan
hidupnya di dunia ini tidak terus-menerus ada di dunia bayang-bayang
saja, melainkan harus kembali ke asal mulanya untuk selama-lamanya
bersama idea tertinggi. Di sanalah jiwa manusia memperoleh kepuasan
dan kebahagiaan yang sempurna. Tetapi dia harus terlebih dahulu
melepaskan atau membebaskan jiwanya daripada kongkongan jasad dan
pengaruh-pengaruh dunia yang bermacam dan berubah ini. Orang yang
berjaya semasa hidupnya mengetahui sampai ke idea, itulah orang yang
bijaksana dan layak menjadi pemimpin negara.

5.2.2 Teori ‘Reincarnation’ Plato

Roh atau jiwa manusia pernah tinggal bersama Tuhan di alam idea. Oleh
kerana ingin merasakan dunia indera ini dia telah diturunkan ke dunia
dan terkurung dalam jasad materi. Untuk kembali semula ke tempat
asalnya manusia dengan jiwanya terpaksa melalui proses penyucian diri
(purification). Mereka yang berbuat baik di dunia akan dihantar ke pulau
golongan yang diredhai dan mereka yang berbuat jahat akan dihantar ke
Tartamus untuk diseksa. Jika orang itu masih bodoh dan gagal melihat
kebenaran dirinya ia akan berpindah ke dalam jasad haiwan yang lain.

5.2.3 Aristotles (384 – 322 SM)

Menurut Aristotles yang wujud sebenarnya ialah alam indera ini. Dunia
idea diingkari oleh Aristotles sebagai realiti kerana tidak terbuktikan.
Maka yang sungguh-sungguh ada itu bukanlah yang umum, melainkan
yang khusus satu-persatu. Bukanlah manusia umum yang ada, melainkan
manusia ini dan manusia itu, Si Ahmad, Si Dogol, Si Muthusamy dan
lain-lain. Jadi bagi Aristotles benda yang konkrit, yang satu-persatu dan
bermacam-macam ini, yang berubah-ubah dan beralih-alih itulah yang
merupakan realiti dan disebut aksidensi lawan essensi. Pendapat
Aristotles ini berlawanan dengan Plato.

Tentang manusia, ia merupakan manusia yang istimewa. Bermacam-


macam jenis ‘ada’ itu ada. Ada begitu sahaja (jamadat) ada hidup vegetatif

68
(tumbuh-tumbuhan), ada hidup vegetatif-sensitif dan juga rasional
(manusia). Semua akan mati kecuali yang rasional tidak akan mati kerana
merupakan roh. Bahagian yang roh dan pendukung budi ini akan terus
ada setelah manusia meninggal. Dari mana dan bagaimana jiwa ada di
badan serta bagaimana keadaannya sesudah meninggalkan badan, tidak
jelas dalam falsafah Aristotles. Bagimanapun, Aristotles meletakkan
manusia di atas makhluk yang lain yang hidup vegetatif, sensitif dan
rasional.

Manusia hidup mencari kebahagiaan, tetapi kekayaan, kesenangan materi,


kemuliaan dan lain-lain belum merupakan kebahagiaan sejati, kerana
manusia selalu dipengaruhi oleh kecenderungan materi. Kerana itu
baginya yang bijaksana ialah yang selalu bertindak mengikut budinya
(akal) kerana itu, ia perlu mengendalikan kehendak jasadnya.

Aristotles telah menetapkan, ada sepuluh macam pengertian tentang


wujud menurut akal:

(a) Substansi

Pengertian yang menunjukkan sesuatu yang ada pada yang berada itu
sendiri. Contohnya “manusia” menunjukkan inti manusia yang konkrit
iaitu kemanusiaannya. Adapun kemanusiaan itu adanya pada manusia itu
sendiri. Tetapi “bapa” memang menunjukkan kebapaan akan tetapi
kebapaan ini adanya bukan pada kebapaan itu sendiri, melainkan kepada
manusia. Bukanlah kebapaan itu merupakan sesuatu yang mutlak bagi
manusia. Banyak manusia yang bukan bapa. Pengertian yang
menunjukkan sesuatu yang adanya pada substansi disebut aksidensi. Ada
sembilan bentuk aksidensi

(i) Kuantiti - pengertian ini membawa jawapan atas pertanyaan


berapa atau berapa besar. Jadi jumlah satu, dua, tiga dan
seterusnya itu termasuk kuantiti.

(ii) Kualiti - pengertian ini memberi jawapan atas pertanyaan


bagaimana sifat substansi.

(iii) Relasi - pegertian ini menunjukkan hubungan suatu hal dengan


hal lainnya. Pengertian ‘sebab’ misalnya itu suatu relasi, pun
pengertian ‘bapa’.

(iv) Aksi - pengertian ini menunjukkan perubahan-perubahan yang


ada dan mungkin ada.

(v) Passi - pengertian ini menunjukkan penerimaan perubahan suatu


substansi dari yang lain.
69
(vi) Tempat - pengertian ini menunjukkan besar kecilnya sesuatu
yang dengan sendirinya memerlukan tempat.

(vii) Keadaan atau sikap - pengertian ini menyatakan bagaimana


sesuatu ada pada tempatnya.

(viii) Lingkungan - pengertian ini menyatakan hal-hal yang


mengerumuni suatu substansi.

5.3 PANDANGAN BARAT TENTANG ASAL KEJADIAN


MANUSIA

5.3.1 Charles Darwin

Tanggal 1809 di Shrewsberry, Inggeris lahirlah seorang putera yang diberi


nama Charles Darwin. Datuknya Erasmus Darwin merupakan seorang
doktor dan ilmuan penelitian alam. Berjaya melanjutkan pelajaran
sehingga peringkat kedoktoran di Universiti Of Cambridge pada tahun
1831. Telah mendirikan rumah tangga dengan Emma Wedgemood pada
tahun 1839. Berpengalaman selama lima tahun sebagai ilmuan peneliti
alam di Kapal H.M.S Beagle.

Semasa zaman kanak-kanaknya beliau sering mendengar Teori Evolusi


yang dipelopori oleh datuknya. Ini menyebabkan beliau amat tertarik
dengan pelbagai spesies hidupan terutamanya semasa pelayaran di
Kepulauan Galopagos. Beliau telah membuat tafsiran bahawa paruh pada
burung ciak adalah disebabkan adaptasi mereka terhadap habitat mereka.
Minat beliau sebagai ilmuan penelitian alam bertambah apabila beliau
berjaya mengumpul pelbagai fosil dan organisma untuk kajian masa
depan beliau.

Sejak tahun 1836, beliau mula menetap di London Inggeris menyebabkan


beliau banyak menghabiskan hidupnya dengan mengkaji fosil-fosil jenis
tanaman dan haiwan yang beliau peroleh pada masa lepas. Melalui
eksperimen dan kajian, beliau telah menyatakan keyakinan konsep
“adaptasi kepada persekitaran”. Menurut beliau, spesies-spesies hidupan
yang berbeza ini bukan diciptakan oleh Allah, tetapi sebaliknya datang
daripada satu moyang dan kemudiannya berbeza antara satu sama lain
disebabkan pengaruh alam semula jadi.

5.3.2 Teori Evolusi

Para evolusionais telah mengemukakan teori mereka berasaskan


kewujudan pelbagai fosil yang membolehkan mereka mencipta pelbagai
tafsiran khayalan. Menurut mereka, terdapat 6000 spesies beruk yang

70
pernah hidup di muka bumi ini, tetapi sebahagian besar telah pupus. Hari
ini hanya terdapat 120 spesies sahaja yang tinggal. 6000 spesies yang
hilang inilah menjadi sumber utama evolusionais. Menurut mereka
manusia moden dan beruk berasal daripada keturunan yang sama.
Makhluk ini berubah mengikut edaran masa iaitu sebahagian beruk pada
hari ini. Sementara sebahagian yang lain mengikut cabang evolusi yang
berbeza bertambah menjadi manusia moden. Dakwaan Darwins
berpegang bahawa manusia moden hari ini telah mengalami perubahan
daripada sejenis makhluk seperti beruk ketika berlaku proses evolusi yang
dipercayai berlaku pada empat hingga lima bilion tahun yang lalu. Mereka
mendakwa terdapat beberapa “formasi peralihan” (traditional forms) antara
manusia moden dan nenek moyangnya. Berdasarkan senario ini, lima
kategori asas telah disenaraikan iaitu

(i) Australopithecines.
(ii) Homo Habilis.
(iii) Homo Eractus.
(iv) Homo Sapiens Archaic, Homo Heiderensis dan Cro
Magno Man.
(v) Neaderthal.

5.3.3 Australopithecus “Beruk Selatan”

Australopithecus ialah kategori pertama yang dikenali sebagai ‘beruk


selatan’. Dianggarkan ia telah muncul di Afrika sekitar sejuta tahun yang
dahulu dan telah hidup sehingga sejuta tahun. Spesies yang paling tua
dikenali sebgai A. Afaransis. Spesies kemudiannya diikuti oleh A.
Aficanus, A. Robustus dan A. Boise. Semua spesies Australopithecus
ialah beruk yang telah pupus dan menyerupai beruk pada hari ini. Saiz
tengkoraknya lebih kurang sama dengan saiz cimpazi kini. Mereka
menggerakkan kaki dan tangan mereka untuk memanjat seperti cimpazi
dan kaki mereka mempunyai kebolehan untuk bergayutan pada pokok.
Ketinggian tubuh Australopithecus ialah sekitar 130cm/5 inci.
Australopithecus jantan lebih besar berbanding Australopithecus betina.
Kriteria-kriteria seperti butir-butir yang khusus pada tengkorak mereka,
jarak mata yang rapat, gigi geraham yang tajam, struktur rahang, tangan
yang panjang dan kaki yang pendek ialah bukti jelas yang menunjukkan
hidupan ini tidak berbeza berbanding beruk hari ini. Evolusionis
mendakwa, walaupun Australopithecus mempunyai struktur tubuh
seperti beruk tetapi ia berjalan menegak seperti manusia, bukan seperti
beruk.

Fakta "berjalan menegak" ini telah dipegang oleh ahli paleontologi


seperti Richard Leakey dan Donald C. Johanson selama beberapa dekad.
Tetapi, ramai saintis telah menjalankan penyelidikan terhadap struktur

71
rangka Australopithecus dan membuktikan dakwaan tersebut tidak sah.
Kajian mendalam telah dilakukan terhadap beberapa spesies
Australopithecus oleh dua orang ahli anatomi yang terkenal dari England
dan Amerika Syarikat, iaitu Lord Solly Zukerman dan Prof. Charles
Oxnard. Ia telah membuktikan bahawa makhluk ini tidak bergerak
dengan menggunakan dua kaki (seperti manusia), sebaliknya bergerak
seperti pergerakan beruk hari ini. Setelah mengkaji tulang-tulang fosil ini
selama 15 tahun dengan menggunakan peralatan-peralatan yang
disumbangkan oleh kerajaan British, Lord Zukerman bersama
kumpulannya telah membuat kesimpulan bahawa, Australopithecus
hanyalah satu spesies beruk biasa dan sama sekali tidak berjalan dengan
dua kaki, sedangkan beliau sendiri ialah seorang evolusionis. Demikian
juga dengan Charles Oxnard, seorang lagi evolusionis yang terkenal
dengan kajian beliau di dalam subjek ini, beliau juga telah menyamakan
kerangka Australopithecus ini dengan orang utan moden. Akhirnya, pada
tahun 1994, sebuah pasukan dari Universiti Liverpool telah menjalankan
penyelidikan secara mendalam untuk mendapatkan konklusi yang tepat.
Akhirnya, "mereka membuat kesimpulan bahawa Australopithecus ialah
quadripedal" (haiwan yang berjalan dengan empat kaki).

Secara ringkasnya, Australopithecus ini tidak mempunyai sebarang kaitan


dengan manusia, ia hanyalah sejenis spesies beruk yang telah pupus.

5.3.4 Homo Habilis “Beruk yang Dikenalkan Sebagai Manusia”

Homo Habilis telah dikenalkan sebagai keluarga yang sempurna oleh


Leekeys pada tahun 1960-an yang dikenali sebagai ‘pemburu fosil”.
Menurutnya spesies yang diklasifikasikan sebagai Homo Habilis
mempunyai tengkorak yang besar dan lebar, kebolehan berjalan yang
menegak dan menggunakan batu serta kayu sebagai peralatan. Oleh itu, ia
adalah kemungkinan moyang manusia.

Penemuan fosil baru daripada spesies yang sama pada tahun 1980-an
telah mengubah dakwaan ini. Pengkaji seperti Bernard Wood dan Claring
Brace membuat kenyataan bahawa Homo Habilis bermaksud manusia
yang mampu menggunakan peralatan ditukar maksud kepada
Australopithecus “beruk Afrika yang pandai menggunakan peralatan”
kerana mempunyai persamaan kriteria dengan Australopithecus.
Kesimpulannya Homo Habilis diperkenalkan sebagai spesies yang
berbeza sebenarnya spesies yang sama dengan Australopithecus. Selain
itu, penemuan fosil rangka OH 62 oleh Tim White membuktikan perkara
yang sama.

Analisis terperinci yang dilakukan oleh pakar antropologi Amerika


Syarikat, Holly Smith (1994) telah membuktikan Homo Habilis ialah

72
beruk. Kajian beliau meliputi analisis terhadap Homo Habilis, Homo
Eractus, Australopithecus dan Homo Neandertalenssis.

Pada tahun yang sama juga Fred Spoor, Bernard Wood dan Frans
Zonneveld membuat metode kajian berdasarkan analisis komparatif
terhadap saluran separuh bulat di dalam telinga manusia dan beruk yang
membantu keseimbangan badan. Hasil kajian menunjukkan saluran
separuh bulat manusia yang berjalan secara menegak didapati berbeza
dengan saluran beruk yang berjalan secara membengkok. Saluran
Australopithecus dan Homo Habilis menyerupai saluran separuh bulat
beruk moden kini. Beliau membuat kesimpulan:

(i) Fosil yang dirujuk sebagai Homo Habilis sebenarnya


bukan kepunyaan “Homo”(manusia) tetapi kepunyaan
Australopithecus (beruk).
(ii) Homo Habilis dan Australopithecus ialah jenis haiwan
yang berjalan. Oleh itu, ia memiliki rangka seekor beruk.
Ia tidak mempunyai kaitan dengan manusia.

5.3.5 Homo Eractus “Spesies Manusia yang Paling Primitif”

Homo Eractus bermaksud “manusia berjalan tegak”. Para evolusionis


telah membahagikan manusia ini dengan menambahkan kualiti
“kesukaran berdiri tegak” kerana fosil-fosil Homo Eractus adalah
menegak dan lurus. Ia tidak terdapat mana-mana spesimen
Australopithecus dan Homo Habilis. Evolusionis mengklasifikasikannya
sebagai primitif kerana keluasan tengkoraknya (900-1100 kubik
sentimeter) lebih kurang sama dengan manusia moden dan kedudukan
keningnya yang rapat. Walau bagaimanapun, terdapat ramai manusia
moden yang mempunyai keluasan tengkoraknya yang sama dengan
Homo Eractus seperti orang kerdil dan kening yang menonjol seperti
orang asli Australia “Australian Aborigines”.

Fosil yang menjadikan Homo Eractus terkenal seluruh dunia ialah fosil
Pekin Man dan Java Man yang ditemui di Asia. Namun fosil ini tidak lagi
asli. Seperti fosil Pekin Man yang telah dilekatkan dengan plaster untuk
menggantikan serpihan asli yang hilang. Sementara Java Man ialah
gabungan serpihan tengkorak yang bercampur dengan tulang pinggul. Ia
tidak menunjukkan berasal daripada hidupan yang sama.

5.3.6 Homo Sapiens Archaic, Homo Heidergensis dan Cro


Magno Man

Archaic Homo Sapiens ialah langkah terakhir sebelum manusia moden


menurut rencana khayalan evolusionalis. Evolusionalis tidak dapat

73
menerangkannya kerana perbezaan yang amat kecil dengan manusia
moden. Bangsa ini masih hidup sehingga kini seperti bangsa Aberigine di
Australia (orang asli Australia), Italy dan Hungary.

Kumpulan yang dikategorikan sebagai Homo Heidergensis sama dengan


Homo Sapiens Archaic. Namun, perbezaan nama ialah kerana konsep
evolusionalis. Fosil yang berada di bawah kelas Homo Heildergensis
merujuk kepada manusia yang mempunyai tubuh badan yang mirip
dengan bangsa Eropah yang telah hidup antara 500 hingga 750 ribu
tahun dahulu di England dan Sepanyol.

Cro Magno Man masih hidup 30 ribu tahun dahulu. Ia mempunyai


tengkorak yang berbentuk kubah dan dahi yang luas. Tengkoraknya yang
berukuran 1600 kubin sentimeter, kening yang lebat dan tulang yang
menonjol di belakang ialah kriteria yang sama dengan Neaderthal dan
Homo Eractus. Walaupun dianggap sebagai bangsa Eropah, namun Cro
Magno lebih dikenali sebagai masyarakat purba Afrika. Kajian
paleontologi mendapati Cro Mango dan Neaderthal telah bercampur
sehingga membentuk manusia moden kini. Ia diterima apabila
masyarakat Cro Mango kelihatan hidup di kawasan yang berbeza-beza
seperti di Afrika dan Salute Perancis serta Bordogne di Perancis. Malahan
masyarakat ini juga kelihatan di Poland dan Hungary.

5.3.7 Neanderthal “Bangsa Manusia yang Tegap”

Neanderthal ialah sekelompok manusia yang muncul secara tiba-tiba 100


tahun dahulu di Eropah dan kemudian menghilang atau diasimilasikan
melalui percampuran dengan bangsa-bangsa lain, sekitar 35 ribu tahun
dahulu. Mereka hanya berbeza daripada manusia moden pada rangka
mereka yang lebih tegap dan keluasan tengkorak yang lebih besar.

Neanderthal sebagai sekelompok manusia merupakan fakta yang telah


diterima hampir semua orang hari ini. Evolusionis telah mencuba dengan
bersungguh-sungguh untuk memperkenalkannya sebagai "spesies
primitif". Tetapi, semua penemuan menunjukkan mereka tidak berbeza
dengan seorang berbadan tegap yang berjalan di lorong-lorong hari ini.
Seorang ahli paleontologi terkemuka di dalam subjek ini, Eric Trinkaus
daripada Universiti Mexico, menulis seperti berikut:

Perbandingan terperinci terhadap serpihan-serpihan


rangka Neanderthal dengan manusia moden
menunjukkan bahawa tidak terdapat pada tubuh
Neanderthal kebolehan bergerak dari satu tempat ke
satu tempat (locomotor/locomotion), manipulasi,
kebijaksanaan atau kebolehan berbahasa yang berbeza
atau lebih rendah daripada manusia.
74
Ramai penyelidik terkini meletakkan Neanderthal Man sebagai satu
cabang spesies manusia moden dan menggelarnya "Homo Sapiens
Neanderthal". Penemuan tersebut menunjukkan bahawa mereka juga
menanam mayat-mayat mereka, mencipta rentak muzik dan mempunyai
tamadun yang sama dengan Homo Sapiens yang hidup pada zaman yang
sama. Jelasnya, Neanderthal ialah sejenis bangsa manusia "tegap" yang
hilang ditelan zaman.

5.4 PANDANGAN ISLAM TENTANG KEJADIAN


MANUSIA

5.4.1 Kejadian Nabi Adam (Abd Basyar/Bapa Segala Manusia)

Kejadian manusia berasal daripada tanah. Namun, bukan berasal dari


satu tempat sahaja tetapi pelbagai tempat di muka bumi Allah.

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para


malaikat “ Sesungguhnya aku akan menciptakan
seorang manusia dari tahan liat kering (yang berasal)
dari lumpur hitam yang diberi bentuk.”
(al-Hijr: 28-29)

Namun tugas meminta tanah dari bumi yang ditugaskan kepada malaikat
bukan tugas mudah. Ini kerana malaikat Jibrail, Mikail, dan Israfil telah
gagal mendapatkan tanah dari bumi. Bumi khuatir Adam akan menjadi
maksiat kepada Allah. Lalu Allah memerintahkan Izrail turun ke bumi.
Maka apabila Izrail turun menyampaikan perintah Allah, barulah bumi
mengizinkannya. Menurut Ibnu Abbas, Izrail telah mengambil 13 jenis
tanah untuk dijadikan Adam iaitu

(i) Tanah Baitul Maqdis untuk kepala manusia kerana di


situlah tempat akalnya.
(ii) Tanah Tursina untuk telinganya kerana di situlah alat
pendengar dan mendengar nasihat.
(iii) Tanah Iraq untuk dahinya kerana di situ tempat bersujud
kepada Allah.
(iv) Tanah Aden untuk mukanya kerana di situ tempat berhias
dan kecantikan.
(v) Tanah telaga Al-Kautsar untuk matanya kerana di situ
tempat untuk menarik perhatian.
(vi) Tanah Al-Kautsar untuk giginya kerana di situ tempat
manisan.
(vii) Tanah Kaabah untuk tangan kanannya kerana di situ
tempat mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.

75
(viii) Tanah Paris untuk tangan kirinya kerana di situ tempat
beristinjak.
(ix) Tanah Babylon untuk perutnya kerana di situ tempat seks
(berahi) dan tipu daya syaitan yang menjerumus manusia
ke lembah dosa.
(x) Tanah Bukit Thursina untuk tulang kerana di situ alat
peneguh tubuh manusia.
(xi) Tanah India untuk kedua-dua kakinya kerana di situ
tempat berdiri dan berjalan.
(xii) Tanah Syurga Firdaus untuk hatinya kerana di situlah
terletaknya iman, keyakinan dan ilmu pengetahuan.
(xiii) Tanah Taif kerana di situlah terletaknya tempat mengucap.

Tanah yang diperoleh Izrail tadi dicampur dengan air tawar, masin,
hanyir, angin dan api. Kemudiannya diresap dengan nur dan berbagai-
bagai sifat. Lalu tubuh Adam digenggam dengan genggaman “Jabarut”
dan diletakkan dalam “Alam Malakut”. Maka tanah untuk dijadikan
“tubuh Adam” ialah tanah pilihan. Sebelum dijadikan patung tanah
tersebut dicampurkan dengan rempah, wangian dan sifat nur Allah dan
dirasmi dengan air hujan “Barul Uluhiyah” dan direndamkan dengan air
“Kudral-Izzah” iaitu sifat “jalan” dan “jammal”. Lalu menjadi tubuh Adam
yang sempurna. Adam juga dijadikan dengan sembilan rongga dan liang
iaitu tujuh dekat kapala iaitu dua liang mata, dua liang hidung, dua liang
telinga dan satu liang mulut. Manakala dua bawah badan ialah iaitu liang
kemaluan dan liang dubur. Diciptakan juga lima pancaindera iaitu mata
alat penglihatan, hidung alat penciuman, telinga alat pendengaran, mulut
alat perasa masam, masin, manis serta tawar, dan kulit.

Apabila roh dimasukkan sehingga kepala dalam tempoh 200 tahun


adalah untuk memberi kekuatan kepada Izrail memasukkannya ke dalam
tubuh manusia kerana dahulu ditugaskan untuk mengambil tanah untuk
Adam dan sekarang ditugaskan untuk mencabut nyawa manusia. Roh
Adam telah meresap dari kepala ke

(i) Otak dan tersusunlah urat sarafnya dengan sempurna.


Kemudian turun ke
(ii) Mata kanan dan kirinya. Mata beliau melirik ke kiri dan ke
kanan lalu dilihatnya malaikat sedang berzikir dengan
suara yang merdu dan mengasyikkan. Beliau juga melihat
ke bawah tubuhnya yang merupakan bahagian yang keras.
Kemudian turun ke
(iii) Hidung. Lalu hidungnya terbersin. Maka datanglah sunah
supaya menjawab Yarham Kallah apabila seseorang
muslim itu bersin. Kemudian rohnya turun ke

76
(iv) Mulutnya. Mulutnya terus terbuka. Lalu diajar menyebut
alhamdulillah iaitu perkataan pertama yang dilafazkan oleh
Adam sebagai makhluk ciptaan Allah. Kemudian roh itu
turun ke
(v) Dada.Tiba-tiba Adam mahu bangun. Sedangkan bahagian
bawah badannya masih keras. Ini menunjukkan sifat
manusia tidak sabar dan sentiasa tergesa-gesa dalam
semua hal kehidupan di dunia fana ini. Kemudian rohnya
turun ke
(vi) Perut. Maka telah sempurnalah segala isi perutnya, dan
Adam serta merta berasa lapar.
(vii) Kemudian rohnya itu terus meresap sampai ke seluruh
tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan
tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana
kulit itu kian lama kian bagus dan halus.

Malaikat yang telah melihat kejadian tersebut berasa kagum dengan


kecantikan dan kesempurnaan Adam lalu mengarak Adam selama 100
tahun dan diperkenalkan ke seluruh penghuni tujuh tingkat langit
sebelum di bawa ke syurga tempat mula-mula manusia dijadikan.

Kecantikan dan kemuliaan manusia inilah yang meletakkan manusia itu


dimuliakan oleh Allah sehingga malaikat disuruh untuk sujud kepadanya
sebagai tanda hormat.

“Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya,


dan telah meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Ku,
maka tunduk kamu kepadanya dengan bersujud.”

(al-Hijr: 29)

Terdahulu daripada itu malaikat merasa yang dirinya wajar mendapat


kemuliaan itu kerana mereka merasakan manusia itu lemah untuk
memikul tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Namun iblis
tidak mahu sujud kerana menganggap dirinya lebih mulia daripada Adam.
Allah menjadi murka dan menghalau iblis daripada syurga.

5.4.2 Kejadian Manusia Mengikut Hukum Sunatullah

" Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia


dari sari tanah, kemudian kami menjadikannya air mani
pada tempat yang kukuh dan terpelihara (rahim)
kemudian kami menjadikan air mani itu segumpal darah,
lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging,
lalu segumpal daging kami jadikan tulang-tulang, maka

77
kami liputi tulang-tulang itu dengan daging, kemudian
kami menjadikannya satu bentuk yang lain. Maha suci
Allah sebaik-baik pencipta.”
(al-Mu’minun: 12-15)

Proses kejadian manusia bermula dalam kandungan lebih kurang


sembilan bulan lamanya. Daripada setitis air mani menjadi segumpal
darah seterusnya menjadi segumpal daging lalu dilengkapi tulang-
temulang yang kemudiannya disaluti dengan daging serta kulit hingga
menjadi bentuk yang sempurna. Sperma atau air mani yang bakal
membentuk manusia mengandungi susunan bahan kimia yang berasal
dari tanah iaitu ia perlu disaring, dipilih dan dibersihkan melewati
hambatan biologkal oleh tumbuhan yang diambil sarinya sebelum masuk
dalam peredaran darah dan membentuk bahan-bahan untuk keperluan
tubuh antaranya pembentukan sperma.

Pada peringkat fertilasi, sperma dikeluarkan untuk dimasukkan ke dalam


vagina, uterus dan kemudiannya perubahan di tiup folofio.

“Bukankah dia dulu (asalnya) dari setitis air mani yang


ditumpahkan (dipancarkan).”
(al-Qiamah: 37)

Manakala proses kejadian keturunan Adam pula dijelaskan di dalam al-


Quran seperti berikut:

• Zuriat keturunan dari pati air yang hina – al-Sajadah: 9


• Nutfah @ air benih – al-Mu’minun: 12
• Air mani – al-Mukminun: 9-14
• Janin dalam perut ibu kamu – al-Najm: 32
• Mencipta kamu dalam perut ibu kamu – Nuh: 14
• Mencipta kamu berperingkat-peringkat – al-Zumar: 6
• Alaqah
• Mudghah
• Daging
• Satu ciptaan lain (dalam bentuk manusia)
• Menyempurnakan bentuk rupa manusia – al-Mu’minun: 14

Pada peringkat fisiologis seterusnya, makanan pertama yang diperoleh


oleh zigot ialah makanan yang berada dalam sel telur micro nutrient feeder.
Tahap berikutnya terjadi nidasi pada endometrium daripada uterus yang
menimbulkan lysis pada jaringan endometrium. Akibatnya sel-sel rosak

78
dan digunakan sebagai makanan zigot. Fasa ini disebut cell detritus feeder
(pemakanan sel rosak). Semakin maju pertumbuhan zigot, maka
makanan akan disediakan untuk kelenjar susu uterus. Fasa ini disebut
“liquid feeder”. Fasa ini berterusan sehingga bayi lahir dan menerima
sumber makanan dari air susu ibunya sendiri.

5.5 PERANAN DAN STATUS MANUSIA

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan manusia? Secara umum


manusia ialah makhluk Allah yang berakal, boleh berfikir, berkata-kata,
bermasyarakat dan mempunyai tanggungjawab. Ini membezakan manusia
dengan makhluk lain ciptaan Allah seperti haiwan (fauna) dan pokok-
pokok (flora). Haiwan mempunyai otak tetapi tidak boleh berfikir kerana
Allah telah meletakkan paras otak haiwan sama dengan paras perut
mereka tidak seperti manusia iaitu Allah meletakkan otak di tempat yang
paling tinggi. Tidak dapat dinafikan bahawa manusia ialah makhluk yang
paling sophisticated. Rahsia dan urusannya tidak dapat diketahui manusia
lain kecuali apa yang dilahirkan sahaja. Segala tuntutan manusia tidak
dapat diketahui kecuali penciptanya sahaja iaitu Allah S.W.T.

5.5.1 Manusia Sebagai Hamba

Sebagaimana Allah Maha Pencipta telah menjelaskan tentang asal


kejadian atau unsur kejadian manusia, demikian juga telah dijelaskan
tentang hakikat siapakah dia sebenarnya manusia itu. Hanya Allah sahaja
yang layak dan berhak memperkenalkan dan menjelaskan hakikat diri
manusia, kerana dengan pengenalan yang tepat dan benar pada hakiki
dirinya, menepati seperti yang dikehendaki Allah maka akan tepat dan
benarlah sikap dan konsep hidupnya, dan akan tepat dan benarlah gerak
laku perbuatan dalam perjalanan hidupnya seterusnya akan tepat dan
benarlah pula matlamat hidup yang hendak dicapainya. Manakala
matlamat hidupnya tepat dan jelas, akan tepatlah perjalanan hidupnya,
seterusnya tepat pula matlamat yang ditujuinya, maka akan tepatlah hasil
natijah daripada perjalanan dan perjuangan hidupnya seperti yang
dijanjikan untuknya.

Siapakah dia manusia itu pada hakikatnya? Manusia ialah hamba kepada
Allah kerana setiap yang dicipta itu pada hakikatnya ialah hamba kepada
yang menciptanya. Sebagai hamba maka ia tidak mempunyai apa-apa hak
terhadap dirinya, tenaganya dan terhadap apa juga yang dihasilkannya.
Jika seorang manusia menjadi hamba kepada tuannya, seperti yang
terkandung dalam undang-undang Islam maka si hamba tidak
mempunyai atau memiliki dirinya, tenaganya dan hartanya. Kesemuanya
ialah menjadi hak milik tuannya. Jika demikian halnya jadi diri si hamba

79
kepada manusia maka akan lebih daripada itu hal diri si hamba kepada
Allah. Hidup dan matinya, solat dan nusuknya, nyawa dan hartanya, anak
dan isterinya adalah kepunyaan Allah.

Menyedari hakikat ini maka perjalanan hidup manusia di dunia ini akan
selaras daripada perjalanan hidup segala makhluk Allah yang juga sebagai
hamba. Ertinya hidup serta kegiatan hidupnya itu dalam segala bidang
pekerjaan dan tugas, dalam segala bidang keahlian dan kemahiran
hendaklah diolah dalam acuan ibadah dan ubudiah kepada Allah.

Menyedari hakikat bahawa manusia itu hamba yang mengabdikan diri


kepada Allah maka hidupnya merupakan pengabdian kepada Allah.
Dunia ini ialah masjid yang luas sebagai medan pengabdian kepada Allah.

Maka perjalanan hidup manusia di dunia ini akan selaras daripada


perjalanan hidup segala makhluk Allah sebagai hamba kepadanya,
seterusnya akan selaraslah pula perjalanan alam semesta seluruhnya yang
juga hamba Allah di bawah satu pemerintahan. Inilah hakikat
kesejahteraan yang mengisi tamadun dunia dan tamadun manusia.

Oleh yang demikian sudah pastilah manusia tunduk, patuh, taat setia,
mengikut dan menurut perintah Allah. Manusia pasti sujud dan
menyerah diri kepada Allah. Segala ciptaan Allah di langit dan di bumi
semuanya sujud kepada Allah. Jika segala ciptaan Allah di langit dan di
bumi sujud kepada Allah, maka manusia sebagai makhluk istimewa pun
sewajarnya sujud dan menyerah kepada Allah.

“Dan tiadalah orang yang lebih baik agamanya


daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada
Allah (dengan ikhlas).”
(al-Nisa: 4/125)

5.5.2 Peranan Manusia Sebagai Hamba Allah

(a) Menjadi mukmin yang sedar

Peranan utama manusia yang dituntut Islam ialah menjadi seorang


muslim yang beriman dengan sebenarnya kepada Allah (S.W.T). Dia
dapat berhubung dengan Allah (S.W.T) dan sentiasa mengingati-Nya
serta bertawakal dan menyerah diri kepadanya. Sentiasa meminta
pertolongan kepada-Nya serta merasakan dalam lubuk hatinya bahawa
sesungguhnya dia sangat berhajat dan sentiasa perlu kepada kekuatan
Allah (S.W.T), pertolongan dan sokongan-Nya. Ia menyedari segala
keindahan ciptaan Allah (S.W.T) yang terbentang di seluruh alam dengan
80
penuh keyakinan bahawa kudrat kekuasaanNya tidak terbatas dalam
mengandalikan urusan alan dan urusan manusia. Firma Allah yang
bermaksud:

“Segala puji-pujian bagi Allah Pentadbir semua alam


Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Pemilik
Hari Pembalasan (iaitu akhirat).”
(al-Fatihah: 2-4)

(b) Mentaati perintah Allah

Patuh dan khusyuk kepada-Nya dalam mengerjakan amalan makruf dan


meninggalkan segala perbuatan mungkar. Ini penting kerana ia menjadi
ukuran iman seseorang muslim.

(c) Reda menerima qada dan qadar

Sebagai hamba Allah, manusia mestilah percaya bahawa segala perkara


yang menimpanya dalam hidup ini tidak dapat dielakkan. Kesemuanya
telah ditakdirkan Allah untuk memberi kesempatan kepadanya
memperoleh ganjaran yang banyak daripada Allah kerana redhanya
kepada qada dan qadar Allah.

(d) Menjadi mukmin yang sentiasa bertaubat

Mausia tidak dapat lari daripada melakukan dosa dan melanggar perintah
Allah kerana terlupa, lalai ataupun sengaja. Menjadi tanggungjawab
manusia sebagai hamba Allah untuk segera sedar dan meminta ampun
dengan-Nya disertai hati yang takut untuk mengulangi kesalahan itu.
Firma Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang bertakwa bila mereka


ditimpa was-was daripada syaitan, mereka ingat
kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat
kesalahan-kesalahannya.”
(al-A’raf: 21)

(e) Mencari redha Tuhannya

Manusia sebagai hamba sentiasa mengharapkan Allah dalam segala


urusan dan amalannya. Tujuan hidupnya hanya semata-mata untuk
mencapai keredhaan Allah. Sabda Rasulullah (s.a.w) yang bermaksud:

“Barangsiapa mencari keredhaan Allah dengan


kemurkaan manusia, Allah mencukupi dia daripada

81
urusan manusia. Dan barangsiapa mencari keredhaan
manusia dengan kemurkaan Allah, maka Allah akan
menyerahkan dia kepada manusia.”
(Hadith riwayat al-Tarmizi)

5.6 PERANAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH

Sebagai khalifah Allah, manusia seharusnya menegakkan hukum-hukum


Allah, membangunkan pemerintahan Islam dan membentuk hidup secara
Islam, termasuklah pentadbiran hidup individu dan keluarga.

(a) Pentadbiran terhadap dirinya

Seorang muslim wajib menjaga kesihatan fizikalnya. Dia mesti sederhana


dalam makan dan minum. Dia perlu menjauhkan diri daripada perkara-
perkara yang memabukkan, mengkhayalkan dan yang haram. Dia juga
perlu melakukan senaman dan menjaga kebersihan badan termasuk
memakai pakaian yang bersih. Firman Allah:

“Dan makanlah, minumlah dan janganlah kamu


melampau-lampau. Sesungguhnya Dia tidak suka
kepada orang yang melampau batas.”
(al-A’raf: 31)

Seterusnya seorang muslim perlu memelihara akalnya dengan mencari


dan menuntut ilmu duniawi dan ukhrawi yang akan mendatangkan
kemanfaatan kepada ummah.

(b) Pentadbiran terhadap ibu bapanya

Manusia mestilah berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa mereka.


Kedudukan ibu bapa adalah tinggi dalam Islam. Manusia mukmin
dilarang keras mengucapkan “ah” kepada kedua-dua ibu bapa mereka.
Seterusnya mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua-dua ibu
bapa mereka di dunia dan akhirat. Firman Allah:

“Dan ucapkanlah: wahai Tuhan, kasihanilah mereka


keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik
aku waktu kecil.”
(al-Isra: 24)

Terdapat empat perkara yang mesti dilakukan manusia mukmin terhadap


kedua-dua ibu bapa mereka yang telah meninggal dunia:

(i) Mendoakan kedua-dua ibu bapa mereka.

82
(ii) Meminta ampun untuk kedua-duanya.
(iii) Menyempurnakan janji kedua-duanya.
(iv) Memuliakan sahabat kedua-duanya.

(c) Pentadbiran terhadap isteri dan anaknya

Perkahwinan dalam Islam amatlah digalakkan kerana ia mendatangkan


ketenteraman jiwa kepada pasangan suami isteri. Firman Allah:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia


menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu
sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram
kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih
sayang.”
(al-Rum: 21)

Seorang suami perlu melayani isteri dengan baik dan meletakkan wanita
di satu darjat yang tinggi yang tidak diberikan oleh agama-agama lain. Si
suami perlu bergaul dengan baik dengan isterinya, berlapang dada,
berlembut dan berakhlak mulia. Ia perlu memahami hakikat kejadian
seorang wanita, supaya dia lebih toleren dan boleh membimbing isterinya
dan membaiki kelemahan-kelemahan isterinya.

Anak-anak pula merupakan penawar hidup dan penyejuk mata. Anak-


anak soleh merupakan perhiasan kehidupan. Firman Allah:

“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia.”

(al-Kahfi: 46)

Ibu bapa bertanggungjawab terhadap pendidikan anak-anak mereka.


Pastikan mereka taat setia kepada Allah dan Rasul-Nya serta menunaikan
segala ajaran Islam. Memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak
merupakan peranan yang wajib. Nafkah itu mestilah didapati daripada
sumber-sumber yang halal supaya mendapat keberkatan daripada Allah.

(d) Menghapuskan kemungkaran

Sebagai seorang muslim seharusnya ia berusaha untuk menghapuskan


perbuatan-perbuatan mungkar di kalangan ummah jika ia berkuasa dan
berkemampuan. Sekiranya ia tidak ada kuasa ia hendaklah menggunakan
kata-kata untuk menghapuskan kemungkaran dan sekiranya ia tidak
berdaya untuk menegur ia hendaklah menggunakan kata hatinya untuk
memghapuskan kemungkaran.

83
(e) Berdakwah ke jalan kebenaran

Tugas utama seorang muslim ialah berdakwah ke jalan benar yang


diredhai Allah. Mengerjakan amal makruf dan meninggalkan segala
perbuatan yang mungkar dan yang dilarang Allah. Tugas sebagai
pendakwah ialah mengajak manusia kepada sistem Islam dan kepada cara
hidup Islam.

(f) Dilarang seorang mukmin menjadi pengemis

Allah mencipta manusia paling sempurna, paling cantik dan paling mulia.
Sebagai khalifah Allah di muka bumi ini seorang muslim tidak sewajarnya
meminta-minta kepada orang lain kerana mengemis akan menjatuhkan
maruah dan martabat seorang muslim. Nabi Muhammad bersabda:

“Demi Allah, sungguh salah seorang dari kamu mencari


selonggok kayu bakar lalu ditaruh dipunggungnya
adalah lebih baik daripada meminta-minta daripada
seorang lain yang boleh jadi diberi atau ditolaknya.”

(Riwayat al-Bukhari dan Imam Malik)

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Menurut Plato kewujudan manusia sebenarnya berasal dari alam


idea (intellectual world) lawannya alam indera (sensous world). Plato juga
membincangkan tentang roh. Peryataan manakah yang BUKAN
merupakan “Teori Reincarnation Plato”

A. Semua roh akan kembali kepada Tuhan.


B. Roh manusia pernah tinggal bersama Tuhan.
C. Roh manusia turun ke dunia indera dan terkurung dalam jasad
materi.
D. Manusia dan roh perlu proses penyucian untuk kembali ke
tempat asalnya.

2. Proses kejadian manusia menurut al-Quran seperti berikut


KECUALI

A. Nutfah.
B. Alaqah.

84
C. Mudghah.
D. Turab.

3. Al-Quran menerangkan bahawa Adam dijadikan daripada jenis


tanah berikut KECUALI

A. Tanah liat.
B. Tanah lumpur.
C. Tanah tin yang liat dan sebati.
D. Tanah tin yang panas dan berbau.

4. Allah telah mencipta dan menghidupkan manusia untuk

A. Suatu ujian.
B. Membuat kebajikan.
C. Mencari kesenangan.
D. Berkhidmat kepada manusia.

5. Nyatakan yang manakah BUKAN peranan manusia sebagai hamba

A. Menjaga ibu dan bapa.


B. Mentaati perintah Allah.
C. Redha menerima qada dan qadar.
D. Mukmin yang sentiasa bertaubat.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

85

Anda mungkin juga menyukai