Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

LATAR BELAKANG NEO- KOLONIALISME


Istilah neokolonialisme telah digunakan oleh para pengkritik pada akhir abad ke-20
dengan adanya keterlibatan Negara-negara maju (berkuasa) atas Negara-negara mundur
mahupun membangun. Neo-kolonialisme adalah suatu sistem dari bentuk penjajahan yang
baru, namunpenjajahan tidak dilakukan secara langsung tetapi melalui pemilikan modah
iaiti EKONOMI, hiburan serta perusahaan besar yang mengawal sumber yang dapat
melemahkan pemerintah sesebuah Negara.

neokolonialisme hanya mementingkat sikap hidup yang hedonistik, liberalis dan anti
sosial. Hal ini dapat dilihat pada bentuk persaingan bebas (liberal) yang tidak sehat dengan
hilangnya penguasaan pemerintah dalam mengendalikan persaingannya, dalam persaingan
ini juga hanya akan menghasilkan pihak yang menang dan yang kalah sahaja. Pihak yang
menang akan terus berjaya, bersenang-senang (hedonisme) tanpa peduli kepada
kesengsaraan pihak yang kalah (anti sosial) dan sector awam hanya akan berpihak kepada
yang menang sahaja manakala pihak yang kalau akan terus dilupakan oleh pemerintah .

Neo-kolonialisme boleh juga digambarkan sebagai bentuk imperialisme, karena


segala kekuatan pihak kerajaan atau pemerintah yang menguasai ekonomi, politik dan
kesemua kawasan jajahan secara tak langsung. Kesemua bekas negara jajahan memang
sudah diberikan kemerdekaan tetapi mereka tetap diatur atau dikawal dari luar dengan
perbagai bantuan dari segi ekonomi, politik, ilmu pengetahuan dan sebagainya.
Terdapat 3 implikasi neo-kolonialisme iaitu:

Pertama, membodohi masyarakat dan membuat mereka mempercayai bahawa


sesebuah negara telah merdeka tetapi pada hakikatnya neo-kolonialisme menciptaan
“pseudo-administrator states”. Maksudnya ialah pemimpin negara asal adalah pentadbir
negara tetapi dikawal oleh penjajah secara tidak lansung.

Kedua, neo-kolonialisme hanya meneruskan apa yang telah dilakukan oleh golongan
kolonialisme terdahulu, yaitu pengeksploitasian segala sumber yang ada pada sesebuah
negara.

Ketiga, neo-kolonialisme akan mencipta pemimpin negara yang tidak patriotik, yang
memakan daging bangsanya sendiri. Dengan cara ini mereka akan membantu dan
memperkuatkan pengaruh penjajah yang ada dan bahkan mereka akan melemahkan kuasa
politik dan ekonomi negaranya sendiri.

Penjajahan Neokolonialisme adalah satu bentuk manipulasi politik kuasa asing yang
tujuannya adalah jauh lebih besar iaitu untuk menguasai dan menakluki melalui kewujudan
pemimpin boneka.

Di Arab agenda kuasa asing bermula dengan kebangkitan rakyat Tunisia pada
Oktober 2010. Kuasa asing yang pada mulanya berselindung di sebalik perjuangan
demokrasi akhirnya bukan sahaja meruntuhkan kerajaan tetapi juga mengorbankan 233
nyawa. Demonstrasi haram yang berakhir dengan rusuhan ganas di Tunisia memang
berjaya. Ia berjaya meruntuhkan kerajaan pilihan rakyat bila akhirnya pilihan rakyat di
korbankan dalam rusuhan di jalan raya.
Selepas Tunisia, Mesir pula menjadi mangsa. Hosni Mubarak digulingkan melalui kuasa
rakyat atas alasan beliau seorang pemimpin yang autokratik. Dan demonstrasi di Mesir telah
mengorbankan 846 nyawa.
Di Yemen pula lebih 2,000 nyawa terkorban dan di Syria pula lebih 13,000 nyawa
terkorban. Manakala di Libya pula angka korban yang diwartakan lebih 35,000 nyawa.
Persoalannya selepas tumbangnya Muammar Gaddafi adakah demokrasi baru yang wujud
hasil daripada demonstrasi berjaya mewujudkan negara berdemokrasi yang sebenar seperti
yang diperjuangkan dalam demonstrasi. Kenyataannya Libya masih terus bercakaran sesama
sendiri dan membuka peluang kepada AS untuk mencatur politik baru di Libya.

Yang pasti KERUNTUHAN POLITIK DI NEGARA ARAB melalui demonstrasi jalanan


membuktikan KEGAGALAN POLITIK BARU YANG DIZAHIRKAN MELALUI KEBANGKITAN
RAKYAT MENERUSI PENCARIAN DEMOKRASI JALANAN.
Demonstrasi semalam adalah tempiasan politik di negara Arab yang punya format
yang sama dan kaedah yang serupa iaitu dengan menyediakan petugas-petugas media
untuk membuat liputan dan menjadikan rakyat sebagai alat untuk menjayakan rancangan.

Bezanya kerajaan yang ada bukannya bersifat kuku besi. Kalau sistem ini tidak
demokratik, apakah makna kemenangan luar biasa pembangkang pada PRU ke 12.
Bukankah agenda utama pembangkang mahu merampas kuasa di luar sistem pilihanraya?
Bukankah itu yang dimahukan oleh kuasa asing untuk menentukan siapa pemimpin boneka
mereka?

Neo- kolonialisme di Malaysia.

Hampir setiap hari kita didedahkan dengan berita-berita mengenai gejala negatif
remaja dalam masyarakat, bahkan sampai terlibat dengan seks bebas sehingga melahirkan
anak luar nikah. Seks bebas sekarang ini tidak lagi dianggap perkara yang memalukan. Jika
sebelum ini masyarakat Melayu megah dengan konsep ‘dara’ yang dapat dipertahankan
sebagai simbul kesucian anak gadis sunti, akan tetapi ramai anak gadis Melayu sekarang
berbangga dengan tidak ada dara. Lebih mengaibkan lagi apabila ramai di antara mereka
berbangga dengan status itu dan menganggap rakan yang masih ‘menyimpan’ dara sebagai
kumpulan yang ketinggalan zaman.
Bagaimana kita boleh menangani pengaruh negatif budaya Barat ini? Adalah agak
sukar untuk menangani pengaruh negatif Barat ini. Tugas dan tanggungjawab untuk
menangani budaya negatif Barat ini merupakan tugas semua orang. Setiap orang daripada
kita, daripada pelbagai lapisan kedudukan, daripada pemimpin hinggalah kepada setiap
individu itu sendiri, mempunyai peranan untuk sama-sama berusaha menangani masalah
ini. Kita boleh mulakan untuk menangani masalah ini bermula daripada diri kita, dan kita
sebagai ketua keluarga. Kita renungkan tiga hadis Rasulullah s. a. w, iaitu (1) setiap orang
adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan ditanya tentang orang yang dipimpinnya…”,
(2) setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka kedua ibu bapanyalah yang
menyahudikannya, menasranikan, atau memajusikannya, dan (3) jagalah diri kamu dan ahli
keluarga kamu daripada api neraka.

Tiga hadith Nabi (saw) di atas menggambarkan tugas mengatasi masalah budaya Barat
adalah tanggung jawab semua indidvidu dan keluarga. Di peringkat individu, kita
bertanggung jawab menjaga diri kita sendiri. Di peringkat keluarga pula, jika kita adalah
ketua keluarga, menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga dan mendidik ahli keluarga di
bawah jagaan kita agar mematuhi suruhan agama. Sekiranya ketua keluarga mendidik anak-
anak mereka sedari awal dengan ketaatan kepada Allah, maka anak-anak ini selalunya
menjadi seorang yang patuh dan mempunyai perilaku yang selaras dengan kehendak agama
dan masyarakat. Kalaupun anak-anak ini agak nakal di peringkat awal, tetapi akhirnya anak-
anak ini, apabila besar mudah diajak kembali untuk mematuhi nilai atau norma masyarakat.
Begitu juga jika anak-anak yang dibesar dan dididik dengan kehidup jauh daripada nilai-nilai
agama maka anak tersebut mudah cenderung kepada perilaku yang menyimpang apabila
mereka besar.

Dalam tidak sedar kita, Malaysia juga telah mengamalkan neo-kolonialisme kepada
Negara- Negara mundur atau Negara dunia ketiga. Kita mengambil contoh seperti Somalia,
Malaysia banyak menghantar bantuan kemuniaan, makanan mahupun ketenteraan. Dan ini
amat disenangi oleh masyarakat di sana, masyarakat di sana lebih mengenali peminpin-
peminpin Malaysia lebih dari pemimpin Negara mereka sendiri.
Budaya & Moral dalam Neo- Kolonialisme

Menangani punca-punca dan sebab musabab berlakunya kemerosotan budaya dan


moral merupakan tugas semua lapisan masyarakat dari pemimpin atasan kepada pekerja
bawahan, dan semua institusi sosial seperti keluarga, tadika, sekolah, maktab, kolej,
universiti, media massa dan masyarakat sivil. Sektor awam dan sektor swasta juga memikul
tanggungjawab moral dan sosial untuk sama-sama berusaha menegakkan keutuhan budaya
dan keutuhan moral dalam rangka memenuhi cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu
“membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan warganya
mempunyai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang
luhur.”

Usaha memperkukuhkan budaya dan moral masyarakat Malaysia harus berjalan


serentak dan bergabung tenaga dengan gerakan pemantapan integriti nasional yang
mempunyai matlamat yang sama. Strategi pelaksanaannya melibatkan institusi-institusi
keluarga, komuniti, masyarakat sivil, sosiobudaya, agama, ekonomi, politik dan pentadbiran
awam. Faktor penentu kejayaan Pelan Integriti Nasional juga merupakan faktor penentu
keutuhan budaya dan moral iaitu:

 Wujudnya semakin ramai pemimpin beragama Islam khususnya yang


mencerminkan keutuhan budaya Melayu dan keutuhan moral Islam supaya
tahap keyakinan dan kepercayaan rakyat akan meningkat.

 Wujudnya dasar kerajaan, rancangan yang utuh dan matlamat yang jelas dan
tidak bertentangan satu sama lain untuk difahami oleh rakyat, khususnya
umat Islam.

 Keberkesanan pendidikan formal dan tak formal mengenai agama dan moral,
melalui pendekatan-pendekatan baru khususnya dalam institusi keluarga,
sekolah, I.P.T.A. dan I.P.T.S.
 Komunikasi dan kempen yang berkesan mengenai peri pentingnya nilai-nilai
budaya dan moral melalui media massa dan organisasi-organisasi dakwah
dan sukarela. Konsistensi antara mesej dan tindakan harus dijaga.

 Wujudnya persekitaran budaya, masyarakat, ekonomi dan politik yang


kondusif dan benar-benar menyokong keutuhan budaya dan moral dalam
negara.

 Pelaksanaan undang-undang dan kod-kod etika dipertingkatkan untuk


menangani jenayah, semua jenis rasuah dan semua jenis penyalahgunaan
kuasa.

 Kuatnya sistem kawalan dan pencegahan dari pihak yang berkuasa dalam
negeri terhadap pengaruh negatif aliran budaya bebas (permissive) dan gaya
hidup yang tak bermoral yang datangnya melalui filem, T.V., video, Internet
dan lain-lain saluran.

 Penerapan etika-etika Islam dalam perniagaan, pengurusan pentadbiran dan


kewangan supaya orang Islam yang berkecimpung atau mahu berkecimpung
dalam bidang-bidang tersebut sedar bahawa mereka wajib mengamalkan
etika-etika tersebut.

 Kesediaan individu, pemimpin dan rakyat untuk berubah secara kualitatif ke


arah matlamat mewujudkan suatu “Masyarakat Bermoral” yang merangkumi
bidang politik, pentadbiran, perniagaan, ekonomi, budaya, seni, media
massa, sukan, kehakiman, pendidikan dan kekeluargaan.
Berhadapan dengan cabaran-cabaran yang besar dan pengaruh budaya bebas yang
berkembang dalam negara masa kini, tidak syak lagi bahawa usaha yang berterusan dan
komitmen yang ikhlas daripada pihak kerajaan dan rakyat amat diperlukan untuk
meningkatkan mutu integriti moral masyarakat Malaysia supaya matlamat negara maju
mengikut “acuan kita sendiri” dapat dicapai. Pendekatan Islam Hadhari bertujuan membawa
masyarakat Malaysia ke arah itu – suatu model kemajuan dan pembangunan yang holistik,
dalam mana terdapat gabungan dan perimbangan yang wajar antara kemajuan kebendaan
dan kemajuan moral, agar tercapai “kebaikan (hasanah) di dunia dan kebaikan (hasanah) di
akhirat.”

Sekiranya kita membiarkan kelonggaran-kelonggaran budaya dan penyakit-penyakit


moral ini menjadi lebih tenat, negara kita mungkin akan menerima nasib malang yang
pernah menimpa tamadun-tamadun besar zaman dahulu seperti tamadun Romawi dan
tamadun Islam di Andalusia. Runtuhnya kedua-dua tamadun yang terkenal hebat dari segi
pencapaian ilmu, teknologi dan kebendaan itu didahului oleh proses kelunturan nilai-nilai
moral yang berleluasa dalam masyarakat. Apabila kekuatan moral dan rohani yang
menunjang integriti dan maruah bangsa dan negara lumpuh, musuh-musuh dari luar pun
mengambil kesempatan untuk menyerang dan akhirnya berjaya menakluki negara-negara
yang sebelum itu terkenal maju dan kuat. Seorang penyair Arab zaman moden yang
termasyhur, Ahmad Shauqi Bey (1868-1932) telah mengingatkan umat Islam tentang
kenyataan ini dalam sebuah rangkap syairnya yang bermaksud:

“Sesungguhnya bangsa-bangsa akan kekal utuh


selagi akhlaknya masih utuh,
Jika akhlak mereka sudah lumpuh
mereka pun akan lenyap.”
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya Di Malaysia neo-kolonialisme lebih banyak mendatangkan
masalah kepada pentadbiran Negara. Kerana rayat Malaysia amat mudah terbawa- bawa
kepada pejuangan dan adiologi Negara luar dan rakyat Malaysia juga amat mudah
menerima budaya luar.

Maka dapatlah dikatakan adalah menjadi tugas setiap individu dan setiap ketua
keluarga untuk sama-sama berusaha menangani masalah budaya hedonism Barat. Mula-
mula kita jaga diri kita sendiri daripada terpengaruh, kemudian jika kita ketua keluarga, kita
jaga tanggungan kita agar tidak terjebak dengan budaya negatif Barat seperti di atas. Jika
kita sama-sama berusaha insya-Allah, segala budaya negatif tidak akan dapat berleluasa
dalam masyarakat.

Globalisasi tidak dapat dicegah, apalagi dihentikan, prose situ tengah berlangsung
sekarang, kita hanya boleh menjaga diri dengan memfilter setiap hal yang mungkin saja
berdampak pada diri kita.

BIBLOGRAFI
Prasetyo AP. 2009. Implikasi Praktik Neokolonialisme dalam Globalisasi Terhadap
Stress dan Penuaan Dini. Fakultas Kedokteran UNS Solo.

Abdul Rahman Embong berjudul ‘Wacana Globalisasi’ dalam Noraini Othman dan Sumit
K.Mandal, Malaysia Menangani Globalisasi : Peserta atau Mangsa?, Bangi, Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2000.

Ismail Yusof. (2001). Pengenalan Sains Sosial . UUM :Sintok

http://farahtasks.blogspot.com/2010/02/globalisasi-neo-kolonialisme.html

Anda mungkin juga menyukai

  • Bab 5
    Bab 5
    Dokumen19 halaman
    Bab 5
    adzrul ahmadi
    Belum ada peringkat
  • Bab 4
    Bab 4
    Dokumen21 halaman
    Bab 4
    adzrul ahmadi
    Belum ada peringkat
  • Bab 3
    Bab 3
    Dokumen10 halaman
    Bab 3
    adzrul ahmadi
    Belum ada peringkat
  • Bab 2
    Bab 2
    Dokumen20 halaman
    Bab 2
    adzrul ahmadi
    Belum ada peringkat
  • Bab 1
    Bab 1
    Dokumen14 halaman
    Bab 1
    adzrul ahmadi
    Belum ada peringkat
  • Prelim
    Prelim
    Dokumen17 halaman
    Prelim
    adzrul ahmadi
    Belum ada peringkat