Anda di halaman 1dari 15

Islam & Konsep Asas (M4) 6. 6.

1 EPISTEMOLOGI ILMU Definisi Epistemologi Ilmu

16

Istilah epistemologi adalah berasal daripada gabungan dua perkataan Greek-Yunani, iaitu episteme yang bermaksud ilmu dan logos adalah makna sains, kajian atau teori. Oleh itu, pengertian umum adalah teori ilmu atau ilmu tentang ilmu. Diantara persoalan-persolan asas didalam epistemologi ilmu ini adalah:i. Permasalahan mengapa mempunyai ilmu. ii. iii. manusia boleh mengetahui atau

Permasalahn bagaimana manusia dapat mencapai ilmu pengetahuan. Permasalahan bagaimana kita tahu dan yakin bahawa yang dikatakan ilmu itu benar-benar boleh dipercayai sebagai ilmu yang haq atau benar.

Secara amnya, epistemologi ilmu bertujuan untuk menguraikan proses manusia memperolehi ilmu dan cara-cara bagaimana hendak mengasaskan pencapaian ilmu yang meyakinkan. Ini bermaksud bahawa dalam bidang ilmu kita perlu membincangkan fakulti-fakulti kognitif (mengetahui) manusia dan proses yang membabitkan penggunaan setiap fakulti. Selain dari itu, kita perlu juga membincangkan aspek ontologi (kewujudan benda-benda alam ini) kerana ilmu amat berhubungkait dengan konsep hakikat yang hendak diketahui.

6.1 Pemahaman perspektif Barat.

Epistemologi

dan

teori

ilmu

mengikut

Sejarah banyak menunjukkan kepentingan dan perkembangan ilmu dalam pembangunan dan perjalanan kehidupan manusia. Ini dapat dilihat daripada sejarah manusia itu sendiri. Nabi Adam sebagai manusia pertama yang dicipta oleh Allah telah dilantik sebagai khalifah walaupun malaikat mempunyai ciri-ciri yang lebih mentaati Allah. Namun demikian, Maha Suci Allah mengajar Nabi Adam apa yang dia tidak tahu dan akibatnya Nabi Adam punyai kelebihan yang malaikat tidak punyainya. Hal tersebut membolehkan manusia dilantik sebagai khalifah di muka bumi ini.

Islam & Konsep Asas

17

Seterusnya sejarah membuktikan bahawa kekuasaan sesuatu bangsa terhadap bangsa yang lain di dalam sesuatu tamadun, atau antara sesuatu bangsa terhadap bangsa yang lain di dalam tamadun yang berasingan lebih bergantung kepada ilmu dan bukannya disebabkan faktor-faktor lain seperti kekuatan tentera atau kekayaan harta-benda semata-mata. Kekuasaan tersebut adalah dalam bentuk pengaruh budaya hidup, sosioekonomi, sains dan teknologi.

Ia dapat dilihat daripada jujukan tamadun (Wan Mohd. Nor, 1991): 1. Kaum Biadap (suku bangsa Jerman) Menakluk Imperaturia Roma. Tetapi gagal memusnahkan Imperaturia Roma kerana kaum Biadap tersebut adalah dari kalangan yang tidak berilmu. Sebaliknya Imperaturia Roma adalah satu tamadun yang tinggi berlandaskan ilmu. Malah akibatnya kaum Biadap tersebut ditakluki oleh kebudayaan Roma yang ditaklukinya secara lahiriah tetapi gagal dari segi rohaniah. 2. Bangsa Mongol dalam hubungan mereka dengan tamadun China, telah dapat di'cina'kan. Waris mereka Hulagu dan Tamerlane walaupun berjaya menakluki negara Islam tetapi tidak berjaya di dalam membangunkan tamadun. Pada asalnya bangsa-bangsa ini adalah begitu biadap dan tidak berilmu, sebaliknya berlaku apabila mereka memeluk Islam. Malah melahirkan kekuatan tersendiri dalam sejarah Islam.

3. Pengaruh tamadun Yunani terhadap dunia masa kini, seperti mana mengikut Will Durant: Setiap isu yang menggegarkan dunia diketengahkan di Athens zaman dahulu hari ini pernah

4. Pengaruh bangsa Yahudi terhadap dunia masa kini. Walaupun jumlah bangsa Yahudi di dunia hanya sekitar 14 juta orang sahaja, tetapi mereka menguasai hampir keseluruhan sosioekonomi-politik masyarakat dunia. Malah melibatkan sains, teknologi dan sastera.

Islam & Konsep Asas

18

Setiap tamadun dan bangsa tersebut memahami pengertian ilmu mengikut budaya dan pendapat masing-masing. Ia boleh dilihat seperti berikut: 1. Budaya Ilmu Yunani Bangsa Yunani yang hidup bertamadun di Athens hampir 2000 tahun dahulu adalah satu bangsa yang begitu mementingkan ilmu pengetahuan. Pengaruhnya dapat dilihat sehingga zaman kini, malah sedikit sebanyak mempengaruhi tamadun Islam melalui bidang ilmu seperti falsafah, logik, matematik dan ilmu perubatan. Robert M. Hutchins menulis: Di Athens, pendidikan bukanlah satu kegiatan yang terbatas pada masa-masa tertentu, di tempat-temapt tertentu, atau pada peringkat umur tertentu. Pendidikan merupakan matlamat utama masyarakat. Kota raya mendidik manusia. Manusia di Athens dididik oleh budaya. Namun begitu, budaya ilmu yang dipegang oleh bangsa Yunani ini hanya berteraskan akal dan tradisi sahaja. Akibatnya budaya ilmu mereka banyak mementingkan teori tetapi bercanggahan dengan amalan yang mereka lakukan. Misalnya dalam budaya ilmu mereka, menghubungkaitkan ilmu dengan akhlak, tetapi amalan yang mereka laksanakan memperlihatkan kurang moral seperti hubungan homoseksual dan seks yang bebas seperti mana yang dirakamkan oleh Demonsthenes: Kami mempunyai institusi pelacuran kelas tinggi (courtesans) untuk keseronokkan, gundik untuk kesihatan harian tubuh badan, dan isteri untuk melahirkan zuriat halal dan untuk menjadi penjaga rumah yang dipercayai. Ini jelas diperlihatkan dengan pegangan falsafah oleh Heraclitus (536-470 SM), Socrates (470-399 SM), Plato (428-348 SM) dan Aristotle (384-322 SM). 2. Budaya Ilmu Yahudi Yahudi adalah satu bangsa yang mempunyai jumlah yang kecil iaitu lebih kurang 13.6 juta orang, tetapi pengaruhnya kepada dunia adalah begitu besar. Kemajuan ilmu mereka membawa kepada pelbagai kemajuan sains dan teknologi, kesusasteraan dan sosial. Nama-nama seperti Albert Einstein, Steven Speilberg,

Islam & Konsep Asas

19

Karl Marx, Sigmund Freud dan ramai lagi membanjirkan dunia dengan kepandaian mereka dalam pelbagai bidang. Bukti-bukti ini memperlihatkan bangsa ini begitu menyanjung budaya ilmu. Budaya mereka memegang prinsip 'satu keghairahan mencari makna' (passion for meaning). Cara mereka membudayakan ilmu di dalam bangsa mereka adalah melalui proses pendidikan dan pemahaman. Namun begitu yang menjadi masalah kepada bangsa ini ialah semangat keYahudiannya yang kuat. Semangat ini walaupun tidak diiringi oleh amalan ugama Yahudi itu sendiri, mereka tetap bersatu dan melihat bangsa lain sebagai 'anak syaitan' yang perlu dihapuskan. 3. Budaya Ilmu di China Dari pandangan Rosenthal menyatakan bahawa ilmu tidak menduduki martabat satu konsep asas atau tidak menjadi slogan yang dicita-citakan oleh semua lapisan masyarakat. Maksudnya walaupun diketahui bahawa tamadun China mementingkan ilmu namun daripada pandangan masyarakat Cina itu sendiri terutamanya daripada mazhab Konfuciunisme Baru, amal dianggap lebih utama daripada ilmu. Ini membawa kepada sebab utama kebudayaan Cina tidak mempunyai falsafah formal yang meliputi bidang logik, epistemologi dan aksiologi (berkenaan nilai). 4. Budaya Ilmu di India Budaya ilmu di India adalah bertentangan dengan budaya ilmu di Cina, iaitu bangsa India begitu mementingkan ilmu daripada amal. Ini adalah kerana semua cabang ilmu berkembang di sekitar keperluan ugama Hindu. Misalnya ilmu astronomi lahir daripada penyembahan kepada matahari, bulan dan bintang. 5. Budaya Ilmu di Barat Sejarah perkembangan ilmu di Barat bermula dalam keadaan yang tidak begitu memberansangkan. Walaupun pada asasnya, budaya ilmu di Barat banyak dipengaruhi oleh tamadun Yunani dan didasari oleh tamadun Islam, namun dengan hasil pengubahsuaian yang agak radikal oleh Barat, mampu menghasilkan budaya ilmu mereka yang tersendiri.

Islam & Konsep Asas

20

Barat begitu maju dan menjadi satu tamadun moden di mana hampir keseluruhan negara di dunia ini secara langsung atau tidak perlu bergantung dengannya. Barat begitu komited untuk mengkaji sejarah dan menjadikannya satu pengajaran yang penting.

6.3

Teori ilmu menurut perspektif Islam

6.3.1 Takrif Ilmu Menurut Ziaudin Sardar (1990), epistemologi atau teori ilmu adalah tunjang utama dalam semua pandangan hidup. Dalam contohnya yang lebih mudah dengan mengemukakan persoalan-persoalan utama dalam epistemologi iaitu "Apakah yang boleh kita ketahui dan bagaimanakah kita boleh ketahui ?" Melalui soalan-soalan tersebut, epistemologi dapat memberi definisi terhadap pengetahuan, membezakan kepelbagaian yang menentukan sumbernya dan seterusnya mengemukakan batasannya. Dalam ajaran Islam, Al-Quran telahpun menerangkan mengenai ilmu (ilm) yang membentuk ciri-ciri penting peradaban Islam dan memberikan halatuju ke arah kebahagian dan kegemilangan. Ilmu ini telah membentuk gaya pemikiran dan penyelidikan bagi orang Islam. Selain daripada itu, ilmu juga dapat memberikan umat Islam dalam kehidupan yang dinamik dan inovatif. Antara lain sarjana dan ahli fikir Islam yang mutakhir adalah Professor Syed Muhammad Naquib al-Attas dimana beliau mengatakan bahawa betapa pentingnya asas epistemologi ilmu kepada pembentukan falsafah pendidikan Islam dan tamadun Islam amnya. Beliau telah mengetengahkan kembali takrif ilmu seperti mana yang diutarakan oleh Fakhruddin Al-Razi (1209) iaitu merujuk kepada Allah SWT sebagai sumber segala ilmu. 6.3.2 Pembahagian Ilmu Secara umumnya ilmu boleh dibahagikan kepada dua iaitu fardu ain dan ilmu yang dicari fardu kifayah. Kedua-duanya adalah bersepadu, selari dan tidak boleh dipisahkan. Ilmu Fardu Ain adala ilmu wajib dipelajari oleh setiap invidu dalam hubungannya sebagai hamba Allah. Ilmu fardu ain adalah berteraskan wahyu atau Al-Quran (revealed knowledge).

Islam & Konsep Asas

21

Bidang ilmu fardu ain adalah meliputi akidah, syariah dan akhlak. Ilmu Fardu Ain juga menjadi tunjang kepada ilmu fardu kifayah (acquired knowledge). Ilmu tersebut termasuk ilmu perubatan, sejarah, geografi, mantik dan lain-lain untuk penyelesaian permasalan masyarakat. Ilmu fardu kifayah ini merujuk kepada bidang-bidang ilmu yang diperlukan oleh masyarakat dan wajib dituntut sebahagian ahli untuk memenuhi keperluan masyarakat ini.

6.3.3 Hirarki alat pencapai ilmu. Allah memberikan ilmu kepada manusia mengikut tatacara tertentu, yang termasuk juga daya manusia bekerja dan berfikir. i. Wahyu

Wahyu adalah pengetahuan yang disampai oleh tuhan kepada manusia melalui RasulNya. Dengan berpandukan pengetahuan wahyu kita mengetahui ilmu yang berkaitan dengan ketuhanan, alam ghaib dan roh yang tidak mampu dicapai oleh akal. Wahyu adalah terkandung di dalam al-Quran dan ia wajar diyakini dan diamalkan oleh umat Islam. Begitu juga dengan hadis dan sunnah rasul adalah wajar diyakini dan diamalkan. Wahyu diturunkan dengan berbagai-bagai cara : ~ melalui mimpi yang benar

~ turunnya malaikat dan memasukkan ilmu kedalam hati tanpa dilihat ~ ~ ii. malaikat menjelma sebagai manusia mendengar kalam di sebalik hijab atau tabir

Ilham.

Ilham ialah satu tanggapan emosi secara langsung yang terbit di dalam hati manusia. Allah memasukkan ilmu terus ke dalam hati hamba yang dikasihi-Nya seperti para ulama, orang-orang soleh dsb. Ia adalah kurniaan Allah kepada mereka yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam ibadat. Ia adalah suatu kashf iaitu seseorang yang nampak atau mengetahui sesuatu yang tidak diketahui oleh orang lain tanpa belajar.

Islam & Konsep Asas

22

iii.

Intuisi

Intuisi ialah ilham akal, fikiran dan jiwa aktif yang berpindah dari permulaan hingga akhir tanpa perantaraan, tanpa sengaja dan tanpa kemahuan sendiri. Al-Syaibani menakrifkan intuisi sebagai pengamatan yang cepat atau mendadak terhadap peristiwa atau hakikat tanpa memerlukan indera dari luar atau alasan yang diterima akal. 6.3.4 Sumber Ilmu Lazimnya ilmu pengetahuan diperolehi melalui empat sumber utama iaitu melalui pengetahuan indera, akal, wahyu dan intuisi atau ilham a. Pengetahuan Indera Pengetahuan diperolehi melalui pancaindera meliputi sistem pendengaran, penglihatan, penghiduan, persentuhan dan merasa. Pengetahuan ini adalah bergantung kepada pengalaman dan pengamatan indera. Segala gambaran yang diberikan oleh organ indera ini adalah bersifat abstrak, umum dan tetap. Ini keranaorgan manusia adalah terbatas. Contohnya, kita tidak dapat menganggarkan jarak sebenar sesuatu objek dengan tepat. Walaubagaimanapun, pengetahuan ini diterima dan diiktiraf kesahihannya. Firman Allah SWT yang bermaksud:"Bersiarlah kamu dimuka bumi ini dan lihatlah bagaimana Dia (Allah) mula-mula mencipta bumi." (al-Ankabut : 20) b. Pengetahuan akal Dengan akal kita mampu untuk membezakan antara mulia dan hina, antara kebaikan dan keburukan dan juga antara manusia. Melalui akal juga kita dapat memilih antara jalan kebenaran dan kesesatan. Dengan itu, Allah SWT menyuruh umat manusia agar menggunakan akal dan juga pancaindera dalam pencarian ilmu pengetahuan yang lojik dan tidak menyesatkan sebagaimana firmanNya yang bermaksud:-

Islam & Konsep Asas

23

"Mengapa mereka tidak mahu memikirkan isi kandungan Al-Quran? Jika ia datang dari Allah, pasti merekan akan menemukan bermacam-macam percanggahan" (Al-Nisa:82) d. Intuisi atau Ilham Intuisi atau ilham adalah ilmu pengetahuan yang timbul secara tiba-tiba di dalam pemikiran sesorang tanpa melalui pemikiran tertentu. Ilmu ini adalah bersifat personal, tidak boleh diramal dan dijangkakan bila dan bagaimana ia akan berlaku. Contohnya sedang kita menemui jalan buntu untuk menyelesaikan masalah yang menyebabkan kita merasa hampa dan kecewa tiba-tiba ia muncul dalam fikiran kita lengkap dengan jawapannya. iii. Pengetahuan akal Dengan akal kita mampu untuk membezakan antara mulia dan hina, antara kebaikan dan keburukan dan juga antara manusia. Melalui akal juga kita dapat memilih antara jalan kebenaran dan kesesatan. Dengan itu, Allah SWT menyuruh umat manusia agar menggunakan akal dan juga pancaindera dalam pencarian ilmu pengetahuan yang lojik dan tidak menyesatkan sebagaimana firmanNya yang bermaksud:"Mengapa mereka tidak mahu memikirkan isi kandungan Al-Quran? Jika ia datang dari Allah, pasti merekan akan menemukan bermacam-macam percanggahan" (AnNisa:82) iv. Pengetahuan Indera Pengetahuan diperolehi melalui pancaindera meliputi sistem pendengaran, penglihatan, penghiduan, persentuhan dan merasa. Pengetahuan ini adalah bergantung kepada pengalaman dan pengamatan indera. Segala gambaran yang diberikan oleh organ indera ini adalah bersifat abstrak, umum dan tetap. Ini keranaorgan manusia adalah terbatas. Contohnya, kita tidak dapat menganggarkan jarak sebenar sesuatu objek dengan tepat. Walaubagaimanapun, pengetahuan ini diterima dan diiktiraf kesahihannya. Firman Allah SWT yang bermaksud:-

Islam & Konsep Asas

24

"Bersiarlah kamu dimuka bumi ini dan lihatlah bagaimana Dia (Allah) mula-mula mencipta bumi." (al-Ankabut : 20)

6.3.5 Pengkelasan Ilmu. i. Wahyu / Naqli (revealed knowledge)

- Ilmu yang berteraskan wahyu daripada Allah. Juga dikenali ilmu syariah atau agama. Kandungan ilmu ini tidak boleh dinafikan dan merupakan santapan rohani dan pedoman yang lengkap bagi manusia untuk menjalani kehidupan di dunia. ii. Ladunni (transmitted knowledge)

- ilmu yang diperolehi melalui penghayatan secara langsung. Biasanya dianugerahkan kepada golongan yang sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Dari sudut kebenaran, ia lebih menjurus kepada ilmu wahyu berbanding dengan ilmu aqli. iii. Aqli (intellectual knowledge)

- ilmu yang diperolehi berteraskan kekuatan akal fikiran.dari sudut kebenarannya, ia amat berperanan dalam keterangan mengenai fenomena alam fizikal. iv. Hissi (sensory knowledge)

- pengalaman pancaindera atau deria sebagai sarana untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. 6.3.6 Hirarki ilmuan. i. Rusul / anbia

- Rasul merupakan lelaki merdeka yang dipilih oleh Allah untuk menerima hukum syara melalui wahyu daripada-Nya dan dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan risalah tersebut kepada manusia lain. Sekiranya tidak dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan kepada manusia, lelaki itu dikategorikan sebagai nabi saja. ii. Auliya

Islam & Konsep Asas

25

- merupakan golongan istimewa yang darjah ketaqwaan mereka begitu tinggi, namun lebih rendah dari rasul dan nabi. Mereka sentiasa beramal soleh dan mendekatkan diri mereka kepada Allah dalam setiap keadaan. Mereka diberi kelebihan untuk menguasai ilmu wahyu yang disampaikan oleh para rasul disamping ilmu-ilmu aqliyyah. iii. Hukama

disebut juga sebagai golongan cendiakiawan, cerdik pandai, sarjana dan gelaran-gelaran lain yang menunjukkan ketinggian ilmu mereka berbanding orang ramai. Mereka sewajarnya memahami ilmu aqliyyah disamping ilmu wahyu dan mampu mengintegrasikan dan menyepadukan ilmu-ilmu tersebut. iv. Awam

- merupakan golongan majoriti yang terdapat dalam masyarakat manusia. Mereka menjadi tempat curahan ilmu daripada golongan rasul, awliya dan hukama. Mereka bertanggungjawab brusaha mencari dan memahami ilmu daripada golongan yang lebih mengetahui. 6.3.7 Keobjektifan ilmu. i. Ilmu al-yakin. - dapatan penyelidikan dan pengesahan eksperimen ii. Ain al-yakin. - pengesahan deria dan perakuan pengalaman iii. Haq al-yakin kesahihan mutlak dan kebenaran hakiki ilmu yang diwahyukan (al-quran, hadis qudsi & al-sunnah) iman dan kepercayaan. 7. AKSIOLOGI Asal : axiology iaitu sains, teori dan sistem nilai. Ia merupakan salah satu daripada bidang falsafah yang berkaitan dengan persoalan nilai. Nilai merupakan unsur yang dapat mencerminkan dan menentukan tindakan dan perlakuan manusia.

Islam & Konsep Asas

26

Faedah-faedah aksiologi ialah : i. sebagai rujukan untuk melihat diri, persekitaran, hubungan sesama makhluk dan hubungan dengan Tuhan. ii. menyumbangkan maklumat serta pengetahuan yang objektif dan bebas dari mana-mana pengamatan pengkaji. iii. membolehkan kita menilai sistem penilaian dalaman yang mempengaruhi persepsi, keputusan dan tindakan. iv. menentukan nilai-nilai Islam pada masa dan tempat berdasarkan al-amr bi al-maruf dan al-nahyan- munkar. Aksiologi berkonsepkan amr maruf nahy munkar. 5 nilai dalam aksiologi ialah fardu, sunat, mubah, makruh dan haram. Sumber nilai merupakan al-quran dan al-sunnah. 7.1 i. Hirarki nilai. Nilai-nilai maruf (baik) a). Harus / mubah : bebas memilih sama ada hendak melakukan sesuatu atau meninggalkannya. Sekiranya dilakukan tidak mendapat sebarang ganjaran atau balasan , begitu juga sekiranya tidak dilakukan. b). Sunat / matlub : mendapat ganjaran dan pahala sekiranya dilakukan tetapi jika ditinggalkan tiada ganjaran atau balasan. c). Wajib / fardu : sesuatu yang mesti dilakukan dan mendapat pahala. Sekiranya tidak dilakukan akan mendapat dosa. ii. Nilai-nilai munkar a). Makruh : sesuatu yang tidak disukai atau dibenci. Sekiranya melakukan sesuatu perbuatan makruh, tiada balasan atau ganjaran. Tetapi sekiranya ditinggalkan akan mendapat pahala. b). Haram : merupakan sesuatu yang dilarang. Sekiranya dilakukan akan mendapat dosa sebaliknya jika dilakukan akan mendapat pahala. 7.2 Perlaksanaan nilai dalam kehidupan.

Islam & Konsep Asas -

27

Nilai paling utama dalam kehidupan manusia ialah nilai akhlak kerana ia mencorakkan perjalanan hidup manusia serta perhubungan sesama manusia, alam dan Tuhan. Setiap perlakuan atau tindakan manusia tidak dapat lari daripada dikaitkan dengan nilai. Islam datang dengan perundangannya, memberikan panduan tentang perjalanan perhubungan yang sepatutnya antara manusia, alam dan Tuhan. Oleh sebab itu nilai dikemukakan oleh wahyu jauh lebih sesuai dengan fitrah manusia. Nilai akhlak yang baik sekiranya diamalkan akan memudahkan manusia mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat.

Kesimpulan. Epistemologi Islam membuktikan bahawa Islam amat mementingkan hakikat ilmu dan kebenarannya. Manakala nilai-nilai amat penting untuk melaksanakan kehidupan yang harmoni dan diredhai di dunia dan akhirat. Keduanya penting untuk menjana sebuah tamadun yang utuh dan ulung dalam melaksanakan kesinambungan kehidupan manusia sejagat.

8. 8.1

KONSEP JIHAD DALAM ISLAM Definisi :

Daripada segi istilah ia bermaksud : Setiap usaha yang memerlukan daya dan tenaga serta kekuatan hati untuk mencapai sesuatu matlamat dan cita-cita yang suci pada pandangan Islam serta untuk mendapat keampunan Allah (swt). Berdasarkan pengertian ini, terdapat 3 ciri penting dalam perlaksanaan jihad, iaiatu : i. ada daya dan tenaga yang terpaksa dicurahkan

Islam & Konsep Asas ii. iii. 8.2

28

matlamatnya adalah untuk mencapai cita-cita yang suci ada musuh yang menghalang tercapainya cita-cita tersebut.

Jenis-jenis jihad

i. Jihad nafsu Jihad nafsu ialah sesuatu yang rohaniah dan ghaib. Pada umumnya nafsu mengajak manusia melakukan yang buruk, jika tidak dikawal. Hal ini disebutkan dalam firman Allah dalam surah Yusuf, ayat 53 bermaksud : Sesungguhnya nafsu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Nafsu yang dimaksudkan ialah bila manusia menginginkan sesuatu yang tidak bermanfaat kepada diri, keluarga dan agama. ii. Jihad hati. Jihad ini bermaksud melawan sesuatu kehendak itu dengan hati. Sebagai contoh perasaan kita menginginkan sesuatu yang buruk, tetapi pada masa yang sama hati masih rasional dan berupaya melawan dengan tidak melakukan perkara tersebut. Perasaan benci terhadap perbuatan jahat atau mungkar tergolong sebagai jihad. Abu Said al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: siapa antara kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah ia mengubahnya (menegah) dengan tangan, jika tidak berkuasa hendaklah ia menegahnya dengan lidah, dan jika tidak berkuasa dengan lidahmaka ubahlah dengan hati, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman. iii. Jihad lisan

Berdasarkan makna hadis yang dibentangkan tadi, jihad ini lebih tinggi nilainya daripada jihad hati. Jihad lisan ialah orang yang berusaha untuk menerangkan sesuatu yang baik atau menyabutkan sesuatu yang buruk serta menegah orang daripada melakukannya, walaupun tidak disukai oleh orang lain atau orang menentangnya. Usaha ini dikira sebagai jihad kerana walaupun ditentang dia tetap juga menegakkan kebenaran. iv. Jihad ilmu

Islam & Konsep Asas

29

Jihad ini meliputi jihad dalam mencari ilmu, jihad untuk mengamalkan ilmu dan jihad dalam menyampaikan ilmu. Ketigatiga perkara ini memerlukan perjuangan dan jihad. v. Jihad harta/wang. Ia bermaksud sanggup membelanjakan sebahagian daripada hartanya untuk melakukan sesuatu perintah agama, samada untuk faedah diri sendiriataupun untuk orang lain. Contohnya pemberian zakat kepada orang yang memerlukan. vi. jihad badan ia bermaksud kita menggunakan tenaga untuk kepentingan diri, keluarga dan masyarakat. Contohnya, dalam masyarakat tempat tinggal kita ada masanya mereka memerlukan tenaga atau kepakaran kita. Maka pada masa itu bolehlah kita menyumbangkan tenaga kita dalam membantu membuat kebajikan. vii. Jihad nyawa Jihad ini diperlukan dalam masa tertentu seperti semasa negara diserang musuh. Ia bukan saja melalui mengangkat senjata melawan musuh, bahkan juga melalui pelbagai cara untuk menyelamatkan negara. Kesimpulan. Setiap orang yang berjihad walau dalam apa keadaan sekalipun, sama ada dengan hati, lisan, dan tenaga hinggalah kepada nyawa, maka semuanya mendapat pahala yang besar. 8.3 i. Hukum Jihad Fardu Kifayah : - kewajiban yang tertanggung ke atas masyarakat secara kolektif. - Contohnya, keperluan adanya doktor wanita dalam masyarakat Islam untuk memeriksa pesakit wanita. Sekiranya dalam masayarakat Islam tiada seorang pun doktor wanita, maka seluruh perempuan dalam masyarakat itu berdosa kerana tiada orang yang berjihad untuk menjadi doktor wanita. Fardu ain ; - wajib bagi setiap orang dalam masyarakat mengikut bidang keahliannya. - Contohnya, orang yang dilantik menjadi imam, maka ketika itu wajib baginya untuk mendalami ilmu yang berkaitan dengan tugas dan tanggungjawabnya itu.

ii.

Islam & Konsep Asas

30

iii.

sunat : sunat ke atas sesiapa yang ingin mencurahkan tenaga untuk kepentingan masyarakat dan berjihad lebih dari kebiasaannya.

Anda mungkin juga menyukai