Anda di halaman 1dari 6

NAMA PENSYARAH:USTAZAH AZIMAH

NAMA PELAJAR:NUR ASYIKIN MOHD NADZRI

PERANAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH SEBAGAI


PANDUAN HIDUP
Jelaskan peranan al-Quran dan al-Sunnah dalam kehidupan seseorang Muslim dengan
memfokuskan kepada aspek ekonomi, politik, sosial, kebajikan dan pendidikan.

1) Bidang Ekonomi

Ekonomi Islam adalah ekonomi yang berdasarkan ketuhanan, iaitu


berlandaskan syariat daripada al-Quran dan al-Sunnah.
Al-Quran bukan sahaja menzahirkan aspek-aspek ketuhanan yang mesti
difahami dan dipatuhi dan dicernakan dalam kehidupan manusia, tetapi juga
aspek kemanusiaan yang memberi kebebasan untuk mengatur kehidupan.

 Tiga tiga perkara utama berkaitan ciri-ciri ekonomi dalam Al-Quran iaitu:

a. Kombinasi antara nilai-nilai khusus dan semasa.

Suatu nilai yang khusus = Dasar-dasar ekonomi tersebut telah


ditetapkansecara khusus oleh Allah SWT tanpa ada sebarang perubahan.

Nilai semasa = Pelaksanaan dan caranya diserahkan kepada tuntutan


dan keperluan manusia.

b. Kombinasi antara kepentingan peribadi dan kemaslahatan umum


 Setiap sistem ekonomi mempunyai tujuan yang sama, iaitu untuk
memenuhi keperluan manusia yang pelbagai meliputi kepentingan
peribadi dan kemaslahatan umum samada Kapitalis, Sosialis, ataupun
Islam .
 Cara penyelesaian yang terakhir membezakan antara satu sistem
ekonomi dengan yang lain seperti ekonomi Kapitalis lebih cenderung
untuk membela kebebasan individu, ekonomi Sosialis bertindak
mementingkan kebersamaan manakala Ekonomi Al-Quran memelihara
kedua-dua kepentingan individu dan masyarakat secara adil dan
saksama.
c. Kombinasi antara kepentingan material dan tuntutan spiritual
Ekonomi Al-Quran menetapkan keperluan material menjadi satu jalan menuju ke
arah matlamat yang lebih utama dan abstrak, mencapai ketenangan spiritual
yang mana ianya hanya mampu dicapai dengan melaksanakan tuntutan-tuntutan
yang memenuhi kriteria yang telah digariskan oleh Allah SWT, iaitu menjauhi
laranganNya dan semata-mata mengharapkan keredhaanNya.

Asas Hukum Ekonomi Islam


1) meniadakan kesulitan dan tidak memberatkan.
2) Meringankan beban.
3) Ditetapkan secara bertahap.
4) Memperhatikan kemaslahatan manusia.
5) Mewujudkan keadilan yang menyeluruh

2) BIDANG POLITIK
Matlamat politik Islam, mencapai keredhaan Allah selari dengan cara yang
dikehendakiNya tanpa bercanggah dengan setiap pemerintah dan larangan-
larangan Allah S.W.T.

Menurut perspektif al-Quran dan al-Sunnah, etika politik adalah untuk


mewujudkan pemerintahan yang bersih, efisien dan efiktif.

Bertujuan melahirkan suasana politik yang demokratik yang memiliki ciri-ciri


keterbukaan, rasa bertanggungjawab, menanggapi aspirasi rakyat,
menghargai perbezaan dalam persaingan, kesediaan untuk menerima
pendapat yang lebih benar, serta menjunjung tinggi hak asasi manusia dan
keseimbangan hak dan kewajipan dalam kehidupan berbangsa.

Terdapat beberapa prinsip etika politik iaitu:

a. Kekuasaan sebagai Amanah

 Dalam konteks kenegaraan, amanah dikaitkan dengan kekuasaan


dan kepimpinan yang merupakan satu bentuk penguasaan terhadap
orang-orang dibawah pimpinannya
 Islam secara tegas melarang pemimpin melakukan penyalahgunaan
kuasa yang diamanahkan kepada mereka kerana semuanya akan
dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT di akhirat kelak.
b. Musyawarah
 Dimaksudkan sebagai satu medan bertukar pendapat, idea, gagasan dan
berfikir menyelesaikan masalah sebelum tiba masa untuk membuat
keputusan.
 Dapat menghindarkan sikap yang berbentuk penindasan yang dilakukan
oleh pihak yang kuat terhadap golongan yang lemah dan semua pihak
dapat melahirkan pendapat dengan yakin dan adil.
 Perkara utama musyawarah ialah pemupukan jiwa persaudaraan dan
bukannya mementingkan kelompok yang menang ataupun kalah.
 Musyawarah yang disarankan di dalam Islam menekankan prinsip ‘Amar
Maaruf Nahi Munkar’ (menyuruh kepada kebaikan dan melarang
keburukan)

c. Keadilan Sosial
 Penekanan tentang keadilan ini adalah suatu perintah untuk
membentuk manusia yang jujur, bertanggungjawab dan sentiasa
bertindak sesuai dengan kehedak social hingga wujud keharmonian
dan keadilan dalam hidup.
d. Persamaan
Prinsip persamaan di dalam Islam merangkumi semua aspek iaitu social,
ekonomi, politik, budaya dan lain-lain.

Dasar politik Islam:

1) Memelihara keimanan.
2) Melaksanakan proses pengadilan di kalangan rakyat dan menyelesaikan
masalah dalam kalangan orang-orang yang berselisih.M
3) Menjaga keamanan daerah-daerah Islam agar manusia dapat hidup dalam
keadaan aman dan damai serta melaksanakan hukuman-hukuman yang
ditetapkan syara’ demi melindungi hak-hak manusia.
4) Untuk menjaga perbatasan negara dengan pelbagai persenjataan bagi
menghadapi kemungkinan serangan pihak luar.
5) Untuk mengendalikan urusan pengutipan cukai, zakat,wakaf dan sedekah
sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak.
6) Diperlukan untuk mengatur anggaran belanjawan dan perbelanjaan daripada
perbendaharaan negara agar tidak digunakan secara boros.
7) Untuk mengangkat pegawai-pegawai yang cekap dan jujur bagi mengawal
kekayaan negara dan menguruskan hal ehwal pentadbiran negara.
3) BIDANG SOSIAL
Prinsip pertama, “amr bi al-ma‘ruf wa al-nahy ‘an al-munkar.“ Prinsip ini perlu
diamalkan dan dijiwai setiap muslim kepada dirinya terlebih dahulu dan
seterusnya barulah kepada masyarakat muslim khususnya, dan non-muslim
lain yang bernaung di bawah naungan dan perlindungan Islam.
Prinsip kedua, “Ta’awanu ’ala al-birr wa al-taqwa wa la ta’awanu ’ala al-ithm
wa al-’udwan”, iaitu konsep bekerjasama, tolong-menolong, bantu membantu
dan bergotong-royong dalam kebaikan dan kebajikan dan tidak bertoleransi
dan bekerjasama dalam perkara-perkara keburukan dan kebatilan untuk
membolehkan masyarakat muslim khususnya mendapat rahmat dan kebaikan
daripada Allah (s.w.t).

a. Ukhuwah Dalam Al-Quran


Menurut M. Quraish Shihab, ukhuwah Islamiyah adalah ikatan persaudaraan
yang bersifat sejagat. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran yang
menjelaskan empat jenis persaudaraan iaitu:
• Ukhuwwah ‘ubudiyyah atau ketundukan kepada Allah SWT
• Ukhuwaah Insaniyyah iaitu persaudaraan seluruh umat manusia yang berasal
dari seorang ayah dan ibu
• Ukhuwwah wathaniyyah wan-nasab iaitu persaudaraan kebangsaan dan
keturunan
a) Ukhuwwah fi din al-Islam iaitu persaudaraan sesama Muslim
b) Petunjuk al-Quran Untuk Memantapkan Ukhuwah
o Bagi memantapkan ukhuwwah, Al-Quran telahmenetapkan garis panduan iaitu
perbezaan adalah suatu ketetapan yang berlaku dalam kehidupan ini. Ianya
adalah satu ketetapan Ilahi demi kesejahteraan hidup, sekaligus demi mencapai
matlamat kehidupan makhluk di atas muka bumi ini.

4) Bidang Kebajikan
Islam amat menitikberatkan kebajikan. Kebajikan dalam Islam memberi
penekanan terhadap konsep tolong menolong atas jalan kebaikan dan takwa.
Al-Birr bermaksud kebaikan atau kebaktian, adalah suatu perilaku yang
berkait dengan sekelompok kaum mukminun yang mempunyai kedudukan
istimewa di sisi Allah SWT yang disebut sebagai Al-Abror
Contoh, Islam memperkenalkan sistem zakat dalam membantu golongan
yang
memerlukan seperti orang-orang miskin, orang-orang fakir, pengurus-
pengurus zakat, golongan muallaf dan lain-lain di bawah kategori asnaf zakat.
5) BIDANG PENDIDIKAN
 Pendidikan berupaya memelihara dan memancarkan nilai-nilai asas
sesebuah masyarakat dan begitu juga sebaliknya pendidikan juga boleh
menjadi punca kekeliruan dalam sesebuah masyarakat.
 Dalam konteks Islam pula, menurut Kurshid (1975), pendidikan merupakan
satu proses pendidikan bagi kognitif, fizikal dan roh untuk melahirkan insan
yang berperikemanusiaan.
 Secara umumnya, proses pendidikan terhadap manusia berlaku sejak azali
lagi apabila Allah SWT menciptakan Nabi Adam as seperti firman-Nya
(alBaqarah 2: 31) yang bermaksud “Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam
akan segala nama benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada
malaikat lalu ia berfirman “Terangkanlah kepadaKu nama benda ini
semuanya jika kamu golongan yang benar.”
 Islam adalah agama yang amat mementingkan dan menggalakkan umatnya
menuntut ilmu. Bahkan al-Quran telah memainkan peranan yang cukup
penting dalam pembinaan tamadun Islam agar umatnya terus belajar dan
belajar serta sering menyelidiki sesuatu perkara.
 Perkara ini dibuktikan di dalam wahyu yang pertama diturunkan kepada
Rasulullah saw dalam firman Allah dalam Surah al-Alaq ayat 1-5 (al-Alaq 96:
1-5) yang bermaksud: Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu
Yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku
darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar
manusia melalui pena dan tulisan, ia mengajarkan manusia apa yang tidak
diketahuinya. Ayat ini memberi isyarat dan perintah yang amat jelas dalam
bidang pendidikan. Perkataan iqra’ (bacalah) yang disebutkan oleh
malaikatJibrail as berulang-ulang kali kepada Rasulullah saw menegaskan
supayaumat manusia belajar, mengkaji dan mencari ilmu.

Anda mungkin juga menyukai