Anda di halaman 1dari 3

Kemahiran Menggelecek

Menggelecek ialah satu pergerakan melantunkan bola secara berterusan ke tanah dengan
hanya menggunakan satu tangan tanpa memegangnya. Kemahiran ini penting bagi
membolehkan pemain bergerak dengan membawa bola dari setempat ke setempat.
Pergerakan menerusi kemahiran ini adalah lambat dan tidak digalakkan dalam permainan
kecuali jika terpaksa atau dalam keadaan terdesak. Meggelecek yang berkesan memerlukan
pemain mengawal bola secara rapat dan dapat menolak bola ke arah padang dengan jari
terbuka luas. Semasa bergerak dengan pantas , pemain hendaklah menolak bola dengan
baik ke depan. Seperti kemahiran lain, mengelecek juga memerlukan latihan.

Dalam melakukan kemahiran ini pemain tidak dibenarkan memegang bola, kerana jika dia
sudah memegangnya, bola hendaklah dihantar kepada rakan atau sebarang tindakan
selanjutnya. Kemahiran ini juga penting untuk dipelajari. Tujuannya adalah untuk
menggerakkan bola, yakni bersama pemain ke tempat atau ruang yang dikehendaki. Walau
bagaimanapun pergerakan bola menerusi kemahiran ini juga tidak sesuai kerana lambat.
Atas alasan inilah pemain baru tidak digalakkan melakukan kemahiran ini dalam permainan,
kecuali pemain itu tidak ada cara lain atau terdesak untuk bertindak sedemikian.

Satu perkara yang harus diberi perhatian dalam melakukan pergerakan mengelecek ini ialah
pengawalan bola yang berkesan. Pengawalan bola yang berkesan ialah membawa bola
agak rapat kepada pemain. Semasa bergerak dengan pantas, pemain hendaklah menolak
bola dengan sempurna ke hadapan sambil mata ditumpukan kepada rakan yang akan
dihantarkan bola itu serta pemain-pemain pasukan lawan yang sudah tentu akan cuba
membuat hadangan. Dalam melakukan kemahiran ini, pemain hendaklah memastikan bola
dapat dikawal dengan baik.

Teknik dalam menggelecek


Teknik dalam melakukan sesuatu kemahiran memerlukan latihan kemahiran yang betul dan
teratur, terutamanya pada peringkat awal penglibatan pemain dalam sukan termasuk bola
baling ini. Bagi menudahkan perlakuan mengelecek ini, dinyatakan beberapa teknik yang
bersesuaian:

a) Pemain hendaklah membengkokkan lutut sekurang-kurangnya pada jarak keluasan


120º dengan kedudukan badan yang terkawal.
b) Pemain hendaklah menyentuh bahagian atas bola dengan tangannya, manakala jari
sentiasa terbuka.

c) Pemain hendaklah melakukan lantunan bola pada jari dan tidak pada tapak
tangannya.

d) Pemain menolak bola ke tanah dengan pergelangan tangan sambil lengan dibawa ke
bawah sedikit.
e) Badan hendaklah dibengkokkan sedikit.

f) Pemain hendaklah memfokuskan penglihatannya pada hantaran yang akan dibuat


dan tidak pada bola.

g) Lantunan bola sebaik-baiknya hendaklah pada aras sederhana, iaitu di antara paras
pinggang dengan lutut.

h) Pemain menolak bola ke hadapan sambil bergerak pantas semasa manyambut bola
bagi mendapatkan kepantasan mengelecek.

Perkara-perkara penting dalam menggelecek


Bagi memudahkan pemahaman pemain dalam kemahiran menggelcek ini, berikut adalah
beberapa perkara penting yang boleh dijadikan panduan:

1. Pemain hendaklah mengelak daripada memandang bola yang dikawal.

2. Pemain hendaklah mengelakkan daripada menggelecek terlalu lama atau terlalu


jauh.

3. Pemain hanya boleh melakukan pergerakan menggelecek pada waktu-waktu


tertentu dan sesuai sahaja.

4. Pemain boleh menggunakan berbagai jenis-jenis menggelecek untuk mengelirukan


lawan dalam usaha mengawal dalam usahanya mengawal bola.
5. Pemain hendaklah mampu menghalang pemain lawan daripada percubaan untuk
merampas bola.

6. Pemain hendaklah memastikan ketinggian bola pada aras diantara pingggang


dengan lutut.

7. Pemain hendaklah berusaha melawan serta mengawal bola. Tangan yang tidak
menyentuh bola hendaklah sentiasa menjadi penghalang kepada pihak lawan.

Anda mungkin juga menyukai