Anda di halaman 1dari 4

JAWAB SOALAN YANG DIBERIKAN

1. Senaraikan prosedur keselamatan ketika di kolam renang?

1. Sentiasa ambil tahu tentang tempat anda akan berenang. Ketahui kedalaman
kolam renang di setiap sudut kolam kerana kedalaman antara dua hujung
kolam mungkin berbeza.
2. Sentiasa gunakan pelampung jika anda tidak mahir atau tidak pandai
berenang.
3. Gunakan tangga untuk masuk ke dalam kolam renang. Jangan lompat.
Tersilap membuat anggaran tentang kedalaman kolam renang boleh
menyebabkan kecederaan. Manakala jika di sungai atau laut, mungkin
terdapat sebuah batu besar di dasar air sehingga boleh menyebabkan
kecederaan.
4. Ketahui kemampuan diri sendiri. Jangan berenang terlalu lama kerana boleh
menyebabkan keletihan atau mengalami kekejangan otot. Sekiranya tidak
mahir berenang, berenanglah di kawasan yang dasarnya masih boleh disentuh
dengan kaki. 
5. Pelajari kemahiran pertolongan cemas
Pihak swasta atau bukan kerajaan ada menganjurkan bengkel pertolongan
cemas. Kemahiran yang dipelajari mungkin dapat menyelamatkan nyawa.

6. Jaga kebersihan di tempat anda berenang


7. Berenang di kawasan yang selamat.  Ketahui kedalaman air di setiap sudut
kolam kerana kedalaman antara dua hujung kolam mungkin berbeza.

2. Nyatakan etika pemakaian ketika berenang dikolam renang?

i. Hendaklah memakai pakaian renang yang sesuai.


ii. Tidak dibenarkan memakai pakaian seperti seluar jeans, seluar track suit,
seluar pendek berpoket dan seluar bola di dalam kolam renang.
iii. Semua jenis seluar tights (pendek atau panjang) adalah dibenarkan.
iv. Bertudung adalah dibenarkan (perempuan).
v. Pengguna dinasihatkan untuk tidak membawa barangan kemas atau
berharga apabila menggunakan kemudahan ini. Bagaimanapun, pengguna
boleh menyimpan barangan kemas dan berharga di dalam locker. Kunci
locker boleh didapati di kaunter Penyambut Tetamu/Pengawal Keselamatan.
vi. Bersalin pakaian hendaklah dilakukan di dalam bilik pertukaran pakaian
sahaja.

3. Jelaskan asas teknik menyelamat tanpa masuk air?

1. Badan penyelamat hendaklah direndahkan dengan serendah yang mungkin


apabila menarik mangsa yang dalam keadaan sukar untuk berenang.
a. Penyelamat hendaklah menarik keluar mangsa ke tempat yang selamat
dengan menggunakan bahan yang tegar atau keras atau dengan
menggunakan bahan yang tidak tegar atau keras untuk menarik mangsa
keluar dari keadaan bahaya.
b. Kemudian mangsa akan cuba untuk mencapai dan memegang barang
yang diberikan tadi dengan menggunakan sebelah atau kedua-dua
belah tangan dan kemudian penyelamat akan menarik mangsa ke tepi
kolam.
c. Pastikan mangsa dalam keadaan terkawal. Jika terdapat yang
menunjukkan mangsa berisiko dalam bahaya tindakan sewajarnya
hendaklah diambil seperti memberi bantuan perubatan awal kepada
mangsa dengan menenangkan mangsa, memberi bantuan pernafasan
(CPR) dan sebagainya supaya mangsa berada dalam keadaan
terkawal.
d. Jika tidak terdapat sebarang perubahan pada mangsa, langkah
kecemasan perlu diambil dengan membawa mangsa ke pusat
perubatan untuk mendapat tindakan dan rawatan yang selanjutnya.
e. penyelamat juga boleh mencuba menyelamat mangsa dengan
menggunakan benda yang boleh terapung. Penyelamat akan
membuang benda yang terapung itu ke dalam air untuk dicapai dan
dipegang oleh mangsa.
i. Antara bahan yang terapung yang digunakan ialah seperti tali,
kickboard’, atau bola
f. Penyelamat boleh menyelamat mangsa sama ada menggunakan
kamahiran asas menyelamat bahagian belakang, tepi dan depan.
g. Semasa penyelamat ingin membaling atau mencampak bahan apungan
untuk dicapai oleh mangsa, pastikan kaki dijarakkan mengikut
keselesaan dan kestabilan badan apabila melakukan balingan bahan
apungan tadi.
h. Kemudian mangsa ditarik sehingga ke tempat yang selamat
i. Tindakan susulan seperti rawatan perubatan

4. Jelaskan asas teknik menyelamat dalam air?

1. Pastikan keadaan selamat. Penyelamat akan berenang menghampiri


mangsa dan membawa alat yang terapung.
2. Penyelamat akan mencapai mangsa dengan menarik mangsa perlahan-
lahan menghampirinya. Penyelamat akan meletakkan alat terapung ke
badan mangsa untuk memudahkan mengapung dan membawa mangsa.
3. Alat yang terapung yang diletakkan pada bahagian badan mangsa
hendaklah dipstikan supaya kemas dan tidak tercabut apabila proses
menyelamat mangsa dilakukan.
4. Penyelamat akan memegang pada alat yang telah diikatkan pada badan
mangsa tadi untuk memudahkan penyelamat membawa mangsa ke tepi.
5. Penyelamat akan membawa mangsa ke tepid an kemudian akan memeriksa
samada mangsa bernafas atau tidak.
6. Tindakan kecemasan dan perubatan akan diambil terhadap mangsa supaya
mangsa dalam keadaan selamat.

Anda mungkin juga menyukai