Anda di halaman 1dari 3

KONSEP HALAL DAN

HARAM DALAM ISLAM


Pemakanan
• Makanan merupakan keperluan asas dalam kehidupan manusia. Tanpa
makanan kesihatan manusia akan terjejas.
• Makanan dapat membekalkan haba dan tenaga bagi tujuan menjaga serta
mengekalkan suhu badan.Ia juga berfungsi dalam aktiviti pernafasan dan
aliran darah bagi semua kerja otot dalam badan serta terlibat bagi proses
penggantian zat dalam badan (metabolisme). Selain itu, umat Islam
memerlukan makanan untuk tujuan beribadat kepada Allah SWT.
• Pemakanan dapat di takrifkan sebagai sains yang berkenaan dengan zat,
khasiat dan nutrien dalam makanan. Ia merupakan kombinasi satu proses di
mana organisma mengambil, menghadam, menyerap, mengangkut,
mengguna dan mengkumuh bahan makanan untuk tujuan pembuatan serta
membaik pulih komponen dalam badan.
Pekerjaan
• Pekerjaan ialah satu kegiatan yang dilakukan untuk mendapatkan
pendapatan yang halal Pandangan Islam terhadap pekerjaan ialah sesuatu
yang mulia, merupakan satu ibadat ,satu cara melahirkan masyarakat yang
tolong menolong, juga ianya satu kewajipan yang mesti ditunaikan.
• Islam menuntut umatnya bekerja kerana ia akan dapat meningkatkan taraf
hidup seseorang, membolehkan seseorang itu berdikari tanpa bergantung
kepada orang lain, malah ia menjadi tanggungjawab individu.
• Matlamat bekerja dalam Islam ialah supaya manusia itu dapat mencari
rezeki yang halal, membangun dan memajukan ekonomi serta yang paling
utama mendapatkan keredhaan Allah

Anda mungkin juga menyukai