Anda di halaman 1dari 17

OUM BUSINESS SCHOOL

SEMESTER JANUARI 2016

MPU3313

KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGNEALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM


MPU3313

ARAHAN
Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.
Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN
(ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK
TIDAK dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Fakulti bagi
tugasan kursus berkenaan.
Bagi setiap soalan tugasan anda hendaklah antara 350 hingga 400 patah
perkataan TIDAK termasuk rujukan.
Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan
langkau baris 1.5.
Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda.
Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar.
Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat APENDIKS.

1
MPU3313
SOALAN 1
Gaya hidup yang sihat ialah mengamalkan corak kehidupan yang baik dan
mengutamakan kesihatan diri, rohani dan jasmani. Oleh itu, seseorang akan dapat
melakukan aktiviti-aktiviti yang ingin dilakukan seperti beribadat, bekerja, bersukan dan
beriadah dengan hati yang tenang dan gembira. Terdapat beberapa ciri yang boleh kita
lakukan bagi memperolehi gaya hidup yang sihat.
Pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat adalah penting untuk
memastikan tubuh kita mendapat nutrisi dan zat yang diperlukan oleh badan. Piramid
makanan dapat membantu kita dalam merancang pengambilan makanan yang seimbang
dengan jumlah yang betul dan tepat. Contohnya, kita jangan makan makanan yang
bergoreng dan berlemak kerana terdapat banyak kandungan kolestrolnya sebaliknya
perbanyakkan makan sayuran dan buah-buahan.
Melakukan senaman secara berkala dan berjadual adalah penting untuk
memastikan kesihatan yang baik. Senaman yang berterusan dan disertai dengan
pemakanan yang sihat dapat mengurangkan risiko penyakit kronik yang boleh
mengancam nyawa. Apabila melakukan senaman, badan kita akan mengeluarkan peluh
yang mengandungi toksid. Dengan itu, badan kita akan menjadi lebih sihat dan segar.
Contohnya, kita perlu melakukan senaman sekurang-kurangnya 20 minit sehari.
Rehat yang cukup juga adalah penting dalam gaya hidup yang sihat kerana rehat
yang cukup membolehkan badan kita memulihkan tenaga dan akan lebih cergas pada
keesokan harinya. Rehat yang cukup menjadikan otak kita lebih segar. Contohnya, kita
perlu rehat dan tidur antara 6 hingga 8 jam sehari (bagi orang dewasa) untuk
mendapatkan tidur yang berkualiti.
Pengawalan tekanan dan emosi adalah penting kerana seseorang akan dapat
menikmati gaya hidup yang sihat jika dapat mengawal tekanan dan emosi dengan baik
atau stabil. Berfikiran positif dan rasional adalah penting untuk mengatasi tekanan dalam
mengharungi rancah kehidupan masa kini yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Ia
juga dapat dicapai melalui mengamalkan ajaran agama yang dianuti dengan khusyuk.
Contohnya, kita sebagai orang Islam perlu menjaga solat lima waktu selain perbanyakkan
solat sunat dan tahajud di waktu malam bagi mendapat ketenangan dan keredhaan dari
Allah S.W.T.

2
MPU3313
Kesimpulannya, pemakanan yang seimbang, senaman, rehat yang cukup serta
pengawalan tekanan dan emosi yang baik adalah antara faktor yang menyumbang kepada
gaya hidup yang sihat. Kita digalakkan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi
memastikan kesihatan yang baik dan mengurangkan risiko penyakit. Kesihatan yang baik
akan menjamin kesejahteraan dalam hidup.
(360 patah perkataan)

3
MPU3313
SOALAN 2
Kesejahteraan adalah satu konsep yang memberi tumpuan kepada mewujudkan
gaya hidup yang sempurna dan seimbang. Hidup yang sejahtera bukan hanya mempunyai
fizikal yang sihat, malah turut bergantung kepada kesempurnaan dalam lapan dimensi
seseorang yang menyumbang kepada peningkatan kualiti kesejahteraan.
Kesejahteraan emosi adalah keupayaan individu untuk menangani keadaaan dan
mengurus perasaan peribadi secara positif, optimis dan konstruktif. Ianya akan
menjadikan perasaan seseorang itu lebih gembira dan tenang. Contohnya, kita akan lebih
tenang sekiranya dapat mengawal perasaan marah agar tiada perkara yang tidak diingini
berlaku.
Kesejahteraan sosial adalah keupayaan seseorang untuk berhubung dengan orang
lain bagi mewujudkan komuniti dan meningkatkan kualiti hidup. Seseorang itu akan lebih
berkeyakinan dan bersemangat apabila berhadapan dalam komuniti. Contohnya, kita
perlu aktif dalam rukun tetangga di kawasan tempat tinggal.
Kesejahteraan mental merangkumi kemampuan individu untuk menerima,
memproses dan bertindak balas terhadap maklumat serta kemampuan membuat
keputusan. Individu yang mencapai kesejahteraan mental dapat berfikir secara rasional
dan terbuka. Contohnya, kita perlu mengenalpasti dahulu punca sesuatu perkara itu
terjadi, sebelum sebarang tindakan diambil.
Kesejahteraan fizikal adalah keupayaan individu dalam melakukan aktiviti
seharian. Seseorang dengan kesejahteraan fizikal dikategorikan sebagai cergas dan
bertenaga. Ianya dapat meningkatkan kecekapan sistem respirasi dan sistem
kardiovaskular yang merangkumi denyutan jantung, peredaran darah dan menambah
kekuatan otot. Contohnya, kita perlu mengamalkan hobi seperti bersenam, berjoging atau
berenang untuk kekal cergas.
Kesejahteraan kewangan merupakan satu keperluan dalam mencapai kemahuan
tertentu. Kewangan yang stabil akan memudahkan keperluan hidup seseorang.
Contohnya, kewangan diperlukan ketika hendak membayar bil utiliti, membeli makanan,
membayar yuran persekolahan anak-anak dan ansuran kereta.
Kesejahteraan rohani bermaksud keupayaan seseorang untuk mewujudkan nilai,
moral, etika dan kepercayaan. Ianya berkaitan dengan aktiviti keagamaan. Kesejahteraan

4
MPU3313
rohani sering berdasarkan kepercayaan dalam kuasa yang lebih besar. Contohnya, setiap
manusia yang hidup mesti berpegang kepada agama masing-masing.
Kesejahteraan alam sekitar merujuk kepada impak alam semulajadi terhadap
kesihatan. Manusia perlu memelihara, melindungi dan mempertingkatkan alam sekitar
untuk tidak memberi kesan negetif kepada kesihatan kita. Contohnya, kita perlu
mengurangkan penggunaan beg plastik dan membanyakkan tanaman pokok untuk
menghijaukan bumi.
Kesejahteraan kerjaya merupakan tahap individu untuk mempersempahkan nilai
dalam diri menerusi kerjaya atau aktiviti yang diceburi. Ianya membina sikap positif
terhadap pekerjaan dan meningkatkan produktiviti. Contohnya, kita perlu berfikiran
positif dalam persekitaran kerja dan sentiasa menilai kelemahan dan kekuatan diri.
Kesimpulannya, lapan dimensi seseorang merupakan panduan yang disediakan
bagi membantu kita mencapai kesihatan dan kesejahteraan dalam hidup. Bagi mencapai
kesihatan dan kesejahteraan dalam hidup, kita harus memberi perhatian pada setiap
dimensi dan mempraktikkan kesemua dimensi.
(400 patah perkataan)

5
MPU3313
SOALAN 3
Makanan merupakan sumber penghasilan bagi tenaga badan. Komposisi tubuh
badan merujuk kepada peratus umum yang membentuk dan mengisi bahagian tubuh
badan individu. Makanan yang seimbang adalah penting bagi mengekalan tubuh badan
sihat. Terdapat beberapa nutrien penting yang membentuk pemakanan seimbang.
Karbohidrat merupakan sumber tenaga yang utama dalam meyediakan keperluan
glukosa, di mana 1 gram karbohidrat membekalkan 4 kkal. Ianya menyumbang kira-kira
55-70% jumlah pengambilan tenaga harian. Sumber karbohidrat terbahagi kepada dua
jenis iaitu karbohidrat ringkas dan kompleks. Contoh karbohidrat ringkas adalah seperti
gula, madu dan buah-buahan.
Piramid makanan membantu individu bagi mendapatkan nutrisi yang secukupnya.
Ianya adalah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis dan
sukatan makanan pada setiap hari.
Lemak berfungi mengawal suhu badan, melindungi organ dalaman dan
membekalkan vitaman larut lemak. 1 gram lemak menyumbang kepada 9 kkal. Saranan
pengambilan lemak adalah 20% dari jumlah pengambilan kalori. Lemak adalah kurang
efisien berbanding karbohidrat kerana pembakaran lemak memerlukan lebih oksigen.
Contoh lemak seperti minyak, majerin dan mentega.
Protein adalah sumber utama proses baikpulih sel-sel tisu otot selepas aktiviti
fizikal tubuh. Penggunaan protein adalah lebih kepada penghasilan tenaga selain dari
untuk pembinaan otot rangka. Protein menyumbang 15-20% pengambilan tenaga, tetapi
dipengaruhi oleh umur dan tumbesaran seseorang.
Vitamin diperlukan untuk menjalankan kebanyakan fungsi tubuh dan
metabolisme tubuh badan kerana tubuh tidak dapat menghasilkan vitamin. Vitamin juga
tidak menyumbang kalori kepada badan. Sumber vitamin terdiri daripada buah-buahan
dan sayur-sayuran. Vitamin terbahagi kepada dua kumpulan iaitu vitamin larut air dan
vitamin larut lemak. Contoh vitamin larut air adalah seperti vitamin C dan vitamin B.
Mineral adalah unsur organik di mana ia diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan.
Kepentingan mineral adalah mengawal fungsi tubuh. Ianya terbahagi kepada dua
kumpulan iaitu makromineral dan mikromineral. Contoh makromineral seperti kalsium,
magnesium dan natrium.

6
MPU3313
Kalsium penting untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat, membantu
membekukan darah dan pengecutan otot. Sumber kalsium terdiri daripada hasil tenusu,
sayuran hijau dan kacang. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan pertumbuhan
terbantut, karang gigi dan kekejangan otot.
Air dalam tubuh badan berfungsi sebagai pengangkut bahan kumuhan dan
oksigen ke otak dan otot, pengawalan suhu tubuh dan mengekalkan isipadu darah. Air
merangkumi 50-70% dari berat badan seseorang. Contohnya, kita perlu meminum air
suam atau mineral sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari.
Kesimpulannya, pemakanan berkait rapat dengan kemampuan prestasi fizikal
individu. Makanan yang seimbang adalah penting bagi mengekalkan badan yang sihat.
Karbohidrat, lemak, protein, vitamin, mineral, kalsium dan air adalah penting dalam
memberi nutrien bagi membentuk pemakanan seimbang.
(398 patah perkataan)

7
MPU3313
SOALAN 4
Diet terapeutik merupakan sebahagian daripada rawatan perubatan doktor dan
perancangan pakar pemakanan. Diet terapeutik bermaksud pengawalan pelan hidangan
bagi pengambilan makanan atau nutrient yang tertentu. Diet terapeutik ialah
pengubahsuaian kandungan pemakanan daripada diet biasa bagi memenuhi keperluan
terapeutik kumpulan tertentu seperti pesakit yang menghidapi penyakit kerosakan fungsi
buah pinggang, kencing manis dan tekanan darah tinggi.
Diet diabetis merupakan perubatan terapi makanan yang mengikut pelan
makanan secara semula jadi yang tinggi dengan nutrien serta rendah lemak dan kalori.
Diet diabetes merupakan perubatan terapi pemakanan untuk individu yang menghidapi
penyakit kencing manis. Diet diabetis merujuk kepada pengambilan pelbagai jenis
makanan berkhasiat dalam kuantiti yang sederhana tetapi mengikut jadual yang telah
ditetapkan.
Terdapat beberapa makanan yang disyorkan oleh pakar pemakanan untuk pesakit
diabetes. Yang pertama adalah makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi.
Pesakit diabetis perlu mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi
untuk kekal sihat. Contohnya, pesakit diabetis perlu banyak memakan sayur-sayuran,
buah-buahan, produk tenusu rendah lemak dan bijiran untuk terus kekal sihat dan aktif.
Kedua, makanan yang kaya dengan serat adalah disyorkan untuk pesakit diabetis.
Makanan yang kaya dengan serat penting dalam membantu pengawalan gula dalam darah
dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Contohnya, pesakit diabetis perlu benyak
memakan gandum, sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang untuk kekal sihat.
Ketiga, makanan yang disyorkan kepada pesakit adalah ikan. Ikan adalah
makanan alternatif kepada daging tinggi lemak yang perlu diambil sekurang-kurangnya
dua kali seminggu. Contohnya, pesakit perlu memakan ikan salmon, mackerel, tuna dan
sardin kerana ianya kaya dengan omega-3 asid lemak.
Lemak baik adalah disyorkan kepada pesakit kerana ianya membantu
menurunkan paras kolesterol pesakit.. Walaupun lemak adalah tinggi kandungan
kalorinya, terdapat makanan yang mengandungi lemak monotaktepu dan politaktepu
seperti badam, buah zaitun, minyak zaitun dan minyak kacang tanah.

8
MPU3313
Pesakit mudah terdedah kepada penyakit jantung dan strok. Oleh itu, pesakit perlu
mengelak dari memakan makanan yang berkolesterol seperti kerang dan kuning telur,
lemak tepu seperti protein haiwan dan produk tenusu tinggi lemak. Natrium yang lebih
dari 2,300 mg sehari akan mudah mendapat tekanan dan penyakit lain. Kesemua jenis
makanan ini akan mempercepatkan arteri pesakit menjadi tersumbat dan keras.
Kesimpulannya, pesakit perlu mengamalkan diet terapeutik yang telah
dijadualkan oleh pakar pemakanan mahupun doktor bagi memastikan pesakit tidak
mudah mendapat penyakit lain. Pemakanan memain peranan penting kepada pesakit
diabetis dalam usaha mengekalkan kesihatan yang sihat.
(375 patah perkataan)

9
MPU3313
SOALAN 5
Gangguan makan bermaksud keadaan serius yang berkaitan dengan tabiat makan
yang sentiasa memberi kesan negatif kepada emosi dan kesihatan individu. Dengan kata
lain, gangguan makan lebih fokus kepada makanan, berat badan dan bentuk tubuh.
Kesannya akan lebih menuju ke arah perilaku individu untuk makan berbahaya dan
sekaligus mempengaruhi kemampuan tubuh individu untuk mendapatkan nutrisi yang
mencukupi. Golongan yang lebih cenderung kepada masalah ini adalah remaja dan
wanita muda. Gangguan ini akan membahayakan sistem percernaan, jantung, tulang, gigi
dan mulut serta boleh menyebabkan penyakit lain.
Ada dua jenis tabiat makan yang boleh membawa kepada gangguan makan iaitu
pertama, anorexia nervosa. Anorexia nervosa merupakan gangguan yang terdiri dari tiga
ciri penting, iaitu ketidakpercayaan kepada imej tubuh, takut kepada berat badan sendiri
dan keengganan untuk mengekalkan badan yang sihat atau ideal. Mereka yang
menghidap anorexia nervosa akan sanggup melakukan aktiviti senaman yang keterlaluan
untuk mengurangkan berat badan walaupun sebenarnya mereka sudah kurus. Paling
serius boleh mendorong kepada perbuatan bunuh diri. Risiko yang akan dialami oleh
pesakit anorexia nervosa adalah seperti boleh menghentikan haid bagi wanita disebabkan
kehilangan berat badan yang melampau, tekanan darah rendah dan degupan jantung
rendah. Badan kita akan beralih kepada organ dalaman untuk mencari protein kerana
lemak badan yang hampir hilang dan kecederaan otot-otot badan. Inilah sebabnya punca
utama adalah kematian bagi pesakit anorexia nervosa.
Kedua, bulimia nervosa. Bulimia nervosa bermaksud individu yang suka
memakan makanan dalam kuantiti yang banyak sehingga boleh mengakibatkan kepada
risiko obesiti. Ianya boleh mengancam nyawa kerana memudaratkan diri sendiri. Sebagai
contoh, sekiranya kita adalah pesakit bulimia nervosa, kita pasti akan memakan segala
makanan yang ada sewaktu menghadiri kenduri atau keramaian, sehingga mengakibatkan
kalori dalam badan menjadi tinggi. Kita akan ada rasa bersalah dan cuba untuk
memuntahkan kembali makanan yang telah kita makan untuk tujuan menghilangkan
kembali kalori yang tinggi dalam badan. Memuntahkan kembali makanan adalah secara
paksa dengan cara memasukkan tangan ke dalam mulut. Selain itu, ada juga yang

10
MPU3313
mengunakan diuretik, enema dan julap. Perbuatan seperti ini boleh mengakibatkan
degupan jantung tidak normal, kerosakan hati dan kerosakan buah pinggang.
Kesimpulannya, kita perlu mengamalkan diet pemakanan yang betul seperti
dalam piramid makanan dan panduan penjagaan kesihatan diri. Melakukan senaman
secara paksa atau keterlaluan dan memuntahkan kembali makanan yang dimakan bukan
satu jalan penyelesaian yang sihat. Sekiranya kita mengalami masalah-masalah seperti di
atas, kita harus mendapatkan rawatan dan khidmat nasihat daripada pakar psikiatri, pakar
pemakanan bertauliah atau kaunseling psikologi.
(392 patah perkataan)

11
MPU3313
SOALAN 6
Promosi kesihatan dan kesejahteraan bermaksud satu proses atau gerakan radikal
yang mana ianya menekankan kepada aspek sosial dan ekonomi. Selain itu, ia
didefinisikan sebagai tindakan yang menjurus kepada pembaikan atau perlindungan
kesihatan menerusi perubahan tingkah laku, biologi, sosioekonomi dan persekitaran.
Promosi kesihatan telah menonjolkan nilai-nilai kesejahteran dalam kehidupan individu
sebagai perkara asas dalam kesihatan masyarakat. Setiap individu, para professional,
bukan professional, kerajaan dan bukan agensi kerajaan mempunyai peranan masing-
masing dalam aktiviti mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan.
Dalam mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan, perkara yang perlu
ditekankan adalah aspek kesihatan yang positif. Kebanyakan individu masa kini
mengambil tindakan positif dengan menjaga kesihatan dan bukan semata-mata hanya
membuat atau menerima rawatan terhadap penyakit yang telah dihadapi.
Promosi kesihatan dan kesejahteraan melibatkan aktiviti penyebaran maklumat
oleh individu, kumpulan, masyarakat, pihak majikan dan pihak berkuasa tempatan..
Contohnya seperti penyebaran risalah berkaitan kepentingan pencegahan penyakit kepada
orang ramai oleh pihak berkuasa setelah selesai menunaikan solat di masjid.
Terdapat tiga tahap atau dimensi dalam aspek pencegahan penyakit iaitu yang
pertama pencegahan primer. Ia melibatkan tindakan individu untuk mencegah dari
berlakunya penyakit, ketidakupayaan atau kecacatan. Contohnya seperti individu yang
mengambil tindakan suntikan imunisasi dan vaksinasi di klinik atau hospital mengikut
jadual yang telah ditetapkan.
Kedua, adalah pencegahan sekunder yang mana ia melibatkan pengenalpastian di
peringkat awal akan keadaan kesihatan seseorang individu. Contohnya, kita perlu
melakukan pemeriksaan perubatan dan fizikal untuk menentukan sama ada kita ada
mengalami penyakit seperti diabetis (kencing manis), hipertensi (darah tinggi) dan
kegagalan jantung atau tidak. Contoh yang lain, kita mesti melakukan pemeriksaan gigi
atau mata untuk memastikan ia berada dalam keadaan yang baik dan sihat.
Ketiga, pencegahan tertier. Ia bermaksud tindakan yang telah diambil untuk
mengurangkan tahap ketidakupayaan individu akibat daripada penyakit yang sedang
dihadapi. Contohnya, pesakit diabetis akan mengawal keadaan penyakitnya dengan

12
MPU3313
mengambil ubat-ubatan sebagaimana yang diarahkan oleh doktor serta mengawal diet
pemakanannya supaya pesakit itu tidak mengalami masalah yang lain seperti kerosakan
mata, kerosakan sistem saraf atau kerosakan buah pinggang akibat daripada keadaan
diabetis yang tidak terkawal.
Kesimpulannya, semua golongan tidak kira dari golongan individu, kumpulan,
masyarakat, pihak majikan mahupun pihak berkuasa tempatan, semuanya perlu memain
peranan penting dalam mejayakan kepentingan pencegahan penyakit dalam usaha
mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan individu mahupun masyarakat. Adalah
menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan
menjadi hak milik kita bersama.
(374 patah perkataan)

13
MPU3313
SOALAN 7
Penyakit jantung koronari boleh berlaku kerana kandungan dalam darah pesakit
mengandungi kolestrol yang tinggi. Penyakit ini menjadi penyumbang utama kepada
kematian di sesebuah negara. Penyakit ini boleh diubati cuma sekiranya tidak diubati
dengan baik, ianya boleh mengakibatkan serangan jantung dan berisiko untuk mendapat
strok. Mencegah adalah lebih baik rawatan. Oleh itu, terdapat strategi pencegahan am
yang boleh dilakukan bagi mencegah daripada diserang penyakit jantung koronari.
Pemeriksaan kesihatan. Ianya bermaksud kekerapan berjumpa dengan doktor atau
pakar kesihatan bagi mendapatkan khidmat nasihat dan pemeriksaan kesihatan secara
berkala. Melalui cara ini, kita akan dapat mengetahui bahawa tahap kesihatan kita berada
dalam keadaan yang sihat atupun tidak. Contohnya, kita mesti berjumpa dengan doktor
atau pakar kesihatan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dalam
tempoh enam bulan sekali.
Senaman yang kerap. Ianya bermaksud sentiasa melakukan senaman atau
pelbagai aktiviti yang boleh memberi kesan baik kepada tubuh badan. Pengeluaran peluh
hasil daripada aktiviti ini adalah sangat baik untuk kesihatan kita. Contohnya, kita perlu
bersenam, berjoging dan beriadah sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu bagi
mengekalkan badan yang sihat selain dapat melancarkan peredaran darah.
Pengambilan pemakanan yang seimbang. Ianya bermaksud diet atau pemakanan
yang yang diambil secara berjadual dalam kuantiti yang telah ditetapkan. Kita boleh
rujuk kepada piramid makanan sebagai panduan kita dalam mendapatkan diet pemakanan
yang tepat. Contohnya, kita perlu kurangkan memakan makanan yang banyak kolestrol
seperti makanan yang bergoreng dan perbanyakkan memakan sayuran-sayuran dan buah-
buahan.
Jangan menghisap rokok. Kita semua tahu bahawa rokok membahayakan
kesihatan kita dan orang yang disekeliling. Merokok boleh mengakibatkan paru-paru kita
menjadi hitam kerana terdapat pelbagai kandungan terlarang di dalam sebatang rokok.
Kita boleh menghidari dari merokok dengan melakukan aktiviti ringan. Contohnya, kita
boleh memakan manisan atau gula-gula bagi menggantikan tabiat merokok serta
mendapatkan khidmat nasihat di klinik kesihatan.

14
MPU3313
Pengawalan stres. Stres bermaksud keadaan resah, cemas atau tegang akibat dari
tekanan mental atau fizikal. Semua orang akan mengalami stres tidak kira sama ada orang
dewasa mahupun remaja. Stres akan menjadi bahaya sekiranya tidak dikawal kerana kita
mungkin boleh bertindak di luar batasan akibat daripada tekanan yang amat tinggi. Kita
harus mengawal stres yang dihadapi agar tidak menjejaskan kesihatan diri. Contohnya,
kita boleh perbanyakkan solat sunat dan zikir terutamanya pada waktu malam jika kita
stres dalam rumah tangga.
Kesimpulannya, dengan mengamalkan strategi pencegahan am bagi penyakit
jantung koronari ini, sedikit sebanyak akan dapat membantu kita daripada diserang oleh
penyakit yang merbahaya ini. Sentiasa menjaga pemakanan dan kesihatan diri kerana
mencegah adalah lebih baik daripada rawatan.
(400 patah perkataan)

15
MPU3313
APENDIKS

RUJUKAN

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat. (2006). Wanita &


Pemakanan, Panduan Pratikal. Kuala Lumpur: Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga & Masyarakat.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2000). Kempen Cara Hidup Sihat: Kesihatan Mental.
Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Prof. Dr. Shaari Abd. Hamid, Prof. Madya Raijah Rahim, Rames Prasath Mahatam Rai
& Rosnida Abu Bakar. (2015). MPU3313/MPU2313: Health And Wellness. Selangor:
Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Dr. Mohd Nasir Mohd Taib & Dr. Rokiah Mohd Yusof. (1996). Gaya Hidup Sihat.
Kementerian Kesihatan Malaysia.

National Poison Centre Universiti Sains Malaysia. (1998). Mendekati promosi kesihatan.
Dari http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_kosmik.php?Id=484

Penyakit Jantung Koroner. (2002). Cara mencegah penyakit jantung koroner. Dari
http://penyakitjantungkoroner.org/cara-mencegah-penyakit-jantung-koroner/

16

Anda mungkin juga menyukai