Anda di halaman 1dari 22

HBHE3103GayaHidupSihat

UmmiLailaMohamadTauhid 1









HBHE3103
GAYA HIDUP SIHAT
JANUARI 2014



Nama : UMMI LAILA BT. MOHAMAD TAUHID

No. matrik : 740601086932001

No. Kad Pengenalan : 740601086932

No. Telefon : 017-9739005

Alamat E-Mail : lailatauhid@yahoo.com

Nama Tutor : ENCIK AHMAD JALANI BIN HALUS

Learning Centre: OUM Kuala Terengganu


SMP Ambilan January 2012

HBHE3103GayaHidupSihat
UmmiLailaMohamadTauhid 2


Setinggi tinggi penghargaan ke hadrat Tuhan kerana dengan izin dan limpahNya dapat
saya menyiapkan tugasan Gaya Hidup Sihat bagi Semester 7 ini. Selaku manusia biasa, saya
juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan di samping terpaksa menghadapi cabaran dan
dugaan. Segalanya saya ambil dengan penuh ketabahan dan kesabaran.
Setinggi tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada
Tutor HBHE 3103, ENCIK AHMAD JALANI BIN HALUS di atas segala kepakaran,
sumbangan ilmu dan tenaga dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya
dapat menyempurnakan tugasan kali ini. Hanya Allah jua yang dapat membalasnya.
Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor OUM khasnya
serta rakan rakan kuliah di Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah banyak
menyumbangkan idea dan ilmu yang bernas sepanjang semester ini.
Penghargaan ini juga ditujukan buat suami dan anak anak yang tercinta kerana begitu
memahami serta sentiasa memberi semangat dalam usaha membawa segulung ijazah.
Sesungguhnya segala usaha murni ini pasti mendapat balasan yang setimpalnya.
INSYAALLAH.








HBHE3103GayaHidupSihat
UmmiLailaMohamadTauhid 3

ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 4
1.1 Definisi kesejahteraan 4
1.1.1 Dari Segi Bahasa 4
1.1.2 Dari Segi Istilah 4

2.0 ENAM DIMENSI RODA KESEJAHTERAAN BALLARD(2012) 5
2.1 Kesejahteraan Sosial 6
2.2 Kesejahteraan Fizikal 7
2.3 Kesejahteraan Intelektual 9
2.4 Kesejahteraan Spiritual 9
2.5 Kesejahteraan Kerjaya 10
2.6 Kesejahteraan Emosi 10

3.0 AKIBAT KETIDAKSEIMBANGAN RODA KESEJAHTERAAN 11
3.1 Penyakit Kronik 11
3.2 Obesiti 13

4.0 AMALAN GAYA HIDUP BERDASARKAN RODA KESEJAHTERAAN 15
4.1 Diet seimbang 15
4.2 Senaman 16
4.3 Sosial dan Psikologi 16
4.4 Kesejahteraan Diri dan Persekitaran 17

5.0 RODA KESEJAHTERAAN SAYA 18
5.1 Pemakanan 18
5.2 Rehat 20
6.0 Penutup 21
Rujukan 22
HBHE3103GayaHidupSihat
UmmiLailaMohamadTauhid 4

1.0 PENGENALAN
Setiap orang yang hidup di dunia ini mempunyai gaya kesejahteraan hidup yang
tersendiri kerana manusia dibesarkan dan dididik dalam keadaan berlainan oleh orang yang
berbeza. Ada yang hidup dalam keadaan selesa dan sempurna dan ada pula di sebaliknya. Jika
diperhatikan manusia di sekeliling kita, kita akan nampak pelbagai gaya hidup. Ada yang sihat
dan ada yang kurang sihat. Oleh sebab itu, kesejahteraan hidup merupakan satu perkara yang
sangat penting bagi mencapai pembangunan sesebuah negara. Malah para sarjana berpandangan
bahawa pembangunan ekonomi sesebuah negara boleh dicapai apabila wujudnya kesejahteraan
dalam kalangan masyarakat. Oleh itu kesejahteraan menjadi satu indikator penting dalam
menentukan status negara membangun.


1.1 Definisi Kesejahteraan

1.1.1 Dari Segi Bahasa

Kesejahteraan berasal dari kata dasar sejahtera. Kamus Pelajar Edisi Kedua (Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2010) mentakrifkan sejahtera sebagai bebas daripada segala macam
kesusahan dan lain-lain; aman sentosa dan makmur; selamat. Kesejahteraan pula membawa
maksud hal atau keadaan sejahtera; keamanan, keselamatan, ketenteraman.

1.1.2 Dari Segi Istilah

Para sarjana telah membincangkan maksud kesejahteraan manusia dengan pelbagai
makna, Gasper (2002), Travers dan Richardson (1997) telah membincangkan maksud
kesejahteraan sebagai satu konsep atau abstrak yang digunakan untuk dirujuk kepada apa sahaja
yang digunakan untuk menilai situasi dan keadaan kehidupan seseorang. Secara ringkasnya ia
merupakan satu penerangan tentang keadaan hidup seseorang manusia. Dimensi kesejahteraan
manusia telah dikenalpasti dan terdapat pelbagai dimensi contohnya berilmu, persahabatan,
penzahiran diri, perhubungan, integriti, kesihatan, jaminan ekonomi, kebebasan, kasih sayang,
harta dan masa berehat (Alkire, 2002).
HBHE3103GayaHidupSihat
UmmiLailaMohamadTauhid 5

Veenhoven(2004) merumuskan bahawa kesejahteraan manusia adalah bermaksud kualiti
hidup. Malah beliau berpandangan bahawa kualiti hidup ini boleh diukur melalui kaedah yang
digunakan oleh United Nation for Development Program (UNDP). UNDP mengukur kualiti
hidup manusia dengan melihat kepada Indeks Pembangunan Manusia yang mengukur tiga
perkara iaitu:

i. Kekayaan masyarakat diukur dengan melihat kepada kuasa beli per orang
ii. Pendidikan dengan diukur kepada kadar celik huruf dan persekolahan
iii. Jangka hayat sewaktu lahir

Seterusnya UNDP juga memasukkan dua item lain dalam pengukuran pembangunan manusia
iaitu:
i. Kesamaan jantina yang diukur melalui Gender Empowerment Index yang melibatkan nisbah
lelaki dan perempuan berkaitan kadar celik huruf, kemasukan ke sekolah dan pendapatan
ii. Kemiskinan yang diukur melalui kematian pra matang, kadar buta huruf functional dan
kekurangan pendapatan.


2.0 ENAM DIMENSI RODA KESEJAHTERAAN BALLARD (2012)











Rajah 1 : Roda Kesejahteraan
HBHE3103GayaHidupSihat
UmmiLailaMohamadTauhid 6

Menurut Roda Kesejahteraan, terdapat enam dimensi yang perlu diseimbangkan. Elemen-
elemennya ialah kesejahteraan sosial, kesejahteraan fizikal, kesejahteraan intelektual,
kesejahteraan spiritual, kesejahteraan kerjaya dan kesejahteraan emosi. Untuk menjamin
kesejahteraan hidup kesemua keenam enam dimensi ini harus diseimbangkan.

2.1 Kesejahteraan Sosial

Kesejahteraan sosial merangkumi kadar dan kualiti interaksi dengan orng lain, komuniti
dan persekitaran. Selain itu, kesejahteraan sosial juga merujuk kepada penglibatan dan interaksi
orang ramai dengan masyarakat, seperti kesukarelaan, menderma dan penglibatan dalam aktiviti
sukan dan rekreasi. kesejahteraan sosial juga termasuk penyertaan dalam aktiviti politik dan
sosial yang dipengaruhi oleh faktor antaranya rangkaian sosial, semangat kekitaan dan tahap
kepercayaan.




Di samping itu, kesanggupan individu untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan yang
merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial. Kerajaan, sektor swasta dan masyarakat
akan terus berusaha untuk meningkatkan kesedaran penyertaan sosial. Usaha ini bagi
memastikan masyarakat lebih bertanggungjawab dalam mewujudkan perpaduan dan
keharmonian dalam kalangan rakyat.

Rajah 2 : Indeks Komponen Penyertaan Sosial
HBHE3103GayaHidupSihat
UmmiLailaMohamadTauhid 7

2.2 Kesejahteraan Fizikal

Kesejahteraan fizikal tidak hanya membawa maksud seseorang individual bebas daripada
penyakit, tetapi juga mempunyai kecergasaan fizikal. Menurut Corbin, Lindsey dan Welk(2000),
kecergasaan fizikal membawa maksud badan berfungsi/bekerja dengan cekap dan masih
mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesengggangan dan bertindak semasa kecemasan.
Kecergasan fizikal juga didefinisikan sebagai satu set cirri-ciri yang berkaitan dengan kebolehan
melakukan aktiviti fizikal(U.S. Dept. of Health and Human Services, 1996). Ciri ciri ini juga
dikenali sebagai komponen komponen kecergasan. Komponen kecergasan boleh dikumpulkan
mengikut kecergasan fizikal yang berasaskan kesihatan dan kecergasan fizikal yang berasaskan
lakuan motor.


















Kesejahteraan fizikal juga cenderung kepada mengekalkan kecergasan dan kekuatan
badan. Secara tidak langsung, ia merupakan proses aktif yang berterusan untuk mengekalkan
Rajah 3 : Komponen komponen kecergasan fizikal
HBHE3103GayaHidupSihat
UmmiLailaMohamadTauhid 8

tahap aktiviti fizikal secara optimum yang memfokuskan kepada nutrisi, penjagaan diri dan gaya
hidup yang sihat.

Ia adalah amat penting untuk memastikan individu mendapat nutrisi yang sesuai dan
menggabungkan prinsip pemakanan yang baik seperti kepelbagaian, pengambilan nutrien yang
seimbang dan sederhana. Cara terbaik untuk memenuhi keperluan harian ialah makan makanan
berbeza-beza yang menggabungkan bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran , daging, ikan ,
ayam, kekacang dan hasil tenusu. Pemakanan yang seimbang mampu menyediakan tubuh badan
dengan pelbagai vitamin , protin dan mineral. Untuk memenuhi keperluan tubuh kita serta
mengekalkan kesihatan yang optimum, tubuh kita memerlukan 46 nutrien setiap hari untuk
pertumbuhan , pembangunan, pemulihan dan fungsi-fungsi tubuh kita seharian.

Penjagaan diri penting diri merupakan langkah awal mewujudkan kesejahteraan diri.
Dengan tubuh yang bersih dapat meminimumkan risiko seseorang terhadap kemungkinan
terjangkitnya sesuatu penyakit terutamanya penyakit yang berhubungan dengan kebersihan diri.
Dalam hal pengurusan penjagaan diri, fokus utama adalah merujuk kepada penjagaan anggota
badan sendiri dan alatan peribadi seperti berus gigi, sikat, pakaian dan sebagainya. Anggota
badan yang dimaksudkan termasuklah keseluruhan tubuh badan dari hujung rambut hingga ke
hujung kaki seperti rambut, kulit kepala , mata , telinga , hidung, gigi, mulut , badan serta kuku
tangan dan kaki.
Gaya hidup yang sihat juga termasuklah cara pergaulan dengan manusia di sekeliling
kita. Seseorang yang mengamalkan gaya hidup sihat sentiasa berfikiran positif dan bercampur
dengan masyarakat setempat. Setiap manusia memerlukan kawan , namun untuk berkawan kita
seharusnya pandai memilih kawan. Hal ini dapat mengelakkan kita daripada terpengaruh dan
terjerumus dalam perkara yang tidak sihat seperti terlibat dalam jenayah atau penyalahgunaan
dadah atau ketagih alkohol dan menghisap rokok. Kawan yang bersikap baik pula dapat
dijadikan tempat untuk meluahkan perasaaan dan berbincang tentang perancangan masa depan.
Cara berfikir dan menyelesaikan masalah juga menentukan amalan gaya hidup kita
samada sihat atau tidak.. Seharusnya seseorang individu sentiasa bersikap optimis dan terbuka
tentang diri dan masa depan . Apabila usaha yang dibuat bertemu kegagalan, seringkali
HBHE3103GayaHidupSihat
UmmiLailaMohamadTauhid 9

seseorang individu itu cepat mengaku kalah dan hilang akal dengan memilih cara penyelesaian
yang mudah tetapi memudaratkan diri sendiri, keluarga , masyarakat dan negara.

2.3 Kesejahteraan Intelektual

Kesejahteraan intelektual merupakan situasi di mana individu melibatkan diri dalam
aktiviti kreatif serta menggnakan sumber sumber yang ada untuk meluaskan ilmu pengetahuan,
perkembangan, aplikasi dan artikulasi pemikiran yang kritis. Ia juga melibatkan proses
perkembangan pengetahuan dan penggunaannya untuk mencapai kesejahteraan hidup.

Ini adalah kemampuan kognitif untuk mengembangkan keterampilan dan pengetahuan
untuk meningkatkan kehidupan seseorang. Kapasiti intelektual kita membantu untuk merangsang
kreativiti dan meningkatkan kemampuan pengambilan keputusan kita.

Menetapkan tujuan yang realistis dalam setiap perencanaan hidup.
Jelajahi setiap kesempatan dengan fikiran terbuka.
Sedar akan tuntutan dan harapan orang lain dari anda.
Sebuah pandangan yang positif, terutama ketika berhadapan dengan konflik.

2.4 Kesejahteraan Spiritual

Kesejahteraan spiritual didefinisikan sebagai dimensi yang holistik merangkumi
pencapaian makna dalam kehidupan, nilai nilai intrinsik, hubungan dengan Tuhan dan
komuniti spiritual. Keadaan sihat kita tidak lengkap tanpa menjadi sihat secara rohani. Untuk
mencari makna dan tujuan hidup adalah menyelami sisi spiritual kita sendiri. Kesihatan rohani
mengacu pada keyakinan peribadi dan nilai-nilai agama. Tidak ada cara yang diresepikan untuk
mencapai kesejahteraan rohani. Ini lebih soal mencari lebih ke dalam pada kedalaman kita
sendiri tentang pemahaman dari keberadaan kita.

Pembangunan akhlak sesama insan berkaitan dengan sifat sifat kesejahteraan hati insan
yang dijelmakan oleh akhlak luaran. Manakala pembangunan akhlak dengan Tuhan pula berkait
dengan pembinaan sifat sifat murni terhadap Tuhan yang tertanam di dalam hati.

HBHE3103GayaHidupSihat
UmmiLailaMohamadTauhid 10

2.5 Kesejahteraan Kerjaya

Merupakan tahap di mana seseorang individu itu dapat mempersembahkan nilai dalam
diri dan memperoleh kepuasan kendiri menerusi kerjaya dan aktiviti yang diceburi. Ianya
merangkumi sikap terhadap kerja serta kebolehan untuk menyeimbangkan pelbagai peranan
dalam pekerjaan/aktiviti yang diceburi serta bagaimana individu menggunakan kemahiran dan
keupayaan untuk menyumbang kepada masyarakat.


2.6 Kesejahteraan Emosi

Merupakan sikap dan kepercayaan individu terhadap diri dan kehidupan. Ianya
merangkumi konsep kendiri yang positif dan realistik, identiti diri, tahap penghargaan kendiri
dan kesedaran dalam mengawal perasaan.

Menurut Hermon dan Hazler (1999), tahap kesejahteraan emosi ataupun psikologi
dipengaruhi oleh kawalan kendiri, pekerjaan, rekreasi serta persahabatan dan percintaan.
Pengalaman trauma seperti peperangan, kecederaan fizikal, kemalangan kenderaan, penderaan
seksual, penglibatan jenayah dalam kalangan ahli keluarga serta kematian orang yang disayangi
juga mempengaruhi tahap kesejahteraan psikologi individu (Hirini, Flett & Long, 2005).
Kesejahteraan psikologi juga turut dipengaruhi oleh kefungsian tubuh badan. Sebagaimana
laporan kajian tentang hubungan antara kefungsian tubuh badan dengan kesejahteraan psikologi
dalam kalangan wanita yang menghidap Sindrom Turner, didapati bahawa menurunnya
kefungsian tubuh badan juga akan menurunkan tahap kesejahteraan psikologi pesakit (Boman,
Bryman & Moller, 2004).

Kesimpulannya, tinggi, sederhana atau rendahnya tahap kesejahteraan psikologi individu
dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Oleh yang demikian, untuk meningkatkan tahap kesejahteraan
psikologi individu, mereka perlu diberi latihan cara menangani tekanan, berfikiran positif dan
kemahiran daya tindak cara menyelesaikan masalah (Arulrajah, 2000).




HBHE3103GayaHidupSihat
UmmiLailaMohamadTauhid 11

3.0 AKIBAT KETIDAK SEIMBANGAN RODA KESEJAHTERAAN
Sekiranya Roda Kesejahteraan ini tidak seimbang, maka tahap kesejahteraan seseorang
individu itu akan turut terjejas. Seseorang itu mungkin akan menghadapi pelbagai penyakit
kronik seperti penyakit jantung, kanser, mental. Selain itu, seseorang iru akan menghadapi
masalah berat badan seperti obesiti.

3.1 Penyakit kronik

Seseorang yang mengamalkan gaya hidup sihat sentiasa berfikiran positif dan bercampur
dengan masyarakat setempat. Setiap manusia memerlukan kawan , namun untuk berkawan kita
seharusnya pandai memilih kawan. Hal ini dapat mengelakkan kita daripada terpengaruh dan
terjerumus dalam perkara yang tidak sihat seperti terlibat dalam jenayah atau penyalahgunaan
dadah atau ketagih alkohol dan menghisap rokok. Kawan yang bersikap baik pula dapat
dijadikan tempat untuk meluahkan perasaaan dan berbincang tentang perancangan masa depan.

Seseorang itu akan menghada pi masalah penyakit kronik jika dia tidak menyeimbangkan
dimensi fizikal dan sosial. Perbuatan merokok, mengambil minuman beralkohol dan dadah
mendatangkan banyak keburukan . Antara kesan penyalahgunaan bahan ini menyebabkan
kebakaran di mana perokok sering membuang puntung rokok yang masih menyala ke merata
tempat tanpa menghiraukan nyalaan tersebut berkemungkinan menjadi punca kepada
merebaknya kebakaran terutamanya di kawasan belukar yang kering. Selain itu perbuatan
perokok ini telah mencemarkan kebersihan sekitar . Bahan kimia yang terkandung di dalam
sebatang rokok, dadah dan alkohol boleh menjejaskan kesihatan kepada diri, keluarga ,
masyarakat sekeliling dan negara terlibat juga.






HBHE3103GayaHidupSihat
UmmiLailaMohamadTauhid 12















Antara penyakit kronik yang mungkin akan dihadapi ialah kanser paru-paru. Kanser paru-
paru merupakan salah satu daripada kanser yang digeruni kerana kebiasaannya kanser ini dikesan
apabila telah menjangkau tahap bahaya (tahap 4) dan telah merebak ke organ lain. Oleh itu,
kemungkinan untuk sembuh agak tipis, hanya tawakal serta redha sahajalah kepada Tuhan.













Rajah 4 : Bahan kimia yang terkandung di dalam sebatang rokok

Rajah 5 : Gambar X-ray pada pengidap kanser paru paru (sebelah kanan)

HBHE3103GayaHidupSihat
UmmiLailaMohamadTauhid 13

3.2 Obesiti

Merujuk kepada kesan tidak mengawal berat badan dan mengamalkan cara pengambilan
makanan yang tidak seimbang , seseorang akan mengalami masalah obesiti. Secara amnya,
obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam daban seseorang.
Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu tisu lemak menjadi
keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan
dan seterusnbya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada
mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.
Menurut para penyelidik, obesiti ditentukan menerusi indeks berat badan (BMI) yang
mengukur kesesuaian antara ketinggian seseorang dengan berat badan mereka. BMI antara 18.5
dikategorikan berat badan yang ideal dan sihat, manakala BMI 30 hingga 39.9 adalah obes.Saiz
ukur lilit pinggang wanita yang lebar adalah tanda pengumpulan lemak berlebihan pada bahagian
depan perut, istilah ini dipanggil abdominal obesity. Menurut kajian Panduan Klinikal Untuk
Mengenalpasti, Memerhati dan Rawatan Berat Badan Berlebihan dan Obesiti di
Kalangan Orang Dewasa, saiz had pinggang yang sihat ialah 35 inci bagi wanita dan lelaki 40
inci. Saiz ukur lilit pinggang ini boleh diukur keliling pinggang dari paras pusat.








Rajah 6 : Risiko obesiti

HBHE3103GayaHidupSihat
UmmiLailaMohamadTauhid 14

Kementerian Kesihatan pada 2009 menerusi Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga
dipetik sebagai berkata bahawa kerajaan akan melaksanakan pelbagai usaha untuk mengawal
aktiviti pemasaran dan promosi makanan segera bagi mendidik masyarakat mengamalkan
pemakanan sihat.Beliau berkata, antara langkah yang akan diambil ialah memperkukuhkan
pengawalan iklan makanan segera menerusi televisyen selain menambah slot dan kekerapan
penyebaran mesej pemakanan sihat menerusi radio, televisyen, surat khabar serta majalah
tempatan. Apa pun juga penyebab berlakunya masalah obesiti di kalangan kanak-kanak negara
ini, peranan utama dalam membentuk mereka ke arah kehidupan yang sihat adalah bermula
daripada amalan pemakanan keluarga dan pemakanan harian mereka di rumah. Amalan
pemakanan yang betul serta melakukan aktiviti senaman secara berkala dengan betul dapat
mengelakkan seseorang daripada mengalami masalah obesiti yang turut menyumbang kepada
punca pelbagai penyakit berbahaya yang boleh membawa maut seperti lemah jantung, darah
tinggi dan kencing manis.

Statistik menunjukkan kadar obesiti mengikut kaum di Malaysia

Berdasarkan dapatan statistik pada carta pai ini menunjukkan kaum India mencatatkan
bilangan yang paling banyak iaitu 25.6 % manakala kaum Melayu 22.1 %, kaum Cina 19.5 %
dan lain-lain 32. 5 %.
Lain-lain
32%
India
26%
Melayu
22%
Cina
20%
STATISTIK OBESITI DI MALAYSIA
(MENGIKUT KAUM)
HBHE3103GayaHidupSihat
UmmiLailaMohamadTauhid 15

4.0 AMALAN GAYA HIDUP BERDASARKAN RODA KESEJAHTERAAN

Bagi mendapat kesejahteraan hidup yang baik, beberapa amalan gaya hidup perlu dititik
beratkan. Antaranya mengamalkan diet yang seimbang dan rehat yang cukup.

4.1 Diet yang seimbang

Kita disarankan agar membuat pilihan makanan yang tepat dan sentiasa memberi
perhatian terhadap jumlah nutrien yang diperlukan oleh tubuh setiap hari. Elakkan dari menahan
makan untuk kelihatan langsing kerana ia menyebabkan indeks jisim badan menjadi kurang dari
17 kg/m2. Ia boleh menyebabkan badan akan kekurangan air seterusnya menyebabkan
kekurangan kalium dalam darah serta mendatangkan penyakit-penyakit lain seperti
pembengkakan kelenjar air liur.
Selain makanan, air juga penting kerana ia mempunyai banyak fungsi dalam badan,
misalnya mengawal suhu badan dan penghadaman. Mengurangkan kadar pengambilan air yang
manis dengan menggantikan dengan air masak putih adalah langkah yang baik bagi memastikan
tubuh badan mendapat bekalan air yang mencukupi. Ini kerana makanan ruji yang biasa kita
makan seperti nasi dan roti telah megandungi kadar gula yang mencukupi untuk keperluan tubuh
badan kita. Mengambil gula tambahan secara berlebihan akan mudah mengundang penyakit
kencing manis.









Rajah 7 : Bahaya makanan terhadap tubuh

HBHE3103GayaHidupSihat
UmmiLailaMohamadTauhid 16

4.2 Senaman
Menurut teks Ayuvedik, Charaka Samhita ( 600-1000 BC ), karya besar perubatan India
lama Ayurveda menyatakan senaman membantu membersihkan saluran tubuh supaya semua tisu
dibersihkan sepenuhnya melalui perpeluhan.
Senaman bukan hanya merujuk aktiviti pergerakkan fizikal yang hanya boleh dilakukan
di tempat tertentu atau aktiviti tertentu sahaja tetapi senaman yang dimaksudkan boleh juga
menjadi satu aktiviti seharian kita yang melibatkan satu pergerakkan anggota badan dan
mengeluarkan peluh tanpa meninggalkan aktiviti rutin harian yang biasa dilakukan seharian.
Dalam kehidupan seharian, aktiviti kecergasan boleh dilakukan sendiri tanpa perlu ke
gymnasium atu tempat-tempat riadah yang jauh. Apa yang perlu kita lakukan ialah mengubah
gaya hidup kita. Contohnya apabila di tempat kerja, elakkan menggunakan lif sebaliknya
sebaliknya menggunkan tangga untuk ke satu tempat. Begitu juga apabila hendak keluar makan
bersama rakan-rakan elakkan menaiki kereta, bahkan lebih baik dan seronok jika kita sama-sama
rakan-rakan atau keluarga berjalan kaki ke tempat tujuan tersebut. Selain daripada itu waktu
rehat boleh digantikan dengan berjalan-jalan selama 15 minit dan bukan hanya makan-makan
sahaja.
Bagi saya sebagai seorang wanita pula senaman juga wujud apabila melakukan aktiviti
membersihkan rumah seperti menyapu, mengelap lantai , membasuh lantai bilik air, membasuh
kereta, menyidai kain, menyiram pokok bunga, membersihkan longkang rumah dan apa sahaja
aktiviti yang sesuai.

4.3 Sosial dan Psikologi
Amalan gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek sosial dan psikologi dan seseorang itu.
Saya mengamalkan sikap yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan
orang lain. Ini akan dapat menjamin kehidupan yang lebih lebih bermakna berbanding dengan
individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap saya yang suka
berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama menjadikan keperluan psikologi manusia
dipenuhi dengan efektif. Saya menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan
HBHE3103GayaHidupSihat
UmmiLailaMohamadTauhid 17

atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk
kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia
perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat.

4.4 Kesejahteraan Diri dan Persekitaran
Selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga perlu menjaga
kebersihan diri dan persekitaran mereka. Saya mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa
bagi memastikan terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi,
mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup
seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, saya juga perlulah mengamalkan
budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih
sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih
gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa dalam aspek
berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar
dapat membentuk gaya hidup yang sihat.
Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar
daripada sebarang penyakit. Antara, amalan yang saya lakukan ialah menyertai aktiviti gotong-
royong untuk membersihkan kawasan perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau
memastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan
pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Saya
membersihkan tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik
pasu bunga ataupun tempat takungan air.





HBHE3103GayaHidupSihat
UmmiLailaMohamadTauhid 18

5.0 RODA KESEJAHTERAAN SAYA

Dua dimensi yang telah ditambahkan ke dalam Roda Kesejahteraan ialah pemakanan dan
ekonomi. Dua dimensi ini amat penting bagi menjamin kualiti kesejahteraan hidup pada tahap
yang tertinggi.





5.1 Pemakanan

Makanan, pakaian dan tempat tinggal merupakan keperluan asas setiap individu.
Pengambilan makanan yang betul dapat membantu tubuh menjadi sihat dan cergas. Kesihatan individu
bergantung kepada pengetahuan dalam mengimbangkan pengambilan nutrien-nutrien seperti protein, karbohidrat,
lemak,vitamin, garam mineral, air dan pelawas. Keperluan asas yang diperoleh dapat membantu
memenuhi keperluan sekunder seperti psikologi dan sosial.

SOSIAL
FIZIKAL
INTELEKTUAL
SPIRITUAL
KERJAYA
EMOSI
PEMAKANAN
REHAT
RODA KESEJAHTERAAN SAYA
Rajah 8 : Roda Kesejahteraan Saya

HBHE3103GayaHidupSihat
UmmiLailaMohamadTauhid 19

Pemakanan ialah kajian yang berkaitan dengan pengambilan makanan untuk proses
pertumbuhan, pemulihan, dan pengawalan kesihatan. Nutrien, air,dan pelawas penting dalam proses
tersebut. Makanan yang berlainan membekalkan kombinasi tenaga (kalori) dannutrien (seperti karbohidrat,
protein, lemak, vitamin, mineral dan gentian) yangberbeza. Memakan pelbagai jenis makanan adalah cara yang
terbaik untukmemenuhi keperluan tenaga dan nutrien anda untuk membesar, berkembang,bergerak, bekerja,
bermain, berfikir dan belajar.

Kepelbagaian boleh dicapai dengan mengambil diet yangmenggabungkan kesemua kumpulan makanan
dalam Piramid Makanan. Di dalam setiap kumpulan makanan, pelbagaikan jenis makanan yang diambil.
Makanan yang diambil seharian sepatutnya dipilih lebih banyak daripada paras Piramid yang paling bawah,
manakala paling sedikit daripada puncak Piramid. Ini membantu menjaminkan keseimbangan dalam pemakanan
anda. Kesederhanaan harus diutamakan untuk mengelakkan daripada makan terlampau banyak. Panduan
Piramid Makanan menyarankan jumlah (atau hidangan) yang boleh dimakan dari setiap kumpulan makanan
setiap hari untuk individu yang normal dan sihat.



Rajah 9 : Piramid makanan

HBHE3103GayaHidupSihat
UmmiLailaMohamadTauhid 20

5.2 Rehat
Sebagai seorang manusia , rehat yang cukup adalah perkara yang sangat diperlukan di
dalam setiap perkara. Aktiviti ini dapat memulihkan semula tenaga yang telah digunakan
sewaktu bekerja atau berurusan dengan segala perkara. Ibarat sebuah mesin yang sentiasa
bekerja , mesin itu perlu juga direhatkan untuk kerja selanjutnya, jika tidak hayat mesin itu tidak
panjang. Begitu jugalah dengan manusia , jika kita mengabaikan waktu rehat dan asyik
memikirkan kerja dan mengutamakan kerja tanpa ada istilah rehat dalam diri maka peluang kita
diserang penyakit adalah tinggi. Apa yang jelas , kebanyakan orang yang bekerja menjadi letih ,
lesu, sakit kepala dan produk yang dihasilkan akan menjadi tidak berkualiti.
Rehat adalah faktor penting dan sering dikaitkan dengan tidur. Kita sering menganggap
tidur yang cukup perlu untuk pembelajaran yang berkesan. Dalam hal ini terdapat banyak
definisi tentang beberapa jumlah masa untuk tidur yang baik dalam setiap hari . Sebenarnya
apabila kita berbicara tentang tidur maka kita harus faham bahawa tidur juga memerlukan tidur
yang berkualiti. Maksudnya kita tidur atau berehat apabila kita benar-benar terasa bahawa kita
perlu tidur. Kadang-kanag kita lihat ramai orang mengatakan bahawa mereka perlu tidur petang
selama 3 jam dan waktu malam selama 8 jam. Ini adalah kaedah yang tidak begitu baik.
Sepatutnya kita mesti menguruskan waktu tidur dengan berkesan.

Rehat yang cukup bukan bermakna rehat yang terlalu panjang dan membazirkan waktu
tetapi rehat yang diambil cukulah untuk mencari kesegaran diri, mengendurkan kembali urat-urat
badan yang tegang dan stress, dan memulihkan pening kepala akibat bebanan kerja yang
dilakukan sebelumnya.








HBHE3103GayaHidupSihat
UmmiLailaMohamadTauhid 21

6.0 PENUTUP
Melalui dimensi-dimensi yang terkandung dalam roda kesejahteraan menjadi garis
panduan kepada semua tentang amalan yang dianggap remeh seperti mengambil makanan
seimbang, mendapat rehat yang cukup, melakukan senaman ringan setiap hari, mengawal
pemakanan dan berat badan boleh menjadikan kehidupan yang kita lalui setiap hari lebih selesa
dan sempurna. Bukan itu sahaja pengetahuan tentang penyalahgunaan bahan seperti menghisap
rokok, menagih dadah dan meminum arak juga telah membangkitkan kesedaran bahawa jangan
sesekali cuba mendekatkan diri dengan bahan tersebut kerana sekali terjerumus dalam keadaan
ketagihan dadah, arak dan keasyikkan menghisap rokok akan mengundang padah bukan sahaja
kepada diri sendiri bahkan keluarga, masyarakat dan negara juga.
Kesemua dimensi ini harus diseimbangkan dan tidak hanya memberatkan mana-mana
dimensi yang disukai. Ini kerana semua dimensi ini saling berkait rapat untuk memastikan hidup
seseorang itu mendapat kesejahteraan yang terbaik.



(3,371 patah perkataan)











HBHE3103GayaHidupSihat
UmmiLailaMohamadTauhid 22

Rujukan

Arulrajah, A. A. (2005). Hubungan kesihatan psikologi dengan persepsi tekanan, stail menangani
tekanan, dan sokongan sosial di kalangan pelajar universiti. Tesis sarjana yang tidak
diterbitkan, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

Hermon, D. A. & Hazler, R. J. (1999). Adherence to a wellness model and perceptions of
psychological well-being. Journal Of Counseling And Development, 77, 339-343.

Hirini, P., Flett, R., Long, N., & Millar, M. (March 2005). Frequency 0f traumatic events,
physical and psychological health among Maori. New Zealand Journal Of Psychology,
34(1), 20-27.

Borhan Yusof, Hasbullah Ismail et al .2013. HBHE3103 Gaya Hidup Sihat. Seri Kembangan:
Open Universiti Malaysia

Wellness Wheel diperolehi pada 6 Mac 2014 daripada
http://www.vanderbilt.edu/recreationandwellnesscenter/wellness/wellness-wheel/

Komponen Kesejahteraan diperolehi pada 6 Mac 2014 daripada
http://wpc.upsi.edu.my/index.php/mengenaikami/komponen-kesejahteraan

5 Prinsip Kesehatan Dan Kesejahteraan diperolehi pada 11 Mac 2014daripada
http://bramardianto.com/5-prinsip-kesehatan-dan-kesejahteraan-hidup.html

Komponen Kesejahteraan diperolehi pada 11 Mac 2014 daripada
http://personelwellness.blogspot.com/2010/12/komponen-kesejahteraan-wellness.html

Anda mungkin juga menyukai