Anda di halaman 1dari 19

Penyediaan makanan haiwan peliharaan

Setiap yang hidup memerlukan makanan, begitu juga dengan kucing. Seperti manusia juga,
kucing memerlukan makanan yang berkhasiat untuk terus kekal sihat dan ceria. Makanan
yang seimbang dan berkhasiat juga akan membolehkan si comel kesayangan kita tu
membesar dengan sihat dan bebas dari penyakit.
Jadi sekali sekala cubalah pelbagaikan jenis makan yang diberikan kepada kucing tu. Lagipun
sekarang ni agak mudah sebab terdapat banyak jenis makanan kucing di pasaran. Pilih dan
beli sahaja. Jenis yang kering ada, jenis yang macam sardin dalam tin pun ada.
Sekiranya kita sering memberikan kucing kita makan makanan yang jenis basah macam ikan,
nasi atau makanan dalam tin, sesekali kita perlu juga memberikan kucing kita makan
makanan yang jenis kering kerana ia akan membantu membersihkan gigi kucing tersebut.
Elakkan memberi kucing makanan yang mengandungi jagung atau yang berkarbohidrat tinggi
kerana kucing tidak perlu makanan yang berkarbohidrat seperti kita. Malah elakkan juga
memberi kucing makan coklat dan aiskrim kerana ia boleh mengakibatkan kucing tersebut
jatuh sakit. Kucing agak alergik kepada laktosa.
Apa yang penting, pastikan kita sentiasa menyediakan air yang bersih untuk minuman kucing
kita. Kalau tak nanti kesian diorang haus pula.
Kucing merupakan haiwan karnivor @ pemaging..itu kita perlu ingat. Kucing tak sama dgn
manusia maupun anjing, bila ianya berkaitan dgn pemakanan, sistem penghadaman kucing
amat tidak flexible dan berbeza dgn manusia, kucing perlukan banyak daging bagi sumber
protin dan lemak...emmm jika manusia memakan makanan seperti yang diperlukan oleh
kucing, kita pasti dah kena serangan sakit jantung at the age of 20!

Berbeza dengan anjing yang boleh memakan apa saja dan masih kekal sihat, sistem
penghadaman kucing tidak boleh memproses karbohidrat. Kucing2 akan mengalami masalah
obesiti melampau jika memakan karbohidrat berlebihan.

Pleasing your cat's palate... maksudnya makanan yang kita pilih mestilah disukai oleh
kucing kita. Perkara penting yang kita perlu perhatikan dalam memilih makanan ialah ianya
hendaklah memenuhi kriteria pemakanan mengikut piawaian standard, samada AAFCO atau
mengikut piawaian tempatan. Ini kerana sekurang2nya makanan yang kita pilih itu memenuhi
keperluan minima yang sihat untuk kucing. Sekiranya makanan tu kucing kita tak suka, maka
kita kena cari apa yang mereka suka, kerana kucing2 ni biasanya tak akan makan jika mereka
tidak menggemari makanan yang diberi..mereka sanggup menahan lapar dari makan dan ini
mungkin memudaratkan jika dibiar berlarutan.

Satu lagi..jika kita ingin menukar jenis makanan sedia ada ke jenis yang baru, kita perlu
memberikannya sedikit demi sedikit selama beberapa hari, untuk mengelakkan kucing
menolak makanan baru dan untuk mengurangkan kebarangkalian stomach upset pada
kucing..

Berapa banyak perlu kucing kita makan? Soalan yang agak payah untuk kita tentukan
sebenarnya..bergantung pada jenis kucing yang kita bela. Kucing yang bebas outdoor
mungkin perlukan makanan yang lebih banyak kerana mereka aktif bergerak berbanding dgn
kucing indoor yang banyak berehat dan memanjakan diri. Secara ideal kita boleh bawa
kucing kita untuk ditimbang berat dan ditentukan jumlah kalori sebenar yang mereka
perlukan bergantung pada berat, tapi mungkin agak sukar kalau kita ada banyak kucing..

Secara mudah...untuk kitten kita boleh bagi 25g setiap feeding 3-4 kali sehari..untuk
kucing dewasa 25g setiap feeding untuk 2 kali sehari.
APA KESILAPAN YANG KERAP KITA LAKUKAN DALAM MEMBERI KUCING2
MAKAN?

Kadang2 kita hanya sedar apa yang kita berikan pada kucing itu tidak betul apabila kucing
kita jatuh sakit...sedih kan?

Kesalahan 1: Terlalu banyak makanan.

Obesiti merupakan penyakit berkaitan pemakanan yang paling kerap berlaku. Kita suka
kucing kita comel dan gemuk tetapi obesiti akan menyebabkan banyak masalah kepada

kucing kita dikemudian hari termasuk diabetis, athritis dan penyakit berkaitan sistem urin
seperti batu karang..

Sedar atau tidak kita kerap terlebih memberi makanan kepada kucing2 kita kerana kita
sayangkan mereka dan ingin membuat mereka gembira..secara tak langsung kita
menggemukkan mereka kerana keperluan kucing indoor sebenarnya kurang dari kucing
outdoor..ini semua berkaitan dengan nature mereka yang kurang aktif dan lebih banyak
berehat.
Kesalahan 2: Makan hanya makanan kering @ "dry food".

Deria dahaga bagi kucing amat kurang berbanding dengan anjing, dalam ertikata lain kucing
jarang rasa dahaga dan jarang mencari air jika tidak disediakan. Dan disebabkan kencing
kucing juga biasanya agak pekat, dengan hanya memberi makanan dry food kita
memungkinkan mereka untuk mudah menghidapi penyakit berkaitan kencing seperti batu
karang dan UTI.

Kucing secara semulajadinya mendapatkan air dari makanan yang dimakan, sebagai contoh
seekor tikus yang dimakan mengandungi 70% air dari keseluruhan badan, manakala makanan
basah dalam tin untuk kucing mengandungi 78% air. Makanan kering hanya mengandungi 510% air, dan ini menjadikan makanan basah dalam tin lebih baik untuk menjaga hidrasi
kucing2 kita.

Emmm nampaknya aku kena lebih kerap memberikan makanan dalam tin untuk kucing2 ku
yang banyak tu. Buat masa sekarang aku memberikan makanan kering Blackwood for kitten
untuk semua kucing2 sebanyak 5 hidangan sehari, pada jumlah yang kecil, lebih kurang
segenggam sekali makan setiap seekor. Bekalan air bersih sentiasa ada dalam kandang,
cuma bekas makanan sentiasa kami keluarkan setiap kali selesai makan...dan sekali atau
dua kali seminggu pasti aku akan berikan makanan dalam tin..sebagai hidangan gantian..

Kesalahan 3: Tidak membekalkan bekalan air bersih yang mencukupi:

Kita tau kucing amat memerlukan bekalan air yang mencukupi apatah lagi jika kita

memberikannya makanan kering. Jadi bekalan air bersih perlu sentiasa ada dan mudah untuk
diminum oleh kucing pada bila2 masa. Secara mudahnya, kebanyakkan bekas makanan
meletakkan air dan makanan bersebelahan, tapi ianya tidak digalakkan. Mengikut pakar vet,
sebaiknya bekas makanan dan bekas minuman perlu berasingan, untuk memastikan
kebersihannya dan juga untuk memastikan kucing kita selesa untuk minum. Apabila kucing
tidak lapar, makanan yang ada dalam bekas makanan tidak akan menarik perhatian kucing,
jadi jika bekas air minuman itu bersebelahan dgn bekas makanan, berkemungkinan kucing
kita tidak akan mencari air untuk diminum kerana bau makanan lebih kuat.
Kesalahan 4: Memberikan garlic sebagai ubat cacing..home remedy:

Kita mungkin pernah terlihat bendasing berwarna putih sebesar biji beras di bahagian dubur
kucing, itu merupakan segmen cacing pita yang bermastautin didalam usus kecil @ intestine
kucing. Sesetengah percaya cara terbaik ialah mencampurkan garlic mentah kedalam
makanan kucing..home remedy untuk merawat cacing pita.

Garlic tidak pernah dibuktikan boleh merawat masalah infestasi cacing pita pada kucing atau
masalah lain termasuk jangkitan flea, malah memberikan garlic dalam jumlah yang banyak
boleh menyebabkan sel2 darah kucing memecah dan mengakibatkan anemia.

Cacing pita didalam usus kucing agak biasa berlaku, dan ianya disebabkan oleh kucing2 kita
termakan flea. Walaupun tidak begitu merbahaya tetapi infestasi cacing yang teruk boleh
menyebabkan kehilangan berat badan, keletihan dan juga cirit birit pada kucing, jadi jalan
terbaik ialah membawa kucing untuk deworming.

Kesalahan 5: Menjadikan kucing kita vegetarian @ Vegans:

Semua tau, kucing ialah haiwan pemaging. Keperluan utama kucing iaitu acid amino taurine
hanya boleh didapati didalam daging haiwan. Menukar pemakanan kucing kepada vegans
boleh menyebabkan kucing kekurangan acid amino tersebut yang membawa kepada masalah
jantung kucing, kebutaan dan juga kematian.

Myth: Cats thrive on a vegetarian diet.

Fact: Cats are obligate carnivores, designed by nature to require animal protein. In fact,
human-grade, unprocessed protein and moisture (water) should make up the bulk of your
kittys diet. Regardless of your own feelings about eating meat, please dont compromise
your cats health by feeding him a vegan or vegetarian diet.
Kesalahan 6: Menyebabkan kekurangan zat makanan:
Ini terjadi apabila kita menyediakan makanan sendiri untuk dimakan oleh kucing. Kucing
yang bebas biasanya mendapat cukup bekalan calcium kerana mereka memakan sekali
tulang2 dari mangsa keseimbangan calcium dan phosphorus secara semulajadi. Bagi kucing
yang kita sediakan makanannya, kita mungkin tidak sedar kekurangan zat makanan yang
berlaku dalam hidangan yang kita sediakan.

Makanan kucing yang terlalu banyak tuna dan hati atau minyak ikan (cod liver oil) boleh
menyebabkan keracunan vit A yang membawa kepada sakit sendi dan tulang, tulang rapuh
(brittle bones) dan kulit kering.

Makanan kucing yang terlalu banyak ikan mentah boleh merosakkan vit B, dan ini akan
menyebabkan kelemahan otot, sawan dan kerosakan otak pada kucing.

Mudahnya..kita kena bersederhana dalam menyediakan hidangan untuk kucing, mungkin kita
boleh memberikan makanan yang kita sediakan sekali dua seminggu..bukan setiap waktu
makan.

Perbandingan antara canned food n dry food.....

"Dry food":
* lebih ekonomi
* lebih mudah untuk dibiarkan terbuka dibekas makanan kucing
* padat dgn tenaga ie kucing boleh makan dgn cepat untuk mendapatkan kalori diperlukan
* ada 10% jumlah kelembapan
* mempunyai lebih karbohidrat dari protin berbanding dgn wet canned food

* mungkin lebih elok sedikit berbanding wet canned food dalam mengelakkan masalah dental
ie gusi dan gigi

Tempat tinggal kucing

Penyakit yang dihadapi oleh kucing


Virus Sporo atau Sporotrichosis
Sporotrichosis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh fungus (kulat) Sporothrix
schenckii. Fungus jenis ini berpotensi menjangkiti kulit, sistem pernafasan, tulang dan otak.
Cara jangkitan adalah melalui sentuhan dan pernafasan.

Penyakit Sporotrichosis atau lebih dikenali sebagai SPORO ini jarang berlaku. Oleh sebab
itu, penyakit ini sukar dikesan oleh sesetengah doktor manusia dan doktor haiwan. Walau
bagaimanapun, manusia masih boleh terdedah kepada risiko untuk dijangkiti penyakit ini.

Fungus ini berasal daripada persekitaran; tanah, tumbuhan dan dijangkiti dari satu spesies
haiwan ke spesies yang lain, malah dari haiwan kepada manusia.
Kucing merupakan haiwan yang paling mudah menjangkiti dan membawa penyakit ini.
Kucing-kucing yang tidak dimandulkan cenderung untuk keluar rumah, berkeliaran mencari
pasangan dan bergaduh. Fungus ini di jangkiti oleh kucing melalui kulit yang tersangkut pada
duri/dahan tumbuhan, cakaran dan gigitan dari haiwan lain. Fungus ini sangat mudah
dijangkiti melalui luka terbuka.
Manusia pula boleh dijangkiti pada kulit melalui sentuhan, dan pada sistem pernafasan
melalui udara.
Mengenalpasti tanda-tanda Sporo adalah sangat penting bagi membolehkan manusia
mengambil langkah berjaga-jaga ketika mengendalikan kucing yang disyaki Sporo positif.

Tanda-tanda Sporo pada kucing:

- luka atau kudis pada kepala (terutama sekali pada hidung dan muka), kaki dan ekor.
- luka ini pada asalnya berbentuk benjolan, menanah, menjadi kudis yang sukar untuk
sembuh.
- kudis-kudis akan mula merebak keseluruhan kepala dan kaki kucing yang dijangkiti

- sesetengah kucing akan disertai dengan tanda-tanda demam, hilang selera makan dan
kelesuan.
Sekiranya fungus ini menjangkiti manusia, tanda-tanda yang kelihatan ialah benjolan dan
kudis pada jari, tangan, atau muka.

Cara mengesahkan kucing dijangkiti Sporo :


- melihat sampel kudis di bawah microskop
- ujian darah menyeluruh di makmal

Rawatan Sporo :
- kuarantin yang ketat supaya tidak menjangkiti haiwan lain atau manusia
- pengambilan potassium iodide secara oral selama 4-8 minggu
- pengambilan Ketoconazole dan Itraconazole
- pengambilan anti-fungal yang lain
- ubat-ubatan di atas boleh menyebabkan toksid pada haiwan dan perlu diambil pada sukatan
yang betul mengikut berat badan haiwan tersebut
- Sporothrix ialah fungus dan bukannya bakteria. Rawatan menggunakan antibiotik adalah
tidak efektif.
- Haiwan yang menghidapi Sporo tidak boleh mengambil ubatan berunsur steroid.

Cara menghalang jangkitan Sporo :


- Haiwan-haiwan peliharaan tidak sepatutnya dibiarkan berkeliaran di luar
- Memandulkan haiwan bagi mengurangkan pergaduhan dan percakaran
*** Perhatikan sekiranya kucing anda tiba-tiba mengalami benjolan, luka atau kudis. Segera
dapatkan rawatan doktor haiwan yang bertauliah.

Mata kucing juga mengalami masalah yang sama seperti manusia. Berbeza dengan anjing,
kucing mengharapkan sepenuhnya pandangan mata yang jelas untuk menjalani kehidupan
harian mereka seperti biasa, jadi sebarang masalah pada mata kucing akan menjejaskan
kehidupan kucing2 ini.

Tanda2 mata kucing bermasalah ialah:

* Discaj dari mata:


Jenis2 discaj dari mata kucing banyak memberi maklumat tentang masalah yang dihadapi.
Discaj yang jernih tanpa kemerahan pada mata atau sakit menunjukkan masalah pada saluran
airmata. Discaj yang jernih dengan mata yang merah menunjukkan conjunctivitis,
kemungkinan viral. Discaj yang melekit, pekat atau kekuningan serta mata yang merah
menunjukkan conjunctivitis juga, kemungkinan chlamydophila. Bagaimanapun, sebarang
discaj mata berserta sakit yang ketara menunjukkan masalah yang lebih serius, melibatkan
dalaman mata atau kornea.

* "Painful eye":
Kucing yang mengalami kesakitan dalam mata akan mengalami mata yang berair teruk
(excessive tearing), 'squinting'(menutup mata), sakit apabila disentuh dan juga mengelak
cahaya. Adakalanya kucing akan mencakar (paw) mata atau cuba menggosok mata dengan
kerap. Pada bahagian dalam sudut mata kucing akan terbentuk kelopak tambahan dipanggil
kelopak ke3 atau nictating membrane, yang terbentuk akibat sakit. Penyebab utama kesakitan
pada mata kucing ialah kecederaan pada kornea atau bahagian dalaman mata, termasuk
glaucoma dan uveitis.

* Membrane atau lapisan pada mata:


Membrane putih yang terbentuk didalam kelopak mata dan pada bahagian sudut mata kucing
dipanggil "nictating membrane".

* "Cloudy eye":
Ada beberapa penyakit yang menyebabkan mata kucing menjadi kelabu atau pudar dan tidak
jernih, menyebabkan seolah2 mata kucing itu buta. Lesion yang cloudy ini boleh bersaiz kecil
atau boleh besar hingga meliputi seluruh cornea mata kucing. Mata yang kelabu dan tidak
jernih menunjukkan masalah dalaman mata, jika ianya berserta dengan kesakitan,
kemungkinan ianya disebabkan radangan uveitis, keratitis atau glaucoma. Keadaan cornea
yang membengkak ie corneal oedema akan menyebabkan mata kucing kelihatan biru kelabu
yang sekata, serta disertai kesakitan. Manakala cataract akan menyebabkan keadaan yang
sama tetapi tanpa kesakitan. Sekiranya mata kucing kita menjadi kelabu tidak semestinya ia
buta, tetapi perlu dibawa kepada vet untuk rawatan lanjut sebelum kerosakan kekal berlaku.

* Mata yang keras atau lembut :


Perubahan pada tekanan dalam mata akan mengakibatkan keadaan 'hard' n 'soft' eye. Pupil
mata kucing mungkin mengeras dan tidak boleh mengembang atau menguncup. Keadaan
mata yang keras dengan pupil mata yang mengembang dan tidak boleh menguncup biasanya
menunjukkan glaukoma, manakala mata yang lembut dengan pupil yang menguncup dan
tidak boleh mengembang menunjukkan inflamasi atau radangan pada uvea mata ie uveitis.

* Mata terjojol (bulging) atau cengkung (sunken):


Mata yang terjojol terjadi didalam glaukoma, tumor atau abses dibelakang mata, manakala
mata yang cengkung adalah akibat dehidrasi, sakit mata, kehilangan berat badan mendadak
dan tetanus.

Ada beberapa lagi keadaan yang melibatkan mata kucing tetapi tidak kerap dijumpai...

Lakukan pemeriksaan sendiri pada mata kucing2 kita....lihat ke dalam mata kucing kita
dengan tepat ditempat yang terang dan cukup cahaya, mata kucing kita sepatutnya jernih
dan cerah, pupil sama dikedua2 belah, dan kawasan disekitar bebola mata kucing sepatutnya
putih bersih. Tarik kelopak mata kucing kita ke bawah dengan lembut, ianya sepatutnya
berwarna merah jambu, tidak putih atau merah menyala.
Infeksi telinga pada kucing
Posted on 05.18 No Comments
Label: kucing, penyakit kucing

Infeksi telinga merupakan penyakit kucing yang paling sering terjadi pada kucing dan paling
mengganggu. Infekti telinga ini dalam dunia medis dikenal dengan nama otitis. Berikut
beberapa gejala jika kucing mengalami gangguan dari penyakit kucing yang menyebalkan ini
:

Jika pada bagian pangkal telinga kucing diraba maka akan terasa sakit
o
o

Muncul cairan berbau busuk dari lubang telinga


Kucing seringkali mengeleng-gelengkan kepalanya

Kebiasaan lainnya jika terkena penyakit kucing otitis ini adalah seringnya kucing
memiringkan kepalanya

Dan yang paling mudah terlihat adalah terjadi pembengkakan pada daun telinga

Untuk pengobatannya sendiri bisa diberikan dengan obat tetes telinga yang banyak dijual di
pet shop. Sedangkan untuk pencegahannya adalah tergantung dari pemiliknya yaitu anda

Bersihkanlah telinga kucing secara teratur. Selain itu juga berikanlah bedak antikutu........

Sakit tulang belakang


Bisa terjadi akibat dipukul orang atau jatuh dari ketinggian. Ciri-ciri yang mungkin bisa
dideteksi adalah si kucing gemetaran ketika hendak berdiri dari tidurannya. Si kucing enggan
dipegang punggungnya. Tidak ada luka di kaki, tetapi jalannya pincang. Dan sering
kehilangan keseimbangan saat berjalan ataupun berdiri.
Pengobatannya, anda bisa mengoleskan balsem untuk keseleo yang mungkin biasa digunakan
oleh manusia.

Feline Infectious Enteritis (FIE)


Terjadi akibat jumlah sel darah putih dalam tubuh si kucing menurun cukup banyak. Penyakit
ini termasuk penyakit yang menular dan dapat menyebabkan kematian pada si kucing.
Penyakit ini juga banyak menyerang anak-anak kucing.
Ciri-ciri kucing yang terkena FIE antara lain demam, diare, tidak nafsu makan, dan muntahmuntah. Cara terbaik untuk engobatinya adalah segera membawanya ke dokter hewan
terdekat dan terpercaya.

Distemper
Penyakit ini disebut juga dengan Feline Panleukopenia yang disebabkan oleh virus yang
merusak usus. Sebenarnya penyakit ini dapat menyerang semua binatang dan termasuk
penyakit yang mematikan bagi binatang. Menurut study 25-90% kucing yang terkena
distemper akan mengalami kematian. Lebih lengkapnya tentang penyakit ini, silakan baca
Tentang Distemper pada kucing.

Penjagaan kesihatan kucing


Sesiapapun mahukan kesihatan yang baik , begitu juga dengan kucing .. Selain tempat tinggal
serta makan dan minum , kesihatan yang baik juga amat di perlukan oleh kucing dan yang
amat di mahukan oleh pemilik kucing ... Ada berberapa panduan penjagaan kucing yang turut
mempegaruhi kesihatan kucing mungkin dapat membantu untuk menjaga kesihatan kucing .

Pastikan kucing mendapat vaksin yang diperlukan/sesuai untuk kucing mengikut


umur/nasihat vet .. Jangan berikan apa yang tidak diperlukan nya seperti vaksin leukimia
kucing untuk kucing berumur dua tahun keatas
jika berumur bawah dua tahun . Tapi veterinar yang ada sekarang adalah yang terbaik kerana
sudah pasti mereka akan memberikan khidmat rundingan/consultant mengenai kucing .
Kegagalan memberikan vaksin pada kucing serta memberikan vaksin berlebihan tanpa
mengikut saranan vet kesannya adalah sama buruk ..Anak kucing juga memerlukan vaksin
oleh kerana imunnya yang masih tidak kuat .

Kucing yang dibiarkan bebas diluar rumah/kawasan , pastikan ia sudah diberikan dewormed
secara rutin setiap 3-4 bulan .. Ini bukan saja melindungi kucing , malah pemilik kucing dari
zoonatic disease .

Pastikan sumber air yang diberikan kepada kucing adalah bersih . Menukar air minuman
kucing dan memastikan air tidak kotor/berhabuk di dalam bekas minuman . Kucing yang
kurang minum air juga boleh mengalami gangguan kencing . Untuk memastikan kucing
sentiasa minum air secukupnya , letakkan bekas atau tempat minuman
bersebelahan/berhampiran bekas atau tempat makanan . Letak di tempat yang mudah dilihat .

Kucing mungkin tidak dapat mencari/mengesan air seperti mencari makanan , kerana air
tidak dapat di hidu . Ia akan minum bila di depan mata/senang di jumpa atau tersentuh ..
kadang2 ia minum apa saja air yang ada contohnya air paip, menjilat lantai yang basah ,air
tertumpah dan lain2 yang kotor dan membahayakan kucing . Melainkan kucing yang di
letakkan dalam cage , air&makanan tersedia dalam cage tersebut .

Kebersihan gigi kucing juga perlu diberi perhatian sekali sekala . Periksa gigi dan kawasan
gusi mulut kucing untuk memastikan tiada luka . Jika kucing mula kurang makan , walaupun
ia menghidu2 makanan tersebut namun hanya menjamah sedikit atau langsung tidak ,
mungkin kawasan mulutnya terdapat luka atau tanda2 pada penyakit yang lain . Terus ke
veterinar untuk di periksa . Bagi menjaga gigi kucing serta mulut tidak berbau , berikan
dryfoood yang boleh membersihkan gigi & mulut berbau . Terlalu kerap memberikan
wetfood/makanan yang di sediakan sendiri juga akan membuatkan mulut kucing berbau .
Periodontal disease boleh membawa kepada penyakit jantung dan buah pinggang .

Hairball terhasil dari proses membersihkan/menjilat bulu secara rutin seekor kucing . Hairball
yang di telan akan keluar bersama najis kucing ( Kalau diperhatikan kucing suka makan
rumput dan selepas itu kucing akan muntahkan semula , rumput di katakan ubat pada kucing
.. kerana terdapat hairball pada muntah kucing..) Jika kucing kerap menjilat bulu , ia mungkin
menghasilkan hairballs yang banyak yang mungkin menyumbat saluran pencernaan kucing .
Sering memandikan kucing , membersihkan bulu atau jika kucing mengalami masalah bulu
gugur , dapatkan rawatan . Bahaya untuk kita jika kita kerap mencium/memeluk kucing yang
bulunya mudah gugur kerana bulu kucing mudah masuk melalui mulut serta hidung ketika
kita mencium/memeluk kucing ...

Jangan membiarkan kucing mempunyai lemak yang berlebihan . Jangan dekatkan kucing
kepada risiko kencing manis dan obesiti hanya kerana kita mahu kucing lebih gemuk dan
comel . Mengawal keseimbangan diet pemakanan seharian kucing adalah penting untuk
memastikan kucing sihat .

Sediakan alat permainan khas untuk kucing yang mudah di dapati petshop . Ini bagi
mengekalkan kucing yang aktif dan juga satu cara senaman buat kucing .. Melihat gelagat

kucing yang sedang aktif bermain,mengejar atau mengigit , mampu mencipta 'mood' gembira
dan ketawa .. kucing adalah haiwan peliharaan yang dapat hilangkan stress,penat atau marah
...

Inginkan info-info atau maklumat tentang / penjagaan kucing ..? Cubalah join forum-forum
berkenaan haiwan peliharaan untuk bertanya ataupun sekadar berkongsi cerita .

Jangan membiarkan kucing pergi atau bermain jauh dari kawasan rumah , yang mungkin
kucing terdedah kepada bahaya di luar sana .. anjing ataupun kenderaan .

Kucing kencing atau membuang sesuka hati ? Jika telah menyediakan litter box untuk kucing
tapi kucing kencing atau membuang merata tempat ...Mungkin perlukan kekerapan untuk
membasuh/menganti litterbox kerana kucing memerlukan keselesaan dan privacy ketika di
toilet nya . So kalau kotor , kucing akan cari port/tempat lebih selesa untuk masa2 privacy
nya

Berikan sekurang-kurangnya 15minit untuk saat bersama kucing setiap hari....untuk


mengekalkan kemesraan .

Anda mungkin juga menyukai