Anda di halaman 1dari 3

_____________________________________________________________________________

MPU3122
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
______________________________________________________________________________

SEMESTER JANUARI 2019

TUGASAN

Nama :
No Matrik :
No Tel. :
Nama Tutor :
Pusat pembelajaran :

i
LAPORAN REFLEKTIF

1. Apakah yang saya pelajari daripada kursus ini?

Secara amnya, kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) merupakan salah satu
kursus wajib yang perlu diambil oleh pelajar program pengajian peringkat ijazah di Open
University Malaysia (OUM). Melalui pembelajaran kursus TITAS ini saya telah mengenali
tamadun-tamadun dunia yang terdahulu sewaktu ianya melalui zaman kegemilangan dan zaman
kejatuhannya serta sumbangan-sumbangan setiap tamadun tersebut. Pembelajaran mengenai
tamadun Islam, tamadun Cina dan tamadun India telah membuatkan saya lebih memahami
perbezaan diantara agama, budaya dan bangsa setiap tamadun tersebut. Sehubungan dengan itu,
saya lebih memahami tentang asal usul masyarakat, sistem keagamaan dan kepelbagaian budaya
pada tamadun terdahulu yang mengajar saya agar terus melakukan kebaikan dan membantu
orang lain tanpa mengira bangsa atau agama. Selain itu, saya juga mempelajari tentang
sumbangan tamadun-tamadun terdahulu di dalam bidang ekonomi, perubatan, metematik, sosial,
astronomi, seni, politik dan banyak lagi yang masih lagi diaplikasikan pada masa sekarang.

2. Bagaimanakah pengalaman pembelajaran saya sepanjang kursus ini?

Pengalaman saya sepanjang pembelajaran kursus TITAS ini merupakan satu pengalaman
yang baru dan menarik buat saya dimana saya dapat memperolehi input-input yang belum pernah
saya ketahui sebelum ini. Selain itu, saya juga telah mengulangkaji pelajaran secara berkumpulan
yang telah mengeratkan hubungan silaturrahim diantara rakan sekelas sambil berkongsi
maklumat diantara kami. Saya juga telah menghadiri semua kelas tutorial yang telah dijalankan
di pusat pengajian dan juga mengambil bahagian dalam aktiviti atas talian yang membantu saya
memahami kursus ini.

3. Apakah cadangan saya untuk meningkatkan kualiti pembelajaran bagi kursus ini?

1
Pada pandangan saya kualiti pembelajaran kursus ini boleh ditingkatkan lagi melalui cara
pembelajaran secara “live streaming” yang lebih efisyen pada masa sekarang dan ianya terbukti
dapat menggantikan sistem pembelajaran konvensional “face-to-face”. Keduanya, sesi
pembelajaran juga boleh dijalankan di luar kelas seperti melawat tapak-tapak bersejarah agar
pelajar-pelajar dapat lebih berfikiran luas dan seterusnya dapat menghubungkaitkan diantara
perkara yang diajar di dalam kelas dengan realiti semasa agar membantu meningkatkan
pemahaman pelajar tentang kursus TITAS ini.
(289 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai