Anda di halaman 1dari 15

BBPP1103

PRINCIPLES OF MANAGEMENT
TAJUK:
PERANAN-PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH PENGURUSPENGURUS DALAM ORGANISASI
NAMA:

NO KAD PENGENALAN:

NO MATRIKS:

PUSAT PEMBELAJARAN
CAWANGAN KOTA BHARU

KELANTAN

1.0

PENGENALAN TENTANG PERANAN-PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH


PENGURUS-PENGURUS DALAM ORGANISASI

Semua organisasi memerlukan entiti kepimpinan pengurusan yang sesuai dalam kalangan
superiornya (pegawai atasan) yang berperanan sebagai pemimpin bagi memperjuangkan aspirasi
sesebuah organisasi. Hal ini kerana, pemimpin yang berjaya mempengaruhi subordinatnya
(pegawai bawahan) untuk melakukan sesuatu tugas ke arah mencapai matlamat organisasi,
mampu membawa kepada kejayaan organisasi tersebut. Apatah lagi kejayaan sesuatu organisasi
juga sangat berkait rapat dengan aspek pengurusannya yang secara langsung melibatkan proses
kepimpinan sehingga mampu menyumbang kepada pembangunan ketamadunan sesebuah
masyarakat moden (Razali Mat Zin, 1996:7). Superior mempunyai pelbagai peranan dalam
menerajui organisasinya. Selaku ketua, salah satu peranan pentingnya ialah bertanggungjawab
menyebarkan maklumat (disseminator) kepada ahli. Maklumat yang diperoleh adalah daripada
hasil peranannya selaku pemimpin. Dalam erti kata lain, dalam mana-mana organisasi, superior
selaku pemimpin ialah orang pertama yang memperoleh maklumat mengenai sesuatu perkara
khususnya yang berkaitan aktiviti pengurusan organisasi yang tidak diketahui oleh orang lain.
Maklumat yang diperoleh disebarkan kepada subordinatnya sama ada secara verbal mahupun
melalui kemudahan teknologi seperti e-mel, telefon, khidmat pesanan ringkas dan bahan
bercetak lain.
Peranan-peranan penting lain seperti yang dijelaskan di bawah:
(a) Peranan sebagai Tunggak
Seorang pengurus perlu menjalankan tugas-tugas protokol
Seperti menjadi wakil organisasi untuk majlis penting atau jurucakap rasmi organisasi
(b) Peranan sebagai Pemimpin
Menjadi pemimpin contoh kepada pekerja dan mampu memberikan motivasi dalam
memastikan pencapaian yang di target mampu ciapai. Pengurus harus memimpin ahliahli unitnya untuk melaksanakan kerja dengan berkesan ke arah pencapaian matlamat
unit dan juga organisasi, di samping menyelesaikan masalah-masalah dan isu yang
timbul (Shahrol, et.al, 2012)
(c) Peranan sebagai Pegawai Perhubungan
Mampu berkomunikasi dengan pihak luar atau mempunyai hubungan dua hala yang baik
dengan pihak luar seperti pemerintah, media, pengguna dan sebagainya
1

(d) Peranan sebagai Jurucakap


Pengurus sesebuah organisasi lazimnya berperanan sebagai jurucakap. Sebagai contoh,
seorang penyelia akan memastikan pengurus operasi dibekalkan dengan maklumat
terkini tentang operasi kilang pengeluaran. Pada masa yang sama, pengurus besar sebuah
kilang akan melobi pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan tender yang baharu.
(e) Peranan sebagai Perunding
Tiada organisasi yang bebas daripada masalah. Mampu mencari jalan penyelesaian bagi
masalah yang timbul anatara pekerja dengan pekerja, pekerja dengan majikan atau
syarikat dengan pihak luar Contohnya, seorang pengurus akan berunding dengan wakil
kesatuan pekerja untuk mencapai perjanjian secara baik berkaitan gaji pekerja.
(f) Peranan sebagai Pencetus Idea
Dua pakar pengurusan, Sumantra Ghoshal dan Christopher Bartlett (Dessler, G; 2001),
menegaskan peranan tambahan pengurus adalah sebagai pencetus tindakan korporat dan
transformasi.
2.0

ANALISIS TENTANG PERANAN, MENANGANI RUANG BUDAYA: PERANAN


PENGURUS SEBAGAI TONGGAK DALAM PENYEBAR MAKLUMAT BAGI
ISTANA BUDAYA, KUALA LUMPUR

Dalam artikel yang ditulis oleh Ab. Samad Kecho (2013), dalam Malaysia Journal of Society
and Space 9 issue 1 (70 -78). Menjelaskan kepentingan peranan pengurus sebagai tonggak dalam
menyebarkan maklumat bagi Istana Budaya kepada masyarakat mengenai program yang akan
dijalankan di Istana Budaya.
Semua organisasi memerlukan entiti kepimpinan yang sesuai dalam kalangan superiornya
(pegawai atasan) yang berperanan sebagai pemimpin bagi memperjuangkan aspirasi sesebuah
organisasi. Hal ini kerana, pemimpin yang berjaya mempengaruhi subordinatnya (pegawai
bawahan) untuk melakukan sesuatu tugas ke arah mencapai matlamat organisasi, mampu
membawa kepada kejayaan organisasi tersebut. Maka dengan itu, peranan yang dimainkan
superior dalam sesebuah organisasi seni budaya seperti Istana Budaya (IB) dilihat mampu
meletakkan agensi tersebut pada landasan yang lebih kukuh. Apatah lagi kejayaan sesuatu
organisasi juga sangat berkait rapat dengan aspek pengurusannya yang secara langsung
melibatkan proses kepimpinan sehingga mampu menyumbang kepada pembangunan
ketamadunan sesebuah masyarakat moden (Razali Mat Zin, 1996:7).
2

Situasi ini yang menjadi tanggungjawab para pengurus selaku superior dalam mana-mana
organisasi dan ianya amat bergantung kepada kebijaksanaan mereka berperanan semasa
menjalankan tugas-tugas dalam organisasi. Kegagalan pihak pengurusan dalam kalangan
superior di sesebuah organisasi berperanan sebagai tonggak utama dalam penyebar maklumat
secara langsung akan merencatkan perjalanan organisasi. Oleh yang demikian, sebagai salah
sebuah organisasi seni awam yang dianggap unggul dalam seni persembahan pentas, adalah
penting untuk ditinjau sejauh mana aliran maklumat yang dilaksanakan oleh superiornya mampu
meletakkan Istana Budaya (IB) sebagai teraju dalam organisasi seni persembahan pentas (Ab.
Samat, 2013).
Peranan pengurus sebagai tonggak cukup kritikal kepada kejayaan dan imej IB terutamanya
dalam konteks pementasan dan prestasi kakitangan. Melalui peranan ini pengurus meneliti
maklumat yang didapati sesuai dan berkaitan untuk disebarkan dalam kalangan mereka
(kakitangan/penggiat seni/artis) yang berkaitan. Ini membolehkan pengurus IB memindahkan
maklumat dari luar ke dalam organisasi IB dan individu lain yang berkenaan. Dalam hal ini
pengurus terbabit seolah-oleh menjadi nadi dan pusat penyebaran fakta penting bagi ahli
cawangannya khususnya dan IB amnya. Menurut seorang pengurus, apabila maklumat yang
diperoleh dapat dikongsi bersama-sama dengan warga organisasi IB, beliau berharap dapat
memberikan kefahaman kepada kakitangan, justeru itu memudahkan beliau menimbangkan
berbagai-bagai perkara tentang subordinat dalam proses membuat keputusan di peringkat
organisasi (IB) (Ab. Samat, 2013).
Sumber maklumat yang mana adalah penting untuk mendapatkan maklumat dalam suatu
organisasi. Ini bertujuan memastikan keputusan yang dibuat akan lebih tepat dan betul.Bertujuan
memastikan organisasi tidak ketinggalan dalam persaingan yang ada supaya kecekapan dan
keberkesanan dalam pengurusan sentiasa di hadapan. Dalam setiap organisasi akan ada pengurus
yang dipertanggungjawab untuk menguruskan sumber-sumber yang ada dengan lebih cekap dan
berkesan. Pengurus adalah individu yang terlibat dalam mengurus perancangan, mengorganisasi,
memimpin & mengawal semua aktiviti organisasi supayasegala matlamat yang ditetapkan
dicapai. Dalam setiap organisasi akan ada pengurus yang dipertanggungjawab untuk
3

menguruskan sumber-sumber yang ada dengan lebih cekap dan berkesan. Pengurus adalah
individu yang terlibat dalammengurus perancangan, mengorganisasi, memimpin & mengawal
semua aktiviti organisasi supayasegala matlamat yang ditetapkan dicapai.
Pengurus senagai tonggak utama akan sentiasa menyampaikan maklumat istimewa langsung
kepada bawahannya, yang sebaliknya akan tidak mempunyai akses kepada maklumat tersebut.
Seperti memorandum,mesyuarat kakitangan dan perbincangan. Dan memastikan maklumat yang
disampaikan adalah betul.Contohnya, presiden sebuah syarikat dalam perbualannya semasa rehat
dan makan tengah hari mungkin mendapat maklumat tentang salah sebuah firma yang
merupakan pelanggannya akan bankrap, maka beliau akan mengarah pasukan jualannya supaya
berhenti menjual secara kredit kepada firma tersebut. Pengurus yang bertanggungjawab akan
memastikan semua pekerja menerima maklumat yang betul dan tepat , lebih-lebih lagi yang
berkaitan dengan prosedur kerja.
3.0

ANALISIS TENTANG PERANAN PENGURUS SEBAGAI PEMIMPIN DALAM


MENANGANI PERUBAHAN KECEMERLANGAN

Hasil kajiann yang dilakukan oleh Norhapizah Mohd Burhan dan Suhanom Mohd Zaki melalui
kajian

Kepimpinan

dalam

Mengurus

Perubahan

untuk

Kecemerlangan

Organisasi

Perbandingan antara Barat dan Islam dalam sebuah artikel keluaran UiTM melalui
http://versys.uitm.edu.my/prisma/view/viewPdf.php?pid=1168. Tindakan proaktif pengurusan
terhadap perubahan membolehkan mereka memenuhi tuntutan dan kehendak pelanggan serta
bergerak selari, seiring dan selaras dengan cita rasa mereka memandangkan dalam melaksanakan
perubahan, tiada suatu aspek pun yang pasti kecuali ketidakpastian. Oleh kerana ketidakpastian
merupakan sesuatu yang pasti, maka ketidaksediaan pengurusan untuk meminpin melakukan
perubahan akan mendedahkan organisasi kepada persaingan dan memungkinkannya menemui
kematian lebih awal daripada sepatutnya. Oleh itu, bagi memastikan kelangsungan seterusnya
kecemerlangan organisasi, maka perubahan merupakan suatu desakan yang perlu ditangani oleh
pemimpin dengan sebaik mungkin. Pemimpin perlu memastikan setiap perubahan yang
dilakukan akan mendatangkan nilai tambah tidak hanya keuntungan kewangan tetapi mampu
meningkatkan nilai kemanusiaan. Pemimpin juga perlu memastikan kehadiran mereka

merupakan suatu keperluan yang amat dirasai oleh ahli-ahli dari dalam dan luar organisasi
semasa berhadapan dengan perubahan.
Manusia yang berperanan dan menyumbang secara bersendirian dalam menyebarkan mesej
universal kepada seluruh manusia amat menakjubkan untuk dinyatakan secara khusus dalam
catatan sejarah. Tetapi Nabi umat Islam merupakan seorang yang membawa keamanan dan
memiliki kewibawaan. Pada tahun 623 Masihi telah selesai misi Baginda kepada Allah S.W.T.
yang mana selama 23 tahun Baginda diuji dan dicabar serta bertungkus-lumus tanpa henti bagi
memastikan keamanan dan kebenaran di Tanah Arab. Baginda telah menyelesaikan proses
perubahan dengan menghabiskan masa selama 13 tahun di Makkah untuk mengisi keimanan dan
10 tahun di Madinah untuk mengajak kepada mengamalkan syariah.
Model pengurusan Muhammad S.A.W. yang diperkenalkan oleh Ismail (2000, hal. 75). Ia
merupakan satu model yang lebih komprehensif berbanding model -model Barat dan berteraskan
nilai-nilai keislaman tulen. Kerangka pemikirannya merangkumi empat elemen utama iaitu
tauhid/iman, ibadah/amal soleh dan khalifah yang menghasilkan kejayaan. Tauhid merujuk
kepada wawasan agung dan semangat untuk menyampaikan mesej iman, persaudaraan dan
keadilan sejagat. Ibadah dan amal serta kecintaan inilah mengajak manusia kepada kebaikan dan
menghalang kemungkaran. Elemen tersebut menggabungkan nilainilai mulia dan komitmen
menyeluruh. Khalifah memainkan peranan sebagai pemimpin, agen pengubah serta menjunjung
perintah Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. dalam menuju kejayaan abadi. Apabila ketiga-tiga
elemen ini dilaksanakan, ia akan menghasilkan kejayaan, gabungan menyeluruh kesemua elemen
yang saling bergantungan antara satu sama lain secara holistik. Kejayaan (al-falah) membawa
maksud pencapaian kejayaan dan kekayaan untuk semua orang yang mempunyai wawasan yang
sama. Kepimpinan Islam berasaskan syarak, keadilan, kesederhanaan, kebebasan bersuara,
pembela kebenaran dan keselamatan ummah. Hal ini kerana pemimpin akan dipersoalkan
tanggungjawabnya di akhirat kelak. Ciri-ciri kepimpinan Islam dan proses lantikan pemimpin
telah dibincangkan oleh tokoh-tokoh pemimpin Islam antaranya AlMawardi, Imam Al-Ghazali
dan Al-Farabi

Berdasarkan perbincangan tentang model dan konsep pemimpin dalam menangani perubahan,
pemimpin perlu memainkan peranan yang signifikan. Kepercayaan dan keyakinan yang tinggi
oleh pemimpin terhadap pekerja menjurus kesediaan mereka untuk memperkasakan pekerja
dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan yang difikirkan terbaik. Pada masa yang
sama, pemimpin perlulah memahami keperluan pekerja dengan membangkitkan suasana saling
mempercayai dan kesediaan untuk membantu dengan meruntuhkan tembok pemisah diantara
mereka. Kejayaan pemimpin untuk bertindak sedemikian bukan hanya memungkinkannya
melakukan suatu perubahan tetapi perubahan-perubahan seterusnya yang akan terus mendesak.
Hasil perbandingan model-model kepimpinan Barat dalam menangani perubahan, didapati
bahawa tiada kajian yang sempurna dan boleh digunakan sepanjang masa. Setiap model dan
konsep kepemimpinan terdapat kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Teori-teori dan
model-model terdahulu akan dijadikan asas dan perbandingan untuk melahirkan teori, model dan
konsep kepemimpinan yang baru. Model-model kepemimpinan dan pengurusan Barat
menampakkan pendewaan terhadap kejayaan manusia, kebendaan dan organisasi. Kebimbangan
ini sering ditimbulkan oleh para pengkaji Barat sendiri yang meragui keberkesanan
kepemimpinan mereka yang merendahkan nilai-nilai agama, ketuhanan dan kesejahteraan rakyat.
Sebaliknya kepemimpinan yang berteraskan nilai-nilai agama terutama sekali agama Islam lebih
beradab, menyeluruh dan bertanggungjawab.
4.0

KEPIMPINAN

GURU

BESAR

DI

SEKOLAH

SEBAGAI

PEGAWAI

PERHUBUNGAN
Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau pengurusan adalah
tersangat penting kajian yang tulisan oleh Kolaberasi Ilmu pada 19 November 2012 yang telah
dimuat

turun

artikel

dalam

laman

web

rasminya

ilmu.blogspot.my/2012/11/kepimpinan-guru-besar-di-sekolah.html.

Tanpa

http://kolaborasipengurusan

yang

cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat
menyempurnakan kehidupan manusia. Dalam proses pentadbiran,ia berlaku sama ada di dalam
sesebuah organisai yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal.
Untuk mengurus sesuatu organisasi, seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami
terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran dan melibat tugas pegawai
perhubungan ini penting dalam menyampaikan maklumat bagi kedua-dua pihak.
6

Griffiths (1959), dalam buku bertajuk Administration Theory, menyatakan pentadbiran adalah
satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia. Ia adalah proses yang
mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu.Drucker (1945) dalam bukunya The
Practice of Management menjelaskan pegawai perhubungan pentadbiran itu ialah sumber asas
dan sumber yang paling berharga. Stoner (1984) mengatakan pengurusan adalah satu proses
merancang, mengelola, memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan
sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Campbell pula, menjelaskan
proses pentadabiran sebagai satu cara anggota-anggota sebuah organisasi membuat keputusan
dan mengambil tindakan untuk mencapai matlamat.
Peranan Guru Besar Sebagai Pegawai Perhubungan
Di antara peranan dan tanggungjawab guru besar sebagai pengurus sesebuah organisasi
pendidikan ialah:
o memahami dan mengetahui secara mendalam tentang Falsafah Pendidikan Negara
yang terjelma dalam falsafah pendidikan sekolahnya, termasuk matlamat KBSR.
o membimbing, menyedar dan menyelia guru-guru di bawahnya ketika
o melaksanakan tugas mereka untuk memastikan segala program dan kegiatan yang
dijalankan itu sesuai, selaras dan secocok dengan falsafah dan matlamat
pendidikan tersebut.
o memainkan peranan yang positif dan serius untuk menjamin staf profesionalnya
bukan sahaja setakat memahami bahkan juga bertindak untuk mencapai matlamat
pendidikan yang ditetapkan, sama ada secara tersurat atau tersirat.
o mempunyai peranan dan tanggungjawab ke atas kejayaan pencapaian hasrat, citacita dan kehendak falsafah dan matlamat pendidikan sesebuah sekolah.
o membimbing dan mendorong serta meransang guru untuk bekerja dengan
semangat dedikasi dan komitmen yang tinggi dengan menggunakan kemahiran
berkomunikasi.
o menjadikan sekolahnya sebagai lambang kepada segala nilai, kepercayaan, citacita dan hasrat yang diperjuangkan oleh sekolahnya serta berkeupayaan untuk
menjelaskan tujuan dan rasional di sebalik pelaksanaan kurikulum dan
kokurikulum sekolah kepada semua pihak yang berkenaan.
7

Menurut Ibrahim Mamat (1998), Guru Besar ialah orang yang mengetuai atau memimpin
sesebuah sekolah. Pada diri seorang Guru Besar itu sebenarnya terdapat ciri-ciri ketua dan ciriciri orang tua. Sabri Salleh (1998) menyatakan Guru Besar merupakan orang yang
bertanggungjawab

untuk

mengambil

inisiatif

bagi

menggerakkan

perubahan

di

sekolahnya. Penampilan seorang Guru Besar yang hebat dan disegani berkaitrapat dengan stail
kepimpinan yang dipaparkan, melalui kemahirannya sebagai pegawai perhubungan yang baik,
baik bagi kakitangannya, pelajar ibu bapa dan Jabatan Pelajaran Daerah.
Pendekatan mempengaruhi subordinat melalui proses ransangan untuk mereka berusaha secara
relahati bagi mencapai matlamat bersama menampilkan ciri kepimpinan yang baik dan unggul.
Penyerlahan penampilan keupayaan (kebolehan dan pencapaian) individu pemimpin dalam
menjayakan kepimpinannya dikenalpasti sebagai stail kepimpinan.
Menurut Ramaiah (1999) elemen asas proses kepimpinan ialah pengikut. Proses kepimpinan
tidak boleh berlaku dengan seorang sahaja kerana proses ini memerlukan sekurang-kurangnya
dua orang, seorang yang memimpin dan seorang lagi mengikut. Kalau tidak ada pengikut maka
tidak ada pemimpin. Selain itu, kesetiaan pengikut adalah penting kepada pemimpin.

Proses

kepimpinan akan runtuh begitu sahaja sekiranya pengikut tidak setia kepada pemimpin.
Kejayaan proses kepimpinan bergantung dan berkaitan dengan kesetiaan pengikut kepada
pemimpin.
Secara umumnya pengurusan pendidikan di sekolah disokong oleh struktur pentadbiran yang
lengkap dan mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu di mana setiap fungsi itu saling melengkapi
kepada fungsi yang lain (complimentary). Sesebuah pengurusan pendidikan yang cekap dapat
menggunakan semua sumber dengan berkesan. Pengurusan pendidikan merupakan bidang yang
amat istimewa kerana ia merupakan aspek yang sangat penting dalam proses pembinaan
generasi. Bidang ini tidak sahaja dikaitkan dengan proses pendidikan dan pengurusan, tetapi juga
dikaitkan secara langsung dengan ilmu pengetahuan. Oleh kerana sifat ilmu itu berkembang,
kemahiran pengurusan juga tidak dapat mengelak dari berkembang sama.

Pengurusan

pendidikan juga dikaitkan dengan kualiti pendidikan. Kualiti pendidikan diukur dengan kualiti
8

generasi baru yang dihasilkan. Indikator kualiti itu berkait rapat dengan keupayaan Kementerian
Pendidikan, Jabatan Pendidikan, sekolah dan bilik darjah yang akan melahirkan generasi pelajar
yang bukan sahaja berkemampuan untuk terlibatn dalam pasaran kerja (job market), tetapi dalam
masa yang sama generasi pelajar itu memiliki kualiti akhlak dan diri yang cemerlang. Dalam
konteks reformasi pendidikan yang bertunjangkan Falsafah Pendidikan Negara, peranan
pengurusan pendidikan dilihat amat penting bagi melahirkan generasi seimbang dan harmonis
yang bukan sahaja memiliki keupayaan intelek yang baik dan ketangkasan jasmani yang teruji,
tetapi dalam masa yang sama memiliki kekuatan dalaman yang berdaya tahan. Keadaan ini
semua memerlukan keupayaan berhubung atau berkomunikasi yang baik yang perlu ada dalam
diri guru besar.
Pentadbir sekolah bertanggungjawab untuk memudahkana interaksi antara kakitangan dan perlu
mengamalkan kepipmpinan ciri-ciri kepimpinan demokratik.Semua individu yang terlibat dalam
sebarang keputusan hendaklah diberikan kesempatan untuk menentukan corak tindakan yang
perlu dilaksanakan
5.0

RUMUSAN

Keperluan "pengurusan" ialah "seni untuk mencapai sesuatu matlamat melalui orang lain."
Orang lain tersebut seringnya merupakan orang bawahan. Maka dengan takrif ini, seseorang
yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang bawahan boleh dirujuk sebagai pengurus,
umpamanya para eksekutif, penyelia, mandur, dan sebagainya bolehlah dipanggil pengurus.
Sebenarnya di Amerika Syarikat, para mandur dan penyelia dirujuk sebagai front-line manager
atau pengurus baris depan. Melalui pengurus yang mempunyai orang dibawah arahannya mereka
perlu sentiasa mampu menjadikan setiap arahan dan juga perkara yang di arah mampu diikuti
dengan baik oleh orang bawah yang meilhat sebagai satu tanggungjawab. Setiap pengurus
seharusnya mengetahui cara-cara untuk mewujudkan konsep tersebut.Sebagaimana yang kita
fahami,pendidkan sebagai agen sosialisasi dan penyampai warisan budaya dapat memberi
faedah-faedah ekonomi dan membolehkan individu-individu menikmati kehidupan yang baik
memainkan peranan penting selaku penjalin hubungan yang baik dengan semua pihak dalam
organisasi. Hal ini demikian kerana dalam sesebuah organisasi, selain menerima maklumat,
pengurus juga menyalurkan maklumat bertujuan melancarkan perjalanan pengurusan organisasi.
9

Dalam konteks IB, peranan ini dimainkan oleh para pengurus dan hal ini didapati memberikan
kesan terhadap peningkatan pengetahuan para kakitangan sokongan dan secara langsung
memberikan impak kepada komitmen. Kesemua mereka didapati jelas, memahami dan kerap
memainkan peranan tersebut. Hal ini seperti yang diakui oleh kakitangan organisasi subordinat
yang bersetuju bahawa pemimpin mereka telah menjalankan peranan tersebut. Secara tidak
langsung dapatan ini juga menunjukkan subordinat sedar akan kepentingan mengurus maklumat
oleh pemimpin mereka. Peranan ini boleh mempengaruhi perjalanan dan iklim organisasi.
(2600 patah perkataan)

Rujukan
Ab. Samat Kechot. (2013). Menangani ruang budaya: Peranan pengurus sebagai penyebar
maklumat bagi Istana Budaya, Kuala Lumpur. Malaysia Journal of Society and Space 9
issue 1 (70 -78)
Al Ramaiah.(1999). Kepimpinan pendidikan: cabaran masa kini. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn.
Bhd.
Daniel E. Griffiths. (1959). Administrative Theory. New York : Appleton-Century-Crofts.
10

Ismail, N. (2000). Kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W: Model ikutan sepanjang masa
pengurusan altruistik: Perbandingan-silang dengan kepimpinan dan pengurusan
semasa. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd
James A.F. Stoner. (1989). Management Organizations Human Resources. Longman Higher
Education
Peter F. Drucker(1945). Critical Evaluations in Business and Management, Volume 1. London:
Routledge
Razali Mat Zin (1996) Kepimpinan dalam pengurusan. Utusan Publications & Distributors,
Kuala Lumpur.
Shahrol Aman Ahmad, Azhari Ramli Nasri, Nalimi Azelin Aziz, Santhi Raghavan. (2012).
BBPP1103 Prinsip Pengurusan. Petaling Jaya: OUM

Artikel

11

12

13

14

Anda mungkin juga menyukai