Anda di halaman 1dari 8

SUBJEK:

KOMUNIKASI ANTARABANGSA (MBKP 4273)

TAJUK:

KEBERKESANAN MEDIA SOSIAL DALAM PROSES PROPAGANDA ERA


GLOBALISASI MASA KINI

PENSYARAH:

PUAN NURAINA NABILA DUNDAI ABDULLAH

NAMA PELAJAR:

NURFARZANA ANIS BINTI FAZNEE ANIFF (17BI02036)

ARISSA NADIAH BINTI AZHAR (17BI02037)

NUR AINA BINTI ZULKIFLI (17BI02040)

NUR ADRIANA SYAMILAH BINTI AHMAD ZAINORI (17BI02042)

SITI NUR AFIQAH BINTI ADNAN (17BI02049)

IJAZAH SARJANA MUDA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH DENGAN KOMUNIKASI

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR


SESI II 2020/2021

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN.........................................................................................................................2

YOUTUBE.................................................................................................................................2

WHATSAPP..............................................................................................................................3

INSTAGRAM............................................................................................................................3

FACEBOOK..............................................................................................................................4

TWITTER..................................................................................................................................5

KESIMPULAN..........................................................................................................................5

RUJUKAN.................................................................................................................................6

1
PENGENALAN

Propaganda adalah satu bentuk komunikasi yang dirancang, bersifat sistematik dan
dilakukan secara berulang kali untuk mempengaruhi sikap seseorang, sekelompok
masyarakat atau sesuatu bangsa supaya bertindak dengan sedar tanpa dipaksa (Bukhory
Ismail et.al, 2000). Kini dengan wujudnya media sosial, masyarakat akan lebih cenderung
untuk mendapatkan segala maklumat dari seluruh pelosok dunia. Dunia juga mengalami era
globalisasi seterusnya ia dapat meningkatkan komunikasi dengan negara luar dalam bidang
ekonomi, sosial, teknologi dan budaya. Perkembangan teknologi komunikasi telah membuka
lembaran baru dalam perhubungan manusia dan mendorong kepada perubahan dalam
organisasi (Wan Idros Wan Sulaiman et.al, 2017).

Media sosial ini mampu memberikan kesan yang positif dan negatif terhadap sesuatu
perkara yang disiarkan kepada orang ramai. Maka tidak hairan jika kebanyakan antara kita
pasti mempunyai gajet canggih atau alat untuk berhubung dengan orang dari negara luar.
Masyarakat dapat memperoleh segala maklumat berhubung perkara dunia dengan
menggunakan alat komunikasi canggih ini. Tambahan pula, zaman kini perkembangan
teknologi sangat pesat dan tidak terbendung lagi [ CITATION Ami18 \l 17417 ]. 

Suatu organisasi pasti sudah merancang dengan baik dan menggunakan medium dan
platform yang sesuai untuk menyebarkan suatu mesej yang ingin disampaikan. Antara media
sosial yang berkesan dalam proses propaganda era globalisasi masa kini adalah YouTube,
WhatsApp, Instagram, Facebook dan Twitter.

YOUTUBE

YouTube adalah salah satu media sosial yang berkesan dalam menyebarkan
propaganda kerana penonton dapat mengakses video-videonya dengan mudah. Secara tak
langsung ia dapat membentuk persepsi dan pendapat masyarakat yang dapat mempengaruhi
perpaduan nasional (Shamsiah Abd Kadir et.al, 2016). Contoh yang boleh dilihat adalah isu
pergolakan di Suriah yang bermula sejak 26 Januari 2011. Rakyat di sana melakukan protes
kerana ingin menjatuhkan presiden mereka iaitu Basar al-Asad supaya dominasi Syiah dapat
dihentikan dan negara Islam dapat dibangunkan. Menggunakan media sosial seperti YouTube,
rakyat di Suriah dapat menyebarkan propaganda tentang penyelewengan pemerintahan Basar

2
al-Asad sekali gus mengubah persepsi masyarakat Suriah atau luar Suriah supaya Basar al-
Asad dijatuhkan. Secara tidak langsung, mereka mengadakan hubungan antarabangsa dengan
masyarakat luar Suriah untuk mengatasi kemelut yang berlaku di sana. Setiap informasi
terbaru berkaitan peristiwa-peristiwa semasa di Suriah dan aksi sukarelawan disebarkan
melalui jaringan sosial seperti YouTube. Kesan daripada propaganda yang disebarkan ini,
masyarakat dari pelbagai negara lain pun turut serta dalam melakukan demonstrasi dari
negara masing masing (Novi Rizka Amalia, 2016).

WHATSAPP

WhatsApp juga adalah salah satu media baharu yang mempunyai kadar keberkesanan
proses propaganda yang tinggi. Jika dikaitkan dengan isu yang berlaku dalam era COVID-19,
fenomena ‘infodemik’ palsu iaitu penyebaran maklumat tidak tepat tentang pandemik boleh
merencatkan usaha kerajaan dalam menghentikan pandemik itu. Pertubuhan Kesihatan Dunia
(WHO) mengatakan COVID-19 merupakan pandemik pertama yang melanda ketika
teknologi dan media sosial menjadi instrumen penting yang digunakan masyarakat pada skala
yang luas (BH Online, 2020). Menurut kajian Institut Reuters dan Universiti Oxford,
Malaysia memiliki capaian akses internet agak tinggi, iaitu 81 peratus daripada 32 juta rakyat
pada 2020. 86 peratus daripada pengguna internet di Malaysia menjadikan media sosial
sebagai rujukan berita utama. Kajian itu turut mengenal pasti bahawa 51 peratus pengguna
memilih WhatsApp untuk meraih info (BH Online, 2021). Jadi, kerajaan terpaksa berkerah
tenaga demi menepis keraguan masyarakat terhadap vaksin COVID-19 kerana masyarakat
menjadikan media sosial seperti WhatsApp sebagai jambatan menerima dan menyampaikan
maklumat tanpa memeriksa kesahihannya. Propaganda tentang vaksin secara berlebih-lebihan
ini akan menyebabkan kempen imunisasi tidak akan mencapai sasaran sekali gus mendorong
virus untuk terus menular (BH Online, 2020).

INSTAGRAM

Selain itu, Instagram juga telah menjadi senjata penyebaran propaganda oleh
sebahagian gerakan, organisasi atau kelompok. Antara gerakan yang menggunakan
Instagram untuk memanipulasi pemikiran masyarakat adalah Sisters in Islam dengan nama

3
penggunanya @sisterinislam.my. Gerakan yang memperjuangkan hak-hak wanita ini
menyampaikan ideologi mereka dengan teknik propaganda emotional words kerana mereka
menggunakan slogan untuk menarik kepercayaan khalayak bahawa keadilan para wanita akan
diperjuangkan. Mereka juga menggunakan teknik propaganda transfer iaitu menggunakan
figura yang berpendidikan supaya masyarakat senang terpujuk dengan propaganda mereka. Ia
memberi impak yang besar dalam keberkesanan usaha mereka memandangkan jumlah
pengikut di akaun tersebut mencapai hampir tiga ribu pengguna. Selain itu, propaganda
tentang budaya Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) juga semakin pesat
membiak di dalam Instagram. Sebagai contoh, terdapat satu akaun Instagram khas untuk
komuniti LGBT dengan nama penggunanya @lgbt mempunyai pengikut sebanyak 1.8 juta.
Usaha ini sedikit sebanyak telah memberi impak terhadap cara berfikir masyarakat berkaitan
LGBT sehingga fahaman LGBT ini mula diterima masuk ke dalam masyarakat. Kesannya,
golongan-golongan ini semakin lantang dalam meminta hak sama rata dalam undang-undang
negara (Muhamad Ariffudin Azizan et.al, 2019).

FACEBOOK

Mengikut kajian, Facebook adalah rangkaian digital yang kuat menyentuh sentimen
politik dalam kalangan pengguna. Ia memainkan watak penting dalam penyebaran
propaganda bagi meningkatkan penyertaan pengundi dalam sesebuah pilihan raya. Hal ini
kerana Facebook menyediakan ruang untuk berkongsi mesej dalam bentuk audio mahupun
visual sama ada di status, ruangan komen dan sebagainya. Jadi proses penyebaran maklumat
dapat berlaku dengan pesat. Facebook juga berperanan sebagai pentas perdebatan awam
(Eytan Baksy et.al, 2012). Kesan daripada wujudnya medium ini, ahli politik berpeluang
untuk melakukan aktiviti demokrasi secara atas talian dan pengguna mudah mengutarakan
pandangan serta mengetahui informasi daripada pihak kerajaan dan pembangkang untuk
membuat penilaian yang sewajarnya (Junaidi Awang Besar, 2010). Contohnya, pada tahun
2016 menjelang kempen Pilihan Presiden Amerika Syarikat, Presiden Donald Trump didapati
banyak menyebarkan propaganda politiknya di akaun Facebook miliknya (Saufiyyan, 2017).

4
TWITTER

Penggunaan Twitter oleh ahli politik atau parti politik sebagai media baru sangat
efektif dalam menyebarkan propaganda politik mereka. Slogan dan frasa singkat yang mudah
difahami dan diingati sudah cukup bagi ahli politik mempengaruhi pendirian komuniti
Twitter (Sahlan Marzuuqi et.al, 2019). Contoh ahli politik di Malaysia yang aktif
menggunakan Twitter untuk mewakili suara rakyat adalah Syed Saddiq. Beliau menggunakan
teknik plain folk dalam menyampaikan propaganda di Twitter yang mana beliau sering
membangkitkan isu-isu tertentu di aplikasi tersebut sebagai tanda beliau juga sebahagian
daripada rakyat. Perbuatan beliau memberi impak besar dalam mengubah persepsi rakyat
terhadap kelayakannya sebagai wakil rakyat. Di peringkat kebangsaan pula, salah satu kaedah
perundingan yang dilakukan oleh hampir setiap ahli politik utama di Amerika Syarikat adalah
dengan menggunakan platform Twitter sebagai media propaganda. Contohnya, Barack
Obama adalah antara ahli politik yang menggunakan media sosial sebagai platform untuk
berkempen ketika pilihan raya presiden Amerika Syarikat. Keputusan beliau dalam
menggunakan medium tersebut memberi satu sinar bahagia apabila Obama menang dalam
pilihan raya tersebut (Sounman Hong, 2013).

KESIMPULAN

Media memainkan peranan penting dalam sesebuah propaganda yang mana ia


bertujuan menyampaikan mesej untuk membujuk masyarakat mahupun individu dalam
menyokong idea yang dibawa. Namun propaganda dilihat banyak memberikan impak negatif
berbanding kesan positif yang mana kesahihan sesuatu berita yang disebarkan melalui media
sosial itu tidak diketahui sejauh mana kebenaran dan kesahihannya. Justeru, sebagai
masyarakat kita tidak seharusnya menerima sesuatu berita dengan mudah tanpa usul periksa
(tabayyun) terlebih dahulu. Sepertimana firman Allah di dalam surah al-Hujurat ayat 6 yang
bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu
tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan
kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan”.

5
RUJUKAN

Amalia, N. R. (2016). Propaganda Media Sosial Facebook dan Blog dalam Berkembangnya
Konflik di Suriah dan Mesir 2011-2013. Journal of Communication, 23-38.

Aminudin. (2018). Facebook Sebagai Media Dakwah.

Besar, J. A. (2017). Trend Pengundian Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-13. Journal
of Social Sciences and Humanities, 126-149.

Bukhory Ismail, A. A. (2000). Kamus Komunikasi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Eropah. (26 November, 2020). Retrieved from BH Online:


https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2020/11/758639/penyebaran-berita-palsu-
bahayakan-pelaksanaan-vaksin-covid-19

Eytan Bakshy, I. R. (2012). The Role of Social Networks in Information Diffusion. WWW
'12: Proceedings of the 21st international conference on World Wide Web, (pp. 519-
528).

Hong, S. (2013). Who benefits from Twitter? Social media and political competition in the
U.S. House of Representatives. Government Information Quarterly, 464-472.

Minda Pembaca. (27 Januari, 2021). Retrieved from BH Online:


https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2021/01/780305/henti-sebar-
infodemik-palsu

Muhammad Ariffudin Azizan, M. A. (2019). Media Sosial dan Penyebaran Budaya


Transeksual Menurut Islam. Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 , (pp. 293-
312).

Sahlan Marzuuqi, M. Y. (2019). Twitter Sebagai Media Propaganda (Analisis Wacana pada
Tweet @TsamaraDKI dan @FaldoMaldini sebagai Media Propaganda Menjelang
Pemilihan Presiden 2019). Interaksi Online, 421-438.

Sauffiyan, A. (2017). Kempen Politik Trump: Strategi, Taktik Dan Model Perangsaraf Media.
Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 294-312.

Shamsiah Abd Kadir, A. M. (2016). Emotion and Techniques of Propaganda in YouTube


Videos. Indian Journal of Science and Technology, 1-8.

6
Wan Idros Wan Sulaiman, N. M. (2017). Pengaruh Teknologi Komunikasi Terhadap
Perubahan Keorganisasian di Jabatan Penyiaran Malaysia. Journal of Social Sciences
and Humanities, 110-128.

Anda mungkin juga menyukai