Anda di halaman 1dari 12

DEPARTMENT OF BUILDING

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

(CAWANGAN PERAK KAMPUS SERI ISKANDAR)

ULASAN ARTIKEL:
TITIK TEMU ANTARA FALSAFAH DAN
KEHIDUPAN PRAKTIS

Disediakan oleh:

NAMA NO MATRIK SUMBANGAN % MARKAH

Najiha binti Azmi 2020963175

Sharifah Nur Atiqah binti Syed


2020963365
Muzzafar Shah
Siti Fatin Najihah binti Samsul Bahari 2020969239

Nur Ainie Izatie binti Nonazahar 2020963403


PENGAKUAN PLAGIAT
“Saya mengakui bahawa Tugasan Projek ini adalah hasil saya sendiri tanpa meniru dan tiada
unsur plagiat kecuali sumber rujukan yang telah saya nyatakan setiap satu-satunya”

Tandatangan :
Nama Pelajar : Sharifah Nur Atiqah binti Syed Muzzafar Shah
Opsyen :
Tarikh : 17/06/2020

Tandatangan :
Nama Pelajar : Siti Fatin Najihah binti Samsul Bahari
Opsyen :
Tarikh : 17/06/2020

Tandatangan :
Nama Pelajar : Najiha binti azmi
Opsyen :
Tarikh : 17/06/2020

Tandatangan :
Nama Pelajar : Nur ainie izatie binti nonazahar
Opsyen :
Tarikh : 17/06/2020
ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN................................................................................................................................1
1.1 Pengenalan tentang falsafah.......................................................................................................1
2.0 FAKTA DAN PERBINCANGAN...........................................................................................................2
2.1 Hubungan Falsafah dan Kehidupan Praktis: Pandangan Ahli Falsafah.........................................2
2.2 Fungsi falsafah.............................................................................................................................3
2.3 Kebahagiaan hidup......................................................................................................................4
2.4 Kedudukan falsafah.....................................................................................................................6
2.5 Faedah-feadah falsafah kepada individu.....................................................................................7
3.0 KESIMPULAN DAN ETIKA.................................................................................................................8
4.0 RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI............................................................................................................9
1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan tentang falsafah


Falsafah dan kehidupan praktis harian adalah perkara yang berbeza. Manusia juga
tidak sedar bahawa kehidupan praktis harian dengan falsafah mempunyai hubungan yang
sangat rapat, artikel ini akan membuktikan hubungkait diantara dua perkara ini dan faedahnya
kepada manusia sejagat. Kehidupan praktis dikaitkan dengan tindakan sedar untuk
melakukan kerja-kerja harian dengan melibatkan penggunaan ‘tulang empat kerat’ bagi
menyempurnakan kerja-kerja tersebut. Ini membuktikan bahawa tenaga fizikal amat
diperlukan akan tetapi tenaga akal juga digunakan walaupun tidak sama beratnya berbanding
kerja praktikal. Semuanya bermula dari kerja akal dahulu dan kemudian dilaksanakan oleh
anggota badan. Ini bermakna kerja-kerja yang dilakukan oleh anggota badan adalah
terjemahan daripada apa yang diarahkan oleh akal. Kerja akal adalah sangat penting yang
memerlukan ketepatan dan jelas kerana ia mempengaruhi seluruh tindakan yang diambil oleh
anggota badan. Terdapat tempias falsafah di dalam kerja-kerja akal walaupun ia berlaku
tanpa sedar atau dirancang. Namun begitu, dari perspektif umum, falsafah itu adalah sesuatu
ilmu yang ekslusif, bombastik, teoritis dan penuh dengan impian yang sukar untuk dicapai.
Al-Farabi (870-950M), ahli Falsafah Islam berkata: “Falsafah ialah ilmu
pengetahuan tentang alam yang wujud dan bertujuan menyelidik hakikatnya yang
sebenarnya”. Titus (1959: 8-9) mengemukakan beberapa pengertian tentang falsafah iaitu
sikap tentang hidup dan alam semesta, satu kaedah pemikiran reflektif dan penyelidikan
akliah, satu peringkat (memahami) masalah dan satu peringkat teori atau sistem fikiran
dalam usaha mencari kebenaran. Ibn Rushd (1126-1198) menjelaskan bahawa falsafah ialah
penyelidikan tentang alam wujud dan memandangnya sebagai jalan untuk menemui Maha
Pencipta segala ciptaan. Ibnu Tufayl (1110-1185) menegaskan falsafah berusaha mencari
kebahagiaan dan kebenaran melalui pemikiran. Jelas sekali dilihat bahwa dari pengertian
falsafah-falsafah tersebut seolah-olah kehidupan praktis harian, tidak mmpunyai hubungan
dengan falsafah. Namun begitu, Socrates, iaitu guru Plato, menyatakan bahawa “kehidupan
yang tidak diperiksa tidak layak untuk dihayati (the unexamined life was not worth living)”.
Kenyataan tersebut bermaksud kehidupan tidak sesuai untuk dihayati atau menjadi pola
kehidupan seseorang tanpa pemerikasaan falsafah. Ini membuktikan bahawa falsafah
sebenarnya mendominasi kehidupan seharian manusia dan amatlah penting dalam kehidupan.

1
2.0 FAKTA DAN PERBINCANGAN

2.1 Hubungan Falsafah dan Kehidupan Praktis: Pandangan Ahli Falsafah


Mengadungi dua fasa pemikiran iaitu pemikiran sebelum Socrates dan pemikiran
selepas Socrates. Falsafah sebelum Socrates digerakkan oleh Thales (625- 545SM),
Anaximender (610-547 SM), Anaximenes (585-528 SM), Heraclitus (540-480 SM),
Xenophanes (580-470 SM), Parmenides (540 SM), Zeno (334-262 SM), Pythagoras (580
SM-?), Empedocles (490-430SM), Anaxagoras (500-428 SM), Democritus (460-360 SM)
dan lain-lain yang turut memberi fokus kepada alam fizikal. Pada waktu itu, iaitu Homeros
dan Hesiodos dikaitkan dengan segala kejadian atau segala yang wujud yang difokuskan
kepada alam lahir serta dikaitkan jua dengan alam dewi dewi atau segala macam Tuhan.

Socrates tidak lagi berminat unruk berfikir serta menyiasat tentang alam fizikal ini
kerana menurut nya alam itu tidak berkomunikasi atau memberi respon terhadap manusia.
Apabila tiba zaman Socrates dan seterusnya Plato dan Aristotle, focus pemikan mulai
berubah. Selain daripada itu, Socrates juga menggunakan kaedah dialog, di mana dia
bertanya secara langsung orang yang beliau pilih tentang sesuatu itu bagi meningkatkan
fahaman orang yang ditanya.

Aristotle merupakan seorang lagi tokoh kenamaan Greek yang berusaha menawarkan
kualiti hidup yang baik. Aristotle juga membuat penyelidikan perlembagaan yang ada waktu
itu untuk mengenal pasti manakah pengurusan yang baik.Seterusnya, Ibnu Sina (980-
1037M). Beliau juga dikesan menjadi pengikut Aristotle. Ibnu Sina menekankan kepentingan
hidup beragama dan kepatuhan sebagai syarat untuk membetuk kehidupan yang bahagia.

Penampilan beberapa tokoh kenamaan tersebut di atas membuktikan falsafah adalah


suatu ilmu yang membahas pelbagai aspek permasalahan hidup manusia hari-hari (Konrad
2007: 16). Itulah falsafah yang sejati, ia tidak asing dari membahaskan masalah kehidupan. Ia
berasas daripada kehidupan dan membantu memperbaiki kehidupan. Tiada bidang kehidupan
yang tidak disentuh oleh falsafah. Jenis falsafah yang dimiliki seseorang bergantung kepada
cara berfikir, latar belakang pendidikan seseorang dan karakter.

2
2.2 Fungsi falsafah
Semua manusia tidak akan terlepas untuk berdepan dengan masalah, maka mereka
akan berusaha untuk mencari jalan penyelesaiannya. Dengan itu, falsafah menyumbang
sesuatu yang sangat bermakna. Yang pertama, ia membimbing seseorang itu untuk mengenal
pasti masalah terlebih dahulu. Kedua, falsafah juga memebuatkan kita untuk berfikir dengan
kritikal serta logik. Ketiga, dapat membuka fikiran supaya isu yang dibahaskan itu mampu
memfokuskan kepada isu yang dihadapi. Keempat, rumusan yang dibuat diakhir proses
pemikiran. Selain tu, falsafah juga membantu manusia untuk memahami makna dan falsafah
kehidupan. Ini titik temu yang sangat bermakna mengenai hubungan falsafah dan kehidupan
manusia.

3
2.3 Kebahagiaan hidup
Menurut penulis didalam artikel ini, beliau memberi persoalan bahawa ‘’Apakah
hasrat seseorang dalam hidup ini, apa yang dimahukan? Kekayaan? Kebahagiaan?
Kemasyhuran? Berjaya dalam kerjaya? ‘’ Hal ini menjelaskan bahawa semua perkara diatas
ini dapat dicapai dengan adanya prinsip dan falsafah di dalam kehidupan. Hidup akan lebih
bahagia sekiranya seseorang itu mempunyai falsafah di dalam hidupnya. Hal ini kerana hidup
sesorang manusia itu akan lebih terasa sempurna dan tersusun jika mereka menetapkan arah
tuju dan matlamat di dalam kehidupan harian mereka dengan menerapkan ilmu falsafah di
dalam kehidupan. Mereka dapat mencapai kepuasan dalam usaha mengetahui dan mencari
jawapan tentang sesuatu permasalahan dan ianya akan meningkatkan ilmu serta kematangan
dalam fikiran mereka.

Penulis menegaskan bahawa falsafah sahaja tidak dapat menghasilkan kekayaan harta
benda kepada seseorang. Hal ini bermaksud duit tidak dapat ditentukan melalui kertas tetapi
melalui nilai intrinsiknya dimana harta benda, kekayaan dan duit seseorang dinilai melalui
sumbangan yang telah diberikan untuk mencapai matlamat yang diingini. Begitu juga dengan
istilah falsafah itu sendiri, ianya dinilai dari sudut positiviti dan nilai dalaman samada dari
segi spiritual atau mental yang diberikan kepada orang yang mempunyai falsafah dalam
hidup mereka. Jadi, mereka dapat menguasai sesuatu kemahiran serta dapat menyelesaikan
masalah dengan cepat, tepat dan sistematik. Tidak hairan lah individu yang mempunyai
falsafah memiliki harta dan kejayaan yang besar. Hal ini kerana mereka melakukan pekerjaan
berdasarkan dari sudut pandangan dan pemikiran seorang yang berfalsafah.

Menurut Aristotle, beliau berkata “mencapai kebahagiaan dengan berfikir terhadap


sesuatu hakikat tertinggi (realiti) seseorang itu boleh mencapai kebahagaian (eudaimonia)”.
Pada pandangan penulis, beliau menjelaskan bahawa Aristotle cuba untuk menghubungkan
peranan manusia untuk mencapai kebahagiaan dengan menggunakan akal fikiran yang telah
dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita. Jika difikarkan tentang idea tersebut, ianya dapat
diterima kerana hanya manusia sahaja yang diberi akal sedangkan mahkluk lain tiada
keistimewaan seperti kita. Jadi, mengapa kita tidak menggunakan akal untuk berfikir dalam
mencari kebahagiaan seiring dengan nilai falsafah itu sendiri.

Walaupun keutamaan diberikan kepada aspek mental, akan tetapi Aristotle tidak
mengetepikan aspek fizikal yang lain dan ianya terdiri daripada 4 aspek iaitu keperluan
biologi, keperluan jasad, keperluan luaran (kekayaan harta benda) dan keperluan roh. Setelah
lengkap kesemua keperluan tersebut, manusia akan dapat merealisasikan keinginan mereka
untuk mendapat kebahagiaan dan berfikir tentang Tuhan di dalam kehidupan. Jadi beliau
4
menyimpulkan bahawa kehidupan yang terbaik adalah kehidupan yang mempunyai falsafah
iaitu menggunakan akal dan bertidak sebagai seorang manusia (ergon) dengan menerapkan
segala aktiviti harian dengan ilmu falsafah tidak kira dari aspek mental atau fizikal. Sebagai
contoh menerapkan ilmu falsafah dalam bidang ekonomi, politik, social, undang-undang dan
lain-lain yang berkaitan dalam kehidupan seorang manusia.

5
2.4 Kedudukan falsafah
Bagi kedudukan falsalfah, penulis menerangkan pendapat Sarwar (1976:10);
mengambil kiasan kompas yang sangat besar yang berfungsi untuk memandu arah perjalanan
bagi kapal laut dan kapal terbang. Berdasarkan pendapat Sarwar, maka falsalfah memberikan
petunjuk hidup kepada manusia, petunjuk itu berkenan dengan sesuatu yang ada disekitar
manusia sendiri. Wujudnya akal, falsalfah memberikan petunjuk hidup untuk berfikir dengan
menggunakan ilmu. Manakala bagi rasa dan keinginan, maka falsalfah memberikan petunjuk
antara baik atau buruk. Bagi pendapat al-Khindi yg menyatakan bahawa falsafah adalah ilmu
termulai dan terbaik yang tidak wajar ditinggalkan oleh setiap yang berfikir kerana ilmu ini
membicarakan tentang semua yang berguna dan cara memperolehinya serta cara menjauhi
perkara yang merugikan. Ini bermakna, kehidupan manusia telah menempuhi berbagai
kemajuan, dan kemajuan itu selaras dengan perkembangan ilmu pengetahuan yang
berkembang dengan pantas. Lahirnya bermacam jenis penciptaan teknologi yang canggih
disebabkan daripada perkembangan ilmu pengetahuan. Meskipun, pada pandangan lain
kemajuan juga telah membangkitkan pelbagai masalah berkaitan dengan sikap dan jiwa.
Masalah ini sering dihadapi oleh manusia berpunca daripada kekurangan nilai moral dan
agama dalam hidup. Moral dan agama sering diletakkan pada tanah yang tidak bertuan,
dalam erti kata lain tiada kebaikan dan tiada kaitannya dengan kehidupan praktis manusia.
Tanpa falsalfah, penulisan ini menunjukkan bahawa manusia bertuhan kepada kebebasan dan
sesuatu yang sesuai dengan kemahuan dan kesenangan nafsu, ketamakan. Harta, wang dan
kemewahan bukanlah segalanya kerana etika dan ilmu pengetahuan juga amat penting utk
kebahagiaan hidup.

6
2.5 Faedah-feadah falsafah kepada individu

Faedah falsalfah terhadap individu telah dinyatakan oleh penulis misalnya, membantu
individu mendapatkan kesenangan hidup, menaikkan fasa bagi kematangan fikiran, membina
kemahiran dan keteguhan minda dan membantu individu menyelesaikan kesulitan. Bukan itu
sahaja, malah faedah falsalfah ini turut dapat memberi bantuan kepada individu mencapai
keinginan untuk mendalami dan memahami jawapan kepada sesuatu persoalan, dapat
meningkatkan kefahaman dalam kemahiran serta mengatasi masalah dalam situasi dengan
pantas dan sistematik. Faedah ini turut memberi kebaikan dalam menyusun dan menentukan
kehidupan seseorang individu agar dapat maju dari segi fikiran dan kreativiti. Dengan adanya
pegangan dan kefahaman yang teguh dalam falsalfah dapat memberi peningkatan ilmu dari
sudut fikiran dan kematangan seseorang untuk berfikir secara rasional. Bagi menajdikan
individu yang bebas dari gelaran jahil, amat penting falsalfah dipelajari kerana dengan itu
dapat membezakan kebenaran yang sebenar dan mengelakkan dari kerosakkan akal fikiran.
Falsalfah dapat membentuk individu menjadi seseorang yang memiliki daya fikiran yang
medalam dan jauh matang melahirkan komunikasi bermutu tinggi. Daya fikiran yang tinggi
akan membantu individu dalam memberi kefahaman terhadap sesuatu yang agak susah untuk
difahami. Jadi dengan ini, individu boleh berhadapan dengan pelbagai jenis persoalan yang
agak tinggi. Kesimpulannya, individu harus mengambil inisiatif untuk meletakkan kefahaham
yang tinggi dalam falsafah kerana ia sangatlah memerlukan dalam kehidupan praktikal.

7
3.0 KESIMPULAN DAN ETIKA
Kesimpulan

Daripada rumusan artikel yang telah dibentangkan ini, dapat disimpulkan bahawa falsafah
dalam kehidupan seseorag itu sangat lah penting dan nilainya sangat tinggi. Individu yang
menerapkan ilmu falsafah di dalam kehidupanya akan cenderung untuk lebih bahagia
daripada kehidupan individu yang tidak berpegang kepada falsafah. Falsafah dalam
kehidupan manusia berperanan penting kerana ianya boleh dianggap sebagai panduan dan
arah hidup seseorang manusia. Pelbagai faedah yang dapat diperolehi jika manusia
mempunyai falsafah hidup contohnya telah dibincangkan di dalam rumusan di atas. Menurut
Socrates yang mengamalkan aktiviti berdialog dengan orang yang dipilihnya, falsafah
bagaikan isi dan kuku. Beliau akhirnya menjalankan aktiviti ini sebagai program yang serius.
Ahli-ahli falsafah yang lain seperti Plato, Aristotle, St. Augustine, Al-Farabi, Ibnu Sina, Ibn
Rushd, Ibnu Tufayl, Machiavelli, Iqbal dan sebagainya telah menulis buku yang berbicara
tentang kehidupan dalam pelbagai bidang kehidupan. Seorang individu, masyarakat dan
negara akan mendapat pelbagai manfaat jika mereka mempunyai falsafah yang tepat dalam
kehidupan kerana konsep falsafah adalah untuk memberi kesempurnaan, keadilan dan
kebahagiaan dalam kehidupan manusia.

8
4.0 RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI

LONG, I.Z. (2013). Titik Temu Antara Falsalfah dan Kehidupan Praktis. International Journal of
Islamic Thought, 37-44.

Anda mungkin juga menyukai