Anda di halaman 1dari 14

MOHAMAD SHAIFUL ALIF BIN MOHD SHARIF 284146

MASALAH KESIHATAN MENTAL DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR IPT,


KAEDAH MENGATASINYA DEMI KELANGSUNGAN PEMBELAJARAN

PENDAHULUAN

Mental? Sakit mental? Mungkin kita pernah dengar istilah ini. Kesihatan merupakan kunci utama
kepada kesejahteraan insan. Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap
pembangunan agama, bangsa dan negara. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 1948)
mendefinisikan kesihatan sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas,
cerdas serta bebas dari sebarang penyakit. Definisi ini menegaskan bahawa status kesihatan
ditunjangi oleh faktor fizikal, mental dan sosial yang sihat, berfungsi, cergas serta tidak diancam
oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan insan. Aspek kesihatan merupakan salah satu
fokus utama kerajaan Malaysia. Kesihatan mental merupakan aspek sangat penting bagi setiap
fasa kehidupan manusia seperti mana pentingnya kesihatan fizikal. Kesihatan mental dilihat dari
aspek baik dan buruk. Setiap orang, mungkin dalam hidupnya mengalami kedua-dua aspek
tersebut, kadangkala keadaan mentalnya sangat sihat, tetapi pada sesuatu masa yang lain adalah
sebaliknya. Pada saat mengalami masalah kesihatan mental, seseorang memerlukan pertolongan
orang lain untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Kesihatan mental dapat memberikan
kesan terhadap kehidupan sehari-hari atau masa depan seseorang termasuk kanak-kanak dan
belia. Merawat dan melindungi kesihatan mental anak-anak dan belia merupakan aspek yang
sangat penting yang dapat membantu perkembangan individu yang lebih baik di masa depan.
Hari ke hari kita mendengar ada sahaja pelajar-pelajar di IPT yang mengalami permasalahan ini
dan isu ini amat serius dan memerlukan pemerhatian yang teliti oleh pihak IPT yang berkenaan.

Definisi masalah kesihatan mental

Masalah kesihatan mental menunjukkan trend membimbangkan apabila Statistik Tinjauan


Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (2015) mendedahkan satu daripada tiga orang dewasa
berumur 16 tahun ke atas di Malaysia berdepan dengan masalah ini. Menurut Persatuan Psikiatri
Malaysia, jumlah sebenar pesakit jauh lebih tinggi daripada angka sebenar kerana kebanyakan
kes yang terlibat adalah tidak dilaporkan. Malah, ada dalam kalangan pesakit tidak mendapat
perhatian dan rawatan yang sewajarnya.
Masalah kesihatan mental tidak mengenal mangsa. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa
mengira umur, jantina, bangsa, status sosial dan ekonomi. Oleh itu, kerajaan perlu memandang
serius isu ini kerana ia memberikan pelbagai implikasi negatif kepada negara.
Penyakit mental, disebut juga gangguan mental, penyakit jiwa, atau gangguan jiwa, adalah
gangguan yang mengenai satu atau lebih fungsi mental . Penyakit mental adalah
gangguan otak yang ditandai oleh terganggunya emosi, proses berfikir, perilaku, dan persepsi
(penangkapan panca indera). Penyakit mental ini menimbulkan stres dan penderitaan bagi
pesakit (dan keluarganya).

1
MOHAMAD SHAIFUL ALIF BIN MOHD SHARIF 284146

Penyakit mental boleh mengenai setiap orang, tanpa mengenal umur, bangsa, agama, mahupun
status sosialekonomi. Penyakit mental bukan disebabkan oleh kelemahan peribadi.
Dalam masyarakat banyak beredar kepercayaan atau mitos yang salah mengenai penyakit
mental, ada yang percaya bahawa penyakit mental disebabkan oleh gangguan roh jahat, ada yang
menuduh bahawa itu akibat guna-guna, kerana kutukan atau hukuman atas dosanya.
Kepercayaan yang salah ini hanya akan merugikan pesakit dan keluarganya kerana penghidap
penyakit jiwa tidak mendapat rawatan secara cepat dan tepat.

Tekanan emosi berlaku kepada semua orang malah statistik juga menunjukkan kini
semakin ramai mahasiswa yang terjejas kesihatan mental. - Gambar hiasan
MAKLUMAT MASALAH KESIHATAN MENTAL

2
MOHAMAD SHAIFUL ALIF BIN MOHD SHARIF 284146

Statistik KKM 2015

Merujuk kepada statistik tahun 2015 di atas, masalah mental kebanyakannya bermula dari
seseorang itu masih kecil atau di zaman kanak-kanak. Suatu data yang sangat membimbangkan
di mana jika ianya dibiarkan berterusan maka masalah mental ini akan terus membelenggu
rakyat Malaysia. Di zaman serba moden ini jika masalah ini tidak diatasi dengan berkesan maka
statistik kemurungan yang boleh menyebabkan masalah mental akan menjadi lebih parah.

Remaja yang mengalami gejal seperti ini kebiasaanya tidak mengetahui bahawa mereka
sebenarnya telah diselubungi “masalah mental” dan mungkin anggapan mereka hanyalah

3
MOHAMAD SHAIFUL ALIF BIN MOHD SHARIF 284146

perasaan biasa sahaja. Remaja mempunyai niat dan sifat untuk terus mencari pengalaman, ada
yang ingin meneruskan pengajian terutamanya di peringkat yang lebih tinggi iaitu di Institusi
Pengajian Tinggi. Jika dilihat sekarang ini, rata-rata remaja yang menjadi pelajar di IPT ada di
kalangan mereka yang mengalami masalah mental ini. Sebagai contoh pada tahun 2022, IPTA
terbesar negara kita iaitu UiTM telah merekodkan seramai 150 kes pelajar yang mempunyai
masalah mental namun ianya merupakan jumlah kecil berbnding jumlah keseluruhan pelajar
seramai 184,000 orang pada tahun tersebut.

https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=284290

SIMPTOM AWAL KEPADA MASALAH KESIHATAN MENTAL

Terdapat beberapa simptom awal yang dikenalpasti kepada masalah mental seseorang individu
itu, antaranya:-

a) Perubahan tingkah laku kepada individu:

 Sentiasa kelihatan sedih dan murung


 Hilang minat terhadap aktiviti yang biasa dilakukan;
 Kesukaran untuk menumpukan perhatian dan melakukan tugas harian yang biasa;
 Mengasingkan diri daripada keluarga dan rakan-rakan;
 Mengalami gangguan tidur dan selera makan;
 Bertindak agresif dan kasar (abusive) kepada diri sendiri dan orang sekeliling, dan
 Menyalahguna alcohol dan dadah

b) Menyatakan Perasaan hilang harapan atau bosan untuk hidup dan kehadiranya
membebankan ahli keluarga dan orang sekeliling

c) Menyatakan keinginan untuk menamatkan riwayat hidup secara verbal atau penulisan.

Rajah status kesihatan mental remaja di Malaysia

4
MOHAMAD SHAIFUL ALIF BIN MOHD SHARIF 284146

https://www.google.com/search?q=statistik+kesihatan+mental+di+malaysia+2022

Dari infografik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di atas menunjukkan bahawa 1 dari 5
remaja mengalami kemurungan. Ini bermakna jika remaja di Malaysia, nisbah kebarangkalian
untuk remaja menjadi murung adalah tersangat ramai. Manakala 2 dari 5 remaja akan mengalami
keresahan dan situasi sebenarnya lagi ramai dan sangat membimbangkan. Begitu juga 1 dari 10
remaja akan mengalami stress. Oleh itu, bantuan dan sokongan perlulah diberikan kepada
mereka ini supaya kadarnya dapat dikurangkan.

RAJAH KRONOLOGI BAGAIMANA MASALAH KESIHATAN MENTAL BOLEH


BERLAKU TERHADAP DIRI SESEORANG

5
MOHAMAD SHAIFUL ALIF BIN MOHD SHARIF 284146

https://www.google.com/search?q=kronologi+masalah+mental&source

Setiap manusia yang dilahirkan mempunyai risiko kepelbagaian penyakit. Rajah di atas
menunjukkan kronologi bagaimana seseorang itu berisiko mendapat masalah mental. Ada 7
sebab isu kesihatan mental ini boleh mempeengaruhi kehidupan seseorang sejak dari kecil lagi
seperti yang dipaparkan dalam rajah di atas. Mungkin di peringkat kanak-kanak pendedahan
kepada perkara-perkara negatif telah menyebabkan berlakunya masalah kesihatan mental ini dan
berlarutan sehingga dewasa. Di peringkat ini pula, pelbagai masalah yang timbul menjadikan
masalah ini menjadi lebih serius.

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB MASALAH KESIHATAN MENTAL

Tahap kesihatan mental yang rendah akan membawa kepada peningkatan yang ketara dalam
kadar kes bunuh diri dan bilangan pesakit mental. Masalah kesihatan mental dalam kalangan
pelajar khususnya mahasiswa seringkali dikaitkan dengan faktor seperti:-

i. Sosio-demografi, psikososial dan faktor kesihatan.

6
MOHAMAD SHAIFUL ALIF BIN MOHD SHARIF 284146

Faktor kesihatan seseorang itu samada pada peringkat rendah atau peringkat yang tinggi akan
menyebabkan seseorang itu akan mengalami masalah mental dan tekanan yang akan menjadikan
seseorang itu lebih berisiko. Masalah kesihatan dan penyakit keturunan juga menjadikan diri
seseorang itu mudah terdedah kepada tekanan dan memungkin ia mengalami masalah mental.

ii. Stress yang melampau

Sesetengah individu juga berisiko tinggi berdepan masalah kesihatan mental apabila mereka
berada dalam keadaan stress yang melampau. Golongan mahasiswa mudah berhadapan dengan
tekanan akibat daripada penyesuaian diri dalam konteks pendidikan, sosial, psikologi dan
persekitaran. Ketidakboleh terimaan dalam pelajaran akan menjadikan seseorang pelajar itu
menjadi murung dan berada dalam kondusi yang tidak selesa.

iii. Kesan Pandemik Covid 19

Malahan, kesan pandemik Covid-19 telah menyaksikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
secara bersemuka terjejas teruk. Perkara ini turut memberikan banyak tekanan kepada
mahasiswa. Pembelajaran secara atas talian mempunyai banyak masalah terutamanya kepada
pelajar yang tidak mempunyai kepakaran dalam teknologi maklumat dan akan menjadikan
seseorang pelajar itu sukar untuk menerima apa sahaja pengajaran dan pembelajaran yang
dilalui.

iv. Cabaran ekonomi

Ini ditambah pula dengan cabaran yang berkait dengan peralihan ke alam dewasa dan kesukaran
ekonomi serta mendapatkan sumber asas kepada kelangsungan hidup. Bagi pelajar yang susah,
aspek kewangan menjadi faktor utama berlakunya masalah mental ini.

v. Tidak mendapat sokongan dari orang sekeliling

Pelajar yang mengalami masalah mental kurang mendapat perhatian dari rakan sekeliling untuk
membantu mereka dalam usaha memulihkan keadaan. Kesukaran persekitaran memahami pelajar
yang mengalami masalah mental menjadikan mereka terbiar dan tiada sokongan.

APAKAH KESAN KESIHATAN MENTAL TERHADAP PELAJAR?

Terdapat banyak cara kesihatan mental yang buruk boleh memberi kesan kepada pelajar dari segi
prestasi akademik mereka
serta hubungan interpersonal
mereka.

7
MOHAMAD SHAIFUL ALIF BIN MOHD SHARIF 284146

i. Penglibatan Akademik

Banyak institusi akademik di seluruh dunia menyatakan bahawa pelajar yang mengalami
masalah kesihatan mental cenderung untuk mengambil bahagian dalam akademik mereka
kurang. Pelajar yang mengalami masalah kesihatan mental boleh:

 hilang minat belajar,


 kurang penglibatan dalam perbualan, dan
 mengalami penurunan kehadiran kelas.

Pelajar yang bergelut dengan kemurungan atau kebimbangan mungkin tidak mahu mengambil
bahagian dalam perbincangan atau kuliah kelas. Pelajar sedemikian mungkin mengalami
kemerosotan besar dalam penglibatan dalam tempoh yang singkat. Gejala penarikan diri yang
disenaraikan di atas mungkin merupakan petunjuk bahawa pelajar mempunyai masalah kesihatan
mental yang mendasari.

ii. Penumpuan Dan Kemajuan

Pelajar yang menghadapi masalah kesihatan mental mungkin sukar untuk memberi tumpuan
semasa kuliah. Ini boleh menunjukkan bahawa pelajar mungkin:

 mengambil masa yang lebih lama untuk memahami topik,


 tidak dapat mengambil bahagian secara aktif dalam sesi,
 tidak dapat menumpukan perhatian pada tugas yang diberikan, dsb.

Keciciran yang lebih tinggi dan kadar pengekalan yang lebih teruk dalam kalangan pelajar juga
dikaitkan dengan masalah kesihatan mental. Mungkin terdapat kelembapan dalam kemajuan
akademik.

iii. Rangkaian dan Perhubungan

Pelajar yang bergelut dengan penyakit mental lebih cenderung menjadi kurang mesra. Mereka
nampaknya tidak begitu berminat untuk membina sebarang perhubungan atau persahabatan.

8
MOHAMAD SHAIFUL ALIF BIN MOHD SHARIF 284146

Mereka tidak bermotivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti sosial. Sentiasa dalam keadaan
menyendiri dan mengasingkan diri secara total.

iv. Rasa diri tidak dihargai/tidak bermakna

Sering menganggap diri tidak bermakna, menyusahkan orang lain serta membebankan orang
yang berada di persekitaran. Suka menyendiri dan tidak ingin bergaul dengan sesiapa.

v. Melakukan perbuatan di luar jangkaan

Dengan menganggap bahawa hidup tiada makna lagi, ada di antara pelajar yang mengalami
masalah mental akan bertindak melakukan perbuatan di luar jangkaan seperti cubaan membunuh
diri, melukakan diri sendiri serta tidak pernah serik melakukan perbuatan yang mungkin boleh
mengancam nyawa sendiri.

vi. Kemurungan

Hari ini jika kita lihat, kemurungan adalah faktor yang agak besar yang memberi kesan terhadap
masalah mental. Jika kajian hari ini telah memberikan keputusan yang banyak berkaitan masalah
kesihatan mental ini, apatah lagi kajian yang dijalankan sebelum ini. Mari kita lihat sedikit kajian
lepas yang telah dibuat seperti rajah di bawah di mana ianaya berkisar kepada kemurungan yang
berkaitan dengan masalah kesihatan mental.

Individu yang mengalami masalah kumurungan akan berasa tidak gembira, bosan, tidak
bersemangat dan harga dirinya rendah. Merujuk kepada Rajah Kemurungan dan Jantina untuk
umur 50 hingga ke 80 di atas, didapati wanita adalah lebih senang untuk dilanda kemurungan
berbanding dengan lelaki. Skor lelaki didapati meningkat secara mendadak untuk umur dalam
lingkungan 60 hingga 80 di mana berbeza dengan kaum wanita. Menurut John W. Santrock
(2004), lelaki lebih mengalami realiti perubahan yang disebabkan oleh lanjutan usia di mana

9
MOHAMAD SHAIFUL ALIF BIN MOHD SHARIF 284146

mereka perlu bersara dan tidak lagi melibatkan diri dalam dunia pekerjaan yang aktif dan
mencabar.

Kajian menunjukkan bahawa kemurungan akan menjejaskan kesihatan dewasa akhir (Fonda &
Norgard, 1999). Kajian Mcguire, kiecolt-Glaser & Glaser (2002) membandingkan dewasa akhir
(purata umur ialah 72.5 tahun) yang menghadapi masalah kemurungan kronik dengan dewasa
akhir yang normal. Keputusan menunjukkan, dewasa akhir yang mempunyai masalah
kemurungan didapati daya pertahanannya adalah lebih rendah. Justeru itu, dewasa akhir
memerlukan sokongan dan kasih sayang daripada pihak masyarakat dan ahli keluarga dalam
membantu mereka untuk mengurangkan risiko berlakunya kemurungan (Blazer, 2002).
Kemurungan boleh dirawati, tidak kira dewasa muda atau dewasa akhir. Walau bagaimanapun,
sebanyak 80% dewasa akhir yang mempunyai ciri-ciri kemurungan tidak menerima sebarang
rawatan (John W. Santrock 2004). Menurut Koenig & Blazer (1996), penggabungan kaedah
meditasi dan psikoterapi menghasilkan satu keputusan baik yang signifikan di mana 4 dewasa
akhir daripada jumlahnya 5 orang yang dilanda kemurungan.
Kesan kemurungan bukan sahaja akan mengakibatkan kesedihan individu itu, malah dia
mempunyai kecendorongan untuk bunuh diri. Hampir 25 peratus individu yang membunuh diri
di Amerika Syarikat adalah dewasa akhir yang berumu 65 dan ke atas (Church, Siegel & Fowler,
1988). Antara dewasa akhir yang lebih cendorong untuk membunuh diri ialah lelaki yang tinggal
perseorangan, kehilangan pasangannya atau menghadapi masalah kesihatan.
https://weeyuying.wordpress.com/category/3-kesihatan-mental/

STATISTIK CUBAAN MEMBUNNUH DIRI AKIBAT MASALAH KESIHATAN


MENTAL

Berdasarkan kepada data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati dalam tempoh
Januari hingga Disember 2020, sejumlah 1,080 kes cubaan bunuh diri telah dilaporkan
menerima rawatan di hospital KKM dan ini tidak termasuk lagi dengan statistic daripada Jabatan
Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM). Trend yang menaik dan peningkatan sangat ketara
berlaku pada tahun 2020 di mana kesnya mencecah kepada 253 berbanding tahun-tahun
sebelumnya. Ini menunjukkan bahawa masalah kesihatan mental ini berlaku dengan cepat dan ia
merupakan suatu penyakit yang sukar dibentung tanpa kerjasama dari semua pihak termasuk
orang perorangan.

10
MOHAMAD SHAIFUL ALIF BIN MOHD SHARIF 284146

https://www.bernama.com/bm/b_fokus/news.php?id=1978162

KAEDAH MENGATASI MASALAH KESIHATAN MENTAL

Sebenarnya ada cara atau langkah-langkah sesuai dalam menangani masalah kesihatan mental
ini, bak kata pepatah, “mencegah adalah lebih baik dari mengubati”. Langkah-langkah untuk
mengatasi masalah kesihatan mental dalam golongan belia Malaysia, antaranya ialah:-

i. Pengamalan gaya hidup sihat

Mengamalkan gaya hidup sihat seperti pengambilan makanan seimbang, minum lapan gelas air
dalam sehari, tidak menghisap rokok dan dadah serta bersenam tiga kali seminggu. Dengan
mengamalkan amalan gaya hidup sihat, kesihatan mental dan fizikal lebih terjamin.

ii. Pergaulan positif

Selain itu, bergaul dengan rakan-rakan yang positif boleh membawa manfaat serta mampu
memberi sokongan emosi. Dengan adanya seorang rakan yang boleh dipercayai, kita dapat
meluahkan perasaan yang lama terpendam serta mendapatkan sokongan emosi daripada rakan
agar emosi negatif dapat dikeluarkan dari tubuh badan kita.

iii. Mengadakan aktiviti luar

Seterusnya, lepaskan tekanan yang ada dengan melakukan aktiviti yang disukai seperti bermain
permainan video, mendengar muzik, menari, melayari internet dan sebagainya. Tetapkan
matlamat kita agar tidak tersasar dari lembah kehidupan. Dengan adanya matlamat, kita lebih
fokus dengan perancangan hidup yang dilakukan serta berazam untuk mencapai cita-cita yang
diidamkan. Bantuan pakar seperti kaunseling juga boleh diminta sekiranya anda tidak mampu
untuk menghadapi masalah kesihatan mental.

iv. Hidup dalam konteks Islam

Sebagai seorang muslim, kita perlu menjalani kehidupan dengan cara Islam, tidak melakukan
kemungkaran sehingga menyebabkan jiwa kita mudah diresapi dengan unsur-unsur yang tidak
sepatutnya. Hidup bertunjangkan agama Islam akan membawa kita ke arah yang lebih baik dan
dapat melalui kehidupan ini dengan lebih bermanfaat.

v. Peranan orang sekeliling

Di IPT misalnya, peranan staf dan pensyarah sangat penting bagi membantu pelajar-pelajar yang
mempunyai gejala masalah kesihatan mental ini. Pendidikan secara langsung dan tidak langsung
dan memberi perhatian yang lebih akan memberi kesan terbaik kepada pelajar yang bermasalah

11
MOHAMAD SHAIFUL ALIF BIN MOHD SHARIF 284146

ini terutamanya berkaitan kesihatan mental. Kaunselor dan doktor perubatan juga menjadi orang
terpenting dalam memberikan sokongan kepada mereka.

CABARAN TANGANI MASLAH KESIHATAN MENTAL GLOBAL

Menjelang negara memasuki tahun 2023 ini, ramai yang telah membuka episod baharu dalam siri
kehidupan mereka. Azam dan tekad baharu pada tahun 2023 itu pastinya seiring dengan
perkembangan dan cabaran yang dihadapi oleh negara masa kini. Permulaan tahun yang baharu
itu turut memberi peluang kepada masyarakat untuk membawa suatu nilai dan aspek perubahan
demi kebaikan diri mereka, keluarga serta sahabat-sahabat. Tekanan emosi dan masalah
kesihatan mental tetap membelenggu setiap orang terutamanya kanak-kanak walaupun ada
sesetengah orang berpendapat bahawa masalah kesihatan mental hanya berlaku pada individu
yang berumur 21 tahun ke atas. Pada 18 Jun 2022, laporan media memaklumkan Setiausaha
Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berkata, hampir satu bilion
penduduk dunia, termasuk berjuta kanak-kanak dan golongan muda, mengalami gangguan
kesihatan mental dan kebanyakan mereka tidak mempunyai akses kepada rawatan. Pada 29 Ogos
lalu, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, tinjauan Kebangsaan
Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mendapati seorang daripada lapan remaja berusia 10
hingga 19 di negara ini berdepan dengan gangguan mental. Kajian sama juga mendapati seorang
daripada 20 kanak-kanak berusia lima hingga sembilan tahun dipercayai menghadapi gangguan
mental termasuk gangguan tumbesaran.

Sejak kebelakangan ini, isu penderaan dalam keluarga semakin membimbangkan negara dan ia
juga menjadi salah satu punca kepada tekanan emosi terhadap kanak-kanak. Menurut informasi
daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengenai Dasar Perlindungan Kanak-Kanak
Negara, penderaan kanak-kanak adalah satu pencabulan atau pelanggaran serius terhadap hak
kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah, di samping menyebabkan
risiko dalam kelangsungan hidup mereka. Dasar dan pelan tindakan daripada KKM serta agensi-
agensi yang terlibat perlu merangkumi usaha memulihkan, merawat serta membendung masalah
tersebut daripada berlaku. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(KPWKM) sedang menambah baik dasar dan pelan tindakan kanak-kanak termasuklah menilai
keperluan mengenakan hukuman lebih berat kepada pesalah yang terlibat dalam kes penderaan
terhadap golongan itu. Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, hukuman lebih berat perlu
diambil ke atas individu yang bersalah dengan mengambil kira kesan mendalam dialami kanak-
kanak yang didera itu. Ia merupakan salah satu langkah baik daripada kementerian kerana
dengan menguatkuasakan hukuman terhadap pesalah dalam kes penderaan, ia secara langsung
juga membantu mengelakkan berlakunya tekanan emosi kepada kanak-kanak. Setiap orang akan
melalui zaman kanak-kanak dan semasa zaman kanak-kanak inilah ianya perlu di jaga dengan
baik supaya dapat melalui zaman remaja, zaman dewasa dan seterusnya dengan aman tanpa
sebarang gangguan yang boleh menggugat kehidupan masyarakaat sejagat.

12
MOHAMAD SHAIFUL ALIF BIN MOHD SHARIF 284146

Ke hadapan tahun 2023, kerajaan diharap mampu mengurangkan masalah kesihatan mental
bukan sahaja kepada golongan kanak-kanak malah kepada semua peringkat umur. Ini penting
bagi kerajaan untuk memastikan rakyatnya bebas dari masalah kesihatan mental dan mereka
inilah yang akan mewarisi pemerintahan negara suatu masa hari. Dari aspek pendidikan pula,
terutamanya di peringkat IPT, pensyarah, staf dan individu yang paling memahami masalah
kesihatan mental ialah Kaunselor perlu memainkan peranan yang cukup penting dalam
memastikan pelajar-pelajar di IPT bebas dari masalah kesihatan mental ini.

https://www.sinarharian.com.my/article/238653/suara-sinar/analisis-sinar/cabaran-tangani-
masalah-kesihatan-mental-global

KESIMPULAN

Setiap individu berhak menikmati kesihatan mental yang baik dan sejahtera. Begitu juga dengan
mahasiswa yang merupakan aset terpenting dalam pembangunan sumber manusia kepada negara.
Kesihatan mental yang baik dalam kalangan mahasiswa merupakan asas kepada pemikiran,
pembelajaran, komunikasi, daya tahan dan keyakinan diri yang positif. Kesihatan mental yang
baik juga mempengaruhi cara mahasiswa berfikir dan bertindak serta berhadapan dengan
masalah dan langkah untuk mengatasinya. Ini juga termasuk kaedah interaksi sosial dalam
kalangan mahasiswa. Berdasarkan justifikasi yang diberikan, jelas menunjukkan bahawa
kesihatan mental merupakan aset terpenting dalam mempengaruhi kesejahteraan emosi,
psikologi dan sosial mahasiswa. Biasanya di IPT, mana-mana pelajar yang disyaki dan
mempunyai masalah mental atau mengalami tekanan dalam pembelajaran, mereka boleh
mendapatkan bantuan dari Kaunselor yang bertauliah dengan dibantu oleh staf yang
bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar. Pelajar yang bebas dari
masalah kesihatan mental akan dapat meneruskan kelangsungan pembelajaran dengan baik
sehingga tamat pengajian dan seterusnya dapat menikmati kehidupan yang lebih baik. Sebagai
sebuah negara yang merdeka, masalah kesihatan mental tetap akan diperangi sebaik mungkin
oleh pihak kerajaan bagi memastikan rakyatnya bebas dari masalah kesihatan mental ini. Kita
sebagai rakyat Malaysia wajar memberikan sokongan dan membantu individu yang menerima
gejala seperti ini kerana mereka ini amat memerlukan sokongan dari semua pihak.

13
MOHAMAD SHAIFUL ALIF BIN MOHD SHARIF 284146

RUJUKAN

Buku

Azizi Yahaya, Tan Soo Yin, Kesihatan Mental, Shah Alam: Penerbit UiTM..2007.

Laman web

http://conference.kuis.edu.my/pasak4/images/kk/018_KK_SOHANA_KUIS.pdf

https://cade.upm.edu.my/artikel/
isu_kesihatan_mental_dalam_kalangan_mahasiswa_bagaimana_pensyarah_dapat_membantu-
70365

https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Mental&action=edit&redlink=1

https://twitter.com/bernamadotcom/status/1178996579555889153

https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=284290

https://www.tigercampus.com.my/ms/the-profound-impacts-of-mental-health-on-students

https://weeyuying.wordpress.com/category/3-kesihatan-mental/

14

Anda mungkin juga menyukai