Anda di halaman 1dari 9

ULASAN KRITIKAL JURNAL DAN ARTIKEL

1.0 PENGENALAN
Bagi melaksanakan tugasan berkumpulan membuat ulasan kritikal terhadap bahan
bacaan, saya memilih dua jurnal yang berkaitan dengan stress atau tekanan di
organisasi. Berikut adalah maklumat mengenai jurnal dan artikel yang dipilih.

1.1 ARTIKEL DAN JURNAL YANG DIPILIH

(a) Tajuk Artikel 1 : Tekanan Kerja Dalam Organisasi Kepolisian:


Tinjauan Dalan Perspektif Kecedarsan Emosi
Penulis : Rogis Baker & Hazril Ibrahim
Bilangan Halaman : 12 halaman
Sumber : Jurnal Kemanusiaan.Tahun 2013 2014.Bil.23. ISSN:
1675-1930 @ Universiti Teknologi Malaysia

ABSTRAK

Jurnal yang bertajuk Tekanan Kerja Dalam Organisasi Kepolisian: Tinjauan Dalam Perspektif
Kecerdasan Emosi adalah sebuah jurnal yang membincangkan tekanan kerja yang dihadapi
oleh Pegawai Polis di Malaysia. Artikel ini membincangkan bagaimana hubungkaitkan antara
tekanan di tempat kerja memberi impak kepada kecerdasan emosi Pegawai Polis dan tindakan
iaitu langkah berkesan untuk mengurangkan tekanan kerja. Menurut jurnal ini, elemen-elemen
Kecerdasan Emosi akan dapat mengurangkan tekanan kerja dan kesannya di dalam organisasi
kepolisan.

(b) Perbincangan Jurnal 1

Pengenalan

Jurnal yang ditulis oleh Rogis Baker dan Hazril Izwan Ibrahim membincangkan tentang
Tekanan Kerja yang dialami Oleh Pegawai Polis dan melihatnya dalam perspektif Kecerdasan
Emosi. Kecerdasan Emosi menurut Steiner (1999) menjelaskan bahawa manusia dapat
mengerti emosi diri sendiri dan orang lain, serta mengetahui bagaimana emosi diri sendiri
terpancar untuk meningkatkan kemampuan diri sendiri. Pendekatan elemen Kecerdasan Emosi
dianggap sebagai faktor penting yang dapat mempengaruhi prestasi seseorang, yang kemudian
kita mengenalnya dengan sebutan Emotional Quatient (EQ).

1
Penulis bersetuju dengan maksud dan tinjauan lepas berkenaan definisi kecerdasan sebagai
kemampuan sseseorang mengawal emosi diri dengan efektif dan dapat mempengaruhi
hubungan positif dengan orang lain serta menggunakan kemahiran tersebut untuk berjaya
dalam menghadapi cabaran persekitaran. Ini kerana kegagalan mengurus tekanan adalah
berpunca daripada kegagalan dalam mengawal emosi dalam diri.

Pada pandangan saya, pengertian maksud Kecerdasan Emosi ialah kemampuan


mengenali perasaan sendiri dan orang lain, kemampuan memotivasikan diri sendiri,
kemampuan mengolah emosi dengan baik pada diri sendiri dan kepada orang lain. Apabila kita
dapat mengawal emosi diri, maka secara tidak langsung kita dapat menangani dan
mengurangkan masalah stress di tempat kerja dan impak-impak negatif yang lain. Jiwa minda
yang positif, melahirkan tindakan yang produktif.

Isu yang dibincangkan

Isu yang dibangkitkan di dalam jurnal ini oleh penulis ialah berkenaan permasalahan
psikologi yang meruncing di kalangan Pegawai Polis di Malaysia. Kenyataan penulis disokong
dengan bukti petikan dari akhbar tempatan bermula dari tahun 2008 hingga 2013 yang banyak
mengisahkan berita tentang penglibatan Pegawai Polis dalam cubaan membunuh
diri,mencederakan orang awam dan masalah mental. Situasi ini berlaku kerana kegagalan
Pegawai Polis mengawal tahap tekanan kerja yang tinggi dan meningkatkan berlakunya
penceraian rumah tangga, kemurungan, penyalahgunaan dadah dan alkohol. Penulis
menegaskan bahawa pekerjaan polis menduduki tangga pertama yag mengalami tekanan stress
di tempat kerja.

Impak daripada tekanan yang dialami oleh Pegawai Polis menyebabkan mereka kerap
mengalami perasaan emosi cepat marah, muram dan sedih, kerap hilang kawalan, mempunyai
pemikiran ingin membunuh diri akibat daripada tekanan diri. Justeru, kemahiran mengurus
emosi merupakan aspek penting yang perlu ada pada setiap individu. Penulis menaikkan isu
kemahiran mengurus emosi adalah aspek penting dalam menentukan sama ada seseorang
individu itu berjaya atau tidak di dalam kerjayanya. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh
penulis, menunjukkan bahawa Pegawai Polis PDRM mengalami tekanan kerja yang tinggi dan
kajian-kajian lepas yang dibuat hanyalah sedikit. Ini membuktikan kajian di Malaysia dan Asia
Tenggara amnya masih lagi kurang diberi perhatian.

2
Di dalam jurnal ini, penulis juga menyenaraikan punca tekanan kerja yang dialami oleh
Pegawai Polis adalah disebabkan penyertaan pegawai yang bertanggungjawab membuat
sesuatu keputusan setelah diamanahkan. Keadaan ini menimbulkan tekanan kepada Pegawai
yang terbabit kerana sebarang kesilapan boleh melibatkan bahaya kepada masyarkat. Punca
kedua pula adalah bidang tugas kepolisan sendiri iaitu melindungi masyarakat daripada bahaya
atau ancaman.Justeru Pegawai Polis akan sentiasa dibebani oleh masalah kerana
tanggungjawab kerja yang digalas terlalu berat.

Punca tekanan ketiga ialah persepsi masyarakat kepada organisasi kepolisan apabila
sesuatu kes yang dipertanggungjawabkan tidak memihak kepada polis. Polis akan
dipersalahkan kerana tidak melindungi individu yang sepatutnya mendapat pembelaan. Punca
keempat ialah masalah peribadi di kalangan Pegawai Polis sendiri turut menyumbang kepada
peningkatan tekanan di tempat kerja.Akhir sekali ialah disebab oleh punca bidang tugasan
kepolisan itu sendiri yang banyak melibatkan peristiwa-peristiwa trauma semasa membantu
mangsa. Keadaan ini secara tidak langsung memberi tekanan dalam kehidupan harian Pegawai
Polis.

Cadangan/ Impak / Kepentingan

Penulis mencadangkan supaya pendekatan pengurusan stress oleh organisasi kepolisan


mengubah terlebih dahulu persekitaran kerja yang tidak tertekan, iaitu mengurangkan bebanan
kerja para Pegawai Polis ataupun menghapuskan terus bebanan yang tidak diperlukan. Oleh
itu secara tidak langsung, pengurusan stress yang sentiasa diberi kepada semua anggota polis
adalah lebih efektif. Ini akan memberi impak dalam memotivasikan Pegawai Polis dalam
mengurus emosi diri mereka dan juga emosi orang lain dan seterusnya mengurangi kesan
negatif terhadap kesihatan mental di kalangan Pegawai Polis. Penulis menegaskan bahawa
kemahiran atau elemen Kecerdasan Emosi adalah penting dalam mengawal para Pegawai Polis
dalam menangani tekanan di tempat kerja.

Kesimpulan

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh penulis, menunjukkan bahawa organisasi


kepolisan perlu menjaga imej dan kualiti perkhidmatan mereka. Oleh itu, kemahiran dalam
elemen kecerdasan Emosi adalah penting untuk mengawal tekanan Pegawai Polis di tempat
kerja dan seterusnya meningkatkan motivasi kerjaya dalam bidang kepolisan. Saya setuju
dengan cadangan penulis iaitu pendekatan teknik psikologi yang berkesan dan disokong oleh

3
persekitaran kerja yang kurang tekanan adalah penyumbang Pegawai Polis yang membawa
imej kredibiliti dan integriti organisasi.

Rujukan

Berdasarkan hasil rujukan, fakta atau kenyataan serta data yang diberi oleh Penulis,
membuktikan penulis sememangya membuat kajian tinjauan yang terperinci berdasarkan
senarai rujukan yang diberi. Sebanyak 14 jurnal kajian lepas yang dibaca sebagai panduan
membuat kajian penulis dan 10 petikan daripada akhbar yang pelbagai, bahan bacaan sebanyak
30 buah buku dari dalam dan luar negara. Melihat kepada senarai rujukan yang digunapakai
oleh penulis, membuktikan bahawa penulis memang benar-benar membuat kajian tinjauan
dalam mennghasilkan jurnal ini.

4
ULASAN KRITIKAL JURNAL DAN ARTIKEL

2.0 ARTIKEL DAN JURNAL YANG DIPILIH

(a) Tajuk Artikel 1 : Modal Psikologi, Stres Kerja dan Komitmen Kerja
Satu Penelitian Awal
Penulis : Beddu Sakam Baco, Mohammad Azhar Mohamad Nor
& Mohd Dahlan Hj. A. Malek
Bilangan Halaman : 13 halaman
Sumber : Jurnal Psikologi dan Pendidikan.Tahun 2014. ISBN:
978-697-0582-32-0 @ Universiti Malaysia Sabah

ABSTRAK

Jurnal yang bertajuk Modul Psikologi (Psychological Capital), Stres Kerja dan Komitmen
Kerja (Work Engagement): Satu Penelitian Awal adalah sebuah kajian yang bertujuan untuk
menguji hubungan di antara modal psikologi bersama komponen efficacy, hope, resilience,
optimism dengan stress kerja dan komitmen kerja. Penulis menggunakan 220 orang responden
dari kakitangan organisasi awam dan swasta di sekitar Kota Kinabalu sebagai sampel kajian.
Penulis mengggunakan kaedah kuantitatif dalam mengumpul data untuk menguji hipotesis-
hipotesis kajian. Bagi mengukuhkan keputusan kajian, penulis menggunakan kaedah statistik
untuk melihat korelasi negatif secara signifikan dengan stress kerja dan korelasi positif secara
signifikan dengan komitmen kerja. Penulis meletakkan kata kunci untuk kajian ini ialah
Psychological capital, stress kerja, komitmen kerja.

(b) Perbincangan Jurnal 1

Pengenalan

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh penulis, menerangkan situasi keadaan pekerja
masa kini yang semakin stress di dalam organisasi masing-masing. Malahan stress yang
berpanjangan tanpa sebarang tindakan akan memberi impak negatif kepada produktiviti,
prestasi kerja semasa serta kesihatan mental dan fizikal terjejas. Penulis menggunakan rujukan
kajian-kajian lepas dari negara barat untuk mengukuhkan kenyataan yang ditulis di dalam
jurnal ini.

5
Untuk menerangkan lebih terperinci tajuk kajian,penulis memberi definisi konsep
modal psikologi atau PsyCap mempunyai empat elemen iaitu keyakinan diri (self-
efficacy),harapan (hope), sikap (optimism)dan daya tahan (resilliency).Menurut
Luthans,Youssef dan Avolio (2007) mendefenisikan modal psikologi ialah individu yang
positif dalam memperkembangkan psikologi melalui ciri-ciri:

1. Mempunyai keyakinan untuk berjaya dalam tugasan yang mencabar percaya diri
(self-efficacy/confidence),
2. Optimis dalam masa kini dan masa akan datang mempunyai peghargaan positif
dan optimis tentang kejayaan saat ini mahupun di masa yang akan datang
(optimism)
3. Menghadapi kesukaran dengan cekal hati, ke arah maklumat untuk berjaya tekun
dalam hberharap untuk berjaya dan ketika dihadapkan kepada permasalahan (hope),
4. Apabila menghadapi masalah dan kesukaran, mempunyai daya tahan untuk
mencapai matlamat dan kejayaan memiliki ketabahan (daya tahan) dan mampu
menghadapi setiap permasalahan hingga mencapai kejayaan (resiliency).

Stress kerja menurut penulis ialah perkara yang berpunca daripada ketidakseimbangan
di antara tuntutan yang muncul daripada ciri-ciri kerja (sumber stress) dan kebolehan seseorang
(fizikal atau psikologi) untuk bertindak balas,yang mana akan menghasilkan pengalaman yang
tegang. Permasalahan tegang ialah sama ada dari segi fisiologi psikologi, tingkahlaku atau
gabungan pembolehubah-pembolehubah tersebut. Tujuan kajian ini dibuat oleh penulis ialah
untuk melihat hubungan diantara PsyCap denga stress kerja (work stress) dan komitmen kerja
(work engagement) dalam kalangan pekerja sektor awam dan swasta di Kota Kinabalu, Sabah.
Objektif kajian ini adalah untuk menentukan hubungan di antara PsyCap dengan stress kerja
dalam kalangan pekerja sektor awam dan swasta di Kota Kinabalu. Objektif kedua ialah
menentukan hubungan antara PsyCap dengan komitmen kerja dalam kalangan pekerja sektor
awam dan swasta di Kota Kinabalu.
Penulis menggunakan pendekatan Theory Resourse Theories(Hobfall, 2001) untuk
menerangkan hubungkait diantara ketiga-tiga pembolehubah yang dikaji. Teori ini digunakan
untuk melihat sumber dalam pengurusan iaitu keyakinan diri untuk memilih, melaksanakan
dan mengubah sumber keyakinan mereka yang lain untuk mengatasi keadaan stress. Penulis
juga menggunakan bukti kajian yang dibuat oleh Bandura pada tahun 1997 bagaimana
keyakinan diri mempunyai kaitan dengan emosi positif dalam menghadapi rintangan stress.

6
Isu yang Dibincangkan

Penulis menggunakan sampel yang terdiri daripada pekerja swasta dan kerajaan
seramai 220 orang. Kebanyakkan responden yang dipilih bertugas dalam sektor perhotelan,
perkilangan, komunikasi dan pelbagai syarikat di sekitar Kota Kinabalu. Data yang diperolehi
dan dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 19.0.Analisis
dibuat dalam 2 bentuk data iaitu data deskriptif dan analisis data inferensi. Menerusi kajian
inil, penulis dapat menunjukkan isu hubungan di antara PsyCap dengan stress kerja dan
komitmen kerja. Keputusan korelasi mengenai hubungan antara PsyCap dengan stress kerja
dan komitmen kerja dapat dilihat menerusi analisis.

Hasil daripada keputusan kajian menunjukkan bahawa hipotesis pertama iaitu PsyCap
berhubungan negatif secara signifikan dengan stress kerja adalah diterima. Penulis
membuktikan bahawa hasil analisis PsyCap dan stress kerja berkorelasi sederhana. Individu
yang mempunyai tahap PsyCap dan psikologi positif yang tinggi bermakna mereka mempunyai
keyakinan untuk berjaya dalam usaha menghadapi cabaran tugas,membuat atribusi positif pada
masa kini dan hadapan. Saya dapat melihat menerusi analisis yang dibuat oleh penulis,
membuktikan bahawa responden yang memiliki PsyCap positif dapat mengatasi masalah dan
kesukaran kerana mereka memiliki keyakinan diri untuk membuat pencapaian kejayaan.
Secara tidak langsung mereka dapat mengawal tekanan kerja dan mengawal situasi dengan
cabaran tugasan yang diberi.

Penulis juga membuktikan dalam jurnal beliau bahawa hubungan di antara PsyCap dan
komitmen Kerja adalah signifikan positif apabila PsyCap responden adalah positif dan semakin
positif nilai yang dimiliki dalam PsyCap, maka semakin tinggi komitmen pekerja dan
seterusnya dapat memaksimumkan hasil output. Penulis juga membuktikan bahawa jika
elemen PsyCap responden atau pekerja adalah negatif maka hasil analisis akan menunjukkan
korelasi negatif. Korelasi negatif yang sederhana di antara stress kerja dengan komitmen kerja
akan menghasilkan pekerja yang tidak mempunyai nilai tahap tenaga yang rendah untuk
menghasilkan sesuatu kerja atau tugasan.

Saya dapat melihat bahawa penulis dalam melengkapkan jurnal ini menggunakan
kajian yang melibatkan data yang signifikan untuk membuktikan bahawa hipotesis yang dibuat
adalah tepat tentang hubungan atau korelasi di antara elemen yang ada dalam PsyCop dengan
stress kerja dan komitmen kerja. Saya dan pembaca perlu benar faham kaedah yang

7
digunapakai oleh penulis iaitu kaedah kuantitatif dan kaedah ini berbeza dengan kaedah
imprikal.

Cadangan/ Impak / Kepentingan

Di dalam jurnal ini penulis tidak banyak memberi cadangan bagaimana untuk
mengawal stress yang mana akan dapat membantu meningkatkan produktiviti dan ouput hasil
kerja responden di organisasi yang diwakili. Penulis hanya menunjukkan analisis data yang
menyokong hipotesis yang dijangkakan oleh penulis dan tidak dikupas dengan lebih terperinci.
Pada pandangan saya, hasil analisis yang dibuat oleh penulis boleh menjadi lebih menarik jika
cadangan yang bernas dpat dihasilkan rentetan daripada kajian ini. Kajian dibuat adalah untuk
membantu meningkatkan atau membuat penambahbaikan yang mana memberi nilai positif atau
kepentingan positif kepada individu, masyarakat, organisasi dan sebagainya.

Pada pandangan saya, PsyCap berupaya menjadi peramal ataupun penentu kepada
tahap stress pekerja dan komitmen kerja di sesebuah organisasi yang diwakili oleh responden.
Justeru, tindakan atau cadangan boleh diusulkan kepada sumber manusia bagaimana untuk
meningkatkan elemen-elemen positif PsyCap pada diri pekerja. Kerana terbukti bahawa
pekerja yang memiliki elemen positif PsyCap pada tahap tertinggi dapat mengawal emosi
ketika diberi tugasan walaupun mencabar. Malahan sikap integriti pekerja akan semakin tinggi
dan seterusnya melahirkan pekerja yang mempunyai komitmen yang tinggi dlam
melaksanakan tugasan masing-masing.

Kesimpulan

Secara umumnya kajian ini dibuat oleh penulis adalah untuk mengkaji hubungan
PsyCap, stress kerja dan komitmen kerja dalam kalangan pekerja sektor awam dan swasta di
sekitar Kota Kinabalu. Melalui hasil analisis data yang diperolehi memnunjukkan wujud
hubungan antara PsyCap dengan stress kerja dan komitmen kerja. Pemboleh ubah atau
perkembangan tahap PsyCap boleh digunakan dalam dua tujuan iaitu bukan hanya untuk
meningkatkan tahap komitmen kerja tetapi ia juga dapat mengelakkan dan mengurangkan
stress kerja. Oleh itu, saya dapati bahawa elemen yang ada dalam PsyCap iaitu hope,optimism,
self-efficacy dan resilience pekerja yang di ketengahkan oleh penulis, dapat mengurangkan
stress kerj dan seterusnya dapat melahirkan pekerja yang mempunyai kesejahteraan psikologi
yang baik dan mampu mengekalkan pekerja yang berintegriti.

Rujukan

8
Di jurnal ini, didapati penulis banyak menggunakan kajian-kajian lepas dari tahun 1981
hingga 2008, sedangkan kajian yang dibuat oleh penulis adalah pada tahun 2014 untuk
pembentangan Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga 2014. Penulis seharusnya
memperbanyakkan kajian-kajian lepas yang baharu iaitu 5 tahun ke belakang iaitu sekitar tahun
2009 hingga kini (2014) untuk mendapat rujukan yang lebih terkini. Secara keseluruhan,
penulis menggunakan sumber dari kajian-kajian yang lepas sebanyak 12 buah jurnal dari dalam
dan luar negara. Manakala buku rujukan tambahan ialah sebanyak 13 buah buku.

Anda mungkin juga menyukai