Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARA

MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH SESI 2022/2023


PERINGKAT SK PUTRAJAYA PRESINT 17(1)
14 FEB 2023

Teks Pengacaraan

MC: Mengumumkan perarakan masuk Yang Dihormati EN MOHD KAMAL BIN


MOHD AFFANDI, Yang DiPertua PIBG SKPP 17(1), Yang Berusaha, EN. MOHD
HANIZAD BIN ISMAIL, Guru Besar SK Putrajaya Presint 17(1) serta para penolong
kanan SK Putrajaya Presint 17(1) serta Para Graduan Prasekolah
SK Putrajaya Presint 17(1).

Hadirin diminta berdiri.

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku.

PENYERAHAN BUKU PROGRAM OLEH DUA ORANG MURID

MC:
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Salam sejahtera, salam keilmuan dan salam sehati sejiwa.

MC:

Yang Berusaha,
En. Mohd Hanizad bin Ismail Guru Besar, SK Putrajaya Presint 17(1)

Yang Dihormati,
EN. Mohd Kamal Bin Mohd Affandi, Yang DiPertua PIBG SKPP 17(1)

Yang Dihormati,
Pn Hjh Nurul Hidaya binti Miswan, Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Dihormati,
Puan Nurul Aini Binti Che Mahmud@Ariffin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Yang Dihormati,
En. Norizan Bin Naaim, Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Tetamu kehormat, guru-guru prasekolah, guru-guru, Ibu bapa, pembantu pengurusan


murid dan graduan Prasekolah yang diraikan sekalian.

MC:
Biji selasih boleh dimakan,
Menjadi perisa sedap terperi,
Selamat datang kami ucapkan,
Semoga majlis bertambah seri,

MC: Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Garam ada kicap pun ada,


Sayang lada terlupa bagi,
Pantun ada ucapan pun ada,
Sayang tiada berdoa lagi.

Bagi memberkati majlis yang penuh syahdu ini, majlis, dengan


sukacitanya, mempersilakan adik Ameer Soleh Bin Mohammad Syafiq untuk
memimpin bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

BACAAN DOA

MC: Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ____________________atas


kesudian beliau memimpin bacaan doa sebentar tadi.

Untuk makluman hadirin hadirat sekalian, adik ________________________ telah


dianugerahkan Tokoh Sahsiah Murid Prasekolah pada sambutan Hari kanak2 peringkat
SK Putrajaya Presint 17(1) pada Okt 2022.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Hari ini, bakal menyaksikan satu lagi sejarah terukir di dalam Kalendar akademik
Pendidikan Prasekolah SK Putrajaya Presint 17(1) sesi 2022/2023, apabila, 48 orang
graduan Prasekolah, bakal menerima sijil tamat prasekolah masing-masing.
Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah
s.w.t., yang tidak putus-putus, bermurah kesempurnaan akal, menganugerahkan
kesihatan jasad dan memberikan keupayaan, hingga membolehkan kita semua
berhimpun, dan bertemu, dalam Majlis Graduasi Prasekolah sesi 2022/2023 peringkat
SK Putrajaya Presint 17(1).

MC: Sebagai pembukaan majlis, marilah kita sama-sama menyaksikan tayangan video
para graduan kita pada hari ini.

Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Seterusnya marilah kita sama-sama mendengar ucapan daripada wakil murid


Prasekolah yang akan disampaikan oleh adik Muhammad Al Fateh bin Shaharuddin

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

MC: Terima kasih kepada adik Muhammad Al Fateh bin Shaharuddin kerana berani
tampil ke hadapan menyampaikan ucapan. Untuk makluman hadirin hadirat sekalian,
________________________juga telah dianugerahkan Tokoh Sahsiah Murid
Prasekolah pada sambutan Hari kanak2 peringkat SK Putrajaya Presint 17(1) pada Okt
2022.

MC: Hadirin hadirat yang dimuliakan, Kini, Majlis mempersilakan Yang Berusaha,
Guru Besar SK Putrajaya Presint 17(1) untuk menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

MC: Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, Guru Besar SK
Putrajaya Presint 17(1) di atas ucapan beliau sebentar tadi.

Kalau puan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.
MC: Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Seterusnya, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Dihormati
Encik Mohd Kamal Bin Mohd Affandi merangkap Yang DiPertua PIBG SK Putrajaya
Presint 17(1) untuk menyampaikan ucap utama, seterusnya merasmikan Majlis
Graduasi Prasekolah SK Putrajaya Presint 17(1) bagi sesi 2022/2023.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


MC: Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati Encik Mohd
Kamal Bin Mohd Affandi, Yang DiPertua PIBG SK Putrajaya Presint 17(1) atas ucapan
beliau sebentar tadi.

MC:
Dari Kedah ke bandar Perlis,
Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Hadirin sekalian, majlis menjemput Adik Nadhrah Humaira Binti Mohammad Nadzir
untuk menyampaikan cerita yang bertajuk__________________

Dengan segala hormatnya dipersilakan

MC: terima kasih kepada adik Nadhrah Humaira Binti Mohammad Nadzir di atas
persembahan itu tadi, tahniah kepada adik ______________________ kerana berani
tampil ke pentas. Untuk makluman hadirin hadirat sekalian, adik _______________
juga telah dianugerahkan Tokoh Sahsiah Murid Prasekolah pada sambutan Hari
kanak2 peringkat SK Putrajaya Presint 17(1) pada Okt 2022.

MC:Berkebaya batik berwarna merah,


Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah
Penerima teruja menunggu giliran

Kini tibalah kita ke upacara penyampaian sijil Tamat Prasekolah kepada graduan
Prasekolah SK Putrajaya Presint 17(1).

Untuk itu, majlis dengan penuh sukacitanya mempersilakan Yang


Berusaha EN MOHD HANIZAD BIN ISMAIL menjemput dan mengiringi Yang
dihormati, ENCIK MOHD KAMAL BIN MOHD AFFANDI, Yang DiPertua PIBG
SKPP 17(1) untuk menganugerahkan sijil kepada para graduan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

MC: Mendahului penerima sijil, dipersilakan


, adik, ……………………………(rujuk lampiran)

MC: Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada


Yang Dihormati, ENCIK MOHD KAMAL BIN MOHD AFFANDI atas penyampaian
sijil kepada para graduan sebentar tadi.
MC: Kini, majlis berhenti seketika untuk memberi laluan kepada persembahan Nasyid
daripada kumpulan Ar Raudhah dengan nasyid yang bertajuk Intifada.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


MC: Terima kasih kepada kumpulan Nasyid Ar Raudhah di atas persembahan itu tadi.
tahniah kepada ______________________ kerana berani tampil ke pentas.

Sidang hadirin yang dihormati, Majlis Graduasi Prasekolah akan diteruskan lagi dengan
penganugerahan Sijil dan Hadiah Mata Pelajaran Terbaik kepada para graduan
Prasekolah SK Putrajaya Presint 17(1).

Untuk itu majlis sekali lagi dengan penuh sukacitanya mempersilakan Yang
Berusaha EN MOHD HANIZAD BIN ISMAIL menjemput dan mengiringi Yang
dihormati, ENCIK MOHD KAMAL BIN MOHD AFFANDI, YDP PIBG SKPP 17(1)
untuk menganugerahkan sijil dan hadiah kepada para graduan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

MC: Mendahului penerima sijil dan HADIAH MATA PELAJARAN TERBAIK


dipersilakan adik……………………(rujuk lampiran)

MC: Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada


Yang Dihormati, Encik Mohd Kamal Bin Mohd Affandi atas penyampaian sijil kepada
para graduan sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan penganugerahan sijil dan HADIAH SAHSIAH TERBAIK


Prasekolah SK Putrajaya Presint 17(1).

Untuk itu, majlis dengan penuh sukacitanya mempersilakan Yang


Berusaha En Norizan Bin Naim menjemput dan mengiringi Yang dihormati, Pn Noor
Aini Binti Che Mahmud@Ariffin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKPP 17(1)
untuk menganugerahkan sijil kepada para graduan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

MC: Mendahului penerima sijil SAHSIAH TERBAIK, dipersilakan graduan ,adik,


……………(lampiran)……………….

MC: Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati, Pn. Noor
Aini Binti Che Mahmud@Ariffin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKPP 17(1) atas
penyampaian sijil dan hadiah kepada para graduan sebentar tadi.
PENYAMPAIAN ANUGERAH KESELURUHAN TERBAIK

Sidang hadirin yang dihormati, tibalah kita ke acara penyampaian Anugerah


Keseluruhan Terbaik Murid Prasekolah bagi sesi 2022/2023.

Majlis sekali lagi dengan penuh takzim mempersilakan Yang


Berusaha Pn Noor Aini Binti Che Mahmud@Ariffin menjemput dan mengiringi Yang
Berusaha, Pn Hajah Nurul Hidaya binti Miswan Guru Penolong Kanan Pentadbiran
SKPP 17(1) untuk menganugerahkan sijil Keseluruhan Terbaik kepada para graduan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

MC: Mendahului penerima sijil KESELURUHAN TERBAIK, dipersilakan graduan,


adik, ……………(lampiran)……………….

MC:Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn Hajah
Nurul Hidaya binti Miswan Guru Penolong Kanan Pentadbiran SKPP 17(1) atas
penyampaian sijil kepada para graduan sebentar tadi.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA PERASMI

Sidang hadirin yang dihormati sekalian.


Sebagai tanda berbesar hati,
Sebagai tanda keikhlasan diri,
Sebagai tanda terima kasih kami,
Cenderamata istimewa kami susuli.

MC: Majlis sekali lagi mempersilakan Yang Dihormati Pn Hajah Nurul Hidaya binti
Miswan menjemput dan mengiringi Yang Berusaha, En. Mohd Hanizad Bin Ismail
Guru Besar SKPP 17(1) untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Dihormati,
Encik Mohd Kamal Bin Mohd Affandi, Yang DiPertua PIBG SKPP 17(1)

MC: Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha En Mohd
Hanizad bin Ismail, Guru Besar SK Putrajaya Presint 17(1) atas penyempurnaan
penyampaian cenderamata itu tadi.

PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN

Kuning emas masaknya padi,


Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Budi tuan jadi kenangan.

Kini, majlis berhenti seketika untuk memberi laluan tayangan video berikut.

Majlis diteruskan lagi dengan pemberian sijil penghargaan kepada Puan Raja Nur’Inani
binti Raja Mohamad Ali di atas sumbangan dan jasa bakti beliau sepanjang berada di
SKPP 17(1).

MC: Untuk makluman hadirin sekalian Puan Raja Nur’Inani telah berkhidmat sebagai
Pembantu Pengurusan Murid Di SKPP 17(1) pada tahun 2015 sehingga tahun 2022.
Jasa bakti dan sumbangan beliau sentiasa terpahat di memori kami.

MC: Majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Dihormati Encik Norizan bin
Naaim menjemput dan mengiringi Yang Berusaha, En. Mohd Hanizad Bin Ismail Guru
Besar SKPP 17(1) untuk menyampaikan Sijil Penghargaan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

MC: Majlis menjemput Puan Raja Nur I’nani binti Raja Mohamad Ali untuk menerima
sijil penghargaan daripada pihak sekolah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

MC: Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha En Mohd
Hanizad bin Ismail, Guru Besar SK Putrajaya Presint 17(1) atas penyampaian sijil
penghargaan itu tadi.

Kini, majlis berhenti seketika untuk memberi laluan kepada persembahan nyanyian solo
oleh adik Aisha Zara Sofia Binti Mohammad Hafiz dengan lagu yang berjudul
____________________

MC: Terima kasih kepada adik _____________________di atas nyanyian itu tadi.
Tahniah kepada adik ______________________ kerana berani tampil ke pentas. Untuk
makluman hadirin hadirat sekalian, ketiga-tiga persembahan itu tadi telah dibimbing
oleh Puan Marlina binti Mohammed dan dibantu oleh guru prasekolah dan pembantu
pengurusan murid.

Kini, majlis diteruskan lagi dengan persembahan nyanyian beramai-ramai para graduan
SK Putrajaya Presint 17(1) yang akan diketuai oleh En Mohd Syed Ezwan Bin Syed
Mohd Tahir.

(Selepas murid bergerak)


Dijemput puan raja nur I’nani untuk naik ke pentas dan menyanyi Bersama-sama guru
dan murid prasekolah, dipersilakan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

MC: Terima kasih diucapkan kepada murid-murid dan En Mohd Syed Ezwan Bin Syed
Mohd Tahir di atas nyanyian itu tadi

MC:PENGISTIHARAAN PENANGGUHAN MAJLIS GRADUASI

Kalau puan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan mandat diberi,
Mohon isytihar penangguhan majlis kami.

MC:Sidang hadirin yang dihormati sekalian, Kini, majlis mempersilakan Yang


Dihormati Encik Mohd Kamal Bin Mohd Affandi merangkap Yang DiPertua PIBG
SKPP 17(1) untuk mengistiharkan penangguhan Majlis Graduasi Prasekolah SK
Putrajaya Presint 17(1) bagi sesi 2022/2023
.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

MC: Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati Encik Mohd
Kamal Bin Mohd Affandi, atas pengistiharan penangguhan itu tadi.

Ucapan penamat

MC:

 Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta
Sekian dahulu, Majlis Graduasi Prasekolah Sesi 2022/2023 SK Putrajaya Presint 17(1)
pada kali ini. Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, kepada tetamu
kehormat, dan para hadirin sekalian yang telah sudi menyerikan dan menjayakan majlis
Grdauasi pada hari ini.

Kami menyusun jari sepuluh, dengan tulus ikhlas memohon ampun maaf andai tersilap
mengatur bicara, melafazkan nama .

MC:

Majlis dengan ini mengumumkan, Perarakan keluar, Tetamu kehormat, guru besar dan
para penolong kanan meninggalkan dewan untuk menikmati jamuan.

Hadirin diminta berdiri. (LAGU GAMELAN)

MC:
Hadirin dipersilakan duduk.

Dengan ini, berakhirlah majlis kita pada hari ini..

Akhir kalam, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh.

Murid-murid prasekolah diminta tunggu sebentar untuk sesi bergambar. Ibu bapa
diminta mengambil makanan dan goodies yang boleh dituntut di kaunter di selah kanan
dewan sebelum balik. TK

Anda mungkin juga menyukai