Anda di halaman 1dari 1

SK.

PUTRAJAYA PRESINT 17(1)


NO. 1, JALAN P17C, PRESINT 17
62150 PUTRAJAYA

e-mail: gb.skpp171@gmail.com
Kod Sekolah : WBA2014

Ruj Tuan:
Ruj Kami: SKPP17( )/ - / ( )
Tarikh : 24 Mei 2019

Imam Besar
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin,
25, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
(u.p: Tn. Hj Hamdan B. Muhammad)

Tuan,

PERMOHONAN MENGADAKAN PROGRAM KEM PERISAI DI MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL


ABIDIN DENGAN KERJASAMA PIHAK MASJID

Dengan segala hormatnya, saya ingin menarik perhatian Tuan mengenai perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 17(1), Putrajaya akan mengadakan
KEM PERISAI seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 21 hingga 22 Jun 2019


Masa : Bermula hari Jumaat – 2.45 petang
Berakhir hari Sabtu – 1.00 tengah hari
Bil Murid : 140 orang
Guru Pengiring : 6 Orang

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon kerjasama pihak Tuan untuk mendapatkan kelulusan
mengadakan program ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya beserta dengan penginapan di Masjid.
Pihak kami juga amat berbesar hati untuk melantik pihak jawatankuasa masjid untuk menjadi jawatankuasa bersama
pelaksanaan Kem Perisai dengan sedikit pembiayaan dari pihak masjid bagi kos makan dan minum peserta Perisai,
supaya program yang dirancang ini dapat berjalan lancar.

4. Bersama dengan ini dikepilkan kertas kerja program Perisai untuk perhatian dan tindakan pihak Tuan .
Sebarang pertanyaan pihak Tuan boleh berhubung dengan pihak urusetia di talian: 010-760 5856 (Us. Ahmad Tamizi
bin Ahmad) atau 019-985 2755 (Suhaimi B. Khauli) atau 013-256 2866 (Athiah Bt Mohd Hassan).

Perhatian dan kerjasama pihak Tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(ROHANI BT HJ. AHMAD)


Guru Besar
SK Putrajaya Presint 17(1)

Anda mungkin juga menyukai