Anda di halaman 1dari 5

6 Cara Membuat Jadual Waktu Belajar

Cara pembelajaran yang betul ialah satu kaedah yang amat penting yang
perlu ada dalam proses pembelajaran. Bagi mencapai sesuatu kejayaan,
pelbagai cara yang digunakan untuk membuat jadual waktu belajar. Antara
cara-caranya ialah :

1. Amalkan Belajar 30 Minit Selepas Makan.

Bagi sesetengah pelajar yang suka belajar selepas makan adalah lebih baik
kerana pada waktu itu sel otak dapat berfungsi dengan sempurna.Tenaga
yang dikumpulkan melalui pemakanan yang dimakan akan memberi tenaga
kepada sel-sel otal untukmenerima maklumat secara terus bagi
menghantarnya kepada penyimpanan memori.Kesannya dapat memberi
tenaga yang baik untuk belajar melebihi tiga jam.

2. Lihat Matlamat Diri.

Tetapkan matlamat yang hendak dicapai. Tujuannya bagi memastikan jadual


yang dibuat berjalan dengan baik dan teratur.Pastikan usaha yang seimbang
dengan matlamat yang ditetapkan. Ini bagi mengelakkan hasil yang dituai
tidak setimpal dengan usaha yang dibuat. Oleh yang demikian,matlamat amat
penting dalam sesuatu jadual belajar yang akan dilaksanakan.

3. Masa Bermain Hanya Satu Jam.

Mengoptimumkan penggunaan masa dapat mengelakkan dari membuat


sesuatu perkara yang tidak melibatkan aktiviti pembelajaran.Hal ini kerana
jadual yang dibuat perlu diikuti dengan sebaiknya untuk mengelakkan dari
menjadi sia-sia. Singkatkan masa bermain dan lebihkan masa belajar.
Sesuatu pencapaian perlu diikuti dengan pengorbanan besar.

4. Tumpu Subjek Yang Lemah.

Tumpuan dengan melebihkan subjek-subjek yang lemah perlu untuk


memastikan tidak ketinggalan dalam subjek tersebut. Tanamkan minat pada
subjek itu.Ini secara tidak lansung dapat melatih diri supaya berusaha untuk
lebih baik lagi dalam subjek itu.Sifat ini perlu diteruskan setiap hari untuk
mencapai kejayaan dalam matapelajarannya.
5. Tidak Tangguh Kerja.

Setiap kerja rumah yang diperolehi perlu disiapkan dengan segera.Pastikan


dalam jadual mempunyai waktu untuk kerja rumah. Psikologi akan terjadi
dengan sendirinya sekiranya banyak kerja ditangguh. Untuk memastikan kerja
tidak tertangguh, pastikan catatatan nota dibuat setiap kali kerja diperolehi. Ini
untuk mengelakkan dari sifat terlupa.

6. Biasakan Belajar Setiap Hari.

Keazaman yang kuat diperlukan untuk memastikan hal ini terjadi.Bukan hal
yang mudah untuk sentiasa berterusan dalam aktiviti pembelajaran. Oleh
itu,tip-tip yang baik perlu bagi merealisasikannya,antaranya ialah guna kata-
kata cogan atau gambar individu yang boleh dijadikan pembakar semangat
untuk terus berusaha. Faktor-faktor ini amat penting untuk usaha yang
berpanjangan.

Kesimpulannya.

Pelbagai cara perlu digunakan oleh pelajar untuk berjaya dalam pelajaran.
Oleh yang demikian,amat wajar sekiranya pelajar-pelajar menjadikan tip-tip
tersebut sebagai panduan dalam setiap pembelajaran mereka.
6 Waktu Yang Sesuai Untuk Belajar
7 Cara Menjadikan Pembelajaran Secara Kondusif

Anda mungkin juga menyukai