Anda di halaman 1dari 3

Nasihat untuk pelajar

Sebelum anda belajar ataupun mengulangkaji, andalah terbaik anda mengetahui


bagaimana untuk “bersedia untuk belajar“. Berikut adalah cara-caranya.

1. Mengatur Masa
Masa amat kritikal dalam pembelajaran berkesan, oleh itu anda perlu mengaturnya dengan
baik. Anda perlu membuat jadual waktu harian dan membekalkan beberapa jam mengikut
kemampuan anda untuk belajar dan mentelaah pelajaran. Dengan berbuat demikian, ia
boleh memberikan anda keputusan yang lebih dalam peperiksaan.
Jumlah jam yang diaturkan boleh jadi berbeza mengikut tahap pembelajaran yang anda
sedang ikuti (sekolah ataupun kolej universiti) dan bidang pembelajaran (sains ataupun
sastera). Pastikan anda mengatur masa itu dengan sekadarnya dan ianya munasabah,
agar anda boleh ikut perancangan anda dengan baik.

Anda perlu imbangkan sekolah, kelas, latihan dan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Sekiranya
anda sedang mengalami masalah dalam kelas, anda perlu pertimbangkan kerja sambilan
ataupun aktiviti kokurikulum. Dalam keadaan ini, anda perlu utamakan gred pembelajaran
terlebih dahulu dan berhentikan untuk sementara komitmen yang lain, sehinggalah
keputusan anda meningkat.

Untuk pelajar kolej mahupun universiti, anda perlu memperuntukkan masa mengulangkaji
pelajaran bergantung kepada tahap kesukaran dan kadar jam kredit sesuatu subjek
tersebut. Sebagai contoh, anda mempunyai subjek fizik sebanyak 3 jam kredit, anda perlu
belajar 9 jam seminggu (3 jam x 3 tahap sangat sukar).

Ataupun contoh yang lain: subjek sastera yang agak sukar, anda boleh memperuntukkan 6
jam seminggu untuk subjek tersebut (3 jam x 2 tahap agak sukar).

Walaubagaimanapun, di atas adalah sekadar cadangan sahaja, anda boleh mengubah


cadangan di atas mengikut keperluan dan kemampuan anda. Apa yang pasti, anda perlu
menguasai subjek tersebut, dan faham apa yang penting untuk kehidupan anda.

2. Sesuaikan Dengan Kemampuan Diri


Dapatkan rentak pembelajaran yang sesuai dengan anda dan suaikan dengan jadual waktu
anda. Sesetengah kelas ataupun subjek anda boleh menangkap dengan baik, dan ada
sesetengah tidak. Oleh itu, cuba sesuaikan diri dan berikan penekanan pada bahagian
yang anda kurang.

Dan sekiranya anda seorang yang agak lambat untuk memahami sesuatu, anda perlu
peruntukkan masa yang lebih banyak untuk belajar.

3. Dapatkan Tidur Yang Mencukupi


Pastikan dalam jadual anda itu mempunyai masa untuk tidur dan rehat. Tidur yang
mencukupi (6-7 jam semalaman) setiap malam boleh memberikan kesan yang sangat
besar kepada prestasi pembelajaran anda.

Hal ini sangat penting sekiranya anda perlu mengambil ujian pada keesokan harinya.
Pastikan anda tidur pada malam sehari sebelum ujian itu, elakkan daripada mengamalkan
amalan tidak tidur sebelum ujian. Dan jangan belajar last minute!

Satu kajian telah membuktikan bahawa orang yang mendapat tidur yang mencukupi
mempunyai prestasi yang jauh lebih baik daripada orang yang tidak/kurang tidur dari segi
ingatakan dan daya pemikiran.

Namun, jika anda memang tidak sempat untuk belajar atas sebab-sebab yang lain, anda
boleh mengambil tidur sekejap pada malam harinya untuk beberapa minit (15-30 minit)
sebelum mulakan ulangkaji. Kunci jam terlebih dahulu sebelum tidur untuk mengelakkan
daripada tidak jaga, ataupun minta rakan kejutkan anda.

Setelah bagun, lakukan pergerakan fizikal sebelum mula mentelaah pelajaran.


Pengambilan kopi juga boleh membantu bagi kebanyakan orang.

4. Kosongkan Fikiran Daripada Perkara Yang Tidak Berkaitan


Jika anda mempunyai banyak komitmen semasa anda menjadi pelajar ataupun mahasiswa,
anda kemungkinan mempunyai banyak benda untuk fikirkan. Ini boleh mengganggu
tumpuan anda semasa belajar.

Oleh itu, anda sebaiknya menghilangkan gangguan tersebut sebelum memulakan ulangkaji.
Cuba selesaikan kerja ataupun apa-apa komitmen yang boleh mengganggu anda itu
terlebih dahulu sebelum anda mengulang kaji.

Tidak pun, anda boleh melakukan sesuatu yang boleh mengalihkan perhatian anda
daripada komitmen yang lain. Antaranya anda bersenam ataupun bersukan pada sebelah
petang dan kemudian belajar pada sebelah malam.

5. Elakkan Gangguan Teknologi


Alatan elektronik seperti telefon pintar dan laptop serta talian internet merupakan satu
gangguan utama kepada para pelajar. Kenapa tidaknya, kerana semuanya memberikan
anda kebebasan untuk berhubung dengan rakan-rakan dan menonton video-video kucing
yang lucu tanpa henti.

Jujurlah, kebanyakan kita sangat mudah diganggu oleh media sosial seperti Facebook,
Twitter, Whatsapp, Youtube ataupun mana-mana media yang lain. Anda boleh block
ataupun menghalang komputer anda daripada mengakses laman-laman sesawang tersebut
untuk seketika.
Gunakan masa tersebut untuk belajar dengan sepenuh hati, dan setelah selesai, anda
boleh menyambung bersosial – tiada masalah.

Jika tidak berhasil, anda boleh mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga ataupun rakan
untuk memegang alat elektronik anda (komputer, telefon bimbit) seketika anda mentelaah
pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai