Anda di halaman 1dari 2

Merancang Persiapan Peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan
cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu


ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara
berterusan.

Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang


memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan
membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda
mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat


untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan
minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi
tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu
belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu,
apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya
manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua
perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata
orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam


masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat
dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan
peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis
khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan
beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan
tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu
perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan
dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan
peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih
dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah
akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya
membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap
peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka
mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan


tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk
menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang.
Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang
mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi
kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir
mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar
itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang
ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan


jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam
kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah
tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif
mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada
pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan
sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan
terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan
masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau
khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas


peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau
sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika
didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika
menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu
setelah peperiksaan berakhir.

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya


menyemak jawapan.

Anda mungkin juga menyukai