Anda di halaman 1dari 4

PERSEDIAAN MENTAL

MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Pengenalan

‘Alamak, esok periksalah…., ‘aduhai…aku tak sempat nak


bab akhir tu… mesti tak dapat jawab nanti…’ buku dah
baca, tapi setiap kali periksa, mesti sakit perut…’

Inilah antara kata-kata yang sering kita dengar dari mereka


yang bakal menduduki peperiksaan. Jarang antara kita
yang mengatakan seronoknya ada ujian dan peperiksaan.
Seolah-olah peperiksaan itu hanyalah membawa kepada
perkara negatif sahaja. Tidakkah kita terfikir yang
peperiksaan membuatkan kita belajar sesuatu untuk
membuat plan tindakan untuk masa hadapan. Sekiranya
kita cemerlang dalam satu peperiksaan, ia bukan sahaja
menunjukkan tahap pengetahuan kita malah ia juga
memberi gambaran pemahaman yang tinggi terhadap
soalan yang diajukan serta kaedah pembelajaran yang betul
telah dipraktikan. Gagal pula boleh dijadikan satu loncatan
untuk kita mengkaji diri dan memperbetulkan kesilapan
kita. Jadi peperiksaan bukan sesuatu yang negatif sahaja.

Persediaan Menghadapi Peperiksaan

Seringkali kita dengar “Gagal Bersedia Bererti Kita Perlu


Sedia untuk Gagal”. Ini adalah elemen penting dalam
pembelajaran. Perancangan dan persediaan sebelum
menghadapi peperiksaan perlulah dilakukan terlebih
dahulu. Berikut adalah beberapa cadangan persediaan
menghadapi peperiksaan:-

1 Pastikan anda telah menyemak jadual peperiksaan. Ini


penting kerana minda kita akan menyusun maklumat
yang telah di baca tadi mengikut ketetapan yang kita
fikirkan. Pastikan kita tidak terkeliru dengan maklumat
yang telah dibaca.

2 Jawab soalan-soalan peperiksaan yang lepas dan


skema jawapan yang diberikan bagi mendapatkan
gambaran mengenai soalan yang bakal ditanya. Cara ini
juga dapat mengurangkan perasaan cemas yang tidak
berkenaan serta meningkatkan keyakinan diri.

3 Makanlah makanan yang sihat.


Elakkan makan di tepi-tepi jalan dan
di tempat yang kotor sepanjang
minggu peperiksaan bagi
mengelakkan sebarang perkara luar
jangka seperti cirit birit, keracunan
makanan dan sakit perut.

4 Pastikan alat tulis dan semua barang yang perlu di bawa


semasa hari peperiksaan telah pun tersedia. Sekiranya
anda tidak tahu apa yang perlu di bawa, tanyalah kepada
guru atau pihak penganjur peperiksaan tersebut.

5 Setelah berusaha sebaik mungkin,


adalah lebih baik jika kita turut
memanjatkan doa kepada pencipta
agar segala urusan peperiksaan
tersebut dipermudahkan dan kita
mendapat keputusan yang cemerlang
sesuai dengan usaha kita.

6 Mohon maaf daripada ibu bapa, guru dan orang di


sekeliling juga adalah salah satu kaedah yang paling
berkesan untuk mendapatkan ketenangan lebih-lebih lagi
jika kita ada kesalahan dengan mereka.

7 Tidur dan rehat secukupnya. Tidur merupakan waktu


rehat yang paling baik dalam persediaan menghadapi
peperiksaan. Ramai antara kita membawa masalah
pelajaran ke tempat tidur dan memikirkan pelbagai
perkara tentang masalah ini. Akibatnya mereka
mengalami gangguan tidur dan ada yang tidak dapat tidur
langsung. Pada keesokan harinya,
pelbagai perkara akan berlaku
seperti berasa pening, tidak
selesa dan tidak tenteram kerana
ketegangan fikiran dan kelesuan
tubuh badan. Ini boleh
menjejaskan prestasi mereka
pada hari peperiksaan. Sekiranya
mereka terpaksa menghadapi
peperiksaan pada hari itu, mungkin mereka tidak dapat
berfikir dengan tenang seterusnya akan menjejaskan
ketepatan jawapan yang diberikan.

Teruskanlah belajar…….TQ
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PEKULA JAYA
LOT 271, SEKSYEN 2, 08600 TIKAM BATU
KEDAH DARUL AMAN

PERSEDIAAN MENTAL
MENGHADAPI PEPERIKSAAN

TARIKH: 18 MAC 2019


MASA: 7.40 PAGI

GURU BERTUGAS MINGGU KE -12


1. Cikgu Mohamad Ismadi bin Zakaria
2. Cikgu Marliza bt Ahmad
3. Cikgu Masnira bt Md Akhir
4. Cikgu Wan Yuhana Safinaz bt Wan Omar
5. Cikgu Shamsuriana bt Shamsudin
6. Cikgu Surayanti bt Salleh

Anda mungkin juga menyukai