Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PEKULA JAYA

08600 TIKAM BATU KEDAH DARUL AMAN

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN


“TEKNIKAL SUKAN”

ANJURAN:
UNIT SUKAN SMK PEKULA JAYA

HARI : AHAD
TARIKH : 19 FEBRUARI 2020
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT: BILIK MESYUARAT ALPHA, SMK PEKULA JAYA
LARI PECUT
Undang-Undang dan Peraturan Lari Pecut
Berikut ialah undang-undang lari pecut Persekutuan Olahraga
Amatur Antarabangsa (IAAF):
 Semua pelumbaan dimulakan dengan tembakan pistol.
 Jika perlumbaan batal, pelepas- ulang menembak pistol
sekali lagi serta- merta dan memanggil semula semua
peserta.
 Peserta yang melakukan kesalahan akan diberi amaran.
 Permulaan yang baru akan dilakukan.
 Jika peserta yang sama melakukan kesalahan, dia akan
disingkirkan daripada pertandingan.
 Peserta hendaklah berlari di lorong masing- masing.

LARI BERGANTI-GANTI

Undang-Undang dan Peraturan Lari Berganti-Ganti 4 X 100


Meter Dan 4 X 400 Meter
A. Ciri-ciri baton
 Baton berbentuk tiub dan mempunyai permukaan
yang licin
 Baton diperbuat daripada kayu atau logam
 Berukuran antara 28 cm – 30 cm dengan ukur lilit
antara 12 cm – 13 cm. Berat baton pula ialah tidak
kurang 50 g.

B. Perlakuan yang membatalkan larian


 Pelari memasuki lorong peserta lain.
 Memberi dan menerima baton di luar zon pertukaran.
 Membaling atau melambung baton setelah
menamatkan larian.

C. Teknik memintas masuk (cut-in)


 Pelari kedua dalam 4 x 400 m boleh memotong masuk
sebaik sahaja melintas lengkuk cut-in yang ditandakan
dengan bendera setinggi 1.5m

D. Zon pertukaran
 Zon pertukaran baton ialah sepanjang 20 m. Baton
hendaklah diserahkan dalam zon ini.

E. Teknik memegang baton


 Baton hendaklah dipegang sepanjang larian. Jika
terjatuh, hendaklah diambil oleh pelari yang
menjatuhkannya.
LONTAR PELURU
Undang – Undang dan Peraturan Lontar Peluru
Berat peluru
Kumpulan umur
Lelaki Perempuan
Bawah 18 tahun 5.45 kg 4.0 kg
Bawah 15 tahun 4.55 kg 4.0 kg
Bawah 12 tahun 2.72 kg 2.72 kg
Jadual 1: Berat peluru mengikut kategori umur seperti ditetapkan oleh Majlis
Sukan Sekolah-sekolah Malaysia

Peraturan asas melakukan lontaran


 Pelontar hendaklah memulakan lontarannya di dalam
bulatan.
 Peluru mestilah dilontar melalui atas bahu dengan
menggunakan sebelah tangan sahaja.
 Pelontar dibenarkan menyentuh bahagian dalam
lengkungan besi atau blok penahan.
 Peluru yang dilontar mestilah mendarat dalam sector
lontaran.
 Selepas peluru mendarat, pelontar hendaklah keluar
melalui bahagian belakang bulatan.

LOMPAT JAUH

Undang- Undang Dan Peraturan Lompat Jauh.


1. Kawasan Lari landas mestilah berukuran antara 1.22
meter hingga 1.25 meter lebar dan sekurang-kurangnya
40 meter hingga 45 meter panjang
2. Papan lonjakan diperbuat daripada kayu atau bahan tegar
yang sesuai. Berukuran 1.21m hingga 1.22m panjang dan
lebar 198mm hingga 202mm serta ketebalan 100m.
Papan ini mesti dicat putih dan diletakkan antara 1 hingga
3 meter dari kawasan permulaan mendarat.
3. Papan penanda diperbuat daripada kayu tegar berukuran
antara 98 mm hingga 102 mm lebar dan 1.21 hingga 1.22
meter panjang yang diselaputi plastesin atau bahan yang
sesuai di atasnya. Papan penanda ini berfungsi mengesan
tapak kaki atlet bila melakukan lompatan batal.
4. Kawasan mendarat mestilah berukuran antara 2.75m
hingga 3m lebar. Terletak di penghujung kawasan lari
landas dan selari dengan bahagian tengah kawasan
mendarat.
5. Peraturan umum, jika terdapat lebih daripada lapan orang
peserta, setiap peserta diberi tiga kali percubaan
lompatan. Hanya lapan peserta yang terbaik akan diberi
tambahan tiga kali percubaan mengikut susunanterbaik
berdasarkan percapaian. Jika terdapat lapan peserta atau
kurang, mereka diberi enam kali percubaan lompatan.
Setiap peserta diberi masa 1 minit untuk melakukan
lompatan. Sebarang keputusan seri dirujuk kepada
lompatan kedua terbaik. Jika masih sama, rujuk lompat
ketiga terbaik. Jauh lompatan diukur dari sentuhan pasir
terdekat dengan bahagian penghujung papan jinjak.
LEMPAR CAKERA

Spesifikasi cakera yang digunakan mengikut kategori


Kategori umur Berat cakera
Lelaki bawah 18 tahun 1.5 kg
Perempuan bawah 18 tahun 1.0 kg
Lelaki bawah 15 tahun 1.0 kg
Perempuan bawah 15 tahum 1.0 kg

Undang-undang dan peraturan


1. Lemparan perlu dilaksanakan dari dalam bulatan.
Hanya bahagian dalam gelung besi bulatan yang
boleh disentuh.
2. Masa melaksanakan lemparan ialah satu minit
selepas masuk ke dalam bulatan.
3. Lemparan dikira sah apabila :
 Keseluruhan cakera jatuh di antara dua garisan
pinggir bahagian dalam sector.
 Kaki tidak terkeluar atau menyentuh tanah di
luar bulatan ketika fasa ikut lajak.
4. Selesai lemparan, keluar dari separuh bulatan
bahagian belakang yang ditandai dengan garisan
putih
5. Lemparan yang dibatalkan apabila :
 Keluar dari bulatan sebelum cakera menyentuh
tanah.
 Mana – mana bahagian tubuh menyentuh tanah
di luar bulatan atau di atas sisi besi bulatan.
 Cakera jatuh di luar kawasan sector.
 Keluar dari bulatan lemparan mengikut melalui
bahagian hadapan atau sisi.
6. Penggunaan sarung tangan tidak dibenarkan. Serbuk
kapur boleh digunakan pada tangan untuk
membantu pegangan cakera.
7. Percubaan lemparan dilakukan sebanyak enam kali.
Hanya lemparan paling jauh diambil kira untuk
menentukan pemenang.

Anda mungkin juga menyukai