Anda di halaman 1dari 3

PERATURAN LARI BERGANTI-GANTI

Peraturan 170 merupakan peraturan yang digunakan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia
(KOM) dan International Assosiation of Athletics Federation (IAAF). Semua peserta acara
lari berganti-ganti yang mewakili kelab, persatuan, agensi atau mana-mana pihak
dikehendaki mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Berikut merupakan peraturan bagi
acara lari berganti-ganti:

1. Jarak standard bagi acara lari berganti-ganti ialah 4x100m dan 4x200m.
2. Garisan-garisan setebal 5sm hendaklah dibuat merentasi balapan bagi
mendakan jarak peringkat larian dan menentukan garisan pembahagi atau
garisan gores (scratch line).

3. Setiap zon sambut ataupun zon pertukaran baton hendaklah sepanjang 20m
dengan garisan pembahagi atau garisan gores di tengah-tengahnya.

4. Seseorang atlet boleh meletakkan penanda bantuan di lorongnya sendiri


dengan menggunakan pita pelekat. Pita pelekat yang digunakan mestilah
maksimum saiznya 5sm x 40sm, berwarna terang yang tidak mengelirukan
tanda-tanda sebenar di balapan. Penanda bantuan yang lain adalah tidak
dibenarkan sama sekali.

5. Baton yang digunakan bagi satu-satu pertandingan mestilah berbentuk tiub


bulat (silinder) bergeronggang dan berpermukaan licin. Baton hendaklah
diperbuat daripada kayu, logam atau apa jua bahan keras dengan
panjangnya 280mm hingga 300mm. Diameter ataupun ukur lilitnya hendaklah
antara 40mm dan beratnya tidak kurang daripada 50g. Selain itu, baton
mestilah berwarna bagi membantu penglihatan.

6. Baton hendaklah dipegang di tangan sepanjang perlumbaan. Sebarang


penggunaan sarung tangan, meletakkan atau memakai bahan pada tangan
untuk tujuan memperoleh genggaman yang baik adalah tidak dibenarkan
selain yang dibenarkan iaitu sebarang jenis pelindungan peribadi contohnya
pembalut, pita, tali pinggang, penahan dan lain-lain untuk tujuan pelindungan
atau perubatan. Menjatuhkan baton tidak mengakibatkan pembatalan. Atlet
perlu mengambil semula baton yang dijatuhkannya. Atlet hendaklah
meninggalkan lorongnya untuk mengutip baton sekiranya baton yang
dijatuhkannya terkeluar daripada lorong dengan syarat, perbuatannya tidak
mengurangkan jarak larian yang patut dihabiskannya.Tambahan pula, atlet
boleh mengutip baton yang jatuh tergolek ke tepi atau hadapan termasuk
melepasi garisan penamat dan kembali ke tempat asal sebelum
menyambung larian asalkan pernuatan tersebut tidak mengganggu atlet lain.
Pasukan akan dibatalkan sekiranya seorang atlet tidak akur dengan
peraturan ini.

7. Dalam semua acara lari berganti-ganti, baton mestilah diserahkan dalam zon
sambut atau zon pertukaran baton. Penyerahan baton bermula sebaik sahaja
baton menyentuh pelari yang menerima dan selesai apabila baton berada
dalam genggaman atlet yang menerima. Pertukaran baton di luar zon
pertukaran baton atau zon sambut boleh mengakibatkan pembatalan. Jika
baton terjatuh sama ada di tepi atau di hadapan termasuk melepasi garisan
penamat, atlet yang menjatuhkan baton dikehendaki mengambil baton
tersebut dan kembali ke tempat di mana baton berada di genggamannya
sebelum terjatuh lalu meneruskan larian.

8. Atlet mestilah berada dalam zon atau lorong masing-masing sehingga


balapan lapang supaya tidak menghalang atlet lain sebelum menerima atau
menyerahkan baton. Pasukan boleh dibatalkan sekiranya terdapat atlet
daripada pasukan tersebut secara sengaja mengganggu atlet lain dengan
melintas keluar dari posisi atau lorongnya.

9. Bantuan dengan cara menolak dengan sebarang cara lain akan


menyebabkan pembatalan.

10. Lari berganti-ganti 4x100m hendaklah dijalankan sepenuhnya dalam lorong.

11. Acara lari berganti-ganti 4x200m boleh diadakan seperti berikut:

a) Menggunakan lorong dari mula hingga tamat (empat selekoh di


lorong)
b) Di lorong untuk dua peringkat pertama dan kedua dan sebahagian
dari peringkat ketiga sehingga sampai ke tepi terdekat garisan
memotong selepas selekoh pertama (breakline) di mana atlet boleh
meninggalkan lorong (tiga selekoh dalam lorong).
c) Di lorong untuk peringkat pertama sehingga sampai ke tepi terdekat
garisan memotong selepas selekoh pertama (breakline) di mana atlet
dibenarkan meninggalkan lorong masing-masing (satu selekoh dalam
lorong). Cara ini biasanya digunakan jika tidak lebih dari empat
pasukan bertanding.

12. Lari berganti-ganti medley (100m-200m-300m-400m) akan diadakan dalam


lorong untuk peringkat satu dan dua dan sebahagian dari peringkat ketiga
sehingga ke tepi garisan memotong selekoh pertama (breakline) di mana
atlet boleh meninggalkan lorong masing-masing (dua selekoh dalam lorong).

13. Semua pelari kecuali pelari pertama boleh memulakan larian tidak melebihi
10m di luar kawasan pertuakaran baton dalam acara 4x100m dan 4x200m.
Dalam acara lari berganti-ganti medley pelari kedua dan ketiga boleh berbuat
demikian. Satu tanda jelas perlu dibuat pada setiap lorong bagi menandakan
had luar zon ini. Pasukan boleh dibatalkan jika atlet tidak mengikut peraturan
ini.

Anda mungkin juga menyukai