Anda di halaman 1dari 7

Pengenalan asas acara balapan.

1) Lari pecut
Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat ( 100m, 200m, dan 400m ) yang memerlukan

tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian sepantas mungkin.
Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut :
a) Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki.
b) Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki
tersebut.
c) Tangan digerakkkan dengan pantas.
d) Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan ).
Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan dengan acaraacara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak,
kelajuan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil

bahagian dan mungkin juga insentif yang ditawarkan.


Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor
kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari
haruslah mempunyai kordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri
atau badan semasa berlari. Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada
panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak
langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan

yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang.
Ada 2 teknik iaitu gaya berdiri dan gaya dekam

Gaya dekam
Berikut adalah langkah-langkah dalam gaya mulaan dekam:

a) Daripada kedudukan sedia dalam gaya berdiri, badan direndahkan ke bawah.


b) Melutut dengan kaki belakang.
c) Kedua-dua tangan menyentuh tanah dan diletakkan seberapa dekat yangboleh

dengan titik atau garis mula.


d) Penyesuaian dibuat mengikut keselesaan masing-masing.

FASA-FASA DAN TEKNIK-TEKNIK LARIAN


i) Fasa permulaan
ii) Fasa larian

a) Fasa pecutan
b) Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan
c) Fasa larian di selekoh
iii) Fasa penamat

2) Larian jarak sederhana


I)
800 meter
Pelari akan berlari sejumlah dua pusingan balapan berrnula dan berakhir Iebih

kurang pada tempat yang sama.


Pelari akan berlari mengikut lorong masing-masing untuk pusingan pertama, dengan
permulaan seperti dalam acara 400 meter. Pelari dibenarkan memotong masuk ke

lorong paling dalam selepas suatu jarak yang ditetapkan.


Pelari tidak dibenarkan keluar meninggalkan balapan sebelum menamatkan larian,

cuba menghaIang pelari lain merempuh pelari lain ketika sama-sama berlari.
Pelari hendaklah berlari setelah isyarat dan arahan diberikan oleh pegawai pelepas
Pelari dibenarkan memakai kasut larian atau spikes, atau kasut biasa atau berlari
tanpa berkasut. Bagaimanapun adalah lebih balk dan wajar mereka memakai spikes

bagi memudahkan larian dan demi keselamatan diri.


PeIari hendaklah menamatkan lanan dengan melepasi pita atau gansan penamat
yang disediakan.Pelari hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk sukan
olahragakhasnya untuk acara ini.

II)
1500 meter
Pelari akan berlari sejumlah 3 % pusingan balapan 400 meter, yang bermula pada akhir

selekoh pertama balapan.


Pelari akan berlari tanpa mengikut lorong dan mula hingga ke akhir penlumbaan.
Pegawai perlumbaan akan memberi isyarat apabila pelari mempunyat baki satu lagi
pusingan lariannya.

3) Lari jarak jauh


I)
3000 meter
3000 meter lari berhalangan merupakan salah satu acara yang dipertandingkan dalam
kebanyakan.perjumpaan olahraga sama ada di peringkat kebangsaan ataupun

antarabangsa, termasuk Sukan Ohmpik.


Acara ini hanya dikhaskan untuk peserta lelaki dan hingga kini rnasih belum menerima
penyertaan wanita.

ATURAN DAN CARA LARIAN


1. Semua pelari akan berlari sebanyak 7 1/2 pusingan balapan yang diubahsuai yang
keseluruhannya terdapat 28 halangan berpagar dan tujuh halangan kolam berair.
2.

Pelari dibenarkan memijak atau memegang halangan berpagar pada setiap kali melompat

untuk melepasi halangan ini.


3.

Pelari berlari tanpa mengikut lorong dan ini bermakna setiap pelari boleh berlari sama ada

pada lorong paling dalam atau sebaliknya.


4.

Untuk memulakan larian, semua peserta akan berbaris di garisan permulaan dan

dibenarkan berlari sebaik sahaja isyarat berlepas diberikan oleh pegawai pelepas.
5

Untuk memenangi acara ini , pelari dikehendaki berlari dan permulaan larian hingga ke

garisan penamat.Pelari yang gagal berbuat demikian, bukan sahaja kedudukannya di akhir
perlumbaan akan dibatalkan, malah larian menjadi sia-sia sahaja.

MEMBUAT LOMPATAN
Untuk membuat lompatan melepasi halangan kolam berair, perkara-perkara berikut hendaklah
diberikan perhatian:
1. Pelari hendaklah mengelakkan daripada memperlahankan larian ketika mahu membuat
lompatan melepasi halangan kolam berair.
2. Titik untuk membuat lompatan hendaklah lebih kurang 1.4 hingga 1.5 meter danpada
halangan.

3. Pelari hendaklah memijak disebelah kaki pada halangan pagar dan menggunakan kaki yang
sama untuk menolak kaki yang satu lagi ke hadapan untuk mendarat di dalam kolam.
4. Pelari hendaklah membuat lompatan dengan mengekalkan keseimbangan pada badan
ketika melompat dan mendarat.
5. Elakkan daripada mendarat di luar kawasan berair kerana untuk melakukan pendaratan
pelari perlu menggunakan tenaga yang lebih kuat sehingga sukar untuk meneruskan semula
larian.

II)
5000 meter
Acara lari jarak jauh 5000 meter ini dijalankan dalam 12 1/2 pusingan balapan 400
meter. Ini bermakna pelari akan berlari sejauh lima kilometer. Oleh sebab jumlah
keseluruhan pusingan ialah 12 1/2 pusingan, ini bermakria permulaan untuk acara ini
ialah pada tempat permulaan acara 200 meter, tetapi garisan permulaan tidaklah seperti
dalam acara 200 meter.
ATURAN DAN CARA LARIAN
1.

Pelari akan berlari sebanyak 12 1/2 pusingan balapan bersaiz 400 meter.

2.

Pelari akan berlari tanpa mengikut lorong tertentu.

3.

Pelari hendaklah berlari dan mula hingga tamat larian untuk memenangi sebarang

kedudukan .Pelari yang menarik dirir dikira batal dan terkeluar daripada perlumbaan.

4.

Pelari dibenarkan berjalan sebentar jika perlu dan kemudian meneruskan larian, tetapi dia

mesti berada di dalam balapan dan tidak mengganggu pelari lain.


5.

Pegawai perlumbaan akan membunyikan isyarat (biasanya loceng ) atau siren apabila

pelari mempunyai baki satu pusingan lagi untuk menamatkan lariannya.

4) Lari berpagar
PERATURAN

Pelari berlari dalam lorong masing-masing.


Pembatalan boleh dikenakan kepada seseorang pelari dalam keadaan berikut:
- Mengheret kaki di bawah palang pagar.
- Melompat pagar di lorong lain atau,
- Menjatuhkan pagar dengan tangan atau kaki secara sengaja.
ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

60 meter lari berpagar (tertutup sahaja)


100 meter lari berpagar (wanita)
110 meter lari berpagar (lelaki)
400 meter lari berpagar

5) Lari berganti-ganti
SEMASA LARIAN
Aturan umum
a)

Berlari mengikut lorong yang ditetapkan.

b)

Membuat pertukaran baton dalam kawasan atau zon yang ditetapkan.

c)

Membuat pertukaran yang bersih.

d)

Mengekalkan baton dalam tangan pelari awal hingga akhir larian.

Aturan larian

Pelari pertama

a)

Gunakan blok permulaan.

b)

Berlari mengikut isyarat (pistol) dibunyikan oleh pelepas.

c)

Berlari pada selekoh pertama.

d)

Membawa baton pada tangan kanan.

a)

Pelari kedua
Bersedia dan mula berlari dalam keadaan berdiri.

b)

Berlari dalam lorong yang lurus.

c)

Membawa baton pada tangan kiri atau boleh menukarkannya semasa berlari ke tangan

kanan.
d)

Berlari dalam lorong sendiri.

e)

Menerima baton dalam zon pertukaran.

Pelari ketiga

a) Bersedia dan mula berlari dalam kedudukan berdiri.


b) Berlari dalam lorong sendiri pada selekoh kedua.
c) Membawa baton pada tangan kanan.
d) Berlari di sebelah dalam lorong sendiri.

Pelari keempat

a) Bersedia dan mula berlari dalam kedudukan berdiri.


b) Berlari dalam lorong yang lurus dan lorong sendiri.
c) Membawa baton pada tangan kiri atau ditukarkan pada tangan kanan semasa berlari.
d) Menyerahkan baton kepada pegawai bertugas.

6) Jalan kaki
Lumba jalan kaki adalah sejenis acara olahraga dalam kategori perlumbaan jarak jauh
Acara biasa dipertandingkan adalah 10 kilometer, 20 kilometer dan 50 kilometer.
Lumba jalan kaki boleh ditakrifkan sebagai acara yang memerlukan peserta melakukan

pergerakan langkah yang berterusan


Kaki yang berada di hadapan sentiasa lurus (tidakmembengkok lutut) dari mula
mencecah bumi sehinggalah keadaan pejalan benar-benar tegak ataupun kaki
belakangnya melepasi badan.

Peraturan Lumba Jalan Kaki

Penentuan posisi ketika permulaan ditentukan mengikut seeding yang dilaksanakan

oleh penganjur;
Perlumbaan yang berlangsung di balapan akan diadili oleh enam orang hakim termasuk

seorang ketua hakim;


Amaran akan diberikan sekiranya teknik jalan kaki tidak mengikut definisi perlumbaan;
Tiga amaran akan diberi sebelum penyertaan dibatalkan
Tanda kuning dengan symbol kesalahan akan ditunjukkan sebagai tanda amaran.

Tanda merah pula ditunjukkan sebagai penyertaan dibatalkan;


Penyertaan akan dibatalkan oleh ketua hakim apabila tiga hakim sependapat cara
berjalan tidak mengikut definisi lumba jalan kaki dan sekiranya pertandingan diadakan
di balapan, individu yang dibatalkan mesti segera meninggalkan balapan.

Anda mungkin juga menyukai