Anda di halaman 1dari 3

KUIZ KPD3016

1. Nyatakan lima komponen yang perlu ada dalam penulisan hasil pembelajaran (5m)
i. Frasa merujuk kepada kumpulan sasaran
ii. Kat kerja aktif
iii. Objek kata kerja
iv. Konteks/keadaan
v. Standard/kritea
2. Jelaskan;

a. Pedagogi isi kandungan (2m)

 Pedagogi isi kandungan ialah strategi, kaedah atau stail instruksi yang khusus bagi
guru mengaitkan tentang isi kandungan dalam sesuatu matapelajaran yang diajar.

b. Pengetahuan pedagogi am (2m)

 Pengertahuan pedagogi isi kandungan ialah mengenai perkara asas berkenaan prinsip
pengajaran, strategi pengajaran, pengurusan bilik darjah dan pengurusan idea.

c. Pengetahuan pedagogi isi kandungan (2m)

 Pengertahuan pedagogi isi kandungan merupakan gabungan pengertahuan isi


kandungan dan pedagogi am yang dikatakan merupakan pengetahuan yang unik
kepada seorang pendidik. Pengetahuan pedagogi isi kandungan ini ialah kefahaman
tentang kandungan mata pelajaran dengan stail atau cara guru mengaplikasikan
pengajarannya di dalam kelas

3. Terangkan apakah kandungan yang perlu ada dalam 4 fasa pembelajaran dibawah;

a. fasa permulaan (3m)

 Fasa ini guru mengaitkan pelajaran lepas yang berkaitan dengan pelajaran baru.
 Guru berperanan untuk mencungkil idea pelajar dimana pelajar diberi peluang
mempersembahkan dan menyatakan idea dan pengetahuan sedia ada mereka.
 menyediakan pelajar dan guru untuk berinteraksi dengan idea pelajar secara bermakna
ke arah pembinaan pengetahuan sains.
 Perlu menarik dan mengujakan bagi meningkatkan semangat belajar pelajar
 Sebagai contoh, cikgu akan membawa ABM dan menanya kepada pelajar apa kaitan
bahan itu dengan yang hendak diajar. Apabila pelajar memberi respon maka proses
pengcukilan idea akan berlaku.
b. fasa penstrukturan idea (3m)

 Fasa ini merupakan membina idea saintifik baru


 Memurni dan menyusun semula prakonsepsi dan pengetahuan sedia ada pelajar
supaya lebih bertepatan dengan idea/kefahaman saintifik.
 Menyelesaikan masalah miskonsepsi pelajar.
 Mempersembahkan idea baru dengan mengaitkannya kepada pengalaman pelajar.
 Menaksir kefahaman pelajar secara berterusan (penaksiran untuk pembelajaran).

c. fasa aplikasi (3m)

 Mengaplikasi pengetahuan yang dibina dalam situasi berlainan


 Mencabar dan mengembangkan kefahaman konsep pelajar
 Meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif
 Menggunakan secara meluas strategi berfikir seperti mengkonsepsi, menyelesai
masalah dan membuat keputusan
 Melakukan penaksiran untuk pembelajaran

d. Fasa penutup (3m)

 Membandingkan prakonsepsi dan miskonsepsi pelajar dengan pengetahuan baru yang


dibina
 Meringkaskan apa yang telah dipelajari
 Melihat semula apa yang sepatutnya dicapai dan kemudian menaksir hasil
pembelajaran tersebut
 Meminta pelajar membuat kesimpulan dan membuat refleksi keseluruhan pengalaman
pembelajaran mereka
 Mengaitkan dengan pelajaran akan datang dan memberi kerja rumah

4. Apakah yang di maksudkan dengan kemahiran mikro pengajaran dan nyatak 4 kemahiran

mikropengajaran yang perlu dikuasan oleh pelajar (6m)

Pengajaran merupakan satu proses rumit yang memerlukan pelbagai kemahiran mengajar
yang diintegrasi dan dilaksanakan secara bersepadu dan harmoni bagi membantu
pembelajaran berlaku secara berkesan. Kemahiran mengajar boleh dibahagikan kepada
beberapa kemahiran yang lebih asas yang dipanggil kemahiran mikropengajaran. Dengan
mengenal pasti beberapa kemahiran asas ini, guru pelatih lebih mudah dibantu menguasai
kemahiran mengajar apabila dapat menguasai setiap satu kemahiran mikropengajaran
tersebut.

i. Kemahiran memperkukuh (secara positif)


ii. Kemahiran Mengilustrasi dengan Contoh
iii. kemahiran membuat demonstrasi
iv. Kemahiran Mengendali Perbincangan
5. Nyatakan lima elemen utama dalam pembelajaran koperatif secara pendekatan konseptual
(5m)

 Saling bergantungan secara positif


 Penanggungjawab kendiri
 Interaksi bersemuka
 Pengajaran kemahiran sosial secara ekplisit
 Pemerosesan kumpulan

6. Bezakan pembelajaran berasakkan projek, pembelajaran berasaskan masalah dan


pembelajaran

Berasaskan STEM (6 m)

PB MASALAH PB STEM PB PROJEK

Bermula dengan masalah Bermula dengan Bermula dengan produk


kes/cerita akhir yang ingin
Perbezaan dibina/dipersembahkan

Pelajar menyelesaikan Pelajar menganalisis dan Pelajar


masalah membuat kesimpulan membina/mempersembah
tentang kes/cerita kan produk akhir

Pengetahuan baru Pengetahuan baru Kebanyakan pengetahuan


biasanya dibina didedahkan peringkat baru didedahkan peringkat
sepanjang proses permulaan dan berterusan permulaan untuk
menyelesaikan masalah dibina semasa diaplikasikan semasa
menganalisis kes menjalankan projek

7. Nyatakan lima kriteria dalam pemiliham media dalam pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik

darjah (5m)

 Mengikut sukatan pelajaran


 Menarik minat & perhatian pelajaran
 Senang digunakan oleh pelajar
 Telah terbukti keberkesanan media atau bahan tersebut
 Penglibatan pelajar
 Mampu disediakan

Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai