Anda di halaman 1dari 21

KAJIAN MASALAH GURU DI SEKOLAH

Saya adalah seorang guru yang telah berkhidmat di sekolah Kementerian

Pelajaran selama lebih 10 tahun. Selama 10 tahun tersebut, saya telah

mengajar sebanyak lima buah sekolah. Sekolah pertama saya ialah di Sabah.

Sekarang saya telah berpindah ke Semenanjung dan bertugas di salah sebuah

sekolah harian yang berada di pinggir sebuah bandar di semenanjung.

Selama saya bertugas di sekolah ini, terlalu banyak masalah yang saya hadapi

dan para guru yang lain juga menghadapinya. Ini adalah suasana sebenar

apabila berdepan dengan pengurusan dan pentadbiran di mana-mana sekolah

di bawah Kementerian Pelajaran. Masalah yang didapati hampir serupa sahaja

di sekolah yang berada dalam kawasan kampung yang diuruskan oleh Jabatan

Pelajaran di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.


ISU DISIPLIN PELAJAR

Berbalik kepada suasana dan keadaan di sekolah, suasana pelajar yang tidak

berdisiplin ketika berada di dalam kelas dan di dalam kawasan sekolah amat

ketara. Tidak sedikit pelajar yang menghisap rokok, berambut panjang,

memakai rantai datang ke sekolah, memakai seluar koyak dan ketat,

mempamerkan keadaan pakaian dan penampilan yang kotor dan tidak

terurus, berkumpul dan lepak di tandas pada waktu rehat hatta pada waktu

P&P, bebas keluar masuk kelas dan keluar masuk dari kawasan sekolah serta

merayau-rayau di luar kelas tanpa sebarang aktiviti manfaat yang dilakukan.

Semua ini perkara biasa yang kami alami dan kami hadapi setiap hari pada

masa bertugas. Keadaan ini amat menyakitkan hati kami dan menggugat

kewibawaan kami sebagai seorang guru.

Masalah ini disebabkan disiplin dan peraturan sekolah yang terlalu lemah dan

longgar. Pelajar sudah mula pandai melawan guru, tidak hormat kepada guru

dan memperleceh guru. Pelajar bermasalah tidak diambil tindakan

sewajarnya oleh pihak berwajib yang seolah-olah membiarkan sahaja ianya

terus berlaku, bahkan guru pula yang ditukarkan ke sekolah lain.


Pernah suatu ketika, pelajar melawan dan memukul guru kerana guru

tersebut menegurnya kerana membuat bising sewaktu peperiksaan

percubaan SPM sedang berjalan, pelajar tersebut mengejar guru hingga ke

dalam kereta.

Apabila hal ini dibawa ke dalam mesyuarat disiplin, guru yang terlibat

akhirnya ditukarkan ke sekolah lain, sedangkan pelajar hanya digantung

sekolah selama dua minggu. Ini menampakkan bahawa kesilapan guru lebih

besar dari kesilapan pelajar dari sudut peraturan Kementerian Pelajaran,

yang dikatakan langsung tidak membela guru tetapi membela pelajar yang

melakukan kesilapan. Begitu juga hukuman merotan pelajar, terlalu banyak

pengecualiannya dan hanya dibenarkan kepada Pengetua dan guru disiplin

sahaja. Merotan pula hanya boleh dijalankan di tempat yang tertutup.

PENTADBIR SEKOLAH YANG TIDAK ADIL

Suatu ketika, guru Kemahiran Hidup yang sudah 10 tahun pengalaman

mengajar, tetapi ditukarkan ke sekolah lain dan diganti dengan guru baru

posting yang tiada pengalaman. Guru tersebut cuba membetulkan pentadbir

dalam pengagihan peruntukan panitia yang didapati mahu digunakan dan

dialihkan oleh pentadbir untuk tujuan lain.


Hasilnya guru tersebut dituduh melawan pihak pentadbir dan akhirnya

ditukarkan ke sekolah lain. Ini menyebabkan para pelajar tidak dapat

menimba ilmu yang sepatutnya dari guru yang berpengalaman tersebut.

Pentadbir memberi alasan yang tidak munasabah mengapa guru yang begitu

jauh dan lama pengalamannya dipilih untuk ditukarkan dan diganti dengan

guru lain yang baru setahun jagung, sedangkan kerja guru tersebut di sekolah

amat cemerlang dan baik serta pengajarannya amat memuaskan.

Guru-guru dan pentadbir sentiasa bergaduh dan sentiasa tuduh-menuduh,

fitnah memfitnah, menceritakan dan menyampaikan keburukan sesama

mereka sehingga menyebabkan guru menjadi tension untuk mengajar dan

menjalankan tugas. Guru-guru seolah-olah tidak mahu mematuhi arahan

pentadbir disebabkan sikap pentadbir (pengetua) berat sebelah dan tidak

professional terhadap guru yang selalu menyalahkan guru dalam apa jua

masalah yang berlaku. ( hal ini berlaku kerana pentadbir cuba mewujudkan

kelompok kronisme mereka disebabkan wujudnya dasar sekolah perkasa dan

guru cemerlang ) Guru besar2 cuba mengejar impian bagi menjadi sekolah

terbaik bagi mengejar nama sebagai guru besar terbaik sehingga

mengabaikan kebajikan guru-guru .


Guru Cemerlang yang suka menghina dan memperlekeh guru-guru lain

menyebabkan budaya berkelompok wujud di kalangan para guru dan kerja

berpasukan (teamwork) hilang. Guru-guru biasa merasa terhina dan tertekan

dengan sikap Guru Cemerlang di sekolah berkenaan. Para pelajar

mengadukan hal ini dan mengatakan sebahagian guru menceritakan perihal

guru-guru lain semasa berada di dalam kelas.

Pentadbir membuat aduan kepada PPD untuk menyalahkan guru kerana

prestasi yang buruk sedangkan pentadbiran yang bercelaru dan berkecamuk

menyebabkan prestasi pelajar merosot. Hasilnya PPD datang dan memberi

amaran serta memarahi guru-guru yang tidak bersalah. Guru merasa tertekan

dengan sikap pentadbir.

Pentadbir menghina dan memperlekehkan kemampuan guru-guru yang telah

dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pelajaran

Malaysia dengan mengatakan guru-guru tidak memberi sebarang keuntungan

dan kebaikan kepada sekolah, sedangkan setiap hari guru datang ke sekolah

untuk mengajar.
Penghinaan tersebut menyebabkan guru tiada mood untuk mengajar.

Pentadbir didapati memberi hadiah kepada guru-guru tertentu sahaja yang

rapat dan sentiasa bersama dengannya, manakala guru-guru lain dihina

begitu teruk sekali sehingga dikatakan tidak memberi apa-apa sumbangan

kepada pihak sekolah. Ini menunjukkan sikap seorang pentadbir yang amat

tidak professional.

Pentadbir sekolah mengatakan mana-mana guru yang tidak suka berada dan

mengajar di sekolah itu hendaklah berpindah ke sekolah lain. Ini amat

mengecewakan para guru kerana semua guru telah pun mendapat

pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pelajaran

Malaysia untuk mendidik dan mengajar. Beliau tidak sepatutnya mengatakan

sedemikian.
REPUTASI DIKEJAR, AKHLAK TERABAI

Pentadbir sekolah sentiasa menyebut-nyebut dan memberitahu para guru

bagaimana cara untuk mudah naik pangkat dan cepat lompat ke DG48, DG52,

DG54, JUSA C dan sebagainya. Itulah yang diwar-warkan selalu di hadapan

para guru di dalam mesyuarat. Beliau juga terlalu mengejar anugerah, nama,

glamour dan pangkat seperti perjanjian dengan pihak Jabatan yang

menjanjikan imbuhan kewangan dari pihak Jabatan Pelajaran untuk meraih

title dan anugerah tertentu, menyebabkan urusan yang lebih penting seperti

disiplin (ramai pelajar ponteng dan tidak masuk kelas, melawan dan

memperlekehkan guru) menjadi terabai dan menyebabkan sahsiah, akhlak

serta kebajikan pelajar semakin hari semakin tidak diambil tahu dan

dibiarkan. Begitu juga penekanan terhadap tugas-tugas asas guru seperti

memantau dan menekankan para guru agar sentiasa masuk kelas, menjaga

dan menyediakan kemudahan dan kelengkapan peralatan di sekolah untuk

kepentingan pembelajaran anak-anak kami dan sebagainya, semuanya telah

terabai.
Pentadbir sekolah juga terlalu mementingkan keceriaan bangunan dan

kawasan sekolah sehingga memaksa dan memeras tenaga guru dan pekerja

bawahan untuk menceriakan kawasan dan bangunan demi mendapat

anugerah cemerlang dalam pertandingan keceriaan sekolah di peringkat

Daerah dan Jabatan. Ini menyebabkan emosi guru terganggu dan guru merasa

tertekan dengan arahan-arahan untuk melakukan kerja-kerja di luar tugas

guru seperti itu, tambahan pula guru mesti mengeluarkan kos dan

perbelanjaan sendiri untuk menyediakan peralatan bagi menceriakan sekolah.

MAKANAN KANTIN

Makanan yang disediakan kepada para guru di kantin sekolah amat tidak

menyelerakan dan menjemukan. Ini menyebabkan ramai para guru tidak

makan di kantin, sebaliknya membawa bekalan sendiri dari rumah atau

membelinya di tengah jalan untuk dibawa ke sekolah. Ini kerana pengambilan

tender yang tidak ada pengalaman dalam menyediakan makanan kepada

pelanggan yang dilakukan oleh pihak pentadbir sekolah.


SISTEM PBS ( Penilaian Berorentasikan Sekolah )

Sistem PBS cukup memeningkan dan memenatkan para guru. Antara perkara

yang menimbulkan masalah ialah penyediaan bahan bukti (evidens) atau

instrumens bagi ujian PBS yang ingin disediakan untuk para pelajar yang

terlalu banyak. Bayangkan jika satu subjek ada 30 tajuk, setiap satu tajuk

mesti ada 6 evidens untuk 6 band, bermakna 36 helai kertas digunakan untuk

kesemua 6 band bagi setiap tajuk. 30 tajuk bermakna 1,080 helai kertas

diperlukan bagi setiap orang pelajar. Jika di dalam sebuah kelas ada 40

pelajar, bermakna setiap kelas memerlukan 43,200 helai kertas diperlukan.

Jika ada dua kelas atau tiga kelas bagi setiap tingkatan, maka 43,200 x 2 atau x

3, fikirkanlah sendiri berapa kos kertas yang diperlukan oleh pihak sekolah

bagi perlaksanaan PBS. Kos ini tidak dinyatakan dalam kursus PBS sumbernya

perlu diambil dari mana, ia terpulang pada pihak sekolah untuk

memikirkannya.
Dalam pengajaran guru, masalah juga timbul antara mahu “mentaati”

Lembaga Peperiksaan ataukah mahu “mentaati” Kementerian Pelajaran. PBS

diselia dan diurustadbir oleh Lembaga Peperiksaan yang inginkan penilaian

setiap band berdasarkan eviden yang telah dibuat, mesti dikey-in setiap bulan

mengikut tajuk. Ini bermakna kebanyakan waktu P&P guru digunakan untuk

menjalankan ujian PBS ke atas setiap pelajar dan bagi tujuan dimasukkan nilai

band dalam laman web PBS setiap bulan berdasarkan ujian dan eviden yang

disediakan, manakala Kementerian Pelajaran mula mahukan tajuk dan

sukatan dihabiskan dalam tempoh yang tertentu. Ini menimbulkan

“pertelagahan” antara mahu mentaati kemahuan Lembaga Peperiksaan

ataukah mahu mentaati kemahuan Kementerian Pelajaran. Dengan kata

mudah, jika guru menjalankan ujian PBS semasa P&P, sukatan dan isi

pelajaran tidak dapat dihabiskan dan diajar dengan sempurna, jika guru

menjalankan P&P seperti biasa, ujian PBS tidak dapat dijalankan kerana masa

40 minit waktu mengajar telah digunakan untuk menjalankan P&P.


SISTEM PENILAIAN PENCAPAIAN BARU

Selain itu, pelajar tidak lagi dinilai dengan kedudukan dan nombor dalam

kelas atau tingkatan tetapi dinilai dalam ukuran band, iaitu band 1 hingga

band 6. Ini memberi masalah kepada para ibu bapa untuk mengetahui setiap

prestasi, kebolehan dan pencapaian dalam setiap mata pelajaran yang

dipelajari oleh anak mereka. Timbul masalah juga pelajar di sekolah

pedalaman dengan sekolah berasrama penuh apa bezanya jika kesemua

mereka mendapat band 6? Tiada penilaian dalam bentuk gred, peratus dan

agregat seperti sistem lama dahulu. Bagaimana pula dengan ukuran kelayakan

untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh atau ke MRSM atau lain-lain

yang sekolah yang menjadi rebutan para pelajar?

Ini hanyalah sebahagian masalah dan rungutan para guru yang bertugas di

sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran buat masa ini yang sempat saya tulis

di ruangan ini. Sebenarnya banyak lagi rungutan yang tidak terkata seperti

kebajikan para guru dan pelajar, masalah kemudahan dan infrastruktur

sekolah yang juga diabaikan oleh pihak berwajib dan amat menyedihkan dan

mengalirkan air mata bagi sesiapa yang memerhati dan memikirkannya.

Mudah-mudahan luahan hati ini memberi pengajaran kepada kita akan

tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh sesiapa yang memegang

amanah dan tanggungjawab.


Sehingga hari ini belum dapat dilihat sebarang hasil dan kesannya terhadap

guru. Bahkan guru semakin bertambah kerja. Kerja manual masih wajib dan

kerja digital pun kena buat. Sebagai contoh :

1. Maklumat Murid

o Kena direkodkan dalam buku besar pendataran pelajar

o Kena direkodkan dalam buku kedatangan

o Kena direkodkan dalam kad 001

o Kena direkodkan dalam SSM

o Kena direkodkan dalam BBM

o Kena direkodkan dalam fail KOKO

2. Maklumat ujian dan peperiksaan

o Kena direkodkan dalam buku ringkasan mengajar

o Kena direkodkan dalam borang TOV

o Kena direkodkan dalam ISIS (Sistem maklumat peperiksaan

dalaman)

o Kena direkodkan dalam SISPA/SASP (Sistem maklumat

peperiksaan online)

o Kena direkodkan dalam borang analisis item


Apakah bentuk perlindungan yang ada untuk guru?

 Apa yang dimaklumkan kepada semua guru-guru segala pertembungan

murid , ibu bapa dan penjaga murid dengan guru tidak akan memihak

kepada guru. Jabatan tidak mempertahankan guru dan memberi

perlindungan . Akibatnya guru-guru yang terbabit terpakasa

bersendirian dan bila di bawa kemuka pengadilan terpakasa membayar

segala tuntutan oleh pihak murid.

Kami dimaklumkan ada guru yang terpaksa jual kereta. Ada guru yang

terpakasa membayar RM5000 kerana kesan 5 jari dipipi muridnya. Ada

guru yang membayar RM500 kerana kesan di belakang murid

berkenaan.

Antara lain guru diberi peringatan tegas apabila berhadapan dengan

masalah salah laku pelajar

tidak boleh ....

 menyentuh fizikal murid dengan kaki dan tangan

 tidak boleh menggunakan sebarang alat lain untuk menyentuh pelajar

 menyentuk isu kaum, agama dan perkara yang sensitive yang

dibolehkan ...
 merotan pelajar bagi guru-guru yang telah diperturunkan kuasa

merotan oleh pengetua

 menasihati pelajar

dengan ringkas guru hanya boleh menggunakan suara.....dan

mempelbagaikan teknik melontar vokal masing-masing.

Diingatkan juga guru tidak boleh mengejar pelajar...ditakuti pelajar

terjatuh dan cedera.....guru akan disabitkan juga.

Sayangnya pengetua yang ada kuasa merotan pun sekarang mengambil

jalan selamat tidak merotan, sebaliknya menurunkan kuasa kepada guru

disiplin atau guru penolong kanan.


SISTEM – SISTEM YANG HARUS DILAKSANAKAN OLEH GURU AMAT

MEMENINGKAN – SIAPAKAH YANG AKAN MEMBELA GURU DARI

SISTEM-SISTEM INI ( TIADA TEMPAT UNTUK MENGADU )

MAKA TERJADILAH PEMBERONTAKAN JIWA ( DALAMAN )

 SISTEM APDM

 SISTEM SPPBS

 SISTEM KEHADIRAN MURID -

 SISTEM MAKLUMAT MURID -MENGISI DATA MURID ( SMM )

 HARI SUKAN DI LEWATKAN SEHINGGA BULAN ENAM

 SISTEM KSSR

 SISTEM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

 TERLALU BANYAK FAIL YANG HARUS DIADAKAN DAN ISI DAN

DIPENUHI OLEH SETIAP GURU

 SISTEM KUAM

 SEKOLAH BESTARI
 SEKOLAH PERKASA

 SEKOLAH CLUSTER

 SISTEM NILAM

 SISTEM LINUS

 SITEM PROTIM

 SISTEM SEKOLAH PENYAYANG

 DASAR 1 MURID 1 SUKAN

 MESYUARAT TERLALU KERAP DIADAKAN

 SISTEM FAIL YANG TERLALU BANYAK SEHINGGA TIDAK DAPAT

MEMBERI PENUMPUAN PADA PELAJARAN

 TERLALU BANYAK PROGRAM DIADAKAN MELIBATKAN SEKOLAH /

DAERAH / NEGERI
BIDANG SUKAN DAN LAIN-LAIN

1. BOLEH DIJALANKAN SELEPAS BULAN 6 ) PADAHAL WAKTU ITU PROGRAM 1


MURID 1 SUKAN BAGI SETIAP MURID
2. SUKAN TAHUNAN KINI TIDAK BOLEH DIJALANKAN SEPERTI BIASA ( HANYA
MURID HARUS MENUMPUKAN KEPADA PEPERIKSAAN SEKOLAH
3. SEBARANG PERTANDINGAN DAN LATIHAN SUKAN TIDAK LAGI BOLEH
DIJALANKAN PADA WAKTU PAGI WALAUPUN MELIBATKAN PERINKAT
DAERAH
4. GURU-GURU TERPAKSA DATANG KE SEKOLAH DARI PAGI/ PETANG @
MALAM
5 PAGI - MENGAJAR HINGGA JAM 2 PETANG
DARI JAM 2 PETANG HINGGA 5 PETANG – MESYUARAT GURU
DARI JAM 900 MALAM HINGGA 11 MALAM
( KELAS TAMBAHAN )
6 MESYUARAT DIADAKAN TERLALU KERAP DAN TERLALU LAMA HANYA BAGI
MEMENUHI SYARAT ( SEHINGGA JAM 530 PETANG .
7 GURU TERPAKSA MELATIH PASUKAN SEKOLAH SELAMA 3 HARI SEMINGGU
MELATIH 1 MURID 1 SUKAN ( 1 HARI )
KO KURIKULUM ( 1 HARI )
LATIHAN RUMAH SUKAN ( 1 HARI )
8 TIADA LAGI MASA YANG DAPAT GURU LUANGKAN BERSAMA KELUARGA
DAN MASYARAKAT
 SESI SEKOLAH BERMULA JAM 745 PAGI TETAPI GURU BESAR MEMAKSA
GURU HADIR JAM 7.00 PAGI ( KELAS TAMBAHAN )
 INI KERANA GURU BESAR / PENGETUA BEGITU RAKUS INGIN
DIANUGERAHKAN SEBAGAI GURU BESAR TERHEBAT DI DAERAH MASING-
MASING

 AKBAT SEMUA INI – GURU MENGAMBIL JALAN MUDAH IAITU SETIAP


KESALAHAN YANG TERJADI ADALAH BERPUNCA DAN DISEBABKAN OLEH
DASAR-DASAR KERAJAAN YANG BEGITU MENEKAN PARA GURU .

 RAMAI GURU MEMASANG PERASAAN DENDAM TERHADAP KERAJAAN


YANG DILIHAT MENEKAN MEREKA DTAMBAH DENGAN UNSUR-UNSUR
HASUTAN .

 MAKA KEBENCIAN INI MAKIN MEMBUAK-BUAK . HAL INI AKAN


BERTAMBAH BURUK JIKA LANGKAH-LANGKAH DRASTIK TIDAK DI AMBIL
SEGERA .
 PENULIS HANYA BOLEH MENCATATKAN LUAHAN PARA GURU . TAPI
APAKAN DAYA SIAPAKAH YANG AKAN MENDENGAR RINTIHAN PARA GURU
DAN MEMPERJUANGKAN HAK DAN KEBAJIKAN GURU .

 KADANG KALA WANG TIDAK DAPAT MEMBELI SEGALANYA . PENULIS


PRIHATIN AKAN HAL INI KERANA PENULIS INGIN KERAJAAN YANG SEDIA
ADA DIPERTAHANKAN DAN MASALAH YANG ADA DISELESAIKAN DENGAN
CARA BERHEMAH
KESIMPULANNYA TERLALU BANYAK SISTEM DAN DASAR BARU YANG

DIADAKAN SEHINGGA GURU TIDAK TAHU DAN TIDAK MAMPU

MELAKSANAKANNYA

APAKAH YANG TERJADI DENGAN KERJAYA GURU

1. Kenaikan pangkat yang lambat berbanding jabatan lain

iaitu 10 tahun untuk naik pangkat ke level 2 mengikut gred.

(PTD hanya perlu 4 tahun)

2. Kerja yang keterlaluan dan membebankan hanya

menguntungkan ketua jabatan.

3. Tiada bayaran lebih masa untuk kerja hari cuti termasuk

hari ahad

4. Berlaku penyalahgunaan kuasa oleh ketua jabatan

5. Banyak guru sakit jiwa

6. Tiada pembelaan untuk guru disiplin yang dituduh

melakukan jenayah terhadap pelajar


PERMASALAHAN GURU

DI

SEKOLAH RENDAH

MASALAHNYA

GURU TENSION DENGAN SENARIO YANG BERLAKU

TIADA PEMBELAAN

HASILNYA – RAMAI GURU YANG MEMBERONTAK DAN

MENYALAHKAN PIHAK KERAJAAN

Anda mungkin juga menyukai