Anda di halaman 1dari 4

PERATURAN PERMAINAN KEJOHANAN BOLASEPAK 9 SEBELAH

ANJURAN BERSAMA
PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI PUTRA HARMONI
DAN
PERBADANAN PUTRAJAYA
1. KELAYAKAN

Kategori Dewasa (A)

1.1. Pertandingan ini terbuka kepada semua kelab-kelab bola sepak


penduduk Putrajaya,Kawasan sekitar (berhampiran) Putrajaya,Kelab-
Kelab Sukan Kementerian, Jabatan Kerajaan yang berpusat di
Putrajaya dan juga syarikat-syarikat swasta yang beroperasi di
Putrajaya. (keutamaan di berikan kepada penduduk Putrajaya).

1.1.1. Umur bagi penyertaan pemain kategori ini adalah 18 tahun


keatas.

Kategori Remaja (B)

1.2. Pertandingan ini terbuka kepada remaja dan pelajar sekolah yang
tinggal dan bersekolah di sekolah menengah di Putrajaya dan
sekitarnya.

1.2.1. Umur bagi penyertaan pemain kategori ini adalah 18 tahun


ke bawah.

1.3. Kelonggaran adalah di beri kepada pemain yang berumor 18 tahun


kebawah untuk bermain dalam kategori A dengan kebenaran bertulis
daripada ibubapa pelajar/pemain. Pemain yang berumor 18 tahun
ke atas tidak dibenarkan sama sekali bermain dalam kategori B.

2. YURAN PENYERTAAN

2.1 Yuran akan di kenakan kepada setiap pasukan. Jumlah yuran akan
di tentukan oleh Jawatankuasa Kejohanan.

2.2 Bayaran hendaklah disertakan bersama-sama dengan borang


penyertaan dan diserahkan pada atau sebelum tarikh tutup
penyertaan. Tarikh tutup akan ditentukan oleh Jawatankuasa
Kejohanan.

2.3 Borang penyertaan yang tidak disertakan dengan bayaran penyertaan


akan ditolak.

3. PENDAFTARAN DAN BILANGAN PEMAIN

3.1. Setiap pasukan adalah dibenarkan mendaftar seramai 12 orang


pemain dan seorang pengurus pasukan;

3.2. Bagi setiap perlawanan, setiap pasukan di benarkan menurunkan


seramai 9 orang pemain dan 3 orang pemain simpanan;

3.3. Setiap pasukan diwajibkan menyediakan sekurang-kurangnya


seorang penjaga garisan.
4. PENGADIL

4.1. Pihak penganjur akan menyediakan seorang pengadil bagi setiap


perlawanan;

4..2. Pengadil yang mengadili perlawanan adalah yang bertauliah dan


berdaftar dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM);

4.3. Setiap keputusan pengadil adalah muktamad.

5. PERATURAN PERTANDINGAN

5.1. Peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada peraturan Bolasepak


Antarabangsa dan Persatuan Bolasepak Malaysia serta pihak
penganjur kejohanan;

5.2. Pusingan pertama akan dijalankan secara liga, manakala


pusingan seterusnya akan dijalankan secara kalah mati

5.3. Hanya dua pasukan daripada setiap kumpulan pusingan liga


(pusingan pertama) dan pusingan kalah mati (pusingan kedua) layak
ke pusingan seterunya (kalah mati). Jika kemenangan tidak dapat di
tentukan pada masa permainan:

5.3.1. Pusingan Liga - Setelah diambilkira jumlah mata, jaringan,


bolos (kena) maka pemenang akan ditentukan melalui
balingan wang siling, sehingga pemenang di perolehi. Cara
dan peraturan akan ditentukan oleh pengadil yang dilantik
oleh pengajur.

5.3.2. Pusingan Kalahmati (kedua) – sepakan penalti akan


dilakukan oleh 3 orang pemain setiap pasukan. Jika didapati
masih seri, sepakan penalti oleh satu (1) orang pemain
dijalankan sehingga dapat ditentukan pasukan yang menang.
Cara dan peraturan akan ditentukan oleh pengadil yang
dilantik oleh pengajur.

5.4. Pertukaran pemain boleh dibuat bila-bila masa. Pertukaran pemain


sebanyak 3 kali boleh dibuat pada setiap perlawanan yang dijalankan
untuk satu pasukan. Pertukaran pemain perlulah mengisi borang
terlebih dahulu yang disediakan oleh pihak pengajur. (Borang
Pertukaran Pemain).

5.5. Setiap pasukan dilarang mengambil pemain selain daripada pemain


yang telah didaftarkan dalam borang pertandingan. Jika didapati
ada pasukan yang mengambil pemain selain yang didaftarkan
penyertaan pasukan akan terbatal.

5.6. Pemain yang bermain tidak mengikut tertib permainan (mengikut


undang-undang FIFA) akan dikenakan kad kuning atau kad merah
bergantung kepada pengadil. Pemain yang mendapat kad merah
dilarang bermain untuk perlawanan seterusnya. Pemain yang
menerima 2 kad kuning dalam satu perlawanan akan dikenakan kad
merah. Bagaimanapun pemain yang mengumpul kad kuning dalam
perlawanan berasingan masih boleh meneruskan permainan.
5.7. Setiap pasukan perlulah menepati masa yang telah ditetapkan oleh
pihak penganjur. Jika lewat 5 minit selepas tiupan wisel
pangadil dari masa yang telah ditetapkan, pasukan lawan
akan mendapat kemenangan percuma jaringan 2 – 0

5.8. Semua pasukan tidak dibenarkan SENGAJA memberi kemenangan


percuma. Sekiranya berlaku pasukan tersebut secara otomatik
terkeluar daripada pertandingan dan perlawanan-perlawanan yang
telah ditandinginya di anggap BATAL.

5.9. Jika didapati pasukan atau pemain yang melakukan kekacauan


dalam pertandingan yang berlangsung akan di senarai hitam dari
kejohanan di Putrajaya.

6. TEMPOH PERLAWANAN

6.1. Perlawanan akan berlangsung selama 15 minit dengan 7 minit untuk


setiap separuh masa (7 x 1 x 7) dan 1 minit untuk pertukaran
tempat.

6.2. Perlawanan suku akhir, separuh akhir dan akhir di peruntukan masa
perlawanan selama 10 minit pada setiap separuh masa (10 x 1 x 10)
dan 1 minit untuk pertukaran tempat.

7. BANTAHAN

7.1. Sebarang bantahan hendaklah sampai ke meja urusetia selewat-


lewatnya 5 minit selepas perlawanan tersebut tamat;

7..2. Setiap bantahan mestilah disertakan dengan borang bantahan


rasmi yang disediakan oleh urusetia;

7.3. Setiap bantahan hendaklah di sertakan dengan wang tunai sebanyak


RM200.00 (tidak dikembalikan).

7.4. Keputusan Ahli Jawatankuasa Bantahan adalah muktamad.

8. PAKAIAN PEMAIN

8.1. Setiap pasukan diwajibkan menyediakan 2 set jersi berlainan warna;

8.2. Setiap pemain hendaklah memakai jersi yang bernombor;

8.3. Jika didapati sama warna jersi dalam perlawanan berkenaan,


pasukan pertama yang dipanggil (mengikut jadual perlawanan)
dikehendaki menukar jersi dengan segera.

8.4. Pemain adalah diwajipkan memakai Shinpad semasa perlawanan.


9. KECEDERAAN

9.1. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat


sebarang kecederaan dan kehilangan barang-barang semasa
pertandingan berlangung.

9.2. Walaubagaimanapun pihak penganjur menyediakan perkhidmatan


Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA3) bagi membantu pemain
yang mengalami kecederaan untuk di hantar ke hospital yang
berdekatan.

10. PERINGATAN

10.1. Jawatankuasa pengelola kejohanan adalah berhak dan berkuasa


menambah, meminda, menolak dan menerima atas sebarang
perkara yang dinyatakan di dalam peraturan di atas.

10.2. Setiap pasukan dan pemain DILARANG sama sekali membawa


minuman keras, memakai baju yang mempunyai logo atau ayat
minuman keras dan mengunakan dadah yang terlarang oleh
Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

10.3. Setiap pasukan dan pemain DILARANG merusuh atau melakukan


perkara yang bertentangan dengan undang-undang negara semasa
berlangsungnya kejohanan ini.

10.4 Pengurus pasukan hendaklah memastikan setiap pemain menjaga


kebersihan dan harta benda sekolah. Jika ada pasukan yang
melanggar peraturan ini kemungkinan tindakan disenarai hitamkan
daripada menyertai pertandingan musim akan datang.

Biro Sukan dan Jawatankuasa Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah,


Persatuan Penduduk Pangsapuri Putra Harmoni Presint 9, Putrajaya.

Anda mungkin juga menyukai