Anda di halaman 1dari 33

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
kurniaNya saya telah berjaya menghasilkan dan menyiapkan tugasan Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS). Tempoh pelaksanaan tugasan ini adalah sepanjang tempoh
minggu PBS berlangsung dan saya telah menjalankan tugasan ini di Kolej Vokasional
Sandakan yang mana tempat saya bertugas sebagai guru interim. Sepanjang menjalankan
tugasan ini banyak pengalaman yang saya perolehi yang mana memberikan pendedahan
kepada saya tentang suasana pengajaran dan pembelajaran di Kolej Vokasional disamping
interaksi bersama warga kolej.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima ksih kepada pensyarah kursus iaitu Pn.
Haliza Hamzah selaku individu yang banyak memberikan tunjuk ajar serta bimbingan dalam
menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada Ketua Jabatan Mekanikal dan Pembuatan
Kolej Vokasional Sandakan, En. Fizrolroy Francis yang memberi kebenaran menggunakan
bahan dan peralatan kemudahan untuk saya menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutama warga Kolej
Vokasional Sandakan yang memberikan kerjasama yang sangat baik. Akhir kata saya amat
berharap tugasan yang telah disiapkan ini dapat mencapai objektif seperti yang dikehendaki.

Sekian, terima kasih

1|Pengalaman Berasaskan Sekolah


BAB 1

PENGENALAN

Saya Mohd Fitrinizam Ezanee Bin Bungsu, pelajar DPLI Ambilan Jun 2017 telah
menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Kolej Vokasional Sandakan.
Pengalaman Berasaskan Sekolah ini diadakan selama 1 minggu bermula 3 Julai 2017
sehingga 7 Julai 2017. Tujuan PBS ini adalah untuk pelajar merasai pengalaman berada di
sekolah dan mendapatkan maklumat-maklumat dan interaksi bersama warga sekolah.

Antara perkara-perkara yang akan saya jalankan selama seminggu ini adalah:

a) Menghadiri taklimat
b) Berusaha mencapai objektif PBS.
c) Kehadiran penuh semasa PBS berlangsung di Kolej Vokasional Sandakan.
d) Membina hubungan serta interaksi bersama warga Kolej.
e) Mendokumentasikan segala hasil aktiviti dan hasil refleksi.
f) Melaksanakan tugasan PBS yang diberikan pensyarah.

2|Pengalaman Berasaskan Sekolah


BIODATA PELAJAR

NAMA : MOHD FITRINIZAM EZANEE BIN BUNGSU

NO KAD PENGENALAN : 890508-12-5523


PROGRAM : TEKNOLOGI KIMPALAN
AMBILAN : JUN 2017

ALAMAT : BLOK 135, LOT 1112, TAMAN MAWAR, 90000 SANDAKAN


SABAH

NOMBOR TELEFON : 013-542 7362

TEMPAT PBS :KOLEJ VOKASIONAL SANDAKAN, PETI SURAT 1162,


90713 SANDAKAN SABAH

TARIKH PBS : 03 – 07 JULAI 2017

3|Pengalaman Berasaskan Sekolah


BAB 2

PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

2.1 Pengenalan

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan suatu program bagi pelajar


Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah. Program ini bertujuan memberi peluang
kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di
dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan
komuniti sekolah.

Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini dijalankan di Kolej Vokasional


masing-masing yang mana para pelatih telah bertugas sejak Januari 2017 sebagai Guru
Interim. PBS ini dijalankan bertujuan untuk para pelajar mencari maklumat berdasarkan
tugasan yang telah diberikan oleh pihak institut disamping membiasakan guru pelatih
dengan suasana di sekolah serta melengkapkan bahan-bahan untuk tugasan kerja kursus
yang berkaitan. Fokus utama tugasan menerangkan segala tindakan yang perlu diambil,
memberikan bimbingan untuk melaksanakan aktiviti dan membantu dalam penyediaan
penilaian dan laporan akhir.

Setelah meneliti tugasan yang diberikan, fokus utama yang dikenalpasti adalah ;

1. Tugasan yang diberikan oleh IPG Teknik (EDUP 2023: Psikologi Pendidikan).

Sediakan satu laporan yang menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi


perkembangan kognitif dan moral pelajar tersebut. Tugasan yang diberikan adalah untuk:

a) Memilih beberapa pelajar dari kelas yang anda ajar.

b) Mendapatkan maklumat berkaitan factor-faktor yang mempengaruhi perkembangan


pelajar ini. Maklumat ini diperoleh melalui pemerhatian, temuduga (Guru & Pelajar) dan
rekod pelajar (akademik & disiplin)

c) Maklumat yang diperoleh perlu dilampirkan bersama Tugasan 1 sebagai bukti.

4|Pengalaman Berasaskan Sekolah


d) Menyediakan satu laporan yang menjelaskan factor-faktor yang mempengaruhi
perkembangan kognitif dan moral pelajar tersebut.

h) Penulisan laporan bagi tugasan ini adalah 500 patah perkataan.

2. Tugasan PBS oleh Unit Praktikum IPG Teknik

a. Lukiskan pelan bilik darjah semasa membantu mentor melaksanakan P&P


b. Huraikan cara-cara bahan dan sumber PdP dipamerkn di bilik darjah tersebut
digunakan secara berkesan.
c. Catatkan bahan dan sumber P&P yang mudah digunakan oleh murid?
d. Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan
TMK?
e. Sejauhmanakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap
pembelajaran.
f. Bagaimanakah murid dibahagikan kepada kumpulan tertentu?

2.2 Pernyataan Sebelum PBS

Perlaksanaan program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) lebih fokus


kepada pendedahan kepada guru pelatih tentang iklim sekolah dari perspektif
seorang guru. Program ini secara tidak langsung akan memberi peluang kepada
guru pelatih/pelajar untuk memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan
dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, temu bual, soal selidik,
refleksi & interaksi dengan guru dan komuniti sekolah serta waris murid-murid.
Secara ringkasnya, program Pengalaman Berasaskan Sekolah ini dirancang bagi
membolehkan guru-guru pelatih memahami iklim sekolah, mengetahui kaedah
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan pengurusan serta pentadbiran
secara sistematik pihak sekolah. Berikut merupakan objektif program ini:

a. Membentuk sikap positif terhadap profesion keguruan

b. Memahami budaya sekolah

c. Membiasakan diri di sekolah dan di bilik darjah

d. Mendapat pendedahan awal pembelajaran murid

e. Membina kemahiran berinteraksi dengan komuniti sekolah

5|Pengalaman Berasaskan Sekolah


f. Membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan
sekolah, iklim pengajaran dan pembelajaran serta budaya sekolah.

g. Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara


kritis dan kreatif

h. Membuat refleksi mengenai tugas dan peranan guru.

i. Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan


semasa sesi refleksi.

2.3 Strategi Pelaksanaan

Taklimat pengenalan dan perlaksanaan program Pengalaman Berasaskan


Sekolah telah diberikan oleh pensyarah daripada Unit Praktikum IPGM semasa
minggu orientasi. Taklimat awal ini menjelaskan bahawa tempoh perlaksanaan
program adalah selama satu minggu iaitu bermula pada 3 Julai dan berakhir pada 7
Julai bertempat di kolej vokasional mengikut penempatan guru pelatih masing-
masing.

Setiba di kolej, kami terdirii daripada 9 orang guru pelatih(pelajar). Kami telah
diberi taklimat oleh En. Michael Tan selaku Timbalan Pengarah Akademik
memberikan kami sokongan serta perbincangan dan perancangan minggu PBS ini.
Kami sebagai guru pelatih akan dibantu oleh seorang mentor terdiri daripada guru
yang telah berpengalaman dalam bidang masing-masing bagi membantu guru
pelatih mengumpul maklumat serta menyesuaikan diri dengan iklim dan budaya
sekolah tersebut.

2.4 Laporan Pelaksanaan Aktiviti

Semasa menjalankan PBS selama seminggu, saya telah melaksanakan beberapa


aktiviti seperti yang telah dirancang dengan berpandukan senarai semak tugasan yang telah
disediakan. Saya telah belajar untuk berinteraksi dengan komuniti di sekolah sepanjang
PBS ini. Berikut adalah tindakan yang telah lakukan sepanjang tempoh PBS di Kolej
Vokasional Sandakan.

6|Pengalaman Berasaskan Sekolah


Bil. Tarikh Tindakan
1. a. Melapor diri kepada Pengarah KV Sandakan Pn. Ong
3 Julai 2017 Poh Suan.
b. Mendapatkan maklumat umum Sekolah daripada
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik.
c. Meninjau keadaan P&P di KV Sandakan dan
mendapatkan maklumat mengenai pelaksanaan
KSKV.
d. Meninjau dan mengambil gambar persekitaran Kolej
Vokasional Sandakan.
2.
a. Mengumpul maklumat sekolah (Carta, Sejarah,
4 Julai 2017 Kemudahan, Pelan Bangunan/Bengkel)
b. Meninjau dan mengenalpasti prasarana kolej.
c. Memerhati tingkah laku murid dan menemuduga murid
tertentu dalam mengenal pasti proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
d. Menjalankan tugasan 1 untuk subjek Psikologi iaitu
membuat soal selidik kepada pelajar.
3. a. Mendapatkan bahan-bahan kurikulum (KSKV).
5 Julai 2017 b. Mendapatkan maklumat mengenai pelaksanaan Ko-
Kurikulum
4. a. Menyemak dan mengumpul bahan-bahan dan
maklumat-maklumat yang diperolehi.
6 Julai 2017 b. Mendapatkan pengesahan kolaborasi bersama guru-
guru dan staf sokongan.
c. Mendapatkan pengesahan kedatangan dan penilaian
daripada Timbalan Pengarah Akademik

5. a. Turut serta dalam Majlis Sambutan Hari Guru


7 Julai 2017 b. Memeriksa dan persediaan membuat laporan PBS.

7|Pengalaman Berasaskan Sekolah


BAB 3

INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN

3.1 Kaedah Pengumpulan Data.

a. Pemerhatian
Kaedah pemerhatian digunakan dalam tugasan ini bagi memerhatian keadaan dan
aspek-aspek yang terlibat seperti persekitaran kolej vokasional, suasana Kolej Vokasional
untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas dan mencukupi bagi memenuhi kehendak
tugasan. Melalui pemerhatian, gambar atau lakaran boleh dibuat mengikut kesesuian
tugasan yang dijalankan contohnya seperti pelan fizikal kolej vokasional, persekitaran kolej
vokasional dan lain-lain.

b. Senarai Semak
Senarai semak merupakan salah satu kaedah yang juga digunakan dalam
instrument pengumpulan data berhubung dengan tugasan. Senarai semak ini digunakan
untuk memastikan data-data yang diperolehi adalah sesuai dengan tugasan yang
dijalankan serta memenuhi kriteria-kriteria yang dikehendaki dalam tugasan seperti senarai
semak tugasan professional dan senarai semak penyedian portfolio Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS).

c. Temubual
Temubual juga digunakan sebagai salah satu instrument pengumpulan data dalam
tugasan ini bagi mendapat maklumat yang lebih mandalam tentang sesuatu perkara secara
jelas, tepat dan boleh dipercayai daripada individu-individu yang terlibat seperti Pengarah,
guru pusat sumber dan lain-lain.

d. Soal Selidik
Instrumen soal selidik juga merupakan instrument yang penting dalam melaksanakan
sesebuah tugasan. Dengan soal selidik, maklumat yang diperolehi akan lebih terperinci dan
dapat bertanya soalan secara terus kepada pihak yang terlibat berserta dengan bahan yang

8|Pengalaman Berasaskan Sekolah


disediakan seperti soal selidik dengan guru bimbingan dan kaunseling dan murid-murid
terlibat.

3.2 Laporan Perlaksanaan Aktiviti Difokus Semasa Pengalaman Berasaskan


Sekolah (PBS)

Bermula pada hari pertama, pemerhatian di sekitar persekitaran kolej telah saya
lakukan. Pemerhatian dilakukan terhadap infrastruktur dan prasarana kolej serta perjalanan
kurikulum yang diadakan. Selepas melakukan pemerhatian proses seterusnya adalah soal
selidik terhadap warga sekolah. Antara individu yang sempat saya temubual adalah
Timbalan pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua Unit Ko-
Kurikulum, Juruteknik serta beberapa pelajar. Syukur Alhamdulillah, kerjasama yang baik
yang ditunjukkan dari pihak kolej vokasional membolehkan saya serta rakan-rakan pelatih
lain mendapatkan maklumat dengan mudah dan teratur. Selain itu juga temubual yang
diadakan sangat menitikberatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran, perkara-perkara
yang berkaitan dengan kolej iaitu aset,data serta penyelenggaraan.

3.3 Aktiviti PBS

Aktiviti PBS ini adalah wajib dilaksanakan semasa PBS berlangsung.

1. Lukiskan pelan bilik darjah semasa membantu mentor melaksanakan P&P


a. Makmal Autocad

9|Pengalaman Berasaskan Sekolah


10 | P e n g a l a m a n B e r a s a s k a n S e k o l a h
Rajah 1: Bengkel AutoCad

b. Bengkel Kimpalan Arka 1

11 | P e n g a l a m a n B e r a s a s k a n S e k o l a h
c. Bengkel Kimpalan Arka 2

12 | P e n g a l a m a n B e r a s a s k a n S e k o l a h
Rajah 2: Bengkel Kimpalan Arka
Suasana pembelajaran di Kolej Vokasional adalah bersistemkan kolej. Maka
sistem kelas adalah sudah tidak digunakan lagi. Maka dalam konteks Kolej

13 | P e n g a l a m a n B e r a s a s k a n S e k o l a h
Vokasional Sandakan, pelajar akan mempunyai 2 jenis kelas. Untuk kels teori
mekera akan menggunakan kelas Autocad, untuk kelas amali mereka akan
menggunakan Bengkel Arka 1 dan 2.

2. Bagaimanakah bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran dipamerkan di


bilik darjah / bengkel kimpalan tersebut digunakan secara berkesan?
Daripada pemerhatian saya, saya mendapati bahan dan sumber pengajaran
dan pembelajaran yang terdapat di bilik darjah / bengkel kimpalan tersebut sangat
menarik, teratur dan mudah untuk murid gunakan. Antara gambar yang diletakkan
dan dilekatkan di Bengkel Kimpalan adalah tentang Dasar Keselamatan, Pelan
Kecemasan serta peraturan-peraturan semasa di bengkel kimpalan. Hal ini adalah
sangat penting kerana keselamatan sangat dititikberatkan dal;am pengajaran dan
pembelajaran di bengkel.

Sepanjang pemerhatiaan saya, saya juga mendapati semua kelengkapan


mesin dan aksesori kimpalan dan pemotongan berfungsi dengan baik dan
mencukupi untuk kesemua pelajar melakukan amali dengan keadaan yang baik dan
terjaga. Standard Operasi Prosedur juga dilekatkan pada setiap mesin. Hal ini adalah
untuk memnuhi keperluan Niosh, JKKP (jbatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan) dan ST (Suruhanjaya Tenaga). Saya juga mendapati setiap mesin
kimpalan diselenggra dengan baik dan ‘spare parts’ mencukupi sekiranya terdapat
sebarang masalah pada mesin-mesin tersebut.

14 | P e n g a l a m a n B e r a s a s k a n S e k o l a h
Rajah 3: Dasar Dan Polisi Keselamatan Dan Kesihatan KV Sandakan

15 | P e n g a l a m a n B e r a s a s k a n S e k o l a h
Rajah 4: Sumber Pengajaran dan Pembelajaran dipamerkan

16 | P e n g a l a m a n B e r a s a s k a n S e k o l a h
3. Catatkan bahan dan sumber P&P yang mudah digunakan oleh murid?

BIL ALATAN LOKASI PENGGUNAAN


1. Mesin Kimpalan Bengkel Kimpalan Ketika sesi P&P
Mesin
2. Bengkel Kimpalan Ketika sesi P&P
Pemotongan
Projector
(Penggunaan Di kawasan pejabat guru
3. Ketika sesi P&P
Slide ketika Unit Teknologi Kimpalan
waktu P&P)
Komputer dan Di kawasan pejabat guru
4. Ketika waktu rehat
Printer Unit Teknologi Kimpalan
Di kawasan pejabat guru
5 Komputer Riba Ketika waktu rehat
Unit Teknologi Kimpalan

6 WIFI Di kawasan Kantin Ketika waktu rehat

Rajah 5: Kaedah PdP di bengkel Kimpalan

17 | P e n g a l a m a n B e r a s a s k a n S e k o l a h
4. Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang
berasaskan TMK?

Penggunaan ICT ataupun Teknologi Maklumatkepada murid amat digalakkan


penggunaanya kekita sesi pengajaran dan pembelajaran, ini kerana penggunaan ICT
dapat menambahkan pengetahuan baru dan murid boleh mengakses maklumat
tambahan berkaitan pelajaran tersebut. Dan saya melihat ada sesetengah guru
menggunakan kemudahan tersebut ketika sesi pengajaran dan pembelajaraan tetapi
penggunaannya mestilah dipantau oleh guru tersebut.

18 | P e n g a l a m a n B e r a s a s k a n S e k o l a h
Rajah 6: Penglibatan Pelajar Untuk Kursus Internet Of Things (IOT)

5. Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap
aktiviti pengajaran dan pembelajaran?
Murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pengajaran
dan pembelajaran (P&P) seperti sesi pembentangan dan soal jawab. Selain itu
pelajar dilibatkan dengan cara membuat pop kuiz serta membangkitkan perkara-
perkara isu semasa untuk menarik minat pelajar pada sese pembelajaran.

Rajah 6: Penglibatan Pelajar Dalam Melibatkan DIri Ketika PdP

19 | P e n g a l a m a n B e r a s a s k a n S e k o l a h
6. Bagaimana murid dibahagikan kepada kumpulan tertentu?
Berdasarkan pemerhatian, sewaktu P&P dijalankan kedudukan pelajar di
dalam kelas ditentukan oleh guru kelas. Pelajar yang bermasalah seperti suka tidur
dan berbual ditempatkan di hadapan untuk memudahkan guru memantau
pembelajaran mereka. Manakala pelajar lain diberikan kebebasan untuk memilih
tempat duduk yang sesuai.Untuk kumpulan pembelajaran , murid akan dibahagikan
dengan sama rata. Pelajar yang lemah akan digabungkan bersama pelajar yang
mempunyai keputusan yang lebih baik. Hal ini untuk mengelakkan pelajar yang
lemah akan terpinggir.

20 | P e n g a l a m a n B e r a s a s k a n S e k o l a h
BAB 4

KOLABORATIF

4.1 Pengenalan

Sepanjang Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini, pelajar akan melakukan


beberapa perbincangan bersama kakitangan Kolej Vokasional Setapak. Antara
perbincangan yang dilaksanakan adalah seperti berikut.

4.2 Perbincangan Dengan Pengurusan Sekolah

Perbincangan ini dilakukan bersama dengan Timbalan Pengarah Akademik


En Michael Tan Kim Poh. Perbincangan yang difokuskan adalah tentang
pentadbiran sekolah, perkembangan kurikulum kolej vokasional dan juga pelajar –
pelajar KV.

Perbincangan yang pertama adalah mengenai struktur pentadbiran sekolah


dimana En Michael menyatakan terdapat 62 kakitangan kolej yang berkhidmat
sekarang. En Michael turut menyentuh tentang perlaksanaan kurikulum yang baru
yang bertujuan untuk memperkasakan Pendidikan vokasional. Menurut En Michael
sesetengah isi kandungan kurikulum tersebut adalah kurang sesuai dengan tahap
kemampuan pelajar. Oleh itu, beliau mencadangkan untuk memperketatkan syarat
pengambilan pelajar dari segi akademik.

Selain itu, sesi perbincangan turut dilakukan bersama En. Abdul Nasir selaku
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik yang menguruskan hal ehwal pelajar.
Semasa perbincangan, isu yang disentuh adalah berkaitan peraturan dan disiplin
pelajar. Beliau menyatakan tindakan tegas akan diambil bagi pelajar yang lewat dan
ponteng ke sekolah berikutan kes ini sangat membimbangkan di kolej ini. Oleh itu
beliau mencadangkan untuk memberikan kursus kerohanian dan disiplin untuk
memberikan kesedaran kepada pelajar tentang impak masalah disiplin kepada masa
depan dan akhlak mereka. Selain itu juga perkara lain yang dibincangkan adalah
bagaimana tarikan kv kepada pelajar-pelajar luar. Satu aktiviti yang dikenali sebagai
Outreach iaitu wakil guru akan ke Sekolah Menengah dan mendekati pelajar

21 | P e n g a l a m a n B e r a s a s k a n S e k o l a h
tingkatan 3 untuk menarik minat mereka. Tarikan utama kepada pelajar adalah
tentang pembelajaran kemahiran.

4.3 Perbincangan Dengan Mentor

Semasa taklimat bersama Timbalan Pengarah Akademik, kami guru interim


telah dibahagikan kepada mentor-mentor. Saya telah diberikan mentor Ketua
Jabatan Mekanikal dan Pembuatan iaitu En. Fizrolroy Francis. Perbincangan ini
lebih tertumpu kepada pengajaran dan pembelajaran teknologi kimpalan

Jumlah pelajar kursus ini berjumlah 73 orang. Selain itu, tempat pengajaran turut
dilaksanakan di bilik kuliah dan juga di dua bengkel kimpalan. Guru juga boleh
melakukan sesi pembelajaran dan pengajaran di makmal computer atau makmal
Autocad mengikut keperluan subjek.

4.4 Perbincangan dengan pensyarah-pensyarah lain.

Selain itu, perbincangan turut dijalankan bersama pensyarah yang


menguruskan data sekolah iaitu Pn. Sarah. Beliau menguruskan data pelajar,
pensyarah dan sekolah. Pengurusan data ini dilakukan melalui capaian sistem E-
MIS. Dengan adanya sistem ini, capaian dan pengurusan adalah lebih mudah.

Perbincangan juga dilakukan kepad Pn. Lilis iaitu Pegawai Aset di Kolej
Vokasional Sandakan. Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan untuk KV
Sandakan akan bermesyuarat 4 kali setahun.Pegawaai aset juga akan sentiasa
membuat pemantauan tentang terimaan dan pelupusan aset.Rekod
penyelenggaraan aset juga sentiasa dikemaskini setiap masa.

Tentang Ko-kurikulum dan sukan saya telah bertemu dengan En. Wan Razali
Bin Wan Daud iaitu Ketua Unit Sukan Dan Kokurikulum KV Sandakan. En. Wan
telah memberi pendedahan dan maklumat Ko-Kum kepada saya. Ko-Kum akan
diadakan pada setiap hari Jumaat Jam 2 pm. Alasan mengadakan Ko-Kum diadakan
pada hari Jumaat supaya sekiranya ada aktiviti di Kv perlu dijalankan, maka waktu
kokurikulum akan dikorbankan. Hal ini untuk mengelakkan gangguan kepada PdP
sekiranya dilakukan hari yang lain.

22 | P e n g a l a m a n B e r a s a s k a n S e k o l a h
4.5 Perbincangan dengan kakitangan kolej

Perbincangan ini dilakukan bersama dengan En Fauzi yang merupakan


kakitangan yang bertugas untuk memastikan rangkaian ICT di kolej berjalan dengan
lancar. Beliau menyatakan terdapat lima acces point yang terdapat di kolej ini yang
berbentuk WiFi. Perkhidmatan internet melalui LAN turur disediakan di makmal sains
dan computer. Walau bagaimanapun rangkaian capaian WiFi masih dihadkan
kepada beberapa pengguna sahaja. Begitu juga dengan perkhidmatan LAN yang
terhad kepada beberapa computer sahaha. Oleh itu beliau mencadangkan untuk
menaiktarafkan perkhidmatan internet di kolej ini serta membuat jadual penggunaan
computer di makmal untuk memastikan semua pelajar mendapat peluang untuk
menggunakan internet.

Perbincangan juga dilakukan bersama En. Shafuwan Abdullah iaitu selaku


Pemandu di KV Sandakan. KV mempunyai beberapa kenderaan untuk membawa
pelajar-pelajar keluar daripada sekolah. Namun terdapat beberapa kenderaan yang
uzur dan sentiasa memerlukan pemantauan. Namun alternatif yang telah dilakukan
oleh pihak sekolah iaitu membuat sistem penggiliran pemandu dan kenderaan.
Penggiliran ini dibawah tanggungjawab Ketua Jaminan Kualiti KV Sandakan.

Tidak lupa tulang belakang kepada penyelenggaraan dan pembaikan sekolah


iaitu bahagian teknikal. Saya telah berkesempatan menemubual En. Nik Abdul Aziz
iaitu Penolong Jurutera di KV Sandakan. Penyelenggaran dan pemantauan sentiasa
dilakukan untuk memastikan kebajikan para pelajar sentiasa dipenuhi.bSelain itu
bahagian teknikal juga akan memastikan kebersihan dan keselamatan sentiasa
terjamin. Bangunan dan bengkel yang berlangsung PdP juga dipastikan mempunyai
kelulusan JKR, JKKP serta selamat untuk diduduki.

23 | P e n g a l a m a n B e r a s a s k a n S e k o l a h
Rajah 7: Interaksi Bersama Guru dan Ibu Bapa

4.6 Interaksi Dengan Pelajar

Sepanjang PBS, rata - rata pelajar – pelajar KV memberikan respon yang


positif dan mudah bekerja sama apabila disoal atau ditanya pendapat. Antara contoh
– contoh interaksi yang berlaku semasa sesi pembelajaran adalah apabila guru
bercakap dengan pelajar – pelajarnya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
sedang berlaku, begitu juga apabila pelajar bertukar – tukar fikiran mengenai tajuk
yang dipelajari.

Secara keseluruhannya, pelajar di KV ini menghormati guru – guru disini dan


sememangnya menunjukkan sikap yang terbaik sama ada di luar kelas ataupun
semasa kelas. Ada kalanya pelajar berbuat bising di dalam kelas namun masih
dalam keadaan terkawal apabila guru menegur mereka. Pelajar juga mengambil
inisiatif untuk mengembangkan pembelajaran mereka sama ada menyertai
pertandingan berkaitan ilmiah atau pun sukan.

24 | P e n g a l a m a n B e r a s a s k a n S e k o l a h
25 | P e n g a l a m a n B e r a s a s k a n S e k o l a h
Rajah 8: Kajian Soal Selidik Pelajar

26 | P e n g a l a m a n B e r a s a s k a n S e k o l a h
BAB 5

ILMU/PENGETAHUAN BARU

5.1 Pemerhatian

Pemerhatian mula dilakukan di sekitar kawasan persekitaran sekolah.


Kamera dibawa bersama untuk mengambil gambar sebagai bukti pemerhatian
dilakukan sepanjang tempoh perlaksanaan program ini. Antara kawasan yang
dijadikan fokus utama adalah seperti bilik kuliah, bengkel dan kawasan persekitaran
sekolah.

5.2 Senarai Semak

Senarai semak adalah instrumen yang penting bagi memastikan guru pelatih
melengkapkan sepenuhnya tugasan yang telah diberikan. Senarai semak bermula
dengan pengenalan diri diikuti penyataan professional, instrumen pengumpulan
data berhubung tugasan, kolaborasi pengalaman baru, refleksi dan akhirnya
laporan. Setiap maklumat yang diperoleh akan ditandakan dalam senarai semak
tugasan. Bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas, pelbagai kaedah
dilaksanakan seperti temu bual dengan komuniti sekolah dan soal selidik selain
melakukan pemerhatian sendiri di kawasan sekitar sekolah.

5.3 Temu Bual

Temubual adalah aktiviti yang sangat penting dalam pencarian maklumat.


Pelbagai maklumat awal dan menyeluruh tentang latar belakang kolej, perjalanan
proses pengajaran dan pembelajaran, peranan dan fungsi seorang guru dan
perlaksanaan pengurusan serta pentadbiran yang baik. Selain itu, temu bual juga
dilakukan dengan Timbalan Pengarah Akademik dan Timbalan Pengarah Sokongan
Akademik. Temu bual turut dilakukan kepada guru kelas merangkap mentor tentang
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar kelas serta membantu
dalam membiasakan diri dengan iklim kolej dan komuniti di dalamnya.

27 | P e n g a l a m a n B e r a s a s k a n S e k o l a h
Gambar-Gambar Sekitar Kolej

28 | P e n g a l a m a n B e r a s a s k a n S e k o l a h
29 | P e n g a l a m a n B e r a s a s k a n S e k o l a h
Rajah 9: Gambar Sekitar Kolej dan Aktiviti-Aktiviti Sekitar

30 | P e n g a l a m a n B e r a s a s k a n S e k o l a h
BAB 6

REFLEKSI

.6.1 Refleksi Aktiviti Yang Dilaksanakan.

Refleksi yang dapat disimpulkan sepanjang aktiviti ini dilaksanakan ialah


berkaitan dengan kaedah yang digunakan dalam P&P dan mendapati pelajar dapat
mengikuti pembelajaran sekiranya pensyarah tu menggunakan pelbagai kaedah
yang menarik murid untuk belajar. Antara perkara penting dalam menjalani PBS ini
ialah berkaitan pengkajian faktor-faktor dan ciri ciri yang mempengaruhi
perkembangan kognitif dan moral pelajar. Seperti mana yang kita tahu
perkembangan setiap pelajar adalah berbeza dan ini adalah didorong oleh pelbagai
faktor.

. Aktiviti PBS ini telah memberi pendedahan bahawa pengaruh luaran seperti
keluarga dan rakan dan dalaman seperti pensyarah dan pelajar, memberi impak
yang signifikan terhadap perkembangan kognitif dan moral pelajar. Selain itu faktor
kematangan biologi dan pengalaman social juga memainkan peranan penting
sebagai faktor Oleh itu, latar belakang setiap pelajar haruslah dikenal pasti agar
mereka dapat diberikan inyang mempengaruhi kognitif dan moral pelajar.

6.2 Perbincangan/ Interaksi

Kesimpulan yang dapat dibuat mengenai perbincangan dengan kakitangan


kolej dan berinteraksi dengan pelajar berkaitan dengan suasana kolej ini adalah
aktiviti PBS ini memberikan pengalaman dan keadaan sebenar kerjaya seorang
guru. Banyak yang dapat diperhatikan seperti perubahan aspek emosi pelajar,
ketegangan serta tingkah laku.

Justeru itu, tidak dinafikan lagi perbincangan atau interaksi perlu untuk
seseorang itu memperolehi maklumat yang tepat tentang sesuatu perkara. Melalui
perbincangan juga, keberkesanan dan kreativiti sesuatu aktiviti yang dilaksanakan
dapat dipertingkatkan hasil dari cantuman buah fikrian yang diberikan.

31 | P e n g a l a m a n B e r a s a s k a n S e k o l a h
BAB 7

LAPORAN AKHIR

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu aktiviti yang dapat


menambahkan pengetahuan dan pengelaman baru dalam dunia pendidikan bagi seorang
guru pelatih. Banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang diperolehi hasil daripada
PBS yang telah saya jalankan di Kolej Vokasional Sandakan..

Terdapat banyak kelebihan dan kekuatan yang telah saya lihat di sekolah ini
termasuk usaha-usaha setiap guru dalam memastikan agar Kolej Vokasional Sandakan
menjadi antara yang terbaik. Walaupun struktur sekolah yang kecil namun itu tidak menjadi
penghalang pihak kolej berusaha bersaing menjadi antara kolej yang terbaik.

Selain dapat melihat kekuatan dan kekurangan pada sekolah yang dapat saya ambil
iktibar, saya juga dapat mengetahui cara pengurusan sesebuah sekolah dan rutin harian
sesebuah sekolah. Secara amnya objektik utama PBS ini telah saya capai sepenuhnya.
Kesimpulannya PBS ini dapat mendedahkan saya kepada budaya sekolah. Saya dapat
mempelajari daripada PBS ini mengenai pengurusan pihak pentadbiran sekolah, sesi PdP
yang berkesan dan berjaya, dan yang paling penting sekali adalah saya dapat membina
persepsi dan sikap positif terhadap profesion perguruan. Saya menyimpulkan bahawa PBS
seharusnya diwajibkan kepada semua guru pelatih bagi mendedahkan guru pelatih kepada
budaya sekolah dan profesion perguruan itu sendiri.

Laporan PBS ini juga berkait rapat dengan tugasan Psikologi. Hasil kajian
menunjukkan bahawa terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan kognitif
dan moral pelajar. Antaranya faktor kematangan biologi, latar belakang diri sendiri, institusi
kekeluargaan, pengalaman social, interaksi dengan persekitaran dan proses keseimbangan.
Kajian juga merumuskan bahawa apabila seseorang pelajar itu mempunyai latar belakang
yang kurang baik seperti hasil pembawaan dari keluarga yang kurang kasih sayang
menghasilkan pelajar yang selalu bermasalah. Walau bagaimanapun hasil kajian ini boleh
diperbaiki lagi dengan mengambil lebih banyak sampel pelajar untuk dikaji. Kaedah
pendekatan yang sesuai juga harus digunakan untuk mengelakkan sesetengah pelajar tidak
tersisih dari pelajaran dan pelajar yang bermasalah haruslah sentiasa diberikan motivasi.

32 | P e n g a l a m a n B e r a s a s k a n S e k o l a h
Perkembangan kognitif adalah sangat berkait rapat dengan perkembangan moral
seseorang pelajar. Sampel pelajar yang telah diambil telah menunjukkan beberapa faktor
yang mempengaruhi tahap perkembangan seseorang pelajar.

Pelajar dengan pencapaian yang baik dan tidak mempunyai masalah diluar sekolah
dikenalpasti mampu berbuat baik disekolah tetapi sebaliknya untuk mereka yang
mempunyai masalah. Pendekatan yang tidak menyisihkan sesiapa sangat penting agar
yang baik dapat berbuat lebih baik dan kurang baik dapat melakukan lebih baik dan tidak
dibebankan dengan pemikiran yang kurang menyenangkan serta memberi mereka motivasi
untuk maju kehadapan. Para guru juga disarankan membuat pengkajian perkembangan
kognitif pelajar-pelajarnya untuk menilai tahap perkembangan mereka seterusnya pelajar
juga memahami kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diajarkan.

33 | P e n g a l a m a n B e r a s a s k a n S e k o l a h

Anda mungkin juga menyukai