Anda di halaman 1dari 17

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan


berkat dan keizinan dariNYa dapat saya menyiapkan tugasan PBS ini dengan jayanya
pada Semester kedua Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan BPG.
Saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah ini di Sekolah
Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel, Kuala Lumpur. Saya dikehendakai menjalani
PBS selama seminggu bermula pada 5 September 2011 hingga 9 September 2011.
Saya menjalani PBS di SKPK Jalan Peel ini bersama dengan empat orang rakan yang
lain. Rakan rakan saya yang bersama sama menjalani PBS di SKPK Jalan Peel ini
adalah Nurul Husna Ab.Rahman, Nurul Basirah A. Wahab, Norashikin Azizian dan Soo
Toh Wan Lin.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah pembimbing PBS saya
iaitu Encik Yusof kerana telah banyak membantu saya dengan menerangkan serba
sedikit berkenaan PBS kepada saya sebelum pergi ke sekolah.Jutaan terima kasih juga
ditujukan kepada semua rakan-rakan yang telah bersama sama saya dalam mencari
maklumat dan dapatan yang diperlukan semasa menjalani PBS bersama sama .
Penghargaan dan ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada warga Sekolah
Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel yang banyak membantu saya untuk
menyiapkan tugasan PBS ini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada tuan Guru Besar iaitu Encik Omar bin. Sujak,guru guru penolong
kanan dan semua guru yang berkhidmat di sekolah tersebut kerana kesudian
meluangkan masa untuk ditemu bual dan meluangkan masa untuk memberikan bahan
yang membantu saya dalam menyiapkan PBS ini dengan jayanya.
Tidak lupa juga, sekalung penghargaan kepada pihak institut yang tidak jemu
memberikan tunjuk ajar kepada saya jika saya memerlukan. Semoga sokongan,
dorongan dan kerjasama yang diberikan akan mendapat balasan baik oleh Allah S.W.T
dan usaha gigih saya ini akan membahkan hasil dengan menjadikan saya sebagai
seorang pendidik yang cemerlang,gemilang dan terbilang pada masa hadapan.

Akhir kata, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih tak terhingga
kepada semua insan yang membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam
menyempurnakan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini dengan jayanya.
Sokongan dan dorongan yang diberikan sangat saya hargai.
Sekian, terima kasih.

PENGENALAN
Program Berasaskan Sekolah (PBS) ini merupakan salah satu program yang
wajib diikuti oleh semua guru pelatih di setiap institiut perguruan di Malaysia. Program
Berasaskan Sekolah selama seminggu ini wajib dihadiri oleh kesemua guru pelatih
apabila masuk ke Program Izajah Sarjana Muda Perguruan Bahagian Pendidikan Guru.
PBS ini perlu dijalani oleh guru pelatih selama empat semester berturut turut bermula
pada semester pertama sehinggalah semester empat. Pada semester dua ini, bermula
pada 5 September 2011 hingga 9 September 2011 saya dikehendaki menjalani PBS di
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel, Kuala Lumpur bersama sama
dengan empat orang rakan saya.
Fokus utama PBS bagi setiap semester adalah untuk memperkenalkan kepada
guru pelatih berkenaan dengan persekitaran sesebuah sekolah bagi membiasakan dan
memberi pengalaman kepada guru pelatih. Pengalaman yang ada ini dapat
mempersiapkan

guru pelatih untuk menempuh realiti

sebenar seoramg pendidik.

Selain itu, PBS ini juga memberi peluang dan ruang untuk guru pelatih bermesra dan
berkolaborasi dengan warga sekolah.
Berdasarkan PBS ini, banyak perkara yang saya belajar terutamanya tentang
hal hal ehwal sekolah dari sekecil kecil aspek hinggalah sebesar besar aspek.
Program ini membuka peluang yang besar untuk saya berinteraksi dengan warga
sekolah dari perspektif guru pelatih. Melalui interaksi serta pemerhatian terhadap
sekolah ini, saya lebih memahami tugas dan peranan sebenar seorang guru di sekolah
terhadap murid muridnya dan hal hal sekolah.
Semasa PBS ini, saya berpeluang untuk masuk ke kelas untuk melihat sesi
pengajaran dan pembelajaran guru. Melalui aktiviti tersebut saya memperoleh pelbagai
ilmu baru dari segi pengurusan bilik darjah dan cara mengajar guru tersebut terhadap
kanak kanak yang bermasalah pendengaran.

Selain itu, saya berpeluang untuk masuk ke kelas bersama rakan rakan
sebagai guru ganti disebabkan guru sibuk menguruskan hal lain yang berkaitan. Pada
mulanya saya dan rakan menolak kerana semasa PBS kami tidak dibenarkan untuk
menjadi guru ganti. Namun, atas sebab perikemanusiaan dan berbudi bahasa saya
dan rakan bersedia untuk menghulurkan bantuan. Semasa sesi tersebut saya dan
rakan telah menjalankan aktiviti permainan bahasa seperti a,e,i,o,u, Jagung Manis
dan Teka teki kepada pelajar. Berdasarkan aktiviti tersebut saya dapat mengetahui
bahawa untuk menjadi guru seseorang perlu menjadi kreatif dan inovatif. Hal ini dapat
dilihat melalui keseronokan murid murid belajar sambil bermain. Saya juga dapat ilmu
bahawa jika menjadi pendidik pada masa hadapan saya tidak boleh semata mata
mengajar matapelajaran tanpa mengira perasaan pelajar yang bosan dengan isi
matapelajaran yang P&Pnya statik tiada unsur kecindan dan permainan yang menarik
perhatian.
Secara keseluruhannya, saya dapat merasakan bahawa PBS ini memberi
banyak manfaat kepada bakal pendidik seperti saya. Ini kerana, banyak ilmu yang
diperoleh semasa tempoh seminggu di sekolah. Program ini sememangnya dapat
membantu saya memahami situasi dan bagaimana sekolah berfungsi.

TUJUAN PERNYATAAN PROFESIONAL


Pernyataan profesional/kontrak aktiviti merujuk kepada harapan atau aktiviti yang
ditetapkan sendiri oleh guru pelatih untuk dilaksanakan dalam tempoh Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS). Sepanjang melaksanakan PBS guru pelatih perlu
menetapkan fokus fokus tertentu dalam melaksanakan sesuatu aktiviti bagi mencapai
objektif yang diharapkan.
Tujuan utama pernyataan profesional adalah untuk menyatakan hala tuju
tugasan yang hendak dilaksanakan dengan jelas. Penyataan profesional ini dapat
membantu guru pelatih untuk menjalankan PBS dengan lancar dan jayanya. Hal ini
demikian kerana, apabila guru pelatih menulis pernyataan profesional ini mereka akan
lebih jelas tentang objektif utama tugasan.
Pernayataan profesional yang ditulis ini juga dapat membantu pelajar merancang
strategi perlaksanaan aktiviti yang telah difokuskan dengan sistematik. Guru pelatih
dapat mencari maklumat dan dapatan yang diperlukan dalam tempoh seminggu tanpa
ada maklumat yang tercicir dengan adanya pernyataan profesional ini. Guru pelatih
juga tidak akan menjadi kelam kabut dengan adanya perancangan yang rapi sebelum
PBS,semasa PBS dan selepas PBS berdasarkan pernyataan profesional yang telah
ditulis. Masa juga dapat dijimatkan dengan adanya pernyataan profesional ini.
Selain itu, pernyataan profesional ini membolehkan guru pelatih mengukur dan
menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti yang difokuskan. Guru pelatih dapat melihat
keberkesanan aktiviti yang telah dijalankan disekolah dengan melihat kepada
pernyataan profesional ini dengan menyenaraikan kekuatan dan kelebihan sesuatu
aktiviti.
Pernyataan profesional ini juga adalah asas dan panduan kepada guru pelatih
untuk membuat tindakan susulan dan penambahbaikan. Guru pelatih boleh

menyenaraikan aktiviti yang mempunyai kelemahan dan memberi cadangan untuk


penambahbaikkan.

PERNYATAAN PROFESIONAL
PERANCANGAN SEBELUM PBS
Sebelum menjalankan PBS di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel saya
telah meneliti dan merancang perkara perkara yang perlu dilakukan semasa
menjalankan PBS supaya saya dapat mencapai objektif PBS dengan jayanya.
Berikut adalah perancangan saya :
1) FOKUS UTAMA
Berdasarkan tugasan yang diberi, saya dikehendaki untuk menjalankan
PBS selama seminggu di SKPK Jalan Peel. Skop tugasan yang perlu saya
penuhi iaitu saya perlu ke sekolah untuk melihat persekitaran sekolah dan iklim
bilik darjah. Saya ingin menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual bagi
mendapatkan data berkenaan dengan persekitaran sekolah dan iklim bilik darjah
di S.K.P.K. Jalan Peel. Bagi mencapai objektif PBS, saya akan berkolaborasi
dengan warga S.K.P.K. Jalan Peel selama seminggu berada di sana.
Di samping itu juga, saya akan memohon kebenaran daripada guru besar
untuk masuk ke kelas semasa sesi pembelajaran dan pengajaran (P&P) bagi
melihat situasi P&P dengan melihat susunan bilik darjah,kawalan bilik
darjah,penglibatan pelajar semasa P&P,iklim bilik darjah,penggunaan alat bantu
mengajar dan hal hal yang berkaitan dengan bilik darjah.
2) STRATEGI PERLAKSANAAN
Saya telah merancang beberapa strategi dengan membuat takwim aktiviti untuk
setiap hari bagi melicinkan proses pencarian dan pengumpulan maklumat seperti
yang terkandung dalam tugasan PBS yang saya terima. Strategi yang dibuat ini
dapat membantu saya menggunakan masa seminggu yang ada dengan sebaik
baiknya.

Hari pertama ( Isnin: 5 September 2011)


Berjumpa dengan guru besar.
Berjumpa dengan guru guru penolong kanan
Berkenalan dan beramah mesra dengan guru
Menyertai perhimpunan rasmi yang diadakan pada setiap hari Isnin
Meninjau persekitaran sekolah dengan mengambil gambar
Hari kedua ( Selasa: 6 September 2011)
Mencari maklumat berkenaan tugasan
Menemubual staf staf sekolah
Melihat sesi P&P serta iklim bilik darjah
Hari ketiga ( Rabu: 7 September 2011)
Menemu bual guru guru
Meneruskan pencarian maklumat
Hari keempat ( Khamis: 8 September 2011)
Menemu bual guru besar berkenaan pengurusan sekolah
Berinteraksi dengan murid murid
Menyusun maklumat maklumat
Hari kelima ( Jumaat: 9 September 2011)
Mencari maklumat tambahan
Bermesra dengan guru guru

PERANCANGAN SEMASA PBS

Semasa menjalankan PBS, saya telah merujuk kepada perancangan awal yang
telah saya rancang. Saya melaksanakan PBS di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas
Jalan Peel dengan berpandukan perancangan yang telah dibuat bagi memastikan
segaa maklumat dan dapatan yang diperlukan dapat dikumpulkan dengan baik.
Pada hari pertama PBS, saya dan rakan rakan telah bertolak seawal 7.00 pagi
dari institut untuk ke SKPK.Jalan Peel.Kami telah sampai di sana pada pukul 7.15 pagi.
Sesampainya di sekolah saya dan rakan rakan terus ke pejabat Guru Besar iaitu
Encik Omar bin Sujak untuk melaporkan diri. Namun, disebabkan perhimpunan rasmi
yang diadakan pada hari Isnin, Guru Besar meminta saya dan rakan rakan berjumpa
denganya selepas perhimpunan tamat. Saya dan rakan rakan bersama sama
menyertai sesi perhimpunan rasmi bersama sama guru dan murid murid.
Selepas tamat sesi perhimpunan, saya dan rakan rakan bersama sama
berjumpa dengan Guru Besar. Guru Besar meminta kami berjumpanya di hadapan
pusat sumber. Saya dan rakan rakan memperkenalkan diri masing masing kepada
Guru Besar dan memberitahu tujuan kami datang untuk PBS selama seminggu. Guru
Besar memberikan taklimat berkenaan dengan kehadiran kami selama seminggu ke
sekolah serta memberikan serba sedikit maklumat berkenaan dengan sekolah. Pada
masa yang sama, guru besar memperkenalkan Guru Penolong Kanan 1 iaitu Puan
Ramnah bt. Tani dan Encik Azman bin Harun iaitu Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
Apabila sesi bersama Guru Besar tamat, saya dan rakan rakan bersama
sama meninjau kawasan sekolah bagi melihat persekitaran dan iklim sekolah. Saya
mengambil gambar gambar persekitaran sekolah untuk dimuatkan ke dalam folio
PBS. Gambar gambar yang diambil adalah berkenaan dengan kemudahan sekolah,
budaya sekolah, sesi pembelajaran dan pengajaran bilik darjah, susun atur bilik darjah
dan yang berkaitan dengan Objektif PBS yang hendak dicapai.
Pada hari kedua PBS, saya menemu bual staf staf sekolah seperti yang telah
dirancang. Saya telah menemu bual seorang pengawal keselamatan yang telah
berkhidmat selama dua bulan di S.K.P.K. Jalan Peel ini iaitu Puan Thava Valli a/p Raju
yang mengenai aspek kawalan

keselamatan sekolah serta bidang tanggungjawab

seorang pengawal keselamatan. Saya turut menanyakan mengenai budaya warga


sekolah ini. Selain itu, saya juga telah menemu bual seorang Pembantu Pengurusan
Murid (PPM)

iaitu Cik Fazrina bt.Idris yang telah berkhidmat selama tiga tahun

mengenai penggunaan ICT dalam P&P,penglibatan murid dalam kelas,bahan bantu


mengajar yang digunakan serta cara murid dibahagikan ketika menjalankan sesuatu
aktiviti.
Saya turut pergi ke kelas kelas untuk melihat sesi pengajaran dan
pembelajaran. Saya ingin melihat sendiri bagaimana guru mengendalikan kelas dan
menjalankan P&P dengan berkesan dan dalam pada masa yang sama saya ingin
mengumpulkan

maklumat

berkenaan

tugasan

dengan

menggunakan

kaedah

pemerhatian. Tambahan pula, sebagai bakal guru saya ingin menimba sebanyak
mungkin ilmu untuk digunakan semasa menjadi guru kelak.
Pada hari ketiga PBS, saya meneruskan perjuangan untuk mencari maklumat
dengan berkolaborasi dengan guru guru dengan menemu bual seramai mungkin guru
untuk mendapatkan maklumat mengenai sekolah dan dapatan dapatan lain mengenai
tugasan Pendidikan Khas iaitu Pengenalan kepada masalah pendengaran yang
menjadi salah satu tugasan yang perlu disiapkan semasa PBS.
Saya telah menemu bual guru besar, Encik Omar bin Sujak mengenai
pengurusan sekolah pada hari keempat PBS. Hal ini demikian kerana, dalam pada
masa yang sama saya ingin menyerahkan borang penilaian sahsiah guru kepadanya
untuk dinilai. Saya juga telah berinteraksi dengan seorang murid tahun Empat Wira iaitu
Divya Dharshini berkenaan dengan bahan bantu mengajar yang paling disukai dan
mengenai suasana pembelajaran di sekolah.
Pada hari keempat ini juga saya menyusun kesemua maklumat yang ada bagi
memastikan saya tidak tercicir mana mana maklumat yang penting dalam tugasan
PBS ini. Saya juga melihat senarai semak yang ada untuk dijadikan panduan untuk
menyusun maklumat yang telah dikumpul.
Pada hari terakhir PBS, saya masuk ke kelas sebagai guru relief. Hal ini
demikian kerana, ramai guru guru tidak ada di sekolah atas tugas yang lain. Saya

telah masuk ke kelas dan telah berkerjasama dengan pembantu pengurusan murid bagi
menyediakan lembaran kerja untuk dibuat oleh murid murid di sepanjang tempoh
P&P tersebut. Pada masa yang sama saya juga mencuba untuk mencari maklumat
tambahan untuk tugasan PBS ini sementara ada waktu.
Sebelum pulang, saya dan rakan rakan mengucapkan terima kasih kepada
semua warga sekolah terutamanya Guru Besar kerana membenarkan saya untuk
menjalankan PBS di sekolah ini. Saya juga berterima kasih krpada guru guru dan staf
staf sekolah atas kerjasama yang telah diberikan.

INSTRUMENT PENGUMPULAN DATA


1. PEMERHATIAN
Berdasarkan kaedah ini saya memperoleh jawapan untuk beberapa soalan yang
telah digariskan di dalam tugasan PBS. Antaranya seperti :
a) Apakah kemudahan yang ada di sekolah tersebut?
b) Bagaimanakah susunan bilik darjah di setiap kelas di sekolah tersebut?
c) Apakah budaya yang diamalkan disekolah tersebut?

d)
e)
f)
g)
h)
i)
j)

Bagaimanakah sesi P&P berjalan?


Bagaimanakah bahan bahan bantu mengajar dipamerkan di dalam kelas?
Bagaimanakah penglibatan murid di dalam kelas? Adakah aktif atau pasif?
Apakah alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru?
Adakah guru menggunakan dan memberi peluan pelajar menggunakan ICT?
Bagaimanakah guru mengelompokkan murid semasa membuat aktiviti?
Bagaimanakah guru mengurus murid yang pandai, sederhana pandai dan

lemah?
k) Apakah bahan dan sumber yang mudah digunakan oleh murid?
l) Adakah guru dapat mengawal kelas dengan baik?
m) Apakah kekuatan dan kelemahan sesuatu aktiviti yang dijalankan dan cadangan
untuk penambahbaikan?
n) Apakah strategi,teknik dan pendekatan yang digunakan oleh guru semasa
mengajar?
o) Adakah persekitaran sekolah dan kelas kondusif?
p) Adakah murid dapat mengikuti perhimpunan dengan baik?

2. TEMU BUAL
Kaedah temu bual telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh
dan terperinci mengenai sesuatu perkara. Sebagai contohnya, temu bual telah
dijalankan kepada guru guru mata pelajaran untuk mengetahui cara guru
menguruskan murid pandai, sederhana dan kurang pandai. Temu bual juga
dijalankan kepada pihak pentadbir iaitu Guru Besar, guru guru penolong kanan
untuk mengetahui maklumat maklumat am berkenaan sekolah seperti bilangan
murid, bilangan guru, gred sekolah dan laman web sekolah.
Antara guru yang ditemubual:
Encik Omar bin. Sujak
Puan Ramnah bt. Tani
Encik Azman bin Harun
Cik Hanum bt. Harun

Cik Zarina bt. Ahmad


Puan Farah Mohd Haslam

3. SENARAI SEMAK
Saya telah menyediakan senarai semak sebagai panduan perlaksanaan tugasan
untuk saya menyediakan folio PBS ini.
Saya melaksanakan aktiviti dan pencarian maklumat berdasarkan senarai semak
yang telah dibuat.
Saya membuat senarai semak mengikut sub sub tugasan.
Gambar gambar juga dimasukkan ke dalam item untuk senarai semak bagi
kemudahan dan prasarana sekolah yang disediakan.
Senarai semak ini sangat berguna kepada saya kerana saya dapat mengetahui
apa yang belum dilaksanakan dan yang sudah dilaksanakan.
Senarai semak ini banyak membantu saya untuk merancang masa dan dalam
pada masa yang sama saya dapat menjimatkan masa.
Senarai semak ini memudahkan saya kerana saya tidak perlu membelek soalan
tugasan PBS berkali kali jika ingin mencari maklumat.
Senarai semak ini juga akan dimasukkan ke dalam lampiran.

4. SOAL SELIDIK
Soal selidik ini dilaksanakan kerana untuk melihat dapatan kajian pelbagai dari
setiap guru. Hal ini demikian kerana setiap guru mempunyai pandangan tersendiri
terhadap sesuatu isu. Sebagai contohnya, setiap guru mempunyai cara tersendiri
untuk mengajar murid. Setiap guru juga menggunakan alat bantu mengajar yang
berbeza beza mengikut murid masing masing. Skop soalan bagi soal selidik ini
mencakupi bidang yang luas seperti yang disenaraikan di bawah :
4.1 Latar belakang orang yang ditemu bual ( jawatan, tempoh perkhidmatan dan
lain lain ) .
4.2 Soalan berkisarkan perihal sekolah ( prasarana, alat bantu mengajar,budaya
sekolah dan lain lain ).
4.3 Soalan berkaitan dengan sesi P&P guru.
4.4 Maklumat sekolah ( latar belakang, iklim sekolah, persekitaran, budaya, disiplin
4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
4.10

dan lain lain ).


Penglibatan pelajar dalam P&P.
Kolaborasi ibu bapa kepada pihak sekolah.
Peranan dan bidang tugas guru di sekolah
Kemudahan ICT dan bahan bantu mengajar.
Kaedah dan strategi yang digunakan oleh guru.
Bagaimana guru membahagikan murid di dalam kelas ketika melaksanakan

4.11
4.12

aktiviti.
Aktiviti luar bilik darjah.
Program program sekolah.( Program kaunseling, Kokurikulum, sukan dan lain

4.13

lain).
Dan perkara perkara yang berkaitan berubah mengikut masa dan keadaan.

PERSEKITARAN DAN IKLIM BILIK DARJAH


PUAN RAMNAH BT.TANI
Menurut Puan Ramnah bt. Tani iaitu Guru Penolong Kanan 1 SKPK.Jalan Peel
terdapat banyak sumber bahan pengajaran pembelajaran yang digunakan oleh murid.
Antaranya ialah murid menggunakan komputer yang ada di kelas masing masing.
Murid juga menggunakan LCD dan laptop semasa P&P. Selain itu, murid juga belajar
dengan melihat video . Murid di SKPK. Jalan Peel ini sememangnya celik ICT. Mereka
diberi peluang dan sememangnya menjadi perkara wajib untuk belajar ICT. Murid

murid di sini mempunyai jadual waktu tersendiri untuk belajar dan menggunakan ICT
mengikut kelas masing masing. ICT turut digunakan semasa program kokurikulum di
sekolah. Penglibatan murid murid ini di dalam P&P bilik darjah menurut Puan Ramnah
adalah berbeza beza mengikut murid. Ada murid yang aktif dan ada murid yang tidak
aktif. Murid murid di sini tidak dibahagikan ke dalam kumpulan tertentu ketika di
dalam kelas. Murid semuanya sama tanpa ada diskriminasi. Guru di sini perlu
menyediakan aktiviti mengikut kemampuan setiap murid.
CIK FAZRINA BT. IDRIS
Menurut Cik Fazrina bt. Idris iaitu Pembantu Pengurusan Murid (PPM), murid
murid di sini menglibatkan diri secara aktif di dalam P&P bilik darjah. ICT juga
digunakan oleh murid murid semasa P&P. Guru akan membawa murid murid ke
pusat sumber untuk menggunakan komputer dan menonton cerita berunsurkan ilmiah.
Murid murid di sini dibahagikan mengikut kumpulan. Guru akan mengajar perkara
yang sama kepada murid. Namun lembaran kerja dan aktiviti yang diberikan kepada
setiap murid adalah berbeza mengikut tahap setiap murid. Setiap kerja yang dilakukan
oleh murid akan ditampal di ruangan matapelajaran di dalam bilik darjah. Bahan
bahan yang ditampal ini akan digunakan oleh murid ketika menjawab semula soalan

yang sama sebagai pengukuhan.Murid murid tahap satu ini menurut Cik Fazlina lebih
senang belajar menggunakan bahan bantu mengajar seperti flash card.

PELAN BILIK DARJAH TAHUN 3 WIRA.

PAPAN PUTIH

BAHAN P&P

KERUSI GURU

MEJA
MURID

BAHAN P&P

BAHAN P&P

MEJA GURU

PAPAN PUTIH

BAHAN P&P

MEJA GURU

MEJA
MURID

ALMARI BUKU

AIR COND

PELAN BILIK DARJAH TAHUN 4 WIRA.

KOMPUTER

PELAN BILIK DARJAH TAHUN 2 WIRA

BAHAN BAHAN P&P


MEJA PPM

MEJA

KERUSI GURU

MEJA GURU

MURID

BAHAN
BAHAN P&P

PAPAN PUTIH

BAHAN BAHAN P&P

Anda mungkin juga menyukai