Anda di halaman 1dari 2

Ulasan Kritis :Karya Frederic Chopin, Nocturne in E Flet Major

Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, nama sebenar Frederic Chopin ialah Fryderyk
Franciszek Chopin yang lahir di Zelazowa Wola, Polandia pada 1 Mac 1810. Ibunya adalah
seorang pemain piano yang hebat manakala ayahnya seorang guru bahasa Perancis di
Warschauer Lyzeum dan hebat bermain biola dan flute. Chopin pula sangat hebat dalam
mengimprovisasikan lagu untuk piano. Improvisasi lagu yang pertama dia telah buat ialah
Polonaisen G minor dan Bes Mayor. Beliau mendapatkan pendidikan muzik yang pertama
daripada pemain piano yang bernama Bohemia Adalbert Ziwny dan bermain piano dalam
konsert piano milik Gywortez. Konsep yang digunakan oleh Chopin ialah Miniature. Miniature
adalah berasal dari perkataan mini yang membawa maksud kecil. Lagu ini tidak melibatkan
alat-alat muzik yang lain selain daripada piano dan muziknya tidak terlalu panjang.

Terdapat beberapa ciri-ciri dari zaman Romantik berdasarkan karya tersebut. Ciri-ciri dari
zaman Romantik berdasarkan karya Frederic Chopin ialah karya tersebut kaya dengan harmoni
dan irama yang menyentuh perasaan serta membangkitkan rasa ingin tahu pendengar. Chopin
menggunakan alat muzik piano untuk menyampaikan hasil karyanya yang bertajuk Nocturne in
E Flet Major. Nocturne bermaksud malap atau lakaran malam. Stail ini telah diperkenalkan oleh
composer Irish iaitu John Field. Bentuk stail ini adalah dalam bentuk ABA dan dipanggil dream
nightmare iaitu mimp ngeri. Dalam karya Chopin, beliau menulis karya ini untuk meluahkan
pemikiran dan perasaan serta melodi yang lembut, merdu dan tidak simetri. Dalam karya ini, ia
menggunakan nada E Flet Major. Terdapat persamaan antara gubahan Field dan Chopin iaitu
kenaikan pada major ke enam dalam kebanyakan melodi.

Karya ini juga menggunakan mud yang pelbagai seperti mud sedih, gembira dan riang.
Keseluruhan karya ini mengekspresikan perasaan beliau yang menggabungkan bentuk muzikal
dan keharmonian karya ini. Stail persembahan cara bermain piano karya ini adalah ringan,
halus dan mempunyai fleksibiliti yang mampu mencipta pelbagai lapisan dan emosi yang
berbeza. Selain itu, karya ini juga menggunakan teknik berirama yang dikenali sebagai Rubato
ketika bermain piano. Rubato bermaksud mempercepatkan atau memperlahankan tempo
mengikut aliran sesebuah karya. Karya ini juga menggunakan skel kromatik untuk mewujudkan
mud yang seimbang. Dengan itu, harmoni karya ini adalah sangat susah. Walaupun karya yang
mempunyai skel kromatik susah untuk dimainkan, ianya dapat mewujudkan perasaan yang
menyeronokkan dan riang. Penggunaan modulasi juga digunakan dalam karya ini serta kord-
kord baru wujud dalam karya ini. Kord disonan dan kord kromatik digunakan dalam karya ini.
Dalam karya ini, perubahan dinamik secara mendadak dan ekstrim digunakan. Penggunaan
dinamik seperti forte(f) dan piano(p) juga kerap digunakan dalam karya ini. Namun begitu,
penggunaan dinamik yang beransur-ansur juga digunakan tetapi dalam tempoh yang singkat
seperti crescendo (cresc).

Di samping itu, irama karya ini adalah sangat rumit. Dalam karya ini, ia menggunakan
irama singkopasi. Karya ini juga dimainkan secara legato. Legato bermaksud penggabungan
dua not atau lebih dengan menggunakan titik atau tie. Lagu yang dimainkan adalah bersifat
lemah gemalai yang menunjukkan perasaan seseorang dalam karya tersebut. Melodi pada
karya tersebut sentiasa diulang-ulang dari permulaan hinggalah penghujung karya ini dimainkan
iaitu repetisi. Terdapat beberapa ornamen digunakan dalam karya tersebut. Ornamen
bermaksud hiasan yang ditambah dalam sesebuah lagu untuk menambah keindahan lagu agar
lebih bagus dan menarik. Dalam karya tersebut, ornament yang digunakan adalah seperti trill,
mordent dan turn. Karya muzik zaman Romantik ini tidaklah terlalu panjang kerana pencipta
ingin menggambarkan jalan penceritaan dalam lagu tersebut.

Kesimpulannya, muzik zaman Romantik bermula sekitar tahun 1815 dan berakhir pada
tahun 1910. Muzik zaman Romantik ini mempunyai beberapa ciri yang penting seperti dinamik,
irama, melodi dan harmoni yang berbeza. Ciri-ciri muzikal ini dapat membezakan muzik zaman
Romantik daripada muzik zaman lain. Pada zaman ini, banyak komposer yang cuba
menyatakan atau mengekspresikan perasaan mereka secara terbuka dalam penghasilan karya-
karya mereka. Secara keseluruhannya, karya Chopin Nocturne in E Flet Major dicipta untuk
mengungkapkan perasaan. Oleh itu, dinamik dan tempo banyak digunakan dalam karya
tersebut.

Anda mungkin juga menyukai