Anda di halaman 1dari 16

KURIKULUM

PENDIDIKAN TVET
OBJEKTIF KURIKULUM TVET
• Menyedia pelajar dengan pengetahuan asas dan kemahiran bagi
memenuhi keperluan sektor perdagangan, industri dan pertanian.
• Membina asas yang kukuh untuk melanjutkan pengajian dalam
bidang teknikal dan vokasional.
APA ITU KURIKULUM?
• Kurikulum didefinisikan sebagai satu pelan atau rancangan untuk
tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi
untuk mencapai matlamat yangdihajati.(Ornstein dan Hankins
1993,98).
• Kurikulum ialah unsur budaya atau ilmu pengetahuan unutk
memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu.(MOHD DAUD
1995).
APA ITU KURIKULUM?
• Kurikulum ditakrifkan sebagai dokumen yang mengandungi rancangan
P&P yang mempunyai objektif psikomotor,efektif dan kognitif bagi
satu subjek.
• Kurikulum juga didefinisikan sebagai satu rancangan pendidikan yang
mengandungi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma
serta unsurkebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan
masyarakat untuk diwariskandaripada generasi ke generasi yang lain.
KURIKULUM TVET
• Kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional mengikut konteks
pendidikan di Malaysia merangkumi mata pelajaran bercorak
teknologi/teknikal ataupun bukan teknologi yang menekankan
kemahiran ke arah sesuatu pekerjaan.
KOMPONEN
KURIKULUM PTV

TEKNIKAL VOKASIONAL
KURIKULUM PENDIDIKAN TEKNIKAL
• Kurikulum pendidikan teknikal adalah bercorak
teknologi/kejuruteraan yang spesifik.
KURIKULUM PENDIDIKAN
VOKASIONAL
• Kurikulum Pendidikan vokasional merangkumi mata pelajaran
bercorak teknologi atau bukan teknologi yang bertujuan untuk
memenuhi kemahiran/pekerjaan yang spesifik.
PERKEMBANGAN KURIKULUM TVET
DI MALAYSIA
 Sebelum Akta Pendidikan 1995 berkuatkuasa, pelaksanaan pendidikan teknikal dan pendidikan
vokasional yang dilaksanakan oleh KPM telah dipisahkan di peringkat menengah atas iaitu
tingkatan 4 dan 5.
PERKEMBANGAN KURIKULUM TVET
DI MALAYSIA
Tujuan pendidikan teknikal adalah :
• 1. Memberi pendidikan am akademik yang seimbang
• 2. Memberi pendidikan asas dalam bidang sains dan teknologi
kepada pelajar yang cenderung kearah bidang tersebut
• 3. Memupuk dan mengekalkan minat pelajar dalam bidang teknikal
• 4. Membolehkan pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang
berkaitan di IPT.
PERKEMBANGAN KURIKULUM TVET
DI MALAYSIA
Tujuan pendidikan vokasional adalah:
• 1. Menyediakan tenaga manusia yang mempunyai kemahiran dan
pengetahuan asas bagi memenuhi keperluan sektor industry dan
perdagangan.
• 2. Membina pengetahuan dan kemahiran asas yang kukuh untuk beri
peluang kepada pelajar melanjutkan pengajian dan latihan dalam
bidang teknikal ataupun vokasional.
PERKEMBANGAN KURIKULUM TVET
DI MALAYSIA
 KPM telah laksanakan pendidikan teknikal dan pendidikan vokasional melalui sekolah menengah
vokasional

 Apabila JPT menggantikan BPTV, perkataan vokasional digugurkan. Sekolah menengah


vokasional dinaik taraf kepada sekolah menengah teknik.

 Aliran vokasional dan latihan kemahiran diteruskan. Sistem pendidikan vokasional diteruskan.
Pelajar aliran vokasional duduki SPMV

 Pelajar aliran kemahiran dinilai melalui system pertauliahan oleh Majlis Latihan Vokasional
Kebangsaan.
PERKEMBANGAN KURIKULUM TVET
DI MALAYSIA
Tujuan latihan kemahiran ialah:
• 1. Memberi peluang kepada pelajar yang kurang berkemampuan
dalam bidang akademik supaya dapat terus melanjutkan pengajian
dalam bidang kemahiran yang sesuai.
• 2. Pelajar dapat menimba ilmu pengetahuan kemahiran yang sesuai
dengan alam pekerjaan yang diminati
• 3. Dapat mengurangkan tahap keciciran di kalangan pelajar dan
seterusnya mengurangkan pengangguran.
PERKEMBANGAN KURIKULUM TVET
DI MALAYSIA
• Sistem pendidikan teknik dan vokasional pada masa kini:

a) Tertier atau pendidikan tinggi di universiti dan institusi-institusi pendidikan tinggi.

b) Pendidikan teknik dan vokasional yang dilakukan terutamanya dalam system sekolah formal di
bawah Kementerian Pendidikan.

c) Pasca- sekunder TVET, termasuk latihan kemahiran yang dijalankan menggunakan aliran sekolah
menengah vokasional tetapi dipantau oleh orang awam dan lembaga latihan kemahiran dari pihak
swasta.

Anda mungkin juga menyukai