Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN ANALISIS PENCAPAIAN MATA PELAJARAN SENI VISUAL DALAM PEPERIKSAAN SPM 2009 PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL

Analisis/Post Mortem 1) Kekuatan Pelajar meminati mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Pelajar telah mendapat bimbingan serta panduan di dalam menyiapkan kerja kursus PSV melalui kelas tambahan yang diadakan sekali dalam masa satu minggu. Pelajar telah didedahkan dengan teknik melukis menggunakan media pensel bagi sesetengah pelajar yang kurang mengemari penggunaan media lain seperti warna air dalam penghasilan catan. Sukatan mata pelajaran berjaya dihabiskan mengikut masa serta waktu yang telah ditetapkan di dalam rancangan pelajaran tahunan, oleh itu bimbingan serta pengukuhan teknik dapat dijalankan oleh guru pada baki masa yang ada setelah sukatan dihabiskan. Tindakan disiplin seperti mendenda atau dimerit dilakukan terhadap pelajar yang gagal menyiapkan latihan atau nota yang diberikan. Melalui tindakan ini, pelajar akan memberi lebih tumpuan dan mengambil serius mengenai kerja sekolah yang telah diberikan walaupun terdapat juga segelintir pelajar yang malas. Guru memberi dorongan dan kata- kata semangat kepada pelajar dalam menyiapkan sesuatu kerja yang diberikan selain pujian di atas beberapa hasil kerja yang mencapai tahap yang ditetapkan. 50% bahan kerja kursus disediakan oleh panitia Pendidikan Seni Visual bagi meningkatkan motivasi pelajar menghasilkan kerja kursus yang sekurangkurangnya 70% dan ke atas.

2) Kelemahan (sebab tidak mencapai kelulusan 100%) Semua pelajar menghadiri peperiksaan, namun terdapat beberapa orang pelajar yang tidak menghantar kerja kursus. Pelajar yang tidak menghantar kerja kursus telah diberhentikan sekolah atau tidak dapat dihubungi selama 3 bulan atau lebih sebelum penghantaran/penilaian kerja kursus dilakukan. Ibu bapa pelajar tidak dapat dihubungi kerana maklumat ibu bapa atau waris seperti nombor telefon tidak lengkap, ini menyukarkan pihak guru untuk menghubungi pihak mereka.

3) Cadangan penambahbaikan Mencegah pelajar yang gagal menghantar kerja kursus daripada mengambil peperiksaan Pendidikan Seni Visual pada masa peperiksaan sebenar bagi mengelakan peratusan lulus dalam mata pelajaran ini mencapai 100%.

Tindakan ini boleh di laksanakan oleh pihak pentadbir (guru yang bertugas semasa peperiksaan sebenar berlangsung).

Anda mungkin juga menyukai