Anda di halaman 1dari 42

MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

BAB 2 PEMBANGUNAN PRODUK

PENGENALAN

Kerja projek Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
Tingkatan 3 dalam Standard Kandungan Penghasilan Produk merupakan salah satu
komponen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang wajib dilaksanakan oleh murid tingkatan 3
tahun semasa.

Kerja projek ini memerlukan murid memilih sekurang-kurangnya dua bidang ilmu dalam
aplikasi teknologi yang telah dipelajari.

Pada akhir pelaksanaan projek, murid dikehendaki menyediakan dokumentasi dan


membentangkan bersama projek mereka mengikut kreativiti murid dengan bimbingan guru.

Tahap Penguasaan (TP) murid hendaklah direkodkan dalam templat pelaporan PBD dan
skor murid hendaklah dihantar kepada Lembaga Peperiksaan (LP) untuk tindakan
selanjutnya.

OBJEKTIF

a)Mendapat kemahiran menggunakan peralatan, bahan dan perisian komputer yang


sesuai dalam menghasilkan produk.
b)Memerihal kepentingan perkembangan reka bentuk pembangunan produk dengan
kehidupan murid.
c)Menghasilkan produk yang direka bentuk berasaskan budaya fikir lestari selaras dengan
prinsip Kelestarian Global.
d)Membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah menggunakan teknologi yang
bersesuaian.
e)Mengaplikasikan Jujukan Reka Bentuk (Design Cycle) dalam proses rekabentuk projek.
f)Membangunkan produk melalui proses reka bentuk yang menggunakan teknologi.
g)Menghasilkan laporan bertulis dan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk secara
kreatif dan inovatif.
h)Mengamalkan nilai murni yang relevan dalam mereka bentuk produk yang lebih
ergonomik, mesra pengguna, berkualiti tinggi dengan kos yang efisien.
i)Mengamalkan sikap bekerjasama dan berintegriti

24
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

BAB 2 PEMBANGUNAN PRODUK

PELAKSANAAN PROJEK

LANGKAH 1 : MENYATAKAN PRODUK YANG HENDAK DIHASILKAN BERDASARKAN KAJIAN


KEPERLUAN PELANGGAN DAN PROJEK BRIEF.

Guru membimbing murid:


a) Mengenal pasti keperluan pelanggan dan maklumat produk melalui kajian keperluan pelanggan.
b) Mengenal pasti jenis produk berdasarkan projek brief.
c) Mengadaptasikan produk yang hendak dihasilkan dengan penyelesaian masalah secara inventif.

LANGKAH 2 : MENGENAL PASTI ASAS TEKNOLOGI YANG SESUAI.

Guru membimbing murid:


a) Menjana idea reka bentuk produk secara individu.
b) Memilih dan menggabungkan sekurang-kurangnya dua bidang ilmu yang telah dipelajari untuk
produk yang akan dihasilkan.

LANGKAH 3 : MERANCANG KONSEP, ELEMEN DAN PRINSIP REKA BENTUK.

Guru membimbing murid :


a) Merancang konsep reka bentuk produk kepada fungsi atau fungsi kepada reka bentuk produk.
b) Memastikan konsep mempunyai elemen dan prinsip reka bentuk dengan membuat analisis dalam
bentuk jadual.

LANGKAH 4 : MENGHASILKAN LAKARAN PRODUK

Guru membimbing murid :


a) Menghasilkan lakaran yang mengandungi elemen dan prinsip yang dipersetujui.
b) Lakaran yang dihasilkan menggunakan skala penuh atau nisbah.
c) Membuat rendering jika perlu.
d) Menghasilkan beberapa lakaran reka bentuk yang sesuai dengan mengintegrasikan asas
teknologi yang dipilih.

LANGKAH 5 : MENYEDIAKAN JADUAL KERJA

Guru membimbing murid :


a) Membuat jadual kerja mengikut ketetapan sekolah.
b) Memastikan murid mengikut jadual seperti yang dirancangkan.

LANGKAH 6 : MEMBUAT SENARAI BAHAN, PERALATAN DAN BAJET PRODUK

Guru membimbing murid:


a) Mengenal pasti bahan produk yang dihasilkan berdasarkan perbincangan yang telah
dipersetujui.
b) Mengenal pasti peralatan yang digunakan untuk menghasilkan produk.
c) Membuat bajet produk yang munasabah

25
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

BAB 2 PEMBANGUNAN PRODUK

PELAKSANAAN PROJEK

LANGKAH 7 : MENGHASILKAN PRODUK BERFUNGSI ATAU BERFUNGSI SEBAHAGIAN

Guru membimbing murid:


a) Mengenal pasti langkah-langkah kerja yang bersesuaian dengan produk yang dihasilkan.
b) Sentiasa mematuhi langkah keselamatan seperti dalam prosedur operasi standard semasa
melakukan kerja amali.
c) Memastikan bahan dan peralatan mencukupi semasa melakukan kerja amali.
d) Melakukan kerja-kerja penyudahan (finishing) produk.

LANGKAH 8 : PENGUJIAN, PENILAIAN KEFUNGSIAN DAN KESESUAIAN PRODUK

Guru membimbing murid:


a) Membuat pengujian produk yang dihasilkan berfungsi atau berfungsi sebahagian.
b) Membuat pengujian dan penilaian produk dari sudut objektif, keselamatan, elemen dan prinsip
reka bentuk produk.
c) Membuat ujian parameter bergantung kepada jenis produk yang dihasilkan.
d) Menyediakan keputusan ujian dalam bentuk jadual.

LANGKAH 9 : MEMBUAT CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Guru membimbing murid:


a) Membuat rujukan yang sesuai untuk kerja penambahbaikan.
b) Membuat kerja penambahbaikan terhadap produk jika perlu.

LANGKAH 10 : MENYEDIAKAN DOKUMENTASI

Guru membimbing murid untuk menyediakan laporan projek RBT PT3 merangkumi:

Kulit hadapan Kandungan


1. Nama mata pelajaran 1. Pendahuluan
2. Tajuk produk 2. Penentuan gabungan teknologi
3. Gambar/Lakaran produk 3. Perancangan konsep
4. Gabungan teknologi 4. Lakaran akhir
5. Nama sekolah 5. Jadual kerja
6. Nama calon 6. Pengurusan kewangan
7. Nombor kad pengenalan calon 7. Penghasilan produk
8. Angka giliran peperiksaan 8. Pengujian dan penilaian
9. Nama penilai 9. Cadangan penambahbaikan
10. Tarikh dihantar 10. Penutup
11. Lampiran

26
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

BAB 2.1 PENGHASILAN PRODUK

1. Murid dikehendaki membangunkan sebuah produk berfungsi atau berfungsi sebahagian.


2. Kerja projek KSSM RBT Tingkatan 3 ditaksir secara individu. Namun begitu, murid boleh
menghasilkan projek mereka secara individu atau berkumpulan.
3. Sekiranya murid memilih menghasilkan projek secara berkumpulan, murid mestilah
mengikut syarat dan peraturan.
4. Projek ini dilaksanakan dalam tempoh dari bulan Mac hingga Julai selama 22 minggu.
5. Murid dikehendaki memilih dua atau lebih bidang ilmu aplikasi teknologi yang dipelajari
bagi menghasilkan projek mereka.
6. Murid mengikuti langkah-langkah yang ditetapkan dengan melengkapkan maklumat
yang diperlukan.
7. Murid menyediakan dokumentasi produk yang dibangunkan.
8. Murid disarankan berbincang dengan guru bagi mamastikan keberhasilan produk yang
dibangunkan.
9. Pentaksiran dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

FERTIGASI

PEMBUATAN
FESYEN

ELEKTRIK

MAKANAN
ELEKTRONIK

AKUAPONIK

MEKATRONIK
MEKANIKAL
APLIKASI
TINGKATAN BIL BAB TEKNOLOGI

1 5.1 Reka Bentuk Sistem


Tingkatan 1 Fertigasi
2 5.2 Reka Bentuk Fesyen
3 2.1 Teknologi Pembuatan
4 2.2 Reka Bentuk
Mekanikal
Tingkatan 2 5 2.3 Reka Bentuk Elektrik
6 2.4 Elektronik
7 2.5 Akuaponik
8 2.6 Reka Bentuk Makanan
Tingkatan 3 9 1.1 Mekatronik

27
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

CARTA ALIR PENGHASILAN PRODUK

2.1.1 : Menyatakan produk yang hendak dihasilkan

Borang kajian pelanggan , Penyelesaian masalah inventif(jika ada


produk terlibat), Borang projek Brief.

2.1.2 : Mengenalpasti asas teknologi yang sesuai

Menggabungkan sekurang-kurangnya 2/9 aplikasi teknologi.


Justifikasi pemilihan teknologi – kekuatan dan kelemahan

2.1.3 : Merancang konsep, elemen dan prinsip reka bentuk dalam bentuk lakaran

Konsep Form Follow Function/ Function Follow Form. Lakaran


Perkembangan Idea 3D, mematuhi elemen dan prinsip dalam projek brief

2.1.4 : Menghasilkan lakaran produk yang hendak dibuat

Lakaran bermaklumat, Lakaran ceraian, Lakaran isometric, Lakaran


Skematik, Lakaran unjuran Ortografik, Analisis elemen & Prinsip

2.1.5 : Menyediakan jadual kerja

Carta Gantt / Jadual

2.1.6 : Membuat senarai bahan, peralatan dan bajet produk

Senarai bahan dan peralatan


Pengiraan Bajet (Kaedah Unit / Konsep SMART)

2.1.7 : Menghasilkan produk berfungsi atau berfungsi sebahagian

Produk berfungsi / berfungsi sebahagian


Model / Prototaip

2.1.8 : Membuat pengujian dan penilaian kefungsian serta kesesuaian bahan

Keputusan Ujian makmal/ parameter , Analisis Keputusan,


Penilaian (Soal selidik), Kesesuaian, Tahap keselamatan

2.1.9 : Membuat cadangan penambahbaikan berdasarkan laporan keputusan ujian

Kelemahan & cadangan penambahbaikan


Lakaran Penambahbaikan

2.1.10 : Menyediakan dokumentasi


28
Laporan Lengkap ikut format
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

BAB 2.1 PENGHASILAN PRODUK

2.1.1 MENYATAKAN PRODUK YANG HENDAK DIHASILKAN BERDASARKAN: (I) KAJIAN


KEPERLUAN PELANGGAN DAN (II) PROJEK BRIEF

MAKSUD PENGHASILAN PRODUK

LANGKAH-LANGKAH DALAM PROSES PENGHASILAN PRODUK

Peta i-Think : Peta Alir

29
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

2.1.1 MENYATAKAN PRODUK YANG HENDAK DIHASILKAN BERDASARKAN: (I) KAJIAN


KEPERLUAN PELANGGAN DAN (II) PROJEK BRIEF

A. KAJIAN KEPERLUAN PELANGGAN

TUJUAN KAJIAN PELANGGAN :

KRITERIA KAJIAN KEPERLUAN PELANGGAN

Dapat mengenalpasti Latar belakang seperti Penambahbaikan


pelanggan yang jenama, kegunaan, dilakukan dengan
berpotensi untuk membeli kebaikan, kelemahan dan mengenal pasti pandangan
produk. pengeluar produk pelanggan dari aspek
merupakan antara faktor reka bentuk produk,
Membolehkan pereka yang boleh mempengaruhi perkhidmatan selepas
menghasilkan produk yang keputusan pelanggan untuk jualan, pesaing, kelemahan
tepat dengan kumpulan membeli sesuatu produk. produk sedia ada dan
sasaran. harapan pelanggan
setelah penambahbaikan
dilakukan terhadap
produk.

30
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

CONTOH BORANG KAJIAN KEPERLUAN PELANGGAN

BORANG KAJIAN KEPERLUAN PELANGGAN


BAHAGIAN A : MAKLUMAT PELANGGAN
Nama :
Jantina: Umur:
No. Telefon : Email:
Pekerjaan: Pendapatan:
Alamat: Berkeluarga: YA / TIDAK

Tanggungan:

Tempat Membeli Belah: Kekerapan Membeli Belah (Sebulan):

Jumlah Perbelanjaan Bulanan:


BAHAGIAN B : LATAR BELAKANG PRODUK
Nama produk yang digunakan
Ciri produk yang digunakan

Mengapakah produk digunakan?

Kebaikan produk sdia ada

Kelemahan produk sedia ada

BAHAGIAN C: PENAMBAHBAIKAN
Apakah penambahbaikan yang
perlu ada pada produk yang akan
dihasilkan
BAHAGIAN D: Lain-lain (Isikan sebagai maklumat tambahan pelanggan)

31
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

PENYELESAIAN MASALAH INVENTIF ialah :


______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

Langkah-Langkah dalam proses penyelesaian masalah inventif

Kenalpasti masalah inventif

Hasilkan cadangan penyelesaian masalah dalam bentuk lakaran

32
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

B. PROJEK BRIEF

Projek Brief ialah :

Pereka bentuk berperanan :

BOLEH DIPERCAYAI DAN SAHIH

Perkataan boleh dipercayai dan sahih yang terkandung dalam rubrik Panduan Kerja
Projek KSSM RBT Tingkatan 3, penerangannya adalah seperti berikut:

Boleh dipercayai bermaksud maklumat yang diperoleh oleh murid untuk projek mereka
boleh diterima tetapi murid tidak menyatakan sumber atau rujukan atau maklumat yang
diperoleh. Contoh , murid mendapat maklumat daripada pengalaman murid sahaja tanpa
membuat rujukan seperti yang dinyatakan dalam projek brief.

Sahih pula bermaksud maklumat yang diperoleh daripada sumber atau rujukan yang
tepat dan betul serta dibuktikan fakta seperti dalam bahan bercetak akademik atau
petikan pakar. Contoh, murid mendapat maklumat dengan menyatakan sumber atau
rujukan daripada buku atau internet pendapat daripada pakar.

33
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

CONTOH BORANG PROJEK BRIEF

Tajuk:
Kriteria Pertimbangan Utama Catatan
Fungsi
1. Apakah kegunaan produk ini?
2. Di Manakah produk ini digunakan?

Persembahan
1. Bagaimanakah cara produk ini
dipersembahkan?

Tujuan Pasaran
1. Siapakah yang akan menggunakannya?
2. Siapakah pesaing yang wujud?
3. Pengguna bagaimanakah yang akan
menggunakan produk ini?

Kuantiti
1. Berapakah jumlah yang diperlukan?
Stail/Gaya
1. Bagaimanakah reka bentuk produk ini?
2. Adakah reka bentuk ini akan mendapat
perhatian di pasaran?
Kualiti
1. Bagaimanakah kualitinya?
2. Adakah pelanggan mempunyai sebarang
permintaan yang istimewa?
3. Apakah piawaian kualiti yang perlu dipatuhi?

Kos
1. Berapakah anggaran kos untuk menghasilkan
satu unit produk?
2. Apakah tahap keuntungan yang dikehendaki?

Jangka Masa
1. Bilakah pelanggan ingin projek ini disiapkan?
2. Apakah produk sampingan yang perlu siap
dalam jangka masa yang sama?

34
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

KAEDAH MENYARING MAKLUMAT DALAM BORANG PROJEK BRIEF

KAEDAH MENYARING MAKLUMAT DALAM


BORANG PROJEK BRIEF

Maklumat dalam borang projek brief yang telah disaring akan diaplikasikan dalam
bentuk :

1. Jadual – Melibatkan semua ciri-ciri projek brief

2. Lakaran – Melibatkan lakaran produk menggunakan prinsip dan elemen reka


bentuk

35
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

2.1.2 MENGENAL PASTI ASAS TEKNOLOGI YANG SESUAI DENGAN KEHENDAK REKA
BENTUK PRODUK.

Setelah mengenalpasti cadangan projek, pereka bentuk perlu memilih teknologi yang sesuai
dengan cadangan reka bentuk bagi memastikan produk dapat memenuhi keperluan dan
kehendak pelanggan.

JUSTIFIKASI PEMILIHAN TEKNOLOGI

36
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

2.1.3 MERANCANG KONSEP, ELEMEN DAN PRINSIP REKA BENTUK YANG DIPERSETUJUI
DALAM BENTUK LAKARAN

A. KONSEP PENGHASILAN IDEA

➢ Penghasilan produk bermula dengan menyampaikan idea tentang produk dalam bentuk
lakaran.
➢ Tujuan lakaran dihasilkan adalah untuk mendapatkan gambaran awal idea reka bentuk
dan fungsi produk.
➢ Pereka bentuk perlu menghasilkan beberapa lakaran idea untuk mendapatkan lakaran
reka bentuk akhir yang terbaik bagi produk yang akan dihasilkan.
➢ Lakaran-lakaran yang dihasilkan dapat menzahirkan idea kreatif dan inovatif serta
membolehkan pereka bentuk memilih lakaran yang terbaik.

KONSEP PENGHASILAN IDEA REKA BENTUK PRODUK

37
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

B ELEMEN DAN PRINSIP REKA BENTUK

ELEMEN Reka Bentuk ialah :

ELEMEN

REKA

BENTUK

38
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

ELEMEN KETERANGAN

39
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

PRINSIP Reka Bentuk ialah :

PRINSIP

REKA

BENTUK

40
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

PRINSIP KETERANGAN

41
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

C LAKARAN PERKEMBANGAN IDEA

❖ Lakaran perkembangan idea membantu menjelaskan rupa cadangan rekaan reka bentuk
secara 3D dan pada sudut pandangan yang berbeza.
❖ Memudahkan pereka bentuk menilai konsep rekaan mereka sebelum melakukan
sebarang pengubahsuaian.
❖ Lakaran yang dihasilkan oleh pereka bentuk perlu mengikuti elemen dan prinsip reka
bentuk yang telah dipersetujui oleh pelanggan dalam borang projek brief.

CONTOH LAKARAN PERKEMBANGAN IDEA

42
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

2.1.4 MENGHASILKAN LAKARAN PRODUK YANG HENDAK DIBUAT

❖ Lakaran produk yang hendak dibuat adalah lakaran idea terbaik yang mengandungi
semua maklumat penting sesuatu reka bentuk produk.
❖ Lakaran dihasilkan dengan gaya persembahan yang menarik dan mampu menyakinkan
pelanggan terhadap produk
❖ Lakaran idea terbaik yang dipilih akan ditambah baik dari segi persembahan dengan
menggunakan kaedah lakaran perspektif dan rendering

Maklumat
yang perlu
dinyatakan
pada lakaran
3D

43
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

CONTOH LAKARAN 3D

44
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

B. LAKARAN CERAIAN

Lakaran ceraian ialah :

FUNGSI LAKARAN CERAIAN

45
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

C. LUKISAN KERJA

Lukisan Kerja ialah :

❖ Lukisan ini dihasilkan sebelum suatu model atau produk dihasilkan

LUKISAN KERJA MERANGKUMI :

46
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

i) LUKISAN ISOMETRIK

Lukisan Isometrik ialah :

❖ Lukisan isometrik dapat menunjukkan bentuk suatu objek dalam 3D melalui pandangan
atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi.

CONTOH LUKISAN ISOMETRIK

47
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

ii) LUKISAN SKEMATIK

Lukisan Skematik ialah :

❖ Maklumat dlam lukisan skematik membantu pereka bentuk memilih komponen elektronik
yang betul semasa melakukan penghasilan produk

CONTOH LUKISAN SKEMATIK

48
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

iii) LUKISAN UNJURAN ORTOGRAFIK

Lukisan Unjuran Ortografik ialah :

❖ Ukuran sebenar dinyatakan dalam lukisan unjuran ortografik untuk digunakan sebagai
rujukan semasa proses pembuatan produk.

CONTOH LUKISAN UNJURAN ORTOGRAFIK

49
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

D. LAKARAN REKA BENTUK PRODUK DARI ASPEK ELEMEN DAN PRINSIP

Lakaran reka bentuk produk yang telah dihasilkan oleh pereka bentuk perlu dianalisis dari aspek
elemen dan prinsip reka bentuk bagi memastikan lakaran tidak tersasar daripada kehendak dan
keperluan pelanggan.

50
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

2.1.5 MENYEDIAKAN JADUAL KERJA

Jadual Kerja ialah :

GARIS PANDUAN MENYEDIAKAN JADUAL KERJA

51
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

CONTOH JADUAL KERJA

52
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

2.1.6 MEMBUAT SENARAI BAHAN, PERALATAN DAN BAJET PRODUK

❖ Perancangan setiap projek perlu dilakukan dengan sistematik agar proses penghasilan
produk tidak membazirkan masa, bahan dan kos.
❖ Kesesuaian bahan dan peralatan perlu dipertimbangkan ketika merancang penghasilan
reka bentuk produk

A. SENARAI BAHAN

CONTOH
BAHAN-
BAHAN

53
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

B. SENARAI PERALATAN

Nama : Nama :
Kegunaan : Kegunaan :

Nama : Nama :
Kegunaan : Kegunaan :

Nama : Nama :
Kegunaan : Kegunaan :

Nama : Nama :
Kegunaan : Kegunaan :

Nama : Nama :
Kegunaan : Kegunaan :

Nama : Nama :
Kegunaan : Kegunaan :

54
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

C. BAJET PRODUK
❖ Bajet ialah anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk memastikan projek yang
dijalankan berjaya dan menguntungkan.
❖ Berdasarkan bajet, belanjawan projek dapat disediakan.

KOS yang terlibat

KAEDAH
menentukan
bajet

1) KAEDAH UNIT

❖ Bajet yang dibuat berdasarkan kuantiti barangan atau perkhidmatan.


❖ Bajet disediakan berdasarkan bilangan unit pengguna.
❖ Contohnya : bilangan murid di sebuah sekolah, bilangan pelanggan di dalam sebuah
kedai atau bilangan kerusi di dalam sebuah pawagam.

CONTOH PENGIRAAN : Katakan kos makanan bagi seorang murid ialah RM5.00.
Jumlah murid di sebuah sekolah ialah seramai 1000 orang. Jadi bajet makanan
untuk 1000 orang murid mengikut kaedah unit ialah RM5.00 x 1000 orang =
RM5000.00

55
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

2) KAEDAH SMART

REALISTIC (REALISTIK)

❖ Konsep ini diguna pakai dalam penentuan anggaran keseluruhan projek bermula dari :

REALISTIC (realistik) – sesuai dengan kehendak


pengguna dan dianalisis sama ada kehendak mereka
mencapai tujuan projek.

56
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

CONTOH PENGIRAAN KONSEP SMART

1. S (SPESCIFIC) – TUJUAN PROJEK

NAMA PROJEK

TUJUAN

BILANGAN

SASARAN

2. M (MEASURABLE) – PENGAGIHAN KEWANGAN


i. KOS BAHAN

BIL BAHAN KUANTITI KOS SEUNIT JUMLAH (RM)


(RM)
1 Kayu 100 3.00
2 MDF 100 1.00
3 Kepingan akrilik hitam 100 1.00
4 Span 100 1.00
5 Suis tekan tutup 100 0.50
6 Motor AT 3V 100 3.00
7 Bateri AA 1.5V 200 1.50
8 Pemegang Bateri 100 0.80
9 Set gear taji 100 3.00
10 Wayar lembar tunggal merah 100 0.50
11 Wayar lembar tunggal hitam 100 0.50
12 Kertas las 100 0.50
13 Glu PVA, bahan pateri, skru - - 20.00
dan tona kayu
JUMLAH

ii. KOS UPAH


( Bilangan Pekerja + Masa + Kadar Upah Sejam + Bilangan Hari)

3 orang pekerja x 3 jam x rm5.00 x 10 hari

57
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

iii. KOS OVERHED

PERKARA KOS SEHARI (RM) BIL. HARI JUMLAH (RM)


ELEKTRIK 2.00
AIR 2.00
JUMLAH RM

iv. JUMLAH KOS MODAL/PENGELUARAN

= ( Kos Bahan + Kos Upah + Kos Overhed)

Kos Pengeluaran Untuk Seunit =

v. KOS JUALAN

= Kos pengeluaran seunit produk + peratus keuntungan

A (ATTAINABLE) – BOLEH DICAPAI


Keuntungan = kos jualan – kos pengeluaran seunit

R (REALISTIC) – REALISITK
Gabungan bahan yang mudah diperoleh dengan kemahiran pereka bentuk membuktikan produk
ini mampu direalisasikan menjadi produk sebenar

T (TIMED-BOUND) – TEMPOH MASA


Produk dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan tanpa melebihi kos yang
dianggarkan

58
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

2.1.7 MENGHASILKAN PRODUK BERFUNGSI ATAU BERFUNGSI SEBAHAGIAN

Perbezaan antara Mock up, Produk berfungsi sebahagian dan Produk berfungsi

MOCK UP PRODUK BERFUNGSI PRODUK BERFUNGSI


SEBAHAGIAN
Dihasilkan sebelum produk
berfungsi sebahagian dibina

Menunjukkan idea dalam


bentuk 3D yang lebih
realistik

Mengikut spesifikasi saiz


sebenar

Tidak berfungsi sepenuhnya

Reka bentuk dan kefungsian


produk boleh ditambahbaik
selepas melakukan
pengujian dan penilaian

59
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

KEPENTINGAN MERANCANG PEMBINAAN PRODUK BERFUNGSI ATAU PRODUK


BERFUNGSI SEBAHAGIAN

1. Menghasilkan produk yang menepati keperluan dan kehendak pengguna

LANGKAH-LANGKAH MENGHASILKAN PRODUK BERFUNGSI

Membina dan
mencantum
bahagian-
bahagian produk

1 2 3
60
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

2.1.8 MEMBUAT PENGUJIAN DAN PENILAIAN KEFUNGSIAN SERTA KESESUAIAN PRODUK

❖ Pengujian dan penilaian kefungsian serta kesesuaian ialah produk proses terakhir untuk
mengukur tahap keberkesanan produk yang telah dihasilkan.
❖ Tahap keberkesanan produk diukur berdasarkan tiga faktor iaitu :

1.

2.

3.

A. PENGUJIAN

❖ Pengujian boleh dilakukan untuk menguji aspek kefungsian dan ketahanan sekiranya
produk akhir yang dihasilkan dalam bentuk produk berfungsi(prototaip).
❖ Pengujian direkodkan untuk tujuan penambahbaikan dan sebagai rujukan pada masa
akan datang.
❖ Pengujian terhadap produk boleh dijalankan sama ada dengan menggunakan kaedah :

UJIAN MAKMAL UJIAN PARAMETER

Faktor-faktor seperti cahaya, suhu, angin,


kelajuan dan lain-lain lagi dikawal oleh
peralatan di dalam makmal atau bengkel.

Contoh ujian makmal ialah : Ujian


kemuluran, Ujian Kekuatan, Ujian Beban

61
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

B. PENILAIAN

❖ Penilaian dijalankan untuk menganalisis keputusan pengujian yang telah diperoleh.


❖ Penilaian menggunakan borang soal selidik yang mengandungi soalan-soalan meliputi
aspek :
i. Kefungsian
ii. Ergonomik
iii. Reka Bentuk
iv. Nilai Estetika
v. Keselamatan

C. KESESUAIAN PRODUK

❖ Kesesuaian ditentukan berdasarkan penilaian terhadap keputusan pengujian yang telah


dijalankan terhadap produk.
❖ Keputusan pengujian dapat membuktikan sama ada produk telah dihasilkan menepati
keperluan dan kehendak pengguna atau sebaliknya.

D. TAHAP KESELAMATAN PRODUK

❖ Memastikan tahap keselamatan produk yang telah dihasilkan adalah amat penting.
❖ Beberapa perkara perlu diambil kira semasa menilai tahap keselamatan sesuatu produk.
❖ Beberapa contoh penilaian yang boleh digunakan

1. Adakah produk mempunyai bahagian yang tajam?

2.

3.

4.

62
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

2.1.9 MEMBUAT CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PRODUK BERDASARKAN LAPORAN


KEPUTUSAN UJIAN.

PENAMBAHBAIKAN bertujuan :

Beberapa perkara yang perlu diambil kira semasa membuat penambahbaikan.

1. Menambah atau menggantikan komponen yang rosak atau tidak bersesuaian

2.

3.

4.

5.

6.

63
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

2.1.10 MENYEDIAKAN DOKUMENTASI

A.PENDOKUMENTASIAN

PENDOKUMENTASIAN ialah :

❖ Laporan bertulis ini penting sebagai rujukan pada masa akan datang dan merupakan
dokumen yang diperlukan dalam proses pendaftaran paten sesuatu produk.

KEPENTINGAN
PENDOKUMENTASIAN

64
MODUL REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3 – BAB 2

B. FORMAT PENULISAN

a) Laporan kerja projek KSSM RBT Tingkatan 3 hendaklah ditulis tangan atau bertaip dalam
kertas A4 bersaiz huruf 12pt dan jenis tulisan times new roman/ times roman / jenis yang
mudah dan sesuai dibaca.
b) Penerangan grafik muka hadapan laporan projek adalah seperti berikut
❖ Muka hadapan laporan mengikut format yang diberi.
❖ Perlu dikokot dan tidak perlu ring binding
❖ Tidak perlu memasukkan senarai kandungan dalam laporan

CONTOH FORMAT PENULISAN LAPORAN

1. Muka Hadapan

2. Penghargaan

3. Abstrak
▪ Penentuan gabungan teknologi
4. Kandungan ▪ Perancangan konsep

5. Pengenalan ▪ Lakaran akhir


▪ Jadual kerja
6. Laporan ▪ Pengurusan kewangan

7. Penutup ▪ Penghasilan produk


▪ Pengujian dan penilaian
8. Bibliografi ▪ Cadangan penambahbaikan

9. Lampiran

65

Anda mungkin juga menyukai