Anda di halaman 1dari 12

KEBERKESANAN KURIKULUM KOLEJ VOKASIONAL DALAM MELAHIRKAN TENAGA MAHIR SEAWAL USIA 19 TAHUN.

PENGENALAN

Kolej Vokasional (KV) merupakan sebuah institusi yang ditransformasikan dari sistem sekolah menengah vokasional. Ia termasuk dalam Transformasi Pendidikan Vokasional yang mensasarkan Malaysia menuju negara maju menjelang tahun 2020. KV diwujudkan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan mampu untuk menjadi seorang yang mempunyai tahap profesionalisme dalam menjalankan tugas seharian. Transformasi Pendidikan Vokasional ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mahukan pelajar menguasai bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (sTeM). Kementerian akan memastikan murid dilengkapi kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran dunia yang sedang berubah dengan pengaplikasian sains, Teknologi, kejuruteraan dan Matematik (sTeM). Kementerian juga akan berusaha meletakkan asas di peringkat sekolah untuk memastikan negara mempunyai bilangan siswazah sTeM yang berkelayakan dan mencukupi bagi memenuhi keperluan tenaga kerja industri untuk memacu ekonomi Malaysia (PPPM, 2013-2015). Kurikulum KV memainkan peranan penting dalam memastikan tahap penguasaan seseorang pelajar. Keupayaan seseorang pelajar itu diukur melalui penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajian. KV juga menawarkan kurikulum yang disusun semula dan pada peringkat sijil dan diploma yang diakreditasi iaitu Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Sijil dan diploma ini diiktiraf untuk mendapatkan kredit di bawah standard kebangsaan dan antarabangsa. Kurikulum diploma yang baharu ini mengandungi 70 peratus latihan kemahiran praktikal dan 30 peratus pendidikan akademik umum. Kurikulum ini juga melibatkan komponen latihan industri selama enam bulan. Pelbagai rakan kongsi industri dirujuk bagi memastikan keselarasan dengan standard dan amalan industri.

Pelajar-pelajar KV diuji dan dinilai setiap semester dari mereka berumur 16 tahun sehingga 19 tahun. Oleh itu, sejauh manakah keberkesanan kurikulum Kolej Vokasional ini di dalam melahirkan graduan seawal umur 19 tahun? Adakah ia dapat memenuhi keperluan dan menyumbangkan tenaga kepada negara menjelang tahun 2020?

LATAR BELAKANG MASALAH

Kurikulum merupakan salah satu perkara penting di dalam sesebuah institusi pendidikan. Kurikulum ialah dokumen yang mengandungi rancangan Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) yang mempunyai objektif psikomotor, efektif dan kognitif bagi sesuatu subjek. Ia berperanan sebagaigaris panduan dan penentu sempadan ilmu yang hendak disampaikan. Kurikulum Pendidikan di Malaysia dibina selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Penyelarasan Kurikulum Kolej Vokasional dengan Negara lain.

Kurikulum KV yang telah dilaksanakan ketika ini selaras dengan konsep pendidikan voksional di peringkat antarabangsa. Kurikulumnya yang lebih memberi keutamaan kepada kerja amali berbanding akademik. Sepanjang sesi pengajian, pelajar-pelajar akan melalui 70 peratus sesi amali manakala 30 peratus sahaja bagi bidang akademik. Bertepatan dengan konsep kurikulum KV iaitu meorientasikan pembelajaran berasaskan pekerjaan. Sesi amali yang mereka jalani ialah seperti latihan-latihan kemahiran mengikut bidang masing-masing. Contohnya, pelajar dalam bidang elektrik akan lebih banyak membuat latihan berkaitan dengan elektrik seperti kerja pendawaian, membaikpulih perkakas elektrik, motor elektrik dan sebagainya. Bidang akademik pula pelajar-pelajar akan mempelajari mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan lain-lain.

Kelayakan pelajar lepasan Kolej Vokasional.

Bagi melayakkan pelajar-pelajar Kolej Vokasional memperoleh diploma, pelajar-pelajar dinilai dan ditaksir setiap semester. Keseluruhan program ini akan mengambil masa selama 4 tahun iaitu sebanyak 8 semester. 2 tahun pertama pembelajaran merupakan program berasaskan pra-diploma. Pelajar-pelajar dikehendaki mencapai CGPA sekurang-kurangnya 2.5 bagi melayakkan mereka meneruskan ke tahun 3 dan 4. Selain itu, pelajar-pelajar perlu menjalani On Job Training selam 3 bulan di sektor industri. Setelah pelajar-pelajar ini menamatkan pengajian, mereka akan memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4 dan Diploma Vokasional Malaysia.

Kebolehan pelajar KV di sektor industri.

Di samping itu, pelajar-pelajar KV juga mampu untuk melakukan kerja-kerja separa mahir di dalam sektor industri. Ini adalah kerana pelajar-pelajar telah mempinyai kemahiran yang banyak semasa menuntut di KV. Kerja-kerja yang mereka lakukan juga setanding dengan mereka yang keluar dari institusi kemahiran yang lain.

Had umur kelayakan bekerja di sektor industri.

Graduan-graduan kolej vokasional akan menamatkan pengajiannya seawal umur 19 tahun. Umur sebegini ialah peringkat umur yang boleh dikatakan seseorang itu berada pada peringkat awal dewasa. Umur seseorang yang telah dewasa mengikut undang-undang kontrak pada umumnya adalah 18 tahun. Penetapan umur dewasa ini terpakai dalam semua bentuk urus niaga kecuali jika dinyatakan sebaliknya (Muhammad Fathi, 2006). Mengikut Akta Pekerjaan 1955, seseorang yang berumur 18 tahun ke bawah tidak dibenarkan bekerja di sektor industri. Ketika pelajar-pelajar menjalani latihan industri atau On Job Training pada semester 7 dan semester 8, mereka telahpun mencukupi umur 18 tahun untuk membolehkan mereka berada di sektor tersebut. Ini sekaligus, membolehkan mereka layak untuk bekerja di dalam sektor industri setelah menamatkan sesi pengajian mereka.

Kerjasama Kolej Vokasional dengan industri dalam negara.

Selain itu, kerjasama yang dijalinkan antara kolej vokasional dengan industri dalam negara juga dapat memberikan peluang yang lebih banyak kepada pelajar lepasan kolej ini. Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) adalah di antara usaha yang dijalankan dalam Transformasi Pendidkan Vokasional yang mana ia merupakan sistem yang dijalankan di dua tempat iaitu 70 peratus di tempat kerja yang sebenar dan 30 peratus di institusi latihan bertauliah. Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu syarikat di Negara ini menyertai SLDN untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi negara menjelang tahun 2020 (S.Anand Kumar,2012). Selain daripada SLDN, setiap KV mempunyai kolaborasi dengan pihak industri setempat. Sebagai contoh, Kolej Vokasional Port Dickson telah menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan dan syarikat-syarikat automobil seperti Amada Services Centre, Speed Tyre and Battery Service Centre, Alang Ya'acob Auto Service Centre, FZL Auto Servis, BMV Auto Tech Sdn Bhd, Miester Technology (M) Sdn Bhd, Awalynn Auto Service dan Weister Solution Sdn Bhd. untuk menempatkan pelajar-pelajarnya mengadakan latihan industri pada tahun 2016. Dengan kerjasama sebegini, kedua-dua belah pihak akan mendapat keuntungan dalam memajukan kedua-dua sektor.

Pengetahuan dan kemahiran yang sama dengan institusi kemahiran lain.

Kurikulum standard KV juga telah selari dengan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) di Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). NOSS adalah salah satu dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut. Kurikulum di KV mengambilkira kemudahan bagi graduan-graduan lepasannya memiliki peluang pekerjaan yang sama dengan graduan-graduan daripada lepasan institusi pengajian kemahiran yang lain. Jadi, ibu bapa dan pelajar-pelajar yang masih menuntut di KV tidak perlu risau dengan peluang pekerjaan setelah tamat pengajian.

CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN

Memperbanyakan Isi Kandungan Akademik Ke Dalam Kursus- kursus Vokasional

Kaedah ini paling ringkas kerana usaha ke arah ini kadang kadang berlaku secara tidak formal, di mana guru-guru mungkin memberi latihan-latihan yang bercorak akademik kepada pelajar mereka. Contohnya membuat esei merentasi kurikulum, membuat pengiraan matematik asas dalam kerja-kerja dibengkel dan ini dilakukan kerana asas-asas ini adalah di antara asas yang diperlukan oleh majikan-majikan. Ini merupakan model yang paling biasa didapati di mana-mana sekolah vokasional sekarang.

Penyatuan Guru-Guru Vokasional Dan Akademik

Bertujuan untuk Meningkatkan Kemahiran Akademik Dalam Pendidikan Vokasional. Prinsip yang digunakan adalah prinsip team teaching (pengajaran koloboratif). Prinsip atau konsep ini dijalankan menerusi empat pendekatan atau alternatif iaitu guru akademik mengajar matapelajaran akademik kepada pelajar vokasional dalam kelas subjek vokasional dengan menggunakan modul atau pengajaran yang lebih menjurus kepada keperluan bidang kerjaya pelajar.Bidang akademik ini hanyalah sebahagian daripada keseluruhan topik-topik untuk kelas tersebut. Kadang-kadang ia bertujuan sebagai pengukuhan sahaja. Guru akademik hanya membantu guru vokasional dalam menyediakan bahan-bahan untuk pengajaran sahaja. Pengajaran dilakukan oleh guru vokasional. Guru akademik bertindak sebagai pembimbing kepada sesetengah pelajar dari kelas vokasional dalam membantu mereka yang bermasalah secara intensif Guru akademik memberi pengajaran lebih spesifik kepada aplikasi subjek beliau terhadap mana-mana bidang vokasional. Pendekatan memerlukan guru akademik mengetahui

dengan lebih dekat tentang keperluan subjek akademik beliau dalam bidang-bidang vokasional yang tertentu.

Mengaitkan Kurikulum Akademik Dengan Alam Vokasional Dan Pekerjaan Isi kandungan akademik digunakan secara nyata untuk menunjukkan aplikasinya. Pengubahsuaian kurikulum akademik dibuat untuk menepati kehendak kerjaya masa depan pelajar berbanding dengan pengubahsuaian kurikulum vokasional semata-mata. Pendekatan ini melibatkan banyak aktiviti-aktiviti makmal (hands-on) dan kerja lapangan yang cuba menghubungkaitkan diantara subjek-subjek akademik yang lain (interdisciplinary approach). Dengan pendekatan ini, ibubapa akan lebih yakin dan terus memberikan kepercayaan kepada aliran Vokasional yang boleh menjamin kejayaan dalam bidang kemahiran dimasa akan datang. Sektor kemahiran akan berkembang dengan pesat dan menjadi satu bidang yang menjadi tumpuan ramai terutama bagi anak-anak yang berminat dengan kerja-kerja kemahiran.

Penyelarasan Kedua-dua Kurikulum Sukatan pelajaran diantara subjek-subjek akademik dan vokasional dirancang bersama guru- guru dari kedua-dua model untuk supaya apa yang diajar dalam subjek akademik dan vokasional mempunyai horizontal alignment. Dalam hal ini mungkin guru- guru akademik dapat menggunakan masalah dalam subjek vokasional yang dipelajari ketika ini sebagai contoh penyelesaian kepada konsep yang

diajarnya. Penyelarasan mungkin secara keseluruhan dan formal tetapi ia juga boleh dilakukan secara tidak formal dan ringkas seperti hanya topik-topik yang tertentu sahaja yang diselaraskan mengikut isu-isu yang hendak dibincangkan.

Integrasi Melalui Projek Tahun Akhir ( Senior Project) Membolehkan menggabungkan pelajar-pelajar tahun akhir dikehendaki membuat projek yang kerja

antara matapelajaran lain dan penggunaan kemahiran dari bengkel

vokasional. Pembinaan kurikulum untuk pendekatan ini adalah memberi tumpuan kepada pendekatan penyelesaian masalah sebagai persediaan pelajar untuk projek akhir. Pelajar-pelajar didedahkan dengan elemen-elemen penyelidikan yang dapat membantu mereka bekerja secara individu dalam menyiapkan projek tersebut.

Kepelbagaian bidang Vokasional. Kepelbagaian bidang yang diadaptasi sebagai sekolah dalam sekolah di mana ia terdiri daripada guru-guru akademik seperti daripada matapelajaran Bahasa Inggeris, matematik dan sains bersama-sama guru vokasional seperti elektronik, keusahawanan atau pertanian. Pelajar dan guru akan berada tetap contohnya dalam empat matapelajaran ini yang dipanggil akademi selama 2 atau 3 tahun. Struktur ini merupakan elemen penting dalam pendekatan akademi. Bidang kemahiran perlu diperbanyakkan dan ditambahbaik. Contoh bidang yang boleh ditambah adalah seperti bidang ICT, Penyelenggaraan Komputer, Penyelenggaraan Telefon Bimbit dan banyak lagi yang boleh diketengahkan. Selain itu juga, jalinan hubungan yang rapat dengan firma-firma luar yang berkaitan dengan akedemi masing-masing berkaitan teknologi. Firma-firma ini bertanggungjawab dalam menyediakan motivasi tambahan yang diperlukan mentor dan juga tempat untuk latihan amali disamping menjadi penaung selaras dengan status Malaysia menuju Negara maju menjelang 2020.

Sekolah Magnet Dan Sekolah Tinggi (occupational High School) Kedua-dua mekanisme yang menjurus kepada bidang kerjaya yang akan diikuti oleh pelajar diperingkat IPT atau apabila di alam pekerjaan. Sekolah-sekolah ini biasanya mempunyai fokus mereka sendiri seperti keusahawanan, komputer atau elektronik. Semua guru disekolah ini menjuruskan pengajaran mereka kepada

aplikasi kepada bidang fokus sekolah mereka. Pelajar diberi pendedahan awal terhadap alam pekerjaan di tahap rendah persekolahan dan penekanan terhadap alam pekerjaan menjadi

bertambah spesifik atau menjurus apabila pelajar menaiki tahap persekolahan yang lebih tinggi. Penekanan terhadap kedua-dua mekanisme ini adalah berfokuskan bidang kerjaya yang luas yang merangkumi banyak pekerjaan dibawah satu bumbung kerjaya. Jika fokus terlalu sempit terhadap sesuatu bidang maka kesukaran untuk menerapkan konsep integrasi kurikulum akademik secara nyata akan dihadapi dan ini akan menghasilkan satu sekolah vokasional tradisional atau berbentuk lama.

Kelompok Kerjaya (Occupational Cluster) Organisasi sekolah terdiri daripada jabatan-jabatan dari kelompok kerjaya yang tertentu. Jabatan-jabatan tersebut mungkin terdiri daripada jabatan pertanian, keusahawanan dan industri, dan perkhidmatan awam. Guru-guru akademik diletakkan di dalam setiap kelompok akademik yang berasingan. Diperingkat awal, semua pelajar didedahkan kepada kesemua kelompok kerjaya yang ada. Penyatuan guru-guru pengenalan kepada

akademik dan vokasional

merupakan tunggak kepada model integrasi ini.

KESIMPULAN Setiap negara memerlukan pekerja yang berkemahiran dan berketrampilan dalam memastikan perkembangan ekonomi dan perindustrian sesebuah negara itu terus berkembang. Bagi memastikan keperluan ini dapat dipenuhi sesebuah negara memerlukan sistem pendidikan teknik dan vokasional yang tersendiri bagi mencapai matlamat mereka. Sistem Pendidikan Aliran Vokasional (PAV) merupakan satu langkah bijak yang diambil Kementerian Pelajaran Malaysia seawal 13 tahun untuk menyahut kepentingan bidang vokasional ini. Sistem pendidikan teknik dan vokasional ini merupakan satu dasar kerajaan dan mempunyai hubungkait diantara PAV dengan Sistem Vokasional sedia ada bagi pelajar tingkatan empat dan lima dalam melahirkan tenaga mahir. Sekolah-sekolah aliran vokasional ini juga telah

dinaiktaraf kepada Kolej Vokasional (KV) yang menunjukkan langkah agresif kerajaan kearah melahirkan tenaga mahir menempuh sasaran status Negara maju menjelang 2020. Proses pembangunan ekonomi sesebuah negara berkait rapat dengan pembangunan sumber manusia yang mampu dilaksanakan negara tersebut. Memandangkan negara kita sedang menumpukan pembangunan ekonomi yang berteraskan industri dan teknologi, maka, adalah sudah barang tentu harapan yang tinggi diletakkan terhadap peranan bidang pendidikan teknik dan vokasional. Keupayaan sistem pendidikan teknik dan vokasional ini untuk dilaksanakan dengan jayanya akan menentukan nasib masa depan wawasan negara bagi mencapai sebuah negara maju. Dalam usaha untuk menyusun suatu kurikulum yang komprehensif bagi program latihan dan pendidikan bidang ini sejajar dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia menjelang tahun 2015, 10% pelajar di Malaysia memilih laluan vokasional manakala 20% pelajar memilih lauan Vokasional menjelang tahun 2020 sempena Malaysia melangkah ke status Negara maju. Maka kerjasama yang erat adalah perlu diwujudkan secara ikhlas serta konsisten di antara kerajaan dan swasta. Ini adalah perlu bagi memastikan lulusan pendidikan teknik dan vokasional berupaya mengikuti perubahan teknologi dan memenuhi keperluan pasaran kerja semasa. Oleh itu, kerjasama semua pihak adalah diharapkan bagi merealisasikan cita-cita negara kita ke arah menjadi sebuah negara yang setanding dengan negara-negara maju yang lain.

BIBLIOGRAFI

Lankard, Bettina A. 1992. Integrating Academic and Vocational Education : Strategies For Implementation. Columbus Ohio. U.S Emery J. Hyslop-Margison. 2000. An Assessment Of The Historical Arguments In Vocational Education Reform. Simon Fraser University. Karen Levesque, Mark Premo, Robert Vergun.1995. Vocatioanal Education In The United States : The Early 1990s. U.S Department Of Education Office Of Education Research And Improvement. U.S Patrick N. Foster. 1997. Lessons From History : Industrial Art / Technology Education As a Case. University Of Missoury Columbia. U.S Sonia Jurich. 2000. Vocational And Technical Education, The A merican Way. Knowledge Enterprise, Inc. Prof. I. Smirnov. 1999. The Role Of Technical And Vocational Education In the Education System Of The Russian Federation. UNESCO. Benson, Charles S. 1997. New Vocationalism In The United States : Potential Problem And Outlook Economics Of Education Review. U.S Gordon, Howard R. D. Daggett, Willard R. 2002. Vocational And Technical Education. Encyclopedia of Education. U.S Muhammad Fathi Yusoff (2006), Soal jawab Undang-undang Kontrak, ms 75 S. Anand Kumar (2012), Syarikat Wajar Sertai SLDN, Berita Harian 3/10/2012 http://www.slideshare.net/nayiza/konsep-dan-definisi-kurikulum, page 1 http://www.bptv.edu.my/v4/index.php/transformasi-pendidikan-vokasional http://www.dsd.gov.my/index.php/ms/profil/bahagian3/bahagian-national-occupational-skillsstandard-noss Kertas Kerja Pengurusan Sumber Manusia (Mtt 2703) Akta Dan Undang-Undang Pekerjaan Di Malaysia, Http://Sarjana.Tripod.Com/Undang1.Html Lapan Firma Automobil ambil pelatih Kolej Vokasional(2013). http://www.bharian.com.my/ bharian/articles/LapanfirmaautomobilambilpelatihKolejVokasional/Article/index_html

Anda mungkin juga menyukai